“Mak, Kak Za datang!” jerit Farhana. Dia berlari ke arah pintu.
Keceriaan terpancar pada wajah gadis manis itu seperti hari-hari, hari raya!
Kepala Fayyad automatik menoleh ke
arah pintu rumah mereka. Bukan main laju lagi kepalanya menoleh. Apakah
maksudnya? Adakah itu namanya cinta? Cinta yang selama ini masih bersisa namun dia
nafikan? Fayyad keliru dengan semuanya.
Konflik apa pulalah, ni? Dekat-dekat nak kahwin nilah baru dia nak
datang tunjuk muka. Jangan-jangan ini petunjuk istikharahnya? Fayyad bermonolog dalam hati.
Fayyad keliru dengan perasaannya.
Dia perlu lakukan istikharah untuk kali kedua, bahkan mungkin untuk kali
ketiga.
“Kak Za… rindu betul dengan Kak Za.” Farhana dakap erat tubuh Zahirah.
“Ya Allah, Za… kenapa kering sangat
ni?” Mak Nah yang sedang menghampiri
beriak terkejut.
“Sibuk belajar, Mak Nah!” ujar Zahirah. Seketika dia mereling Fayyad
yang sedang memandangnya. “Lagi satu
sebab rindu.” Lama dia pandang wajah
Fayyad. Sebaik Fayyad mengalihkan pandangan, dia kembali memandang wajah Mak
Nah.
“Hah! Rindu siapa?
Kak Za, jangan macam-macam! Along
dah…”
“Adik!! Uli karipap ni cepat sikit. Along banyak
kerja lagi nak buat.” Wajah Fayyad sudah
mulai tegang.
“Along dah apa?” Zahirah menjongket kening.
“Along dah marah.” Farhana mencebik seraya menjeling. Lalu, dia
menapak ke tempat duduknya tadi. Kembali menguli karipap.
“Za
dah habis belajar ke?”
“Belum
lagi. Ni tengah cuti semester.”
“Oh…
lama benar ya Za duduk sana tapi tak habis belajar lagi. Hmmm… Za duduklah dulu. Kejap lagi kita borak lagi. Mak Nah tengah
menggoreng dekat dapur. Karang hangit pula.”
“Ha, yelah!” Zahirah mengangguk.
“Za nak tolong.” Dia merapati Fayyad dan Farhana yang
masing-masing sedang menguli donut dan karipap.
“Dialu-alukan. Kak Za tolong uli
karipap ni. Inti letak lebih sikit, okey?
Ana nak hantar karipap yang dah siap uli ni dekat mak.” Farhana segera berdiri. Dia seolah mahu
memberi ruang kepada pasangan itu untuk berborak. Mungkin soal hati.
“Kak Za ikut… nak basuh tangan
dulu.” Zahirah segera berdiri dan
membuntuti Farhana.
“Yad
tak rindu Za ke?” Soalan pertama Zahirah
sebaik dia menghenyakkan punggung di atas kusyen kosong. Tangan yang basah
dilapkan pada kain bersih yang tisu yang tersedia di atas meja.
Dia
perhatikan Fayyad yang sedang focus menguli donut. Dia menguntum senyum. Itu
antara sifat yang ada pada lelaki itu yang membuatkan dia tertarik. Orangnya
baik, bertanggungjawab, rajin, amanah. Apa sahaja yang tidak ada pada
Fayyad? Mungkin dia tidak kaya, namun
semua sikap mahmudah itu yang diperlukan dari seorang lelaki. Meskipun ada wang
berkepuk dalam poket, belum tentu boleh membeli jiwanya.
Fayyad ketawa tidak ikhlas. Tidak
sampai dua saat ketawa tidak ikhlasnya itu mati. “Yad banyak lagi kerja nak buat. Tak sempat
kut nak ingat atau nak rindukan Za,”
tukasnya geram.
“Betul tak rindu?” tebak Zahirah seolah memaksa.
Fayyad melepaskan keluh berat. Donut
yang siap diuli, diletakkan ke atas dulang.
Dia renung wajah Zahirah. “Za…
tolong jangan desak Yad macam ini.”
“Tak boleh ke kita balik macam
dulu?”
“Za… terima hakikat. Kita tak
ditakdirkan untuk bersama. Za ada kehidupan Za, dan Yad ada kehidupan Yad.”
“Takkanlah sebab ayah Za, Yad paksa
diri Yad buang perasaan Yad pada Za?”
soal Zahirah dengan kening yang saling bertaut.
“Za… Za perlu tahu. Hubungan tanpa
restu mak bapak ni memang takkan ke mana. Za cantik, Za baik, Za antara orang
yang terpelajar. Za layak dapat orang sehebat Za. Yad ni tak ada apa-apa pun.”
“Yad… Za minta maaf. Za tahu Yad
terkilan dengan kata-kata ayah Za dulu. Tapi Za memang tak kisah pilih Yad.
Yang penting Yad ada ilmu agama. Bukan setakat ada, tapi Yad amalkan ilmu agama
tu. Za yakin sangat tak ada orang yang boleh curi hati Za melainkan Yad.”
Fayyad pejam mata lalu memicit
kelopak matanya. Tak tahu macam mana
lagi nak meyakinkan si Zahirah. Memang benar ada sekelumit perasaan pada wanita
itu. tapi dia terpaksa buang jauh segala perasaan indah itu memandangkan tidak
lagi dia dan Ezahra akan bernikah.
“Za,
jangan buat Yad serba salah. Za kena terima hakikat yang takdir bukan untuk
kita. Yad minta tolong sangat pada Za supaya lupakan Yad.”
“Kita sekampung, Yad. Bila-bila masa
kita akan berjumpa. Takkan senang-senang Za lupakan Yad, kan?”
Fayyad mendesah hebat. “Kenapa susah sangat Za nak faham Yad?” tegurnya.
“Sebab Yad dah bawa hati Za dengan
Yad. Dan Za tahu, dalam hati Yad masih ada nama Za.”
“Za tolonglah…”
Fayyad kehairanan. Macam mana si
Zahirah boleh baca isi hatinya?
Sedangkan dia tidak pernah mengemaskini tentang perasaannya pada
sesiapa. Cukup sekadar dia memendam seorang diri.
“Betul, kan apa yang Za cakap
tadi? Yad masih ada hati pada Za.” Zahirah masih lagi mendesak.
“Za jangan desak Yad.” Fayyad memberikan amaran.
“Yad memang tak pandai nak tipu Za.
Dua lima tahun kita jadi kawan. Sikit pun Yad tak boleh tipu Za.”
Sekali lagi tembakan Zahirah
mengena! Membuatkan Fayyad hilang arah.
“Yad pergi dapur dulu. Nak goreng
donut.” Fayyad bangun dan melangkah
meninggalkan Zahirah berseorangan.
Zahirah memerhati langkah Fayyad ke
dapur sehingga hilang kelibat lelaki itu dari pandangan. Tanpa sedar air
matanya menitis. Dia menyeka air mata yang mengalir dengan tudung yang dipakai.
Semuanya berpunca dari ayah Zahirah
yang tidak setuju dengan hubungan mereka. Ayah Zahirah melarang Zahirah untuk
bercinta dengan Fayyad disebabkan Fayyad tiada kelulusan melainkan SPM.
Sedangkan kawan-kawan mereka yang lain sudah berjaya bahkan sudah menamatkan
pengajian di peringkat Phd. Kecuali Fayyad yang sudah tua bangka baru mahu
merangkak ke Diploma.
Ayah Zahirah juga tidak merestui
hubungan mereka disebabkan mereka duduk sekampung. Katanya tidak berkembang
generasinya jikalau Fayyad mengahwini anaknya.
Yang orang tua itu pun satu hal.
Harap kopiah sahaja di atas kepala. Namun, minda masih belum merdeka. Masih
sahaja menilai kedudukan orang dari segi pangkat dan kedudukan ilmu dunia.
Sedangkan yang paling penting itu adalah ilmu agamanya. Jikalau belajar ilmu
dunia tinggi menggunung pun, ilmu akhirat kosong memang tidak akan ke mana!
Sejak dari itu, Fayyad cuba membuang
perasaannya pada Zahirah. Tak dinafikan Zahirah ada ciri-ciri wanita yang dia
suka, namun semua perasaan itu membataskan cinta dan sukanya pada wanita itu.
Mungkin namanya bukan jodoh.
Walaupun sedekat mana dua manusia yang bercinta, namun jika sudah tertulis
bahawa tiada jodoh, pasti tidak akan bersatu. Bahkan pasti ada sahaja halangan
yang membentengi.
Ezahra merenung Fayyad
dengan wajah garangnya. “You ni memang
jenis tak pandai tepati masa. Berkebun ke dekat rumah you tadi?” perlinya geram.
“Orang kampung memang jenis tak
tepati masa, eh?” Fayyad mengajuk ayat
Ezahra sebelum ini. Baru sahaja beberapa minggu bertembung, dia sudah dapat
menghafal tagline wanita itu.
“Ayat
tu, kan nak keluar dari mulut awak tadi. Tapi tak terkeluar pula hari ini. Eh,
kalau jenis tak tepati masa, orang bandar dan orang kaya pun buat benda tu
juga. Tak payah nak mengkelasifikasikan orang sangat. Yang ini orang bandar,
yang ini orang kampung.”
“Habis yang you lambat tu
kenapa? Tak tepati masa! Orang kampung macam you ni mana kisah tentang
masa. Tak menghargai masa. Suka bazirkan masa buat kerja-kerja tak berfaedah. Lepak
sana sini. Merempit! Bergosip dengan
orang kampung. Orang korporat macam I ni hargai masa sebab setiap saat adalah
duit!”
Fayyad ketawa halus lalu menggeleng
kepala. “Minta maaflah. Tadi saya pergi
solat. Kita kalau nak berjaya dunia akhirat, kena jaga solat. Awak solat tak?”
“You tak payah nak berdalih.”
“Awak tu yang jangan nak berdalih
sangat. Saya tanya awak, awak solat tak?”
Ezahra berdecit. “Nanti I solatlah. You jangan nak jaga tepi
kain I sangat.”
“Kita dah nak kahwin pun. Nanti
bukan setakat tepi kain, tapi hal dalam kain awak pun saya kena ambil tahu.
Ha! Lagi satu saya nak perbetulkan statement awak. Orang yang menghargai
masa adalah orang yang jaga solatnya. Bukannya orang yang kejarkan urusan
dunia. Contohnya macam awaklah. Utamakan duit seolah lupa yang duit dan rezeki
tu semua milik Allah. Allah Taala yang beri, bukan dunia ni yang beri.
“Dan
orang yang suka bazirkan masa adalah orang yang sibukkan urusan dunia
berbanding akhirat. Ingat! Dekat mana
pun kita. Tinggi apa pun pangkat dan darjat kita, solat kena jaga. Utamakan
solat dulu kalau nak buat hal apa pun.”
Ezahra
memeluk tubuh lalu menjeling Fayyad. Pantang sungguh dia jikalau ada yang
berani menegur segala tindak tanduknya.
“You rasa dah cukup bagus ke, yang nak mengajar I bagai ni?” tempelaknya geram.
“Saya
tak rasa saya bagus. Saya nak menasihati. Saya nasihat ni bukan untuk awak
seorang aje. Tapi untuk diri saya juga,”
tutur Fayyad. Cuba menasihati dengan penuh hikmah.
“Baguslah
kalau you nak nasihat untuk diri you sendiri. Tapi kalau nak nasihat untuk diri
sendiri, tak perlu kut nak membebel dekat I. You nasihat diri you dekat
rumah,” tukas Ezahra.
“Saya
nak nasihat awak juga. Sebab kita dah nak kahwin. Saya tak naklah nanti kahwin
katak. Kahwin-kahwin dengan awak terus dapat tajaan dosa menimbun. Dosa tak
tutup aurat satu. Dosa tak solat satu. Sekurang-kurangnya nanti lepas kahwin,
awak tinggal-tinggallah dosa untuk orang lain sama. Kesian saya nak mengusung
dosa isteri ke sana ke mari.”
“Kalau
dah tahu I ni banyak dosa, kenapa nak kahwin dengan I juga? You ada hak untuk menidakkan perkahwinan ni.
Tapi you tetap gatal nakkan I juga kenapa?”
Ezahra meninggi suara. Bengang juga dengan sikap Fayyad yang mengikut
telunjuk si daddy. Bukannya berani nak membantah! Tak fasal-fasal, dia kena kahwin dengan
lelaki itu!
“Saya
ada alasan saya sendiri kenapa saya nak kahwin dengan awak.”
“Alasan
you sebab you gatal! You kahwin dengan I
sebab you ni sama aje dengan lelaki lain, yang pantang tengok orang perempuan.”
“Ikut
suka hati awaklah nak cakap apa. Allah Taala aje yang tahu nawaitu saya.”
Ezahra
ketawa sinis. Menyampah mendengar kata-kata Fayyad yang seolah pura-pura baik
itu.
“Sebelum
tu nak minta maaf dekat awak sebab bajet kenduri kahwin kita hanya RM3,000 aje.
Hantaran tak ada. Dan mas kahwin RM300. Macam yang awak minta, ringkas-ringkas
aje kita buat. Panggil saudara terdekat. Ha!
Sebelum awak cakap ‘orang kampung memang jenis tak ada duit ke’, yang
itu saya mengaku saya orang kampung yang tak ada duit. Tapi itulah. Kita buat
kenduri kahwin ikut apa yang Allah dan Nabi suruh. Yang penting diredhai
Allah.”
“You
nak kahwin dengan educated person, graduated from oversea’s university. RM300
tu bukan nilai untuk orang yang ada Masters
macam I!” Bulat mata Ezahra memandang
Fayyad.
Tidak
puas hati dengan amaun yang dinyatakan lelaki itu. Terlalu murah! Setakat duit banyak itu, apa aje nak
makan? Nak jamu keropok lekor aje ke?
“Awak
nak berapa?”
“Hundred thousands.”
“Sikit
sangat! Itu aje ke harga awak untuk Masters yang awak ada? Kenapa bukan RM200,000? Kenapa bukan RM500,000?”
Diam.
“Orang
perempuan tetap bernilai walau tak ada kelulusan. Dan nilai orang perempuan
lebih tinggi dari jutaan ringgit. RM300 tu bukan harga untuk saya dapatkan
awak. RM300 tu sebagai hadiah. Nilai awak adalah infiniti. Tak ternilai.”
Ezahra
menggeleng kepala dengan wajah bengang. “Itu
alasan orang yang tak ada duit, tapi terdesak nak kahwin. Kahwin bermodalkan
RM300!” gumamnya.
“Kalau
saya terdesak nak kahwin, saya boleh kahwin free
aje dengan awak. Tanpa satu sen pun. Tangkap basah aje modalnya. Tapi saya nak
kahwin dengan awak, Lillahi Taala. Ikhlas dan mengikut kemampuan saya.” Fayyad membela diri.
Susah
tahu tak bercakap dengan orang yang ilmu agamanya tak dikemaskini. Baginya,
ilmu agama Ezahra masih ditakuk lama, sebelum merdeka. Mindanya masih dijajah
dengan jajahan Melayu yang menilai harga perkahwinan dengan kelulusan
seseorang.
“Senang
aje nak kahwin dengan orang, kan? Cakap
bajet sikit, okey kira jadi.”
“Kita
tutup bab ni. Kalau saya cakap pun awak tak akan faham.”
“Memang
I tak faham!”
“Tak
apa, lepas kahwin saya fahamkan awak.”
“Before that… I nak cakap yang I akan
failkan cerai setelah kita kahwin.”
Bulat
mata Fayyad dibuatnya. “Mak ai!! Kahwin pun belum, dah nak cakap fasal cerai.
Untuk pengetahuan awaklah, kan… saya berkahwin bukan untuk bercerai. Tak
berbaloi saya habiskan duit untuk kahwin, dan akhir sekali saya kena ceraikan
awak. Itu membazir namanya!”
“I
boleh bayar balik apa yang you rugi. And… if you tak nak ceraikan I, I akan tebus
talak. You cakap aje berapa you nak. I bagi.”
“You
cakap aje berapa you nak bagi, I tak nak!”
Fayyad mengajuk ‘I’, ‘you’ si
Ezahra. Terus dia berdiri serentak kerusi yang dia duduk terundur ke belakang.
“Saya balik dulu. Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam! I tak habis cakap lagi!”
Fayyad
semakin gagah berjalan. Malas mahu berbincang dengan wanita itu. Sudahnya
wanita itu meminta cerai sebelum sempat berkahwin. Apa kejadahnya?!
“Dia
ingat kahwin ni main masak-masak ke?
Kahwin lepas tu saja-saja cerai?”
bebelnya sambil berjalan. Langkah kaki dilajukan menuju motosikal.
Zuppp!! Zuppp!!
Ezahra
dengan wajah bongkak bersama raybannya
memandu BMW Z4 dengan bumbung kenderaan itu terbuka luas. Penuh bergaya dia
memecut laju kereta baru dibeli itu ke atas jalan raya.
Fayyad
menggeleng kepala. Dia tepuk dahi pula.
“Aduh!! Bakal bini aku ni,
katanya belajar oversea. Kelulusan
ijazah sarjana. Tapi otaknya ke mana?”
“Tengah-tengah
panas terik macam ini dia buka bumbung kereta. Dengan muka tak boleh blah,
bajet duduk Korea. Isk! Itulah orang
perempuan ni. Taksub sangat dengan Korea. Itu, ini semua Korea aje. Nak cari
calon suami pun cari yang ala-ala mamat Korea.”
“Wahai kaum hawa, kembalilah pada lelaki
Melayu yang tall, dark or white, handsome!” leternya lagi.
Fayyad
tidak mahu mengaku dia dark! Itu fasal dia mentioned dark or white. Dia nak kata yang dia tu putih. Kadang-kadang riak Fayyad ni pun
melampau-lampau juga. Mentang putih, eksyen pula!
Titanium Helix Earrings | TITIAN ARTICLES
ReplyDeleteTITanium Helix Earrings | TITIAN does titanium set off metal detectors ARTICLES. TITIAN ARTICLES. mens black titanium wedding bands TITIAN ARTICLES. TITIAN ARTICLES. TITIAN ARTICLES. TITIAN titanium piercings ARTICLES. TITIAN polished titanium ARTICLES. TITIAN ARTICLES. TITIAN ARTICLES. TITIAN ARTICLES. TITIAN ARTICLES. titanium fitness TITIAN ARTICLES. TITIAN ARTICLES.