Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat


Bacaan Buku Falsafah
Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat’ nukilan Mohd Nasir Omar. Di mana buku ini ditulis untuk memperlihatkan tentang keindahan dan kekayaan tamadun Islam disamping memberikan sumber dan pengetahuan tentang keintelektual barat itu sendiri. Buku ini terdiri dari enam bab, dan 156 mukasurat.
Nah!  Ini bukunya teman2.

Bab 1 (Falsafah : Definisi, skop, dan kedudukan etika)
            Bab ini menceritakan mengenai definisi dan skop falsafah dari sudut Islam dan Barat. Falsafah menurut Al-Farabi, ahli falsafah Islam terdahulu ialah ‘cintakan kebijaksaan’ dan falsafah merupakan pokok kepada segala ilmu yang ada di dunia. Menurut tokoh falsafah barat pula, Rene Descartes mengertikan falsafah sebagai disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran yang tertinggi. Falsafah adalah hasil dari daya usaha akal manusia yang rasional, kritis dan integral untuk memahami dan menganalisa hakikat alam, hakikat manusia, hakikat ketuhanan.
Bab 2 (Moral, etika dan akhlak : Pengenalan Konseptual)
            Bab ini memperbandingkan moral, etika dan akhlak dari sudut definisi dan pemahamannya. Moral adalah cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku, dimana ia mempersoalankan tindakan yang betul atau salah, dan benar atau tidak. Moral dan etika dikatan mempunyai pengertian yang sama. Manakala akhlak pula berasal daripada perkataan Arab iaitu khuluq yang membawa maksud kepada sifat semula jadi, tabiat, maruah, agama atau gambaran batin seseorang. Dari segi konseptualnya, ketiga-tiga elemen ini membawa maksud yang sama namun akhlak lebih memberikan penekanan terhadap autoriti wahyu disamping tidak menolak akal berbanding moral dan etika yang lebih menekankan taakulan manusia.


Bab 3 (Falsafah etika : Perbandingan pendekatan Barat dengan Islam)
            Melalui pendekatan Barat, etika dan perlakuan manusia dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi seperti keinginan kepada keseronokan, mengelak diri dari kemudaratan, kesempurnaan, inginkan balasan, pujian dan sebagainya. Faktor-faktor ini banyak memberikan keburukan berbanding kebaikan kerana ia akan membawa kepada sistem etika yang relative berbanding dengan sistem nilai etika yang tinggi. Melalui pendekatan Islam, etika dipengaruhi oleh kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab, kecintaan kepada kebenaran, dan takutkan siksaan Allah kerana melalui kepercayaan Islam, kehidupan bukan hanya di dunia malah di akhirat selepas kematian. Setiap muslim mempunyai matlamat akhir iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Bab 4 (Islam : Agama dan asas etika)
             Bab ini menceritakan bahawa Islam adalah agama untuk dunia seluruhnya, tidak mengira bangsa, peringkat agama, masa, tempat dan keadaan. Di mana Islam merupakan agama yang mengajak manusia untuk menyembah Allah S.W.T yakni Tuhan semesta alam. Terdapat tiga esensi agama Islam dan asas etika dimana yang pertama adalah Islam merupakan agama yang berteraskan keimanan kepada Allah. Hukum dan nilai hidup disampaikan dalam bentuk wahyu kepada nabi-nabi dan rasul. Keduanya ialah, rasul bukan Tuhan melainkan mereka adalah manusia yang dipilih oleh Tuhan untuk mengajak manusia menganuti Tuhan yang satu. Ketiganya adalah Islam mewajibkan penganutnya beriman pada wahyu dan kitab-kitab yang diturun dan disampaikan kepada rasul-rasul yang terpilih untuk membimbing manusia kearah kehidupan yang lebih baik dan berakhlak.
Bab 5 (Sumber dan kriteria baik buruk dalam falsafah etika Islam)
             Bab ini menceritakan dimana sumber kepada nilai-nilai etika Islam terdapat dua elemen. Elemen yang pertama ialah nilai-nilai dari Allah sendiri yang dimanifestasikan melalui wahyu. Ianya adalah nilai kebaikan dan keburukan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Wahyu yang disampaikan secara langsung adalah melalui al-Quran dan secara tidak langsung adalah melalui hadith (ajaran, perbuatan, pertuturan ) nabi Muhammad S.A.W. Elemen yang kedua sumber kebaikan dan keburukan nilai dari Allah SWT kepada manusia adalah anugerah akal, pengalaman, intuisi dan sebagainya.
Bab 6 (Prinsip-prinsip etika Islam)
            Bab ini menjelaskan bahawa Islam mengajar kepada konsep mengimani Tuhan. Iman memainkan peranan penting dalam membina konsep, pandangan, sikap, gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang terhadap hidup dan alam. Seterusnya Islam menekankan konsep persamaan setiap makhluk. Meskipun manusia berbeza dari segi pangkat, kulit warna, status dan sebagainya namun pada pandangan Tuhan, setiap manusia adalah sama. Islam juga memberikan kebebasan memilih kepada manusia sama ada perlakuan baik atau buruk, ia adalah peluang yang diberikan kepada manusia untuk memilih. Islam juga merupakan agama yang mencakupi segenap bidang kehidupan manusia yang menekankan etika terhadap diri, keluarga, masyarkat, alam sekitar dan kepada Allah jua.

Masturah in action. =P



No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...