Eh! Tiber!!!
Yang di Ranau next entry, ya! Sekarang nak bercerita pengalaman di Kundasang. Kita orang sampai di Kundasang tu, petang. Ada pasar2 sayuran dan buahan di situ. Sayur dan buah-buahan semua segar2 sebab fresh dari ladang. Baru petik kate ko...
Inilah pekan Kundasang. Yang belakang tu gunung kinabalu. Cantik view dia petang tu sebab tak lindung dengan awan. Selalunya berkabus sampai tak nampak puncak gunung. So, kita orang terus berhenti bergambar kejap sebelum ke Homestay kita orang.
Ada masjid belakang tu. So, boleh singgah solat di situ untuk solat bagi yang tak bermalam di sana.
Nah! Banyak gerai2 yang menjual buah-buahan dan sayuran. Tapi harganya mahal sikit sebabnya kawasan tumpuan pelancong. Anda boleh membeli untuk masak2 di Homestay.
Lepas membeli, kita orang bergambar kejap dan terus ke Homestay kita orang. Memandangkan masa kita orang ke Kundasang tu, masa musim perayaan + cuti sekolah, jadi banyak homestay yang cantik2 dah dibook oleh orang. Banyak yang penuh. Jadi, dapatlah yang murah2 + biasa2 aje. RM250 satu malam itu pun selepas tawar menawar.
Yang ini aje wajah homestay yang aku ambil gambar. Tiang aje nampak. Tak ambil gambar penuh. Homestay ni rumah kampung dua tingkat. Tingkat bawahnya, adalah rumah owner. Atasnya homestay. Homestaynya bolehlah bagi 3/5 bintang. Kehkeh.
Tidur sana satu malam di Homestay. Sejuk gila malam tu. Masa tu hujan+malam. memang menggigil. Masak air panas pun, tak sampai seminit dah sejuk balik. Hahahaha! Punya sejuk. Nak ambil wudhuk pun malas. Macam nak tayamum aje.
Lepas tidur satu malam, kita orang ke Desa Dairy Farm. Puas mukadimah, akhirnya sampai juga ke point utama entry ini iaitu DESA DAIRY FARM yang viewnya sangat cantik macam Switzerland. Masa nak masuk tu perlu bayar. Murah2 sahaja. Kanak2 RM1 dan dewasa RM3 (saya tak ingat bayaran, saya refer google) Hiks!
Ada yang menarik di sini sebenarnya selain daripada pemandangan yang cantik? Di sini ada lembu dan kambing dimana kita diberi peluang untuk menyusukan anak2 lembu dan kambing disini. Kita berpeluang membeli produk tenusu, melihat proses perahan susu dan sebagainya. Lihat gambar2 seterusnya untuk lihat pengalaman saya.
Nah! Kita berpeluang menyusukan anak2 lembu dan kambing. Peluang yang diberikan bukan saja2 ya. Berbayar. Kihkih! Sebotol susu RM5. Kalau tak nak menyusukan pun boleh tak ada masalah. Tak perlu bayar apa2. Boleh terus bergambar dan belai2 baby2 comel ituh.
Ini baby2 kambing. Baby2 kambing kurang diberi minum susu sebab ia berada dikandang ceruk belakang. Orang tak perasan. Bila orang masuk aje dalam tu, orang nampak lembu terlebih dahulu. So, orang lebih banyak menyusukan lembu daripada kambing2 ni. Aku pun tak perasan ada kambing masa awal2 tu. Kesian pulak baby2 kambing ni menagih susu.
Dia usyar aje aku nak mintak susu. Kahkah! Habis dah susu dik oi!
Dalam ni terdapat jualan produk2 tenusu seperti ais krim, susu segar, makanan ringan seperti nuget, sosej dan sebagainya. Untuk proses pemerahan susu, minta maaf kita orang memang tak sempat nak pergi. Rushing nak ke Ranau.
Ais krim vanila! Sedap bah tuu
Nah! Beriya aku ambil gambar, rupanya tong sampah. Kahkah!
Model berkaki pendek posing jap!
Lembu tak ada pulak dekat belakang. Kalau tidak, nampaklah macam Switzerland gituh!
Pemandangan sekitarnya memang nampak macam luar negara. Cayalah! Tak habis teruja lagi aku walaupun dah balik ke Semenanjung.
Dinasihatkan datang awal2 pagi sebab tak ramai dan tak perlu bersesak2 sangat. Dan lagi satu supaya tak panas. Bila panas terik, memang malas nak bergambar. Kalau nak cepat sampai dan awal ke sini, carilah homestay yang dekat2 dengan Desa Dairy Farm ini.
Gambar terakhir untuk entry ini. Terimalah... persembahan hipstur terokksss darikuhh!
Next entry, aku post pula pasal jalan2 di Ranau okey!! Sampai berjumpa lagi di episod seterusnya! Daaaaaaa...
Much love,
Mas Rejab
No comments:
Post a Comment