Uisk! Ada yang bukak entry ni ke? Nak pergi mana tu? Honeymoon ke?
Bercuti dengan kawan-kawan? Travel solo? Nak pergi rumah saudara?
Hehehe…
Untuk yang first time nak naik
kapal terbang…
1)
Make
sure tiket kapal terbang dah book / Pembelian tiket
Yang ini memang
wajiblah. Kalau tak book tiket kapal terbang, macam mana nak terbang ke
tempat-tempat lain? Kihkih…
3 pilihan anda
boleh beli sama ada melalui online, secara terus ke kaunter atau melalui agensi
pelancongan anda.
Untuk yang beli
secara online:
Adds on. (value
pack yg murah sikit VS premium flex yg mahal sikit):-
-makanan (boleh
makan sementara tunggu nak sampai destinasi)
-insurans
-baggage (Ambil
20kg baggage lah kalau nak selamat. Tapi kalau yang tak ada barang banyak
sangat, handcarry pun dah cukup. Tak perlu ambil pakej sekali baggage ni)
(apa-apa muatan
melebihi 7kg atau pun beg atau luggage yang besar gedabak, boleh ambil pakej
baggage sekali ya. Kalau handcarry dengan Air Asia, pastikan tak melebihi 7kg.
Tapi lebih pun tak apa kut. Ikut nasiblah sebab kadang-kadang diorang timbang.
Kadang diorang tak timbang. Untuk yang handcarry ni, biasa luggage yang saiz
kecil ni boleh bawa masuk sekali diri anda.)
2)
Simpan
emel atau screenshot booking confirmed.
Ini sebagai bukti
dan rujukan ‘booking number’ sebab nanti nak print out boarding pass melalui
‘booking number’ jika anda membeli secara online. Rujuk gambar dibawah untuk
lihat ‘booking number’ yang berwarna merah tu.
3)
Print
out boarding pass.
Boleh print out
sendiri kalau ada printer di rumah, atau pejabat. Kalau anda print sendiri,
anda akan tahu terus gate mana yang perlu anda lalui untuk flight anda ke
destinasi tertentu.
Kalau tak ada
printer untuk print sendiri boarding pass, jangan risau! Anda boleh print out
terus di airport 2 jam sebelum boarding.
4)
Jangan
lupa passport!
Kalau anda nak
ke luar negara, jangan lupa buat passport ya. Kalau yang nak ke Sabah atau
Sarawak tu, tak perlukan passport sekiranya keberadaan anda kurang daripada 90
HARI. Tapi kalau dari semenanjung ke Sabah atau Sarawak, anda akan dapat
dokumen gantian perjalanan dari imegresen secara percuma sahaja. Ia adalah
dalam bentuk resit biasa dan tak boleh bagi hilang! Jangan bagi hilang! Kalau hilang memang susah nak balik
semenanjung semula. Memang banyak prosedur yang leceh dan renyah kalau hilang
benda alah tu. Aku tak sempat ambil gambar pula resit tu. Tapi ia resit black n
white biasa sahaja. Simpan dalam dompet elok-elok kalau dapat resit tu okey!
Alang-alang nak
terbang ni, buatlah passport antarabangsa sekali kalau hendak ke Sabah dan
Sarawak. Mana tahu ada rezeki pergi Brunei dan Indonesia. Tambah sikit lagi
boleh ke Filipina. Hehehe. Aku haritu ke Sabah tak buat passport, kalau tidak
memang dah masuk Brunei dah. Sekarang mari berhuhuhu… Next trip kita ke Brunei
ye. Pujuk masturah pada hatinya sendiri.
Passport
ni berharga RM200 untuk 5tahun. Okeylah berbaloilah juga harganya boleh pergi
mana-mana sahaja negara yang anda mahu. –gambar ihsan dari google
5)
Pastikan
datang awal dua atau tiga jam ke Airport sebelum berlepas.
Misal kata
flight pukul 10 pagi, pukul 9 anda perlu on board (masuk dalam flight).
Pastikan pukul 9 tu dah settle semua mak nenek drop baggage, check in ticket
dah sebagainya supaya tak kelam kabut terketaq kepala lutut. Kiranya pukul 8
pagi dah kena sampai airport. Kalau tahu rumah jauh dari airport, geraklah
awal. Karang tak pasal tertinggal flight.
6)
Dah
sampai Airport, 1st step kena check in.
Yang sudah print
out boarding pass, maknanya anda sudah pun check in secara online. (biasa
online check-in adalah dalam tempoh 14 hari dari sebelum tarikh flight anda)
Yang belum print
out boarding pass, boleh print out ia (terus ke kaunter atau pun boleh ke kiosk
self check in).
Kaunter
manual check-in. Ihsan dari google.
Nah! Kiosk self check-in. Ihsan dari google lagi
kihkih…
Jangan risau
kalau tak reti guna benda alah tu. Sebab kiosk self check in tu dia tanya
soalan-soalan yang mudah-mudah sahaja antara soalannya:-
i)
Booking number flight anda.
ii)
Passport / IC
iii)
Ada baggage atau tidak?
Dari tadi asyik duk boarding pass, boarding pass. Apa bendalah kan? Rujuk gambar di atas, itulah boarding pass yang perlu diprint outkan.
7)
2nd
step bila dah sampai Airport, anda perlu drop baggage.
Yang ini kalau
anda ada luggage atau kotak and apa-apa sahaja muatan yang besar dan berat
melebihi 7kg, anda boleh drop ianya disini (make sure dah banyak termasuk pakej
tiket flight anda supaya tak dikenakan caj yang lebih tinggi. Dan make sure
juga kalau 20kg, maknanya tak boleh lebih 20kg. Misalkata terlebih berat 21kg.
anda perlu bayar RM30 untuk setiap kilogram lebihan. Kalau 22kg, rm60 lah anda
perlu bayar. So, make sure jangan bawak benda merapu-rapu banyak sangat. Bawak
benda-benda penting aje. sebab anda nak pergi jalan-jalan bukannya pindah
rumah. Kahkah!)
8)
3rd
step di Airport, anda perlu ke perlepasan domestic atau international.
Kalau nak ke
dalam negara aje, laluilah dibahagian perlepasan domestic atau dalam negara
sahaja. kalau nak ke luar negara boleh lalui bahagian perlepasan international
or ke luar negara. Time nilah nak menangis dan say bye-bye dekat ahli keluarga
sebab dia orang tak boleh masuk dah dekat dalam.
Laluan
untuk perlepasan dalam negara sahaja. Standby boarding pass, IC –Ihsan google.
Laluan
untuk perlepasan luar negara. Standby boarding pass, IC, passport – Ihsan dari
google.
Untuk yang nak
terberak, nak kencing, nak solat. Jangan risau. Sepanjang perjalanan sehingga
ke gate perlepasan tu, memang ada tandas, surau dan kedai-kedai. So, jangan
risau k!
9)
4th
step di Airport, pemeriksaan keselamatan imegresen/kastam/security check.
Sediakan IC dan
boarding pass anda ya.
Masa inilah anda
perlu tanggalkan segala jenis logam dan besi seperti tali pinggang, jam, barang
perhiasan seperti bangle, dan sebagainya (seperti emas tak perlu) handphone
jangan lupa keluarkan dari poket untuk discan. Letak semua barang-barang itu
semua dalam tray untuk di scan. Scan diri anda dan handcarry yang dibawa.
10)
5th
step di Airport, Boarding.
Dah settle
semuanya, boleh terus ke gate penerbangan anda. Tengok betul-betul gate anda.
Apa ya. Kadang-kadang dia orang tukar gate penerbangan anda tu. Untuk tidak
membuatkan anda panic, boleh bertanya kepada staf2 disitu atau lihat di skrin
yang disediakan.
Apabila gate
sudah dibuka, maka anda bolehlah berbaris dan keluarkan semula IC dan boarding
pass anda untuk ditunjukkan kepada kru penerbangan anda sebelum masuk ke dalam
kapal terbang.
Sementara
menunggu on board. Bukan ihsan google ya. Itu mak I dalam gambar.
Letakkan
handcarry anda di tempat penyimpanan barang di atas kepala. Dan anda boleh
terus duduk di tempat anda.
Nasihat saya,
sebelum on board, beraklah puas-puas. Dalam flight tak boleh jirus-jirus meriah
macam dekat toilet rumah, atau pun tandas awam. Kihkih… kalau boleh, memang
banjirlah kapal terbang tu. Setakat kencing tu okeylah. Tapi kalau dah tak
tahan nak terberak atas kapal tu, tak ada masalah. Macam mana nak guna tandas
dalam flight? Tontonlah di youtube, ya!
Kihkih…
Pakai tali
pinggang kaledar. Dan jangan lupa handphone anda tu tukar ke ‘flight mode’
supaya tidak mengganggu sistem yang digunakan pilot dan pusat kawalan.
Masa tengah
terbang, apa boleh buat lagi?
Anda boleh buat
video/gambar kalau ditepi tingkap. Jangan lupa ambil gambar sayap kapal terbang
di atas awan.
Or
macam ini. Bebaslah. Asalkan jangan bukak tingkap tu sudahlah lepas tu buat kiki challenge! ate janganlah begitu. kehkeh
Selain itu, anda
juga boleh main game, tidur, makan, baca buku, termenung, berangan berkahwin
dengan anak raja sementara hendak sampai ke destinasi.
11)
Sampai
ke destinasi.
Jika ada baggage,
sila berjalan ikut penanda arah ‘tuntutan baggage’. Dah ambil baggage, bolehlah
anda berjalan keluar dari airport tersebut dan terus ke destinasi yang hendak
dituju.
Ihsan
dari google.
Itu sahaja.
Semoga selamat ke destinasi anda.
Much love,
Mas Rejab
Much love,
Mas Rejab
hi saya nak bertanya.. saya dari sabah nak ke semenanjung.. tpi seminggu je dkt sana. maksudnya isnin pergi jumaat balik sabah. boleh ke klu saya print out boarding pass saya dua2 dkt sabah?
ReplyDeleteboarding pass ke semenanjung bole print dkat sabah. boarding pass ke sabah nnt print di kiosk kat airport.
DeleteHello, kalau dari Sabah ke Sarawak pakai pintu domestik atau international???
ReplyDeleteDomestik la
ReplyDeleteHai. Tumpang bertanya. Kalau penerbangan dalam negara perlukan passport atau tidak? Cth; Johor Bahru - Kuala Lumpur. Saya konfius 😅
ReplyDeletetak perluu
DeleteHai, tumpang tanya.. Kalau flight delay tiket online perlu print yg masa asai dia tu ke??? Ke akan ada email yg beri tiket Masa latest ye.
ReplyDeletekalau bukan IC tak boleh keluar negara ke? mohon bertanya
ReplyDeleteHi, handbag jenis sling tali besi tu lepas ke nk naik flight?
ReplyDeleteSaya print out awal 10 hari boarding pass, tapi tak ada no gate.macamana saya nk kena print sekali lg di airport ke? Atau boleh jer guna boarding yg sama sambil tanya dia airport? Yg mana saya perlu buat?
ReplyDeleteHi, tumpang Tanya,, macam mana nak tgk seat dalam kapal terbang?
ReplyDelete