Raya ke-tiga pakcik aku bawak kita orang ke Sandakan. Beraya
di rumah sepupu aku. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan ambil masa lebih
kurang 7 ke 8 jam. Memang lama sebab Sabah besar kut! Refer peta untuk tengok.
Kota Kinabalu ke Sandakan lebih kurang 300km plus2. Kita orang ikut laluan di Ranau, Kundasang dan Beluran sebelum sampai ke Sandakan.
Kita orang di Sandakan lebih kurang tiga hari. Tapi tak sempat ke mana2 pun. Hanya ke Sepilok melihat orang utan dan juga melawat beruang matahari disana.
Nah belanja sikit posing oleh model dari semenanjung ni.
Nah, dah sampai di Sepilok Pusat Pemulihan Akhlak Orang Utan. Eh! Pusat Pemulihan Orang Utan saja. 'akhlak' tu untuk manusia aje :P
Nak masuk dalam tengok orang utan, kena bayar. Dewasa RM5, kanak2 RM2 (Boleh sangat kalau nak masuk ramai2 bawa anak2 sebab murah sahaja. Kalau dia orang buat mahal2 pun, siapa yang nak tengok, kan?) dan untuk yang nak guna kamera, kena caj RM10 lagi tambahan. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat.
Kaunter pembayaran ada di dalam rumah kayu comel ni. Tak ambil gambar pun kaunter dia sebab aku tak terfikirkan nak letak dekat blog. Dah balik dari Sabah baru teringat nak masukkan dalam blog. kihkih.
Kita orang kena lalu di laluan jambatan kayu ni untuk ke tempat orang utan tu. Perjalanan ambil masa 10 ke 15 minit juga.
Yang dekat pondok warna hijau tu tempat dimana kita kena simpan segala barang2 termasuk handbag. Handphone boleh bawa masuk ke dalam tapi jaga2lah. Sebab kadang2 beruk, monyet dan sekutu dengannya datang dan rampas.
Kasi chancelah nak acah2 model tengah hutan ni.Kihkihhh
Kita akan masuk dalam satu hall yang berpenghawa dingin. Kita akan
tengok dari atas sahaja. Jangan ingat kita boleh pegang bagi makan
sendiri ya. Kita hanya tengok dari jauh.
Sebenarnya banyak orang utan yang dia orang bagi makan. Tapi time ni, kita orang datang dan masuk lewat. Jadi, hanya tinggal tiga empat ekor aje. Itupun dia orang dah kenyang. Malas dah nak makan. Hanya bermalas-malasan. Orang2 utan yang dah kenyang, akan masuk semula ke dalam hutan belakang tu.
Sebenarnya banyak orang utan yang dia orang bagi makan. Tapi time ni, kita orang datang dan masuk lewat. Jadi, hanya tinggal tiga empat ekor aje. Itupun dia orang dah kenyang. Malas dah nak makan. Hanya bermalas-malasan. Orang2 utan yang dah kenyang, akan masuk semula ke dalam hutan belakang tu.
Inilah tempat dia orang bermain. Banyak yang dah lari sebab kenyang.
Nah kena geletek sebab malas sangat.
Beruk yang makan last2 ni.
Ha time ni kita orang dah keluar dari tengok orang utan. Selepas itu, kita orang terus melihat beruang matahari. Tak jauh. Seberang dengan pusat pemulihan orang utan ni. Jalan kaki aje dalam 5 ke 10 minit untuk ke sana.
Nak masuk tengok beruang tu pun kena bayar. Kalau tak silap RM5 juga untuk dewasa. Standby duit saja ya. Kihkih.
Beruang matahari yang hitam tu.Nampak tak? Time tu banyak yang tengah menyorok. Kamera pulak koman spanar. Zoom dekat2 gambar jadi pecah2. Ate ini aje yang eden boleh belanja.
Inilah rupa sebenar beruang matahari atau nama inggerisnya, sun bear kalau yang tak nampak gambar atas yang saya kongsikan. Tak tahulah kenapa namanya beruang matahari.
Beruang matahari semua ni banyak ekor. Dan masing-masing ada nama. Aku tak ingat nama apa.
Sarang2 lebah yang diberi makan kepada beruang matahari.
Nah! Itu sahaja yang boleh aku kongsikan. Sebab memang tak banyak gambar. More to video. Video pun yang bodoh2 saja. Dan kalau tak silap ada juga taman buaya di area situ. Tapi pakcik aku xbawa pergi sebab kita orang rushing nak ke tempat lain juga. Kehkeh! Tunggu next entry, aku akan masukkan trip aku ke Kundasang dan Ranau. Bye!
Much love,
Mas Rejab
No comments:
Post a Comment