Fayyad memandang Ezahra yang sedang memanjat anak tangga. Namun, apabila terperasan bahawa Ezahra sekadar mengenakan seluar ‘katak’ paras paha, terus matanya melilau ke tempat lain.
“Astagfirullah…” bisiknya perlahan.
“Ara, sini kejap,” panggil Tan Sri Khalid sebaik menghirup kopi.
Langkah kaki Ezahra terhenti. Dia pejamkan mata seraya berdecit. “Apa?” jawabnya malas serentak dia memusingkan tubuh menghadap lokasi Tan Sri Khalid duduk.
“Sini! Daddy ada hal nak cakap.” Tan Sri Khalid memanggil dengan isyarat.
Ezahra berdecit. Dia berpeluk tubuh pula. “You can talk to me later. I’m not going to look at that face.” Dia merenung tajam wajah Fayyad.
Fayyad buat tak tahu.
“Go change your clothes first. I’d give you only ten minutes. Kalau Ara tak turun juga, daddy naik atas dengan Fayyad,” gesa Tan Sri Khalid. Melihatkan wajah Fayyad, dia dapat menangkap bahawa Fayyad tidak selesa dengan cara pemakaian Ezahra.
“Perlu ke daddy cakap dengan Ara sekarang? Nanti-nanti pun boleh, kan?”
“Ini hal mustahak. Cepat sikit. Sepuluh minit sahaja!” arah Tan Sri Khalid. Dia terus mencapai secawan kopi di atas meja. Malas mahu melayan lama-lama ragam si anak yang tidak akan berhenti berdialog dengannya.
Ada rengusan geram dari Ezahra sebelum dia menapak ke biliknya.
“What are you going to talk about?” Ezahra menyoal sebaik menghenyakkan punggung di atas sofa empuk. Pahanya yang putih gebu membuatkan silau ekor mata Fayyad menyapanya.
Fayyad mengucap panjang dalam hati. Oh, imannya betul-betu teruji!
Ezahra berdegil. Dia ke bilik bukan untuk menukar pakaiannya, sebaliknya dia berbaring-baring.
“I asked you to change your clothes. Why are you still wearing that kind of under wear?”
Tan Sri Khalid ni depan Fayyad pun nak malukan Ezahra. Hehe!
“Can you just straight to the point?” Ezahra malas mahu mengambil pusing kata-kata Tan Sri Khalid. Hati dia, kan tebal! Mana terasa dengan kata-kata perli seperti itu. Dia sudah lali!
“Daddy…”
“Oh, please! I don’t have so much time to serve you.” Ezahra malas mendengarkan suara Tan Sri Khalid yang lebih kepada meleret. Bukannya ke point yang sebenar.
“Daddy nak kahwinkan Ara dengan Fayyad.”
“What?!!” Bulat mata dan mulut Ezahra. Dia pandang Fayyad sekilas. “Ini ke hal mustahak?” gumamnya.
“Ya!”
“Kenapa perlu Ara kahwin dengan dia?” Ezahra berdiri. “Ara tak pernah kenal budak kampung ni!” Telunjuk dihalakan ke arah Fayyad yang sedang bermain janggut dengan wajah selamba.
Sakit hati betul! Ada ke patut Tan Sri Khalid nak kahwinkan dia dengan lelaki yang paling dia benci? Ini memang bencana!
“Ara tak kenal dia. But I knew him well!” tegas Tan Sri Khalid.
“You can give me that opinion. But I won’t letting you ruin up my life for the second time! No, it is not the second time. Maybe it is for the infinity time.”
“Daddy mengaku daddy pernah buat silap. Dan daddy tak nak buat silap lagi pada Ara.”
Ezahra mengetap bibir geram. Dadanya berombak kencang mencari oksigen yang tiba-tiba tidak cukup pula dalam rumah itu. “No! You still doing the wrong decision to me! You’ll ruin up my life again! This is my life, so let me plan every single thing that I should have!”
Dia beralih pula pada Fayyad yang masih lagi bermain janggut. “And you!!”
Fayyad blur. “Hah?” Dia mendongak mencari wajah Ezahra.
“Tak ada perasaan malu ke yang tehegeh-hegeh sangat nak kahwin dengan I? Orang kampung memang jenis tak tahu malu ke?”
Tan Sri Khalid berdiri. “Ezahra Binti Khalid!! Watch your words! Daddy yang paksa dia kahwin dengan Ara supaya Ara ni jadi manusia!”
Ezahra ketawa sinis. “Kenapa? Selama ni anak daddy ni apa? Bukan manusia ke? Tupai? Burung? Atau apa?”
“You’re more than that!”
“Sampai hati daddy, kan?” Ezahra mengetap bibir dan menggeleng. “What ever the things that you want, I won’t listen to you. Ara tak akan layan benda mengarut yang daddy nak.”
“Daddy dah beri Ara peluang untuk berubah. But you still with your social life.”
“Ara buat apa?” bentak Ezahra geram.
Tan Sri Khalid mencapai kepingan-kepingan gambar di atas meja lalu dia melemparkannya ke arah Ezahra. Ya! Gambar itu membuktikan bahawa Ezahra selalu ke kelab malam dengan tarikh-tarikh yang berlainan. Boleh dikatakan setiap malam Ezahra menjengah ke rumah syaitan itu.
“Apa kejadah semua ni? Siapa ajar? I never taught you to be that kind of person! Balik oversea dah lupa asal usul?”
“Ini hidup Ara. Dan Ara berhak atur hidup Ara!” Ezahra tidak mahu kalah dengan si daddy.
“Apa nak jadi dengan Ara ni? Arwah mommy dekat sana tu menunggu doa dari Ara. Doa dari anak yang solehah. Tapi Ara sikit pun tak ingat arwah mommy. Clubbing sana sini. Kubur arwah mommy pun tak pernah jejak. Silap-silap dah lupa tempatnya dekat mana.”
“Daddy tak perlu sibuk jaga hal Ara. You can mind your own business! And whatever it is, I won’t let him…” Telunjuk Ezahra terhala pada Fayyad. Lalu dia menoleh ke arah Tan Sri Khalid.
“to marry me. Is it clear?” Dia mengangkat kening sambil memeluk tubuh.
Tan Sri Khalid mengela nafas berat. Dia mengangguk. “Okey! Ara tak nak tunaikan permintaan daddy ni, daddy tak akan beri satu sen pun harta daddy pada Ara. Deal!” Dia mengugut.
“Okey! Tak kisah pun. Because I can survive myself wherever I am.”
Tan Sri Khalid mengangkat tangan dan menghalakannya ke arah pintu rumah tanpa memandang wajah Ezahra. “Keluar dari rumah daddy sekarang juga!”
Sungguh! Dia kecewa dengan anaknya. Dia tidak pernah minta untuk mempunyai anak sebegitu degilnya. Memang diakui bahawa Tan Sri Khalid punyai segalanya. Kecuali satu benda yang dia hilang. Iaitu anak dan isteri. Apa gunanya harta melimpah ruah sedang hidup sepi tanpa anak dan isteri yang soleh dan solehah. Kekayaan boleh membeli segalanya yang ada di dunia ini. Tetapi kekayaan tidak mampu membeli kebahagiaan. Apatah lagi membeli iman!
“Okay, fine!! Daddy duduklah sorang-sorang dalam rumah ni!!” jerit Ezahra yang membuatkan Fayyad terkejut dengan mata yang terkebil-kebil. Ezahra berlari menuju ke tangga.
“Eeeerrgghh!!” Tan Sri Khalid menyeringai kesakitan. Dia memegang dadanya dengan wajah berkerut.
“Pak Cik, Pak Cik!!” Fayyad cemas. Dia menghampiri dan memaut bahu Tan Sri Khalid.
Ezahra menoleh memandang Tan Sri Khalid dengan wajah cuak. Dia berlari mendapatkan Tan Sri Khalid. “Daddy, are you alright?”
“Eerrggh!!”
“Daddy!!”
“Saya papah Pak Cik ke depan. Awak suruh Pak Mat sediakan kereta.” Fayyad memberi arahan pada Ezahra.
Ezahra menurut. Dia bergegas ke luar rumah mencari Pak Mat.
“Jangan bazirkan umur awak semata-mata nak jadi anak derhaka.”
Inilah masa yang sesuai untuk mentazkirahkan budak yang tak matang itu sementara menunggu doktor memeriksa keadaan dan merawat Tan Sri Khalid di dalam wad kecemasan.
Ezahra menoleh memandang Fayyad dengan mata yang membulat. Gerun Fayyad dibuatnya. Namun sengaja dia buat steady, tak ada hal. “I ada ganggu hidup you ke?”
“Tak! Saya hanya nak beri nasihat. Saya takut awak menyesal kemudian hari.”
Ezahra menjeling lalu memandang ke tempat lain.
“Saya sempat hidup dengan ayah saya, tiga belas tahun aje. Itu pun tolak arwah abah pergi kerja siang malam, tinggal lima enam tahun aje saya sempat rasa kasih sayang dia.”
Ezahra bingkas bangun dan berdiri menghadap Fayyad. “So? You nak I buat apa? Nak dengar ceramah you ni ke? You nampak tak I tengah serabut?”
“Saya nampak serabut awak tu. Sebab tu saya nak serabutkan lagi otak awak. Biar awak fikir tentang semuanya.” Fayyad mencuri nafas sebelum meneruskan kata-kata. Dia bersandar pada dinding sambil kepala mendongak memandang tepat ke wajah Ezahra.
“Terus terang saya cakap, awak antara orang yang paling rugi. Ada ayah tapi tak appreciate apa yang Allah pinjamkan. Jangan nanti bila Allah dah tarik nikmat tu, awak nak menangis melalak, membebal bagai.”
Ezahra merengus geram. Dia duduk semula dan bersandar pada dinding sambil memejam mata. Seraya dia memeluk tubuh. Malas mahu melayan Fayyad yang banyak bunyi itu.
“Kalau arwah abah saya masih ada, saya akan habiskan masa saya dengan dia. Cakap baik-baik dengan dia. Kalau saya ada duit, saya nak bawa dia pergi melancong. Beli apa yang dia nak. Dan semuanyalah. Sebab itu saya rasa awak rugi. Awak bazirkan masa awak untuk benda yang tak penting, sedangkan benda penting tu ada depan mata awak untuk awak hargai.”
Ezahra buka mata dan menghadap Fayyad dengan muka tak puas hati. Memang dari pertama kali jumpa lelaki itu lagi, dia sudah menyampah. “Bisinglah you ni! I nak tidur, I mengantuk!”
“Saya nak bercakap juga!”
“Isk! Menyusahkan orang betullah dia ni!” bentak Ezahra.
“Kalau saya boleh tukar daddy awak supaya jadi ayah saya, dah lama saya buat. Tapi Allah dah tetapkan macam mana sekali pun awak dan daddy awak tetap anak beranak. Tak boleh ubah hakikat tu. Jadi, saya harap awak hargai daddy awak. Jangan sesekali derhaka dengan dia. Dia dah berkorban banyak untuk awak.”
“Apa yang you tahu? Selama ni you tak tahu apa yang dia dah korbankan untuk I. You tak tahu, kan? Dia tak pernah korbankan apa-apa pun untuk I. Dia sibuk bekerja sebab nak lupakan kenyataan yang mommy I dah mati. Sedangkan dia lupa yang I ni tak ada siapa-siapa. I kesunyian. Tak ada siapa pun nak layan I. Tak ada siapa yang berikan I kasih sayang.”
“Buruk macam mana pun, dia tetap daddy awak dunia dan akhirat awak. Dia sibuk bekerja sebab nak sara awak juga. Kalau tidak, awak tak merasa hidup dalam rumah besar, kereta besar. Nak apa, petik jari aje.”
“Sebab kesibukan dia tu yang ajar I untuk jadi tak tentu arah macam ni. I keluar untuk cari apa yang I nak. Semua salah dia! Dan sekarang dia nak hancurkan hidup I dengan kesalahan dia lagi. You rasa I nak duduk diam saja ke?”
“Dia nak yang terbaik untuk awak.” Fayyad memujuk.
Ezahra ketawa sinis sambil menggeleng. “Kahwin dengan you satu benda baik ke? I rasa malapetaka yang ada nanti.”
Erk! Fayyad terkena.
Fayyad mengecilkan matanya memandang Ezahra. Dia rasa macam nak cilikan aje mulut budak itu. “Kecil hati saya dengar. Jagalah hati orang sikit. Mulut boleh tahan dia ni!” bebelnya. Dia kembali bersandar pada dinding sambil tangan menyeluk poket sweater.
Ezahra menjeling. Kisah pula dia!
Fayyad terus berdiri dan menghampiri seorang jururawat sebaik melihat jururawat itu keluar dari wad kecemasan yang diduduki Tan Sri Khalid tadi. “Sister! Macam mana keadaan Tan Sri Khalid? Boleh kami masuk ke?”
Ezahra menghampiri mereka berdua.
“Keadaan dia dah stabil sekarang. Siapa-siapa nak masuk pun boleh. Cuma jangan bagi dia tekanan apa-apalah pada dia. Takut dia punya serangan jantung datang lagi,” ujar jururawat itu.
“I masuk dalam. You tunggu aje dekat luar.”
“Saya nak masuk juga!”
“Tunggulah dekat luar!” Garang Ezahra menjawab.
“Cakap baik-baik tau dengan dia.” Fayyad kurang percaya dengan Ezahra. Dia takut wanita itu akan meninggikan suara apabila bercakap dengan Tan Sri Khalid. Mahu dia tak risau? Dia membesar dengan menumpang kasih sayang lelaki tua itu. Jadi apa-apa pada lelaki tua itu, dia yang akan menyesal nanti!
Ezahra merenung tajam ke dalam mata Fayyad.
Fayyad melepas keluh berat.
“Daddy nak jumpa you.”
“Oh…” Fayyad mengangguk lalu berdiri.
“Jaga daddy untuk hari ni. I tak boleh jaga. I ada banyak kerja.” Ezahra berpesan kepada Fayyad.
“Okey. Saya tak ada masalah.” Fayyad akur. “Daddy awak macam mana?” soalnya pula.
“You nak masuk dalam, kan? You go and check by yourself ajelah. Sibuk nak bertanya I, kenapa? I bukannya doktor pun.”
Fayyad garu kepala yang tidak gatal. Bersama wajah sakit hati dipamerkan. “Aduh! Masalah betullah dengan dia ni. Orang tanya baik-baik kut. Boleh kuning ke gigi tu kalau cakap baik-baik dengan orang? Tak, kan?”
“You ingat sekali I cakap baik-baik, sampai matilah I macam tu dengan you?” “Sorry! I’m not that kind of person.”
“Umur awak berapa?” Fayyad menyoal tiba-tiba yang sudah yakin lagi pastinya lari dari topik perbualan mereka tadi.
“Tak payah sibuklah!”
“Saya tanya umur berapa? Jawab ajelah. Belajar sampai oversea takkan mengira pun tak reti? Lupa dah ke umur berapa? Atau pun tak sedar bila masa awak beranak? Sedar-sedar dah besar gedabak macam ini.”
“Tak kelakar okey!”
“Ada saya kata kelakar ke? Tak ada, kan?” Fayyad berwajah serius. Si Ezahra ingat dia seorang aje ke boleh buat muka serius macam itu? Dia pun boleh juga!
“Berapa umur?” Dia masih tak putus asa bertanya.
“Twenty six.”
“Melayulah…” Fayyad buat muka menyampah.
“Kalau dah kampungan tu, kampungan juga. I lupa orang kampung mana pandai cakap orang putih. Umur I sebenarnya dua puluh enam tahun. Ada masalah? Tak ada, kan?”
“Tengok! Umur baru dua puluh enam tapi muka macam mak lampir. Kedut sana kedut sini. Mata lebam macam kena tumbuk. Jerawat naik seketul dekat dahi. Bibir pucat. Itulah dia orang yang selalu marah-marah. Makin marah makin tua. Isk! Takutlah! Belum masuk umur tiga puluh muka dah kedut sana-sini.”
Fayyad mencicit masuk ke dalam wad. Sebelum kena leter lagi dengan Ezahra, baik dia masuk ke dalam dulu.
Bukan main si Fayyad, dalam tak suka pada Ezahra pun, bukan main dia tilik wajah wanita itu sampai jerawat tengah dahi pun boleh nampak!
“Annoying betul! Dari alam apa dia ni datang. Dari alam barzakh ke?”
Takkanlah dari alam barzakh datangnya? Dari alam dunia baru ke alam barzakh Cik Ezahra oi! Bukannya dari alam barzakh ke alam dunia. Dah terbalik kut tu. Mati hidup semula ke macam mana tu?
“Ezahra dah setuju nak kahwin dengan kamu.”
Fayyad mengangkat wajah. “Macam mana dia boleh setuju?” Dia pun terkejut mendengar kata-kata Tan Sri Khalid. Dia fikir Ezahra masuk ke dalam tadi mahu menegaskan pendiriannya. Tapi tak sangka pula wanita itu boleh setuju.
“Pak Cik pun tak tahu. Tapi tadi dia sembang baik-baik dengan Pak Cik. Cuma dia letak syarat. Syaratnya orang lain tak boleh tahu yang dia kahwin dengan kamu.”
Fayyad mengangguk. Mungkin kerana Ezahra risau akan keadaan Tan Sri Khalid, jadi dia bertindak mahu menunaikan permintaan lelaki tua itu.
“Alhamdulillah, dia dah setuju. Jadi, Pak Cik harap perkahwinan kamu dapat dilangsungkan dalam bulan ni. Pak Cik tak nak lambat-lambatkan benda baik.”
Fayyad menunduk.
“Pak Cik minta maaf sebab dari dulu lagi Pak Cik menyusahkan kamu sekeluarga.” Tan Sri Khalid serba salah. Dia teringat akan peristiwa gelap tujuh belas tahun dulu. Arwah abah Fayyad meninggal disebabkan kecuaiannya ketika memandu. Sehingga tidak fasal-fasal tiga beradik itu menjadi anak yatim yang kehilangan bapa.
Sejak dari itu, Tan Sri Khalid rasa serba salah. Dan dia berjanji dengan dirinya untuk menyara kehidupan tiga beradik itu. Namun, apabila lelaki tua itu melebih-lebih dalam menyara keluarga Fayyad, Fayyad menolaknya.
Bagi Fayyad, dia punyai maruah. Walaupun tidak kaya, tetapi itu bukannya alasan untuk dia dan keluarganya meminta-minta. Dia lebih suka mengusahakan segalanya sendiri berbanding naik minyak menerima pemberian itu dan ini dari orang lain.
Kematangan dan sikap berdikari Fayyad itulah yang menyebabkan Tan Sri Khalid bertindak mahu mengambilnya sebagai menantu. Apatah lagi Fayyad jenis yang lantang bersuara dan tegas dengan pendiriannya. Dari sudut itu, dia benar-benar nampak kebolehan Fayyad untuk membimbing Ezahra kelak.
“Saya dan keluarga yang banyak susahkan Pak Cik. Saya terima berkahwin dengan Ezahra ni pun sebab saya nak balas jasa Pak Cik yang dah banyak tolong keluarga saya. Dan lagi satu sebab saya rasa bertanggungjawab nak bimbing Ezahra.”
Tan Sri Khalid tenung wajah Fayyad. Lama. “Wanita. Dia tak lurus. Dan takkan pernah lurus. Bawalah dan bimbinglah dia perlahan-lahan. Jangan terlampau mendesak untuk luruskan dia, sebab bila kita paksa, dia akan patah. Yad faham, kan maksud Pak Cik?”
“Saya faham… saya anggap ini jodoh saya. Kalau semua orang pilih yang terbaik, habis siapa nak bimbing yang tak baik untuk jadi baik, kan?”
Tan Sri Khalid mengangguk perlahan. “Dulu Ezahra bukannya macam itu. Dulu dia baik. Dia dengar kata. Dia malu nak pakai seksi-seksi bila nak keluar rumah. Tapi itu dulu masa arwah mommy dia ada lagi. Semuanya jadi terbalik selepas Pak Cik abaikan dia. Pak Cik buat silap terhadap kehidupan dia. Jadi, dengan mengahwinkan kamu dengan dia, Pak Cik harap itu bukan satu kesilapan lagi. Malah Pak Cik harap itu satu pembetulan.”
“Insha-Allah, Pak Cik. Saya cuba apa yang termampu.”
“Terima kasih, Yad.”
Fayyad mengulum senyum walaupun wajah terpapar resah.

No comments:
Post a Comment