Dia pejam mata sambil mencuri
oksigen. Seketika dia membuka mata semula lalu memeluk tubuh. Perlahan dia
menapak pula menuju suatu tembok.
“Kau ingat kau bagus sangat ke?”
Suara seorang gadis memecahkan
lamunan Fayyad. Pantas dia menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Abang mengaku abang tak bagus
sangat! Tapi abang ada hak untuk memilih
yang lebih baik.”
Gadis itu ketawa sinis seraya
memeluk tubuh. “Kau memang selfish!
Kalau kau pergi untuk yang lebih baik, habis siapa nak bimbing aku yang
tak baik ni?”
“Nina bukannya tak baik. Nina baik.
Nina pun layak dapat yang lagi baik daripada abang,” balas lelaki yang sedang berdiri di hadapan
gadis itu.
“Kenapa kau tak cakap dari dulu lagi
yang kau tu tak baik untuk aku? Kenapa
sekarang baru kau nak mengaku yang aku boleh dapat yang lebih baik dari
kau? Aku dah mula sayang kau, tapi kau
buat taik dengan aku. Kau dah janji macam-macam dengan aku, lepas tu
senang-senang aje kau nak berambus. Kau ingat!
Apa yang kau buat pada aku, Tuhan akan balas semula pada kau!”
“Nina, abang minta maaf...”
“Kau dengan maaf kau tu boleh masuk
dalam kubur!” Gadis itu menonong
meninggalkan lelaki itu seorang diri.
Perempuan-perempuan
yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang
keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan
yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik (pula). (An-Nur : 26)
keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan
yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik (pula). (An-Nur : 26)
“Aku ni dikalangan
orang yang keji ke, Li?” Fayyad menyoal
tiba-tiba membuatkan suapan makanan ke dalam mulut Ali, terhenti.
Ali ketawa pecah perut. “Kau dah kenapa? Mimpi kering apa siang-siang buta ni? Aku tengah makan kut!”
Fayyad mencengkam jemarinya sambil
memandang jauh. “Kau tahu kan, Allah dah
janji dalam Al-Quran, lelaki yang keji untuk perempuan keji.”
Ali melepas keluh berat. Hilang
sudah tawanya. “Ini kes anak Tan Sri Khalid tu ke?”
Fayyad mengangguk perlahan lalu
menghirup nescafe ais yang tersedia dihadapannya. Dia sudah menceritakan
segalanya kepada Ali sahabat baiknya itu. Mahu tak gelak guling-guling si Ali tu
sebab Fayyad ni memang jenis hati batu sikit. Bila dah hati batu sangat, pihak
perempuan pula yang melamarnya. Kelakar kut!
“Kau jangan judge dia macam itu. Kau nampak luaran aje yang buruk. Dalaman dia
kau tak nampak. Jadi, kau ke aku ke tak boleh nak nilai orang tu keji ke tak.
Sedangkan semua tu Allah aje yang tahu. Mana kau tahu dia tu keji. Dan mana kau
tahu yang kau tu baik sangat? Kita kalau
nilai diri sendiri, memang semuanya nampak baik. Sedangkan kita tak tahu yang
kita lagi teruk dari orang lain.”
Diam.
“Asal kau tanya macam itu? Kau rasa kau maksum tak ada dosa ke?” bidas Ali. Dia bersandar sambil memeluk tubuh
pada penyandar kerusi.
“Astagfirullah… aku tak cakap pun
aku ni tak ada dosa. Tapi itulah…”
Fayyad bersuara meleret. Dia angkat kedua keningnya.
“Itulah, apa? Kau tak payah banyak fikir.”
“Masalahnya, aku pun ada taste tau. Taste aku ni yang solehah sikit. Kalau nak memilih yang tak cukup
ilmu agama, mampus aku jadi dayus menanggung dosa bini. At least yang macam…”
“Macam Za? Ex-girlfriend
kau masa sekolah dulu?”
Fayyad pandang ke tempat lain seraya
membuat muka bosan. Dia melepas keluh berat.
“Kau anggap ajelah itu ujian kau.
Apa salahnya kau bimbing dia. Orang perempuan paling banyak masuk neraka kut. At least kalau kau bimbing dia, kau akan
selamatkan salah seorang daripada kaum hawa daripada masuk .
Kau tak rasa bangga ke kau jadi penyebab seorang kaum hawa masuk syurga?”
“Susah kut. Kau memang tak kenal
dia. Dia memang kepala angin, suka bebal. Mahu dia yang bimbing aku masuk
neraka.”
“Otak kau!” Ali ketawa suka. Lucu dengan kenyataan Fayyad
tadi. “Kita lelaki. Kita ada kuasa.
Tambah dah jadi suami. Sekali dia bebal kau penampo
ajelah. Tak cukup penampo, kau bagi kaki
aje.” Selamba dia menuturnya dengan
wajah serius.
Bulat mata Fayyad. “Banyaklah kau! Nak bagi kaki dekat anak orang. Aku bagi kaki
dekat kau dulu!” ugutnya geram.
Ali ketawa geli hati.
Fayyad geleng kepala seraya ketawa
halus.
“Mak…”
“Apa kau ni, Long! Dari tadi mak-mak! Nak apa?
Cakap ajelah,” leter Mak Nah.
Sebelah tangan mencekik pinggang. Sebelah lagi menunjukkan timun pada Fayyad.
Fayyad buat muka serba salah. Dia
menggaru belakang lehernya. “Fuh!!”
“Apa fuh-fuh! Along menjampi mak ke?”
“Tak adalah, mak. Along cuma…”
Mak Nah membelakangi Fayyad. Dia
menapak ke sinki. “Dahlah, Long. Mak banyak kerja lagi nak buat. Daripada
melayan Long, baik mak pergi buat kerja mak.”
Fayyad menarik tangan Mak Nah dari
belakang menyebabkan langkah emaknya itu terhenti. “Kejaplah, mak! Along tak habis cakap lagilah. Along
sebenarnya…”
“Tengok tu!”
“Kalau Along kahwin mak bagi tak?” Pantas Fayyad memotong kata-kata Mak Nah.
Mak Nah ternganga. Masih lagi
terkejut. “Kau nak kahwin, Long? Mak mimpi ke ni? Kau tampar pipi mak, Long.” Dia menggesa Fayyad melakukannya.
Fayyad berdecit. “Isk!
Mak ni, kan... Along betul-betul ni.”
“Alhamdulillah… Along nak
kahwin…” Mak Nah tersenyum seraya meraup
wajahnya tanda bersyukur.
“Along nak kahwin dengan siapa?” soalnya pula.
“Anak Pak Cik Lid,” beritahu Fayyad perlahan sambil mata
memandang ke tempat lain. Kemudian, dia garu belakang telinga yang tidak gatal.
“Zaharah tu, kan? Nak ke dia dekat kau ni, Long?” Mak Nah seolah tidak percaya ada juga anak
orang kaya yang berkenan dengan anaknya yang tak berapa nak kaya sangat.
“Ezahra.”
“Ha, Ezahra! Macam mana Long boleh kenal dengan dia?”
“Pak Cik Lid yang nak kenenkan Along
dengan anak dia. Lagi pun, si Ezahra tu memang kerja dengan Pak Cik Lid. Along
selalulah terserempak dengan dia. Dia baru habis belajar dari oversea.”
Mak Nah menampar lengan Fayyad
dengan wajah girang. Masih lagi tidak percaya anaknya itu sudah mahu berkahwin.
Agaknya itulah yang dikatakan jodoh. Sebelum ini, ramai aje calon tetapi baru
kali ini dia benar-benar mengutarakan hasrat ingin berkahwin.
“Isk! Seronok pula mak dengar Along nak kahwin.
Habis macam mana kenduri nanti? Kalau
kenduri kecil-kecil boleh ajelah mak sponsor.
Tapi kalau nak buat macam dalam TV, mak tak mampu, Long.”
“Mak ni… Along tak putuskan lagi
jadi ke tak. Along baru minta pendapat mak aje.”
“Jadi ajelah, Long…” pujuk Mak Nah dengan wajah beriya.
“Tapi kalau jadi, biarlah Along
kahwin guna duit Along. Along ada simpanan. Mak simpan aje duit mak. Mak, kan
tengah menabung nak pergi haji. Duit tu simpanlah,” tutur Fayyad prihatin.
Bertuah Mak Nah mempunyai anak
seperti Fayyad yang memahami, bertanggungjawab dan soleh. Dia bersyukur dalam
hati. Walaupun, mereka tidaklah sekaya mana, namun kebahagiaan keluarga lebih
utama dari segalanya.
Mak Nah mengulum senyum paling
manis. Perlahan dia melurut kepala Fayyad. “Tak sangka anak mak ni nak kahwin dah.
Selaut kau mandi bunga, Long! Akhirnya
sampai juga jodoh. Walaupun bukan dengan Za, mak redha.”
“Mak ni…”
Fayyad menghela nafas perlahan. Dia
memaut kepala bahu Mak Nah.
Mak Nah membalas pautan Fayyad. “Mak sayang anak-anak, mak,” ujarnya perlahan.
No comments:
Post a Comment