“You
curi dompet I, kan?” Ezahra
berprasangka.
Fayyad
yang baru keluar dari bilik mengerutkan dahi.
“Kenapa saya pulak?” Pintu biliknya ditutup semula.
Ezahra
memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis seraya merenung tajam wajah Fayyad. “Dalam rumah ni. I dengan you aje. Jadi,
sekarang I nak tuduh siapa? Diri sendiri
ke?” gumamnya.
Fayyad
menggaru kepala. “Awak tak boleh tuduh
diri sendiri. Tapi awak boleh salahkan diri sendiri. Sebab awak tu pelupa tahap
gaban.” Bersahaja dia menuturnya.
Geram pun ada juga. Teringat pula masa kes
kunci kereta Ezahra yang dijumpai di atas peti surat. Memang si Ezahra yang
jenis cuai dan pelupa, nak tuduh orang mencuri pula!
“Bagi
balik dompet I,” arah Ezahra, garang.
Telunjuk diangkat dan dihalakan ke wajah Fayyad. “Behave
yourself! I’ll bring you to the court!”
Fayyad
buat muka tiga suku. Tidak takut pun dengan gertakan si Ezahra. Lagi dia suka
adalah!
“Saya tak curilah. Buat apa saya nak curi.
Dalam dompet awak tu mana ada duit pun. Kalau saya nak curi pun tak berbaloi.
Dosa dapat, penat pun dapat.”
“See!!
Macam mana you tahu dompet I tak ada duit?” Ezahra menduga Fayyad. Turun naik dadanya
mencuri oksigen.
“Saya
usyar dompet awak. Mana tahu kut-kut awak simpan lagi ke gambar ex-boyfriend awak. Tapi Alhamdulillah,
saya tak jumpa. Lepas tu…”
“See!!
I dah agak!”
“Apa
yang awak agak?”
“You
yang curi dompet I! I tanya tak mengaku
pula!”
Fayyad
menghela nafas berat. Dia pejam mata untuk sesaat, dua. Wajah si isteri
ditenung dengan mata kuyu.
“Tadi soalan awak, apa? Awak cuma tanya saya, saya curi dompet awak
ke? Saya pun jawablah saya tak curi. Ada
awak tanya saya ke, saya nampak dompet awak ke tidak? Kalau awak tanya saya soalan tu, saya jawablah
saya nampak dompet awak.”
“Sampai
selongkar dompet orang, you tak rasa you mencuri ke?” Suara Ezahra sudah mulai meninggi.
Fayyad
bercekak pinggang pula. Sabar dan iman kena seiring untuk mengatasi isteri yang
banyak songeh macam Ezahra. Nak masuk syurga pun berat tanggungjawabnya. Susah
betul menghadapi si isteri yang macam ini.
“Selongkar untuk kebaikan tak apa. Awak
tu! Jangan cuai sangat. Tinggal dompet
dalam kereta. Nasib baik saya yang jumpa. Kalau parking kereta dekat mana-mana beringatlah sama. Orang nampak beg
tangan dalam kereta, orang tak fikir panjang. Tak fikir dalam beg tangan tu ada
duit ke tidak. Terus dia orang pecahkan kereta,” leternya.
“Mana
dompet I?”
“Kejap.” Kali ini lembut tutur Fayyad. Dia memulas
tombol pintu bilik dan masuk ke dalamnya.
“Nah!” serahnya pada Ezahra dengan senyuman manis
sebaik keluar dari bilik. Pintu biliknya dirapatkan semula pada bingkainya.
Senyuman
berbalas jelingan. Garang betul Puan Ezahra!
Si Fayyad tu, jeling-jeling oleh si Ezahra pun nampak manis. Hari-hari
wanita itu jeling pun dia suka!
“Mata
tu kenapa? Ada batu masuk ke?” Sarkastik Fayyad menyoal.
Ezahra
yang sudah membelakanginya untuk masuk ke dalam bilik, menoleh semula ke
belakang mencari wajah lelaki yang menjengkelkan baginya.
“You ni kenapa? Mata I, suka hati I lah nak buat apa? Suka sangat cari fasal dengan I kenapa? Seronok?”
Fayyad
memang kaki mengusik pun. Apatah lagi dengan orang yang opposite pendapat dan perangai dengan dia. Lagilah menjadi-jadi dia
punya sakat.
“Seronok
jugak!” ucap Fayyad girang.
Ezahra
menonong masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan pintu.
“Esok
saya buang pintu ni. Biar hempas angin aje awak nanti. Senang sikit saya nak
tengok awak buat apa dekat dalam tu.”
Fayyad bersuara separuh menjerit. Sengaja mahu menyakitkan hati Ezahra
dengan kata-katanya.
“Masalah
betul nak kena mengasuh budak-budak ni!”
bebelnya sambil melangkah menuju sofa dihadapan. Alat kawalan televisyen
dicapai. Mulut masih terkumat-kamit mengutuk si isteri yang hari-hari menyinga.
Sesekali Fayyad mereling pintu bilik Ezahra yang
tertutup rapat itu. Buat apalah wanita itu di dalam bilik lama-lama. Sudah
hampir lima jam terkurung di dalam bilik. Tak ada pula dia keluar dari bilik
untuk ke dapur ke, bilik air ke, tengok televisyen dekat depan ni ke? Tak jemu ke dalam bilik dua puluh empat jam?
Fayyad,
kan banyak bunyi. Bila tak ada orang nak diajak berbual, tercari-carilah juga
insan yang sudi mendengar leterennya. Nak harapkan Emma Maembong yang cun
melecun berbual dengannya melalui skrin televisyen? Hampeh!
Dek
kerana rimas perut memikirkan Ezahra yang tidak keluar-keluar dari bilik, dia
pun berdiri dan melangkah ke menuju bilik isteri. Pintu bilik wanita itu
diketuk-ketuknya.
“Ezahra!”
Tiada
respon.
“Ezahra!”
Senyap.
“Ezahra!”
“You
boleh tak jangan nak mengganggu hidup I?
Bising betullah mamat ni!” jerit
Ezahra yang sayup-sayup kedengaran di telinga Fayyad.
“Buka
pintu. Keluarlah dari bilik ni. Siapa nak teman saya berbual? Bosan tahu tak?” rengek Fayyad manja.
“Eh,
lantak youlah! Kisah pula I dengan bosan
you tu!”
Keluh
berat dihela. Fayyad menggaru dahinya.
“Dalam Islam, kalau suami bosan, isteri wajib layan suami. Hiburkan hati
suami berpahala tau.” Dia ketawa nakal
sambil menjongket kening.
Dum!!
Bunyi
sesuatu berlanggar pada pintu bilik Ezahra yang membuatkan bahu Fayyad
terjongket dek terkejut.
“Nasib
baik ada pintu. Kalau tak dah lama dompet I ni melekat dekat muka you!” marah Ezahra.
“Apa
yang agresif sangat ni? Macam panda nak mengawan!”
Dum!!
Sekali
lagi pintu bilik Ezahra bergegar. Tetapi kali ini bunyinya tidak kuat seperti
tadi.
Fayyad
menggaru kepala. Garang betul si isteri. Macam harimau bintang! Sebelum barang-barang yang Ezahra baling,
menembusi pintu itu, lebih baik dia mengalah.
“Ezahra… saya ada masak dekat awak. Saya masak
biasa-biasa aje. Awak makan tau! Jangan
tak makan pula. Nanti kecil hati saya,”
tingkahnya.
“Eh! I tak hadaplah nak makan masakan you tu! Macamlah pandai masak!” getus Ezahra.
“Saya
redha awak cakap saya tak pandai masak. Tapi yang penting awak makan, tau! Dan jangan lupa solat. Saya nak keluar ni.
Malam baru balik. Awak tak apa ke tinggal seorang? Nak ikut saya tak?”
“Eh! You tak balik pun aman dunia tau!”
Fayyad
mengecilkan matanya. Sakit betul hatinya mendengar maklum balas dari isteri.
Tunggulah nanti! Silap hari bulan si
Ezahra yang menangis pilu menyulam rindu padanya. “Amboi… mulut tak ada
insuran! Saya tak balik betul baru
tahu.”
“So, bila you nak keluar? Keluarlah cepat!”
“Ha! Saya nak solat zuhur dulu baru nak keluar.
Awak kalau nak keluar pakai baju senonoh sikit, ya! Pakai tudung. Saya dapat tangkap awak keluar
rumah tak tutup aurat, saya ajar awak cukup-cukup.” Fayyad buat-buat garang. Hujung ayatnya itu
dia sengih tayang gigi.
Tiada respon.
“Ezahra,
dengar tak?”
“I
dengarlah! You keluarlah cepat sikit!”
Geram
betul Fayyad dengan si Ezahra. Bukannya nak menghalang dia dari pergi. Malah,
menghalau pula tu!
“Isk!
Tahulah tak suka saya, tapi janganlah tunjuk sangat.” Dia berlalu menuju bilik air dengan leteran
masih bersisa dipinggir bibir.
Dia agak sibuk di universitinya memandangkan tidak
lama lagi akan ada kemasukan untuk pelajar-pelajar baru bagi peringkat diploma.
Memandangkan Fayyad memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar, banyak
perkara yang perlu diuruskan untuk menjamin kelancaran segala urusan.
Sedang
dia menyemak data maklumat peribadi bakal pelajar yang mendaftar secara talian,
telefon bimbitnya berdering. Pantas telefon bimbit di dalam kocek seluar
diseluk.
Skrin
telefon ditenung dengan senyuman. Tak sangka pula si dia akan menelefonnya.
Mesti rindu abang, ni!
“Assalamualaikum,
awak…” Manja suara Fayyad menyapa sambil
berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Takut mengganggu mereka yang berada di
dalam mesyuarat itu.
“You
balik pukul berapa?”
“Jawablah
salam dulu.”
“I
jawab dalam hatilah.”
Fayyad
melepaskan keluh. Ada sahaja benda dia nak menjawab. “Hmmm…” Dia buat-buat suara
merajuk. Ingat si Ezahra kisah sangat ke?
Dia buat dunt know aje!
“I
tanya ni… you balik pukul berapa?” Suara
Ezahra sudah mulai meninggi.
“Malam
kut. Lepas isyak. Kenapa? Rindu sangat
ya? Nanti abang balik, ya.”
“Eeeiii!!
Buang masa I nak buat kerja bodoh tu!”
Rindukan
aku, dia kata kerja bodoh? Durhaka punya
isteri! Desis hati Fayyad. “Habis, nak apa?” soalnya pula.
“I
nak you belikan I…”
“Beli
apa? Beli hati saya, bawa balik untuk
awak?” Ayat pickup line yang tak boleh nak blah
sangat.
“Belikan
tuala wanita untuk I. I nak guna.”
Perlahan Ezahra menuturnya.
Fayyad
mengerutkan dahi. Dalam hati mengutuk si isteri yang suka membazir. “Buat apa?
Tuala awak, kan ada dua tiga helai yang selalu awak pakai tu? Nak menyemak lagi rumah dengan tuala? Dekat rumah bukan main nak bertutup litup dengan
tuala. Kalau keluar rumah tu, seksi memanjang tak apa pula.” Dia bersuara tidak puas hati. Cemburu pun ada
juga.
“You
nak membebel ni, kenapa? Bukan tuala
yang balut badan tu. Ini tuala wanita yang perempuan pakai dekat underwear masa period,” bentak Ezahra
geram. Kalau tadi dia agak malu, kini dia sudah terbuka menceritakan hal itu
memandangkan si Fayyad agak sedikit blur.
Blurnya bukan setakat sedikit, tetapi
terlebih banyak!
“Oh,
cakaplah pad. Mana saya tahu
tuala-tuala wanita. Itu bukan tuala pun. Itu pampers. Lain kali cakaplah pad atau pampers.”
Ezahra
kelu dihujung talian. Malu gamaknya.
“Ha,
Insya-Allah nanti saya belikan, ya.”
“Beli
yang ada wings, ya?” pesan Ezahra lagi.
“Wings?”
Fayyad mengerutkan dahi. Kumpulan Wings
ke? “Nak buat apa Wings bagai. Nak buat konsert ke
tengah-tengah malam macam ini?”
“Bukan
Wings itulah! Wings.
Pad yang ada sayap.”
“Dah
nak yang bersayap pula.” Meleret
kata-kata Fayyad melayankan kehendak Ezahra yang macam-macam itu. Sabar ajelah!
“Nanti
you cakaplah dekat tokei kedai tu
yang you nak pad yang ada sayap.”
“Ha,
yalah. Nanti saya belikan.”
“Libresse, ya!” Talian dimatikan sebelum Fayyad sempat
membalas kata-katanya.
Fayyad
memandang skrin telefon bimbitnya.
Fayyad menjengah ke sana dan ke mari mencari tuala
wanita di setiap rak-rak yang terdapat dalam kedai serbaneka 7-Eleven itu.
“Cari
apa, bang?” soal salah seorang pekerja
di kedai itu.
Fayyad
menoleh memandang ke arah datangnya suara itu.
“Ha! Saya cari tuala wanita.”
Serta
merta wajah gadis yang bekerja di situ bertukar warna merah. Menyesal pula dia
tanya.
“Mana
ya?” Fayyad masih lagi terintai-intai ke
kiri dan kanan.
“Belakang
sana.” Jari gadis itu menuding ke arah
belakang Fayyad.
“Tolong
carikan untuk saya, boleh?”
“Eerrr… boleh.” Teragak-agak gadis itu hendak membantunya.
“Saya
nak libresse yang ada sayap. Saya tak
tahulah isteri saya nak terbang ke mana malam-malam macam ini.” Sempat lagi Fayyad membebel. Susah betul
kalau orang jenis banyak cakap sepertinya. Itu, ini kerjanya hendak membebel
sahaja.
“Tinggal
yang maxi dengan yang maxi night saja,” kata gadis itu sambil membelek tuala wanita
yang ada.
“Malam
dengan bukan malam pun ada? Hebat
betul! Apa beza dua-dua tu?”
“Yang
maxi kecil sikit. Maxi night dia besar sikit.”
“Muat
ke kalau pakai yang kecil? Nanti tak
habis-habis bocor sana sini.”
Sekali
lagi wajah gadis itu merona merah. Tebal wajahnya dengan kata-kata Fayyad yang
cakap lepas tidak reti nak berlapik.
“Ambil
yang besarlah. Nightmare ke apa entah
nama dia. Tapi yang ada sayap, tau.”
Angguk
gadis itu. “Haah. Ada sayap punya.”
“Agak-agak
satu cukup ke? Selalu orang perempuan
pakai berapa banyak?”
Isk!! Banyak tanya betullah mamat seorang ni! “Kalau yang period lama, ambil banyak sikit. Kalau yang period dua tiga hari tu, cukup saja untuk satu bungkus ni.” Gadis itu menjawab tanpa memandang wajah
Fayyad.
“Tak
apalah. Alang-alang beli ambil dualah. Nanti tak cukup satu kerja pula nak kena
pergi kedai lagi.”
Gadis
itu mengangguk sambil memandang lantai. Malu masih bersisa. Dia berharap lelaki
itu cepat-cepat keluar dari kedai dan tidak datang lagi. Bungkusan libresse diambil dari rak dan disuakan
kepada Fayyad.
Bungkusan
libresse bertukar tangan. Fayyad pun
terus berlalu menuju kaunter pembayaran. Tanpa malu dan segan. Dia gagah
membawa bungkusan itu walaupun ada mata-mata yang memerhatikannya.
“Arrrggghh!!!”
Fayyad
yang baru sahaja mencabut topi kaledar dari kepala spontan terpandang ke arah
pintu rumah. Kini matanya membulat dan irama jantung mula berdegup kencang.
Kenapa Ezahra menjerit?
Tangan
kiri mencapai bungkusan dari raga, tangan kanan pula pantas mencabut kunci
motosikal dari lubangnya lalu dia bergegas ke arah pintu rumah. Kunci rumah
yang terselit bersama kunci motosikal disumbat ke dalam grill dan pintu rumah.
Sebaik griil dan pintu rumah dibuka, laju dia
berlari ke arah bilik Ezahra.
“Ezahra!!!” Fayyad mengetuk pintu bilik Ezahra
bertalu-talu.
Ada
bunyi bising di dalam seolah-olah bunyi barang yang jatuh ke lantai. Kenapa
dengan Ezahra, ya Allah! Hati Fayyad
mula tidak tentu arah.
Memandangkan
tiada sahutan dari dalam bilik si isteri, segera Fayyad masuk ke dalam biliknya
dan dia keluar dari bilik bersama kunci pendua. Gigi kunci pendua itu disumbat
ke dalam lubang tombol pintu itu.
Fayyad
membuka luas pintu bilik Ezahra. Dadanya kini berombak kencang. Diperhatikan
sekeliling. Tiada apa! Hanya
barang-barang bertaburan di atas lantai.
“Kenapa
dengan awak?” Dia menoleh pula ke arah
Ezahra yang sedang bersujud di atas katil.
Kepala
Ezahra terteleng ke sebelah kanan mencari wajah Fayyad. “Sakit…”
rengeknya perlahan. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Fayyad
mula sayu melihat si isteri yang kesakitan.
“Senggugut, ya?” Dia bertanya
lembut. Dalam hati syukur tidak terkata memandangkan isterinya tidak
kenapa-napa. Dia fikir ada orang yang menceroboh masuk ke dalam rumah. Legalah
wanita itu hanya sakit. Sakit yang biasa wanita rasakan.
Ezahra
menoleh ke sebelah kiri pula sambil bersujud. Kedua tangan menekan-nekan
perutnya.
“Saya
masuk, ya.”
Diam.
Fayyad
melangkah masuk ke dalam bilik Ezahra. Bungkusan yang dipegang diletakkan ke
atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil.
“Kejap,
ya. Saya ambil minyak panas.” Dia segera
keluar dari bilik. Dalam satu minit dia kembali ke dalam bilik si isteri
bersama botol minyak panas di tangan.
Mata
Ezahra berair.
“Nah, pakailah minyak panas ni.” Fayyad kembali bersama sebotol minyak panas.
Ezahra
tidak memandang Fayyad.
“Pakailah,
boleh kurangkan sikit rasa sakit tu. Daripada awak asyik macam ini, baik awak
sapu minyak panas ni. Nanti dah kentut, sendawa, keluar angin semua dia baik
sikitlah.” Fayyad memujuk.
Ezahra
mengalihkan kepalanya ke kanan mencari wajah Fayyad. “Berkesan ke?”
“Cubalah
dulu.”
Ezahra
bangun dan mencapai huluran botol minyak panas dari tangan Fayyad. Dia pandang
wajah lelaki itu sekilas.
“Awak
dah makan?”
“I
tak makan pun.”
“Dari
tadi duduk dalam bilik sebab senggugut, eh?
Kenapa tak beritahu saya awal-awal?”
soal Fayyad. Dia mula digaru rasa serba salah kerana meninggalkan si
isteri di rumah yang bertarung sakit seorang diri. Kalau dia tahu Ezahra sakit,
dia tidak akan keluar rumah petang tadi.
“Kalau
I beritahu you pun. You boleh buat apa?”
Sakit-sakit
pun nak bertengkar lagi! Bengang betul
si Fayyad. “Yelah. Saya boleh teman awak dekat rumah. Beli ubat ke, bagi awak
minyak panas ke.” Dia menjeling. “Awak nak makan bubur dengan sup, tak? Saya masak untuk awak, ya?” soalnya pula pada si isteri.
Ezahra
tidak menjawab. Minyak panas dituang ke atas tapak tangan dan disapukan ke
perutnya.
“Sebulan
berapa kali awak period?” Tiba-tiba Fayyad menyoal.
Diam.
“Sebulan
berapa kali?”
“Sebulan
sekalilah!” Ezahra merenung tajam ke
dalam mata Fayyad.
Fayyad
mengangguk dengan wajah bersahaja. “Oh,
ingatkan hari-hari. Sebab dalam sebulan, tiga puluh hari awak berangin.” Dia mengetap bibir dan mencicit keluar dari
bilik Ezahra sebelum wanita itu berleter panjang.
Dulang yang terhidang sup dan bubur dibawa ke dalam
bilik Ezahra. Namun, hatinya hampa melihatkan si isteri nyenyak tidur bersama
botol minyak panas di tangan.
Sayu
melihat wajah Ezahra. Pasti penat seharian menahan senggugut sehingga tertidur
dengan mulut yang ternganga. Tidak lupa air liur basi mula meleleh keluar dari
mulut.
Dulang
yang diusung, dibawa semula ke dapur dan diletakkan di bawah tudung saji. Usai
itu, dia kembali ke bilik Ezahra.
Botol
minyak panas diambil dari genggaman Ezahra lalu diletakkan di atas meja di tepi
katil. Comforter ditarik menutupi
tubuh wanita itu hingga ke bahagian dada. Hujung comforter itu ditarik dan mengelap pipi Ezahra yang dibanjiri air
liur basi.
Kasihan! Penat sungguh si Ezahra!
Fayyad
perhati setiap inci wajah si isteri. Tanpa dia sedar tangannya sudah menghampiri
wajah mulus wanita yang sedang nyenyak tidur itu. Sebaik dia sedar, dia
menggenggam jemari dan tangan dibawa semula ke sisi. Tidak sanggup rasanya mahu
menyentuh si isteri walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri. Dia hormati
akan wanita itu.
Akhirnya
dia terus melangkah. Sebelum keluar dari bilik, tangannya mematikan suiz lampu.
Tombol pintu dipegang dan perlahan pintu itu ditutup rapat.
No comments:
Post a Comment