“Ezahra…” Fayyad mengetuk-ngetuk pintu beberapa kali.
Sepi.
“Ezahra…”
Sepi.
Kali ini ketukan pada pintu sedikit
kencang. “Ezahra! Bangun. Solat subuh.” Fayyad meninggikan volum suaranya.
Krik,
krik!
“Saya ada kunci pendua. Kalau awak tak
buka, saya masuk dalam, eh?” ugut
Fayyad.
Diam.
“Kalau saya masuk memang saya tak
keluar dah!”
Kedengaran sayup-sayup suara Ezahra
yang sedang mengomel. Sepuluh saat kemudian, pintu bilik wanita itu terbuka.
“Nak apa?” marah Ezahra sambil menguap. Matanya
terpejam.
Paling
benci ada makhluk yang mengganggu tidurnya. Dua benda yang boleh buat wanita
itu naik angin. Satu lapar, dan satu lagi mengantuk! Tapi memandangkan si Ezahra ni memang setiap
masa kerjanya naik angin, kita gelarkan dia wanita monopauslah!
“Solatlah…” pujuk Fayyad lembut.
“Cuti!!”
“Cuti apa? Cuti sekolah?”
“Cuti yang perempuan cutilah!” Ezahra menjeling. Dia menguap lagi.
Fayyad melepas keluh. Dia tahu si
isteri menipu. Sanggup layan tidur daripada menunaikan kewajipan sebagai
makhluk Allah.
“Dalam
rumah ni ada dua tong sampah aje tau. Satu dekat dapur. Dan satu lagi dekat
bilik air. Saya dah cek tadi. Tak ada satu pun benda yang mencurigakan.”
Ezahra tenung Fayyad lama dengan
wajah tak puas hati.
“Tak payah nak tipu lagi. Sekarang
pergi ambil wuduk. Kita solat subuh berjemaah,”
ajak Fayyad dengan tegas.
Ezahra tenung Fayyad lagi.
“Tak payah buat muka buruk tu. Dah! Ambil wuduk cepat. Saya tunggu!” Fayyad membelakangi dan melangkah ke ruang
tamu. Dia duduk atas sejadah yang dihamparkannya tadi.
“I boleh solat sendiri.”
“Awak nak saya cium awak ke? Saya nak ajak awak dapatkan pahala extra melalui solat berjemaah. Tapi
kalau awak tak nak solat berjemaah, cium pun dapat pahala. Dosa pun terhapus.” Fayyad renung tajam wajah Ezahra.
Ezahra mengecilkan mata memandang
Fayyad. Dadanya naik, turun menahan sesak.
“Eeerrgh!!” Dia menggenggam penumbuk sebelum berlalu
meninggalkan si suami.
“Ya Allah,
pupuklah rasa cinta kami padaMu. Lahirkanlah rasa cinta buat kami suami isteri
dan kekalkanlah hubungan ini hingga ke syurgaMu. Jadikan aku sebagai ketua
keluarga yang mampu membimbing isteri dan anak-anak atas landasanMu. Dan
jadikanlah isteriku ini sebagai penenang hati dan jiwa. Kelak Kau lahirkan
benih-benih soleh dan solehah buat kami. Amin…”
Ezahra teragak-agak mahu mengaminkan
doa. Tatkala Fayyad menoleh memandangnya, cepat-cepat dia mengaminkan doa
dengan meraupkan tangan ke wajah. Takut juga dia dengan Fayyad selepas kahwin
ni. Tak sampai sehari kahwin, lelaki itu sudah berani tunjuk miang padanya.
Gerun!
Fayyad menyuakan tangan pada Ezahra
namun wanita itu segera berdiri dan membuka telekung.
“Setiap kali tangan kita
bersentuhan, berguguran dosa-dosa dicelah jari. Pahala pun dapat. Jadi, masih
tak sudi ke nak cium tangan abang?”
Fayyad menjongketkan kening sambil tersenyum nakal.
Ezahra merenung tajam si suami. “Selama ni dosa I dah menimbun kut. Jadi, tak
perlu nak buat semua tu.”
“Bukan main riak lagi dapat kumpul point dosa. Nanti tebuslah point tu masuk neraka kelas
atasan,” tutur Fayyad bersahaja. Dia
melipat sejadah yang digunakannya tadi.
“You jangan nak mengajar I. Kita
kahwin ni sebab nak puaskan hati daddy I. Bagi I, kahwin ke tak kahwin, you
tetap orang luar. Tak sampai sebulan pun I kenal you. Buat apa I nak ikut cakap
you? Sedangkan daddy yang I hidup dua
puluh enam tahun pun I tak dengar cakap. Inikan pula nak dengar cakap you.”
“Itulah hebatnya seorang suami.
Seorang suami menanggung seluruh dosa isterinya, sebagai ganti seorang isteri
wajib taat dan dengar cakap suami selagi benda tu tak menyalahi hukum agama.
Masuk neraka bagi isteri yang menderhakai suaminya tau!”
Ezahra ketawa sinis. “Kalau I tak nak dengar cakap you macam
mana? I dengar atau tak cakap you,
memang sah-sah tempat I dekat neraka.”
Fayyad melepaskan keluh. Dia
mendongak memandang wajah Ezahra. “Saya
redha kalau awak tak nak dengar cakap saya. Bahkan kalau awak tinggikan suara
pada saya pun, saya tetap redha. Tapi satu aje saya minta. Perintah Allah yang
wajib awak buat, awak buat. Satu aje awak tinggal, nahas awak dengan saya.
Adalah benda saya nak buat.”
“You nak buat apa? Ingat I takut ke?” Ezahra pamerkan wajah bongkak.
Fayyad berdiri bersama sejadah
disangkutkan pada lengan sebelah kiri. “Saya
suami. Dan saya tahu benda apa yang saya nak buat dekat isteri saya.”
“Lelaki semua sama!! Bercakap pung-pang,
pung pang ilmu agama, tapi nafsu tak
boleh tinggal!” Ezahra menonong masuk ke
dalam biliknya lalu menghempas pintu.
Fayyad melepaskan keluh. Berat
sungguh tanggungjawab sebagai seorang suami. Tak apalah! Ezahra seperti kanak-kanak, perlu mengajaknya
ke arah kebaikan dengan cara berhikmah. Bukan dengan cara kasar. Makin kasar,
makin dia memberontak. Biarlah waktu menentukannya.
Insya-Allah suatu hari wanita itu
akan menjadi wanita solehah. Hidayah itu milik Allah. Buktinya ramai yang jauh
dari Allah, tetapi akhirnya bertudung litup dan semakin membara cintanya pada
Ilahi. Dan ramai juga yang bertudung litup pada awalnya, namun pada akhirnya,
tudung hilang entah ke mana. Malah semakin jauh dari Allah. Nauzubillah…
Mukanya masam
mencuka memandang sekeliling dapur. Dalam peti ais kosong. Dalam kabinet dapur
pun kosong. Nak makan apa aje?
Koman-koman pun ada roti pun jadilah. Ini tidak! Satu habuk pun tak ada. Harap perkakas dapur
aje penuh!
Ezahra memegang perut yang sedang
bermain roller coaster. Arrggh!
Pedihnya! Dari semalam kut dia
tak makan. Si Fayyad pun bukannya reti nak bangun. Nak pergi beli makanan ke
apa. Macam perempuan! Duduk aje dalam
bilik dua puluh empat jam.
Dia melangkah ke depan. Pintu bilik
Fayyad diketuk bertalu-talu.
“Bangunlah!!”
Seketika Fayyad buka pintu. “Isteri abang dah bangunlah…” sakatnya sambil ketawa sehingga sepet
matanya. Suka sungguh buat si isteri marah!
“Tak payah nak isteri abang sangat,
eh! I lapar. You tu dah tahu nak duduk
rumah ni, bukannya nak beli barang-barang dapur.”
“Kalau ada barang-barang dapur pun
awak nak masak ke?” perli Fayyad. Mulut
boleh tahan juga dia ni!
“I lapar ni! Bak sini kunci kereta.” Ezahra menyua tapak tangannya pada si suami.”
Fayyad main sep-sep pada telapak tangan Ezahra. Suka dia mengenakan si isteri.
“I
nak pergi pasaraya!” Ezahra angkat
penumbuk lalu dihalakan ke wajah Fayyad.
Fayyad
mengelak lalu ketawa. “Kita pergi sekali
ajelah. Kejap, saya mandi dulu.” Dia
kembali ke dalam biliknya, mencari tuala.
“Tak nak! I pergi seorang aje. Mana kunci kereta?”
“Kunci kereta saya sangkut dekat
depan. Awak panaskan enjin kereta dulu.”
Fayyad bergegas ke bilik air dengan tuala berselimpang di leher.
“Tak ada masa I nak tunggu you.”
Fayyad buat tak tahu.
“Mana kereta
semalam?” soal Ezahra yang duduk di atas
sofa dengan lagak orang kaya sambil memeluk tubuh. Kakinya bersilang. Wajah
jangan cakap. Memang duduk sebatu pun boleh nampak dia punya masam. Fayyad yang
sedang seksi bertuala itu tidak diendahkan.
Walaupun dalam hati berdebar melihat
tubuh Fayyad yang sasa, lagi putih. Kaki yang berbulu. Isk!
Langkah Fayyad yang sedang menuju
bilik terhenti. “Oh, kereta tu! Saya dah pulangkan pada kawan saya.”
Kening Ezahra saling bertaut. “Kereta kawan you?” Nada suaranya mula meninggi.
“Haah! Kereta kita…”
Fayyad menujukan telunjuk pada dadanya lalu dihalakan ke arah Ezahra.
Perbuatan itu berulang dua kali. “Hanya kelisa comel warna biru itu aje.” Dia mengepam senyum dengan mata sepet.
“Comel apanya? Ekzos macam nak
tercabut. Dahlah manual. Macam mana I nak drive?” tanya Ezahra.
“Saja tak nak bagi awak merayap
merata. Kalau auto, nanti merayap aje kerja awak,” tukas Fayyad.
Ezahra
gigit bibir menahan geram. Ada sahaja idea untuk membalas kata-katanya. “Habis, nanti I nak pergi kerja naik
apa? Ingatkan semalam tu kereta you. Tak
sempat I bersyukur, tiba-tiba dapat tahu kereta tu orang punya.”
“Bersyukur ajelah ada kereta nak
bergerak ke sana ke sini. Daripada tak ada langsung.” Fayyad bercekak pinggang.
“Masalahnya kereta tu manual. I mana
reti drive manual.”
“Nanti saya tukarlah gearbox auto. Jangan risau.”
“Saya tak nak naik kereta tu!” Ezahra berkeras.
Fayyad menghela nafas sambil
memandang dinding. Wajah si isteri dijamah semula. “Tengok!
Tadi cakap tak reti bawa manual. Bila saya nak tukar gearbox auto pun awak tak nak naik juga.
Awak nak apa sebenarnya?”
“I nak kereta baru.” Bersahaja Ezahra menjawab. Kali ini dia tidak
memandang wajah encik suami.
“Banyak cantik! Saya mana ada duit nak beli kereta baru. Pakai
ajelah apa yang ada.”
Pantas Ezahra memadang wajah Fayyad.
Senang ajelah dia cakap. Aku yang nak menanggung malu! “Malulah I nanti staf syarikat tengok I pakai
kereta buruk.”
“Bersyukurlah apa yang ada. Kalau
tak nak, nanti naik motor aje dengan saya.”
Fayyad malas mahu melayan perangai mengada-ngada Ezahra. Dia terus
melangkah masuk ke dalam biliknya untuk memakai baju.
Fayyad tercari-cari
mana Ezahra. Bilik wanita itu juga kosong. Di depan tiada. Dapur lagilah tiada.
Kemudian, dia terus melangkah keluar.
Dia melepaskan keluh melihat si
isteri yang sedang duduk dalam kereta sambil memeluk tubuh. Wajah garang isteri
dipamerkan buat sang suami.
Bukan itu yang buatkan Fayyad
mengeluh. Tetapi melihatkan kepala si isteri yang tiada alas. Pintu rumah
bersama grail dikunci sebelum menuju keretanya.
“Awak tak ada tudung ke nak
pakai? Dengan seluar ketat.” Soalan pertama Fayyad sebaik masuk ke dalam
kereta. Dia tenung Ezahra supaya wanita itu tidak selesa.
“Tak ada!” Ezahra tidak memandang Fayyad.
“Takkanlah tak ada satu pun
tudung? Skirt labuh pun tak ada?”
Ezahra berdecit. Dia toleh mencari wajah Fayyad. “You boleh drive cepat sikit tak? I
tengah lapar ni! Dengar you membebel
takkan buat I kenyang pun.”
“Saya tak nak jadi dayus semata-mata
nak menanggung dosa awak.”
Ezahra terkedepan lalu menepuk dashboard. “Fine!! Ceraikan I. I pun hingin kahwin dengan you. You dengan daddy aje yang
terhegeh-hegeh.” Dia membentak geram.
Dadanya berombak sambil merenung tajam si Fayyad.
Fayyad berwajah tenang. Dia
memandang ke depan lalu tangan kanan menghidupkan enjin kereta. “Inilah fungsi perkahwinan. Kalau seorang
salah, seorang lagi menegur. Saya berkahwin dengan awak bukan semata-mata nak
bercerai. Sekali lagi awak ungkit fasal cerai, saya tahu apa saya nak buat pada
awak.”
“Lelaki! Itu ajelah idea yang ada. Tak kalah dengan nafsu!”
“Saya tak sebut pun fasal benda tu.
Yang awak gelojoh sangat ni kenapa?”
Fayyad tersengih penuh makna memandang Ezahra. “Sayang rindu abang, ya?” tebaknya sambil ketawa.
“Drive
cepat!” Ezahra memeluk tubuh tanpa
memandang Fayyad.
“Pergi tukar seluar. Pakai dulu
seluar saya. Lepas tu, tudung pakai yang semalam. Tudung akad nikah semalam
ada, kan?”
“Gila ke apa nak pakai seluar
you? Habis nanti berjangkit kurap you
dekat I.”
Fayyad ketawa. “Abang tak ada
kuraplah! Nak check ke? Meh check sekarang.” Dia memandang ke bawah lalu memegang zip
seluar jeansnya.
Buntang mata Ezahra melihat kelakuan
Fayyad. “Hei!! You buat apa?”
“Awak nak check, kan?” gumam Fayyad.
“You ni melampau! Drive cepat!”
“Nak keluar, pergi tukar seluar
dulu. Dan! Pakai tudung. Cepat! Saya tunggu.”
Fayyad pejam mata dan bersandar pada kusyen kereta.
“Jalanlah cepat!”
“Selagi tak dengar cakap saya, saya
tak nak jalan.” Tenang Fayyad menjawab
sambil memejam mata.
“Saya naik teksi!”
“Ada ke nombor teksi? Lagi satu awak ada cash ke nak bayar teksi?”
“I boleh pergi bank untuk withdraw duit I.”
“Pergilah! Teksi susah dapat.”
“Isk!! Dia ni!”
Ezahra bebal. Dia merabut kunci rumah yang ada pada dashboard sebelum keluar dari kereta dan menonong masuk ke dalam
rumah.
Sepuluh minit kemudian, Ezahra
keluar mengenakan seluar palazzo dan tudung semasa akad nikah semalam. Mujurlah
tudung halfmoon tu tak lip lap over sangat. Kalau tak kes
aniaya aje nak pakai pergi pasaraya. Malu kut!
Fayyad senyum nipis. Lega apabila
melihat si isteri yang mendengar kata walaupun harus berperang mulut dulu
sebelumnya.
“Awak pakai tudung lagi cantik.”
“Diamlah!”
“Tu ada seluar besar. Saja tak nak
pakai.”
“Jalan!”
“Baiklah, isteri abang!”
Ezahra menjeling.
“Apa ni?” Ezahra pandang Fayyad sekilas dengan kening
yang saling bertaut. “Tempat macam ni
you bawa I makan?”
“Sekarang awak nak makan ke tak
nak?” Fayyad menutup enjin kereta.
“I nak makan. Tapi tolong bawa I
pergi tempat yang ekslusif sikit. Tepi jalan you bawa I? Tak ada standard!”
Fayyad tersengih sambil pandang
Ezahra. “Sejak awak kahwin dengan saya, standard awak dah jatuh. Awak dengan
orang kampung tak ada beza. Awak nak makan mahal-mahal, tapi duit ada tak? Tak ada duit, buat cara tak ada duit!”
“I ada kad kredit. Orang macam I
mana guna cash,” riak Ezahra. Nampaklah bongkaknya disitu.
“Dah! Tak nak makan, tunggu aje dalam kereta. Saya
nak pergi makan.” Fayyad membuka pintu
dan keluar dari perut kereta.
Mahu atau tidak, Ezahra terpaksa
turun. Dia lapar!
“Kata tak nak makan.” Fayyad menutup pintu.
Ezahra buat dek. Pintu kereta
dihempas kuat.
“Tercabutlah pintu tu kalau hempas
macam itu.”
Ezahra buat telinga badak.
Fayyad menggeleng kepala sambil
menekan punat ‘lock’ pada kunci
kereta. Dia melangkah sambil dibuntuti Ezahra.
“Saya nak roti dua dengan teh
tarik.”
Lelaki itu mengangguk lalu
mencatatnya pada kertas. Dia beralih pula pada Ezahra. “Puan?”
“Sama!” Tanpa memandang wajah si pengambil pesanan,
Ezahra mengucapnya.
Fayyad garu kepala sambil buat muka
serba salah. “Ha, samalah bang. Maaf ya,
bang.” Dia mereling Ezahra. Lalu dia
menghadiahkan senyuman kambing pada lelaki itu.
“Ha, tak apa! Saya faham.”
“Cakaplah baik-baik dengan orang.
Orang bisu kalau boleh bercakap, dia orang nak gunakan mulut tu untuk cakap
perkara-perkara yang baik. Tapi kita yang ada mulut ni, kalau tak cakap benda
yang tak baik, tak sah. Maki orang lagi ada,”
tazkirah Fayyad sebaik pekerja itu berlalu.
Ezahra menoleh ke arah Fayyad. “You
bolehkan tutup mulut you tu. Semua benda I buat semuanya tak kena pada
pandangan you.”
“Saya tegur benda baik.”
“Habis you tu baik sangat ke?”
“Saya mengaku saya tak baik sangat.
Tapi saya tegur untuk kebaikan saya dan kebaikan awak. Kalau saya ada buat
benda salah, silakan tegur saya. Awak ada hak tegur saya.”
“Saya tegur kereta awak tu buruk.
Saya suruh beli baru, tapi awak tak nak dengar.”
“Hahaha… itu statement budak-budak. Awak nak samakan teguran awak dengan teguran
saya? Teguran awak tu tak berasas.
Kereta tu boleh pakai lagi. Bukannya tak boleh pakai. Bersyukur apa yang ada.
Ramai lagi dekat luar sana tak ada kereta, tapi teringin nak ada kereta. Awak
yang ada kereta ni, boleh berteduh dari hujan panas masih lagi tak bersyukur.”
Ezahra mencebik. Dia peluk tubuh
sambil membuang pandang ke jalan raya. “Susah
bercakap dengan orang yang suka berceramah ni.”
“Bersyukur, eh sayang. Itu aje
rezeki yang kita ada. Nanti ada rezeki lebih, abang tukar kereta baru,” pujuk Fayyad.
“Eeeii!!”
“Roti siap!”
“Senyum dan makan.” Sempat Fayyad berpesan. Menyampah betul dia
lihat muka taik si Ezahra. Masalah
betul wanita itu. Tak stress ke
setiap saat buat muka masam macam itu?
Dia bersimpati dengan kehidupan Ezahra yang serba bosan itu.
Ezahra tenung lama roti canai.
Seumur hidup dia mana pernah makan roti canai. Tan Sri Khalid tak pernah pun
bawa dia pergi makan di luar menikmati apa yang orang biasa-biasa rasai. Dia
hanya dibawa ke tempat-tempat mewah sahaja. Makanan orang kaya. Itu pun boleh
kira berapa kali si daddy membawanya berjalan. Selebihnya masa makannya
dihabiskan dirumah ditemani orang gaji.
“Makanlah.”
“Tak pernah makan.”
“Sedihnya hidup awak. Makanlah.
Kenal-kenalkan diri dengan roti canai. Tak kenal maka tak cinta.”
Mata Ezahra membulat. Dia pandang
Fayyad tanpa kelip. “Sedap!” Terkeluar juga perkataan itu. Dia makan dengan
rakus.
Fayyad senyum lebar melihat gelagat
Ezahra. Tak cukup dua keping roti canai, Ezahra menempah lagi dua keping. Dia
geleng kepala.
Ezahra meninggalkan
Fayyad bersama trolinya. Bukan main laju lagi hendak menjelajah pasaraya itu.
Banyak barang yang hendak dibeli termasuk stok makanan.
Dari jauh Fayyad melihat kelibat si
isteri bersama troli yang penuh dengan barang. Dia geleng kepala. Dia bertindak
mengambil troli kosong. Barang yang hendak dibeli tak sama dengan barang
Ezahra. Jadi, ada baiknya dia mengambil lagi satu troli khas untuk barang yang
dia hendak beli.
Fayyad mengelilingi setiap lorong
pasaraya itu. Satu persatu barang dicapai lalu diletakkan ke dalam troli. Tidak
seperti Ezahra, dia lebih berjimat. Ambil apa yang dirasakan perlu sahaja.
Tiba di satu lorong, Ezahra dan
Fayyad berselisih. Ezahra buat-buat tak kenal si suami.
“Banyaknya barang awak. Ambil apa
yang perlu ajelah. Yang merapu-rapu tu tak payahlah.” Fayyad menegur sebaik dia berhenti disebelah
Ezahra.
“I kenal you ke?”
Ternganga Fayyad dengan kata-kata
Ezahra. Muka tak payah cakap, memang buat muka macam tak pernah kenal aje si
Fayyad. “Amboi! Sombong!
Nanti balik jalan kaki.”
“Teksi banyak dekat luar.” Ezahra menjawab.
“Ikut suka hatilah.”
Fayyad malas mahu melayan Ezahra.
Terus dia meninggalkan si isteri yang masih tamak mengambil itu dan ini. Dia
menapak untuk ke kaunter.
Usai membuat pembayaran, Fayyad
duduk di sebuah kerusi yang bertentangan dengan kaunter pembayaran. Dia
menunggu Ezahra sebenarnya.
Dia sekadar memerhati Ezahra yang
sedang berada di kaunter pembayaran. Menantikan staf pasaraya itu scan seisi barang yang diambil oleh si
isteri.
Semua barang sudah siap scan. Tiba masa untuk membayar. Dan
ezahra menyuakan kad kreditnya.
Dari jauh lagi sudah nampak cashier itu menggeleng sambil
menyerahkan kad kredit itu kepada Ezahra.
“Cuba lagi sekali. Mustahil tak
boleh!” Itu dia! Suara Ezahra sudah mulai kedengaran jelas ke
dalam lubang telinga Fayyad.
“Dah lima kali saya cuba. Tapi tak
boleh.” Sayup-sayup kedengaran cashier itu menjawab.
Dada Ezahra mula berombak. Dia
menolak troli yang penuh terisi barang itu ke tepi. Dia berjalan dengan wajah
masam mencuka menuju Fayyad.
Fayyad berdiri dan mahu berjalan
sambil buat muka resah.
“Eh, janganlah dekat dengan sayalah.
Malu saya nak berjalan dengan awak. Semua orang tengok saya tau tak?” Fayyad pandang kanan dan kiri sambil buat
muka biawak. Buat-buat malu apabila disapa Ezahra.
“I nak balik!”
Fayyad menjuihkan bibir ke arah
troli yang dibawa Ezahra tadi. “Tu barang-barang dalam troli awak tu. Pergilah
ambil. Lepas tu balik naik teksi. Nak balik naik teksi, kan tadi?” Sengaja dia mahu melihat Ezahra naik angin.
Bukan dia takut pun dengan angin wanita itu. Sebab itu dia berani mengusik.
“You jangan nak menyakitkan hati I.
Macam ini ke orang yang jaga agama?
Menyakitkan hati orang tu dosa. Tak tahu atau buat-buat tak tahu?”
Fayyad mengangguk sekali. “Tahu. Tapi kalau tinggi suara dengan suami
lagi dosa.” Ada bunyi perli disitu.
Ezahra menjeling. Dia melangkah
meninggalkan Fayyad yang tersengih macam kerang busuk.
No comments:
Post a Comment