SAHAJA AKU MENIKAHIMU 8




            “Segak anak mak seorang ni.”
            Fayyad terkejut dengan teguran itu. Dia menoleh ke belakang.  “Mak…”
            “Along memang selalu segak, mak.”  Farhana pula muncul sambil tangan bermain dengan tudung yang dipakainya. Kelepet sana kelepet sini!
            “Baru mak perasan, muka Along ada iras arwah abah.”
            “Arwah abah muka macam Along ke, mak?  Adik tak pernah tengok muka arwah abah. Tiba-tiba rasa rindu. Gambar pun tak ada untuk ubat rindu.”  Farhana berwajah sayu.
            Mak Nah membawa Farhana ke dalam pelukannya.
            “Simpan rindu tu, nanti kita sama-sama masuk syurga jumpa abah.”  Fayyad menggosok-gosok kepala Farhana. Sedih pula dia terkenangkan Farhana yang tidak sempat berkenalan dengan abah mereka. Sekurang-kurangnya Fayyad dan Fawwas pernah merasakan kasih sayang lelaki tua itu.
            Farhana sempat diazankan oleh arwah Pak Ismail sehari sebelum lelaki tua itu meninggal. Ketika hari kejadian, Mak Nah masih lagi di hospital. Dan Pak Ismail dalam perjalanan ke sana membawa anak-anak untuk melawat ibu dan adik baru mereka. Namun, kejadian lain yang menimpa.
            Apakan daya, takdir berkata begitu. Pun begitu, Farhana tetap bersyukur kerana sempat diazankan oleh arwah abahnya. Semoga dia hidup dengan semangat arwah abahnya yang baik pekerti, dan kuat beribadah.
            Farhana bersyukur meskipun tidak sempat bertemu abahnya, namun cukup baginya mengetahui bahawa arwah abahnya itu seorang yang baik dan menjaga setiap ibadah. Syukur!  Bukan semua orang dianugerahkan ayah yang baik sepertinya. Diluar sana ada sahaja yang tidak pernah kenal siapa bapanya, bahkan ada bersikap haruan makan anak. Nauzubillah…
“Kalau arwah abah ada mesti seronok kan, mak?”
            “Dahlah!  Nanti Along menangis pula. Cair mekap dia, karang.”  Mak Nah tidak mahu mereka bersedih dihari itu. Bukannya dia tidak dapat melihat mata Farhana sudah pun berkaca-kaca. Sebelum banjir disitu, baik dia ubah topik.
            “Dah, dah!  Bersurai.”  Farhana terus melangkah meninggalkan Fayyad dan Mak Nah. 
“Oh, ya!  Mak…”
            Mak Nah memandang Fayyad yang sedang mencapai kedua tangannya.
            “Mak… mak doakan yang terbaik untuk Along, ya?  Hari ini Along akan mula galas tanggungjawab baru. Terima kasih mak untuk semuanya. Tegur Along ya, kalau Along lupa tanggungjawab Along untuk mak dan adik-adik. Along takut tumpuan Along nanti hanya pada isteri.”
            Mak Nah tersenyum. Matanya mula berkaca-kaca. Besar sudah anak terunanya itu. Terasa cepat sungguh masa berlalu mendewasakan anak-anaknya. Dia usap wajah anak sulungnya itu.
“Mak tak pernah lupa doakan yang terbaik untuk anak-anak mak. Mak yakin Along mampu jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Long anak yang baik untuk mak. Sejuk perut mak dapat anak macam Long, Ngah dan adik. Semoga perkahwinan ni mendekatkan diri Long dengan Allah. Ingat!  Jaga anak dara orang baik-baik. Bimbing dia. Bukan dia bimbing Long.”
            “Insya-Allah, mak…”
            Pin!!  Pin!!
            “Ha, tu Angah dah bising tu. Tunggu pengantin tak kunjung tiba.”  Farhana menjengahkan kepalanya dari luar pintu rumah.
            “Jomlah, kita.”
            “Bismillahirrahmanirrahim…”  Fayyad melangkah dengan kaki kanan.


Usai sudah semuanya. Ezahra dan Fayyad sudah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Kini mereka berdua sudah mendapat gelaran baru iaitu suami dan isteri. Yang pastinya gelaran itu bukan sekadar gelaran, malah tersirat dengan tanggungjawab yang berat.
            “Perrgghh!!  Long... malam ni Long makan besarlah…”  Fawwas memaut bahu Fayyad.
            Fayyad menyinggung Fawwas. Mana ada makan besar. Makan kaki adalah!  Nak kena penerajang dengan si Ezahra yang garang tu?  “Banyaklah kau makan besar!”
            “Geram pulak!  Siaplah lepas grad nanti Angah pulak nak kahwin.”
            Fayyad ketawa sinis.  “Kau tak payah nak gatal kahwin dengan anak dara orang lepas grad. Kau pergi cari kerja dulu, Ngah. Kau tu dahlah boros. Nak bagi anak bini kau makan apa aje lepas nikah?”
            Fawwas beriya mahu berkahwin memandangkan setahun lagi dia bakal menjadi graduasi Universiti yang sama dengan Fayyad belajar. Bezanya Fawwas belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Manakala, Fayyad hanya belajar diperingkat Diploma.
            Bukannya Fayyad tidak pandai, tetapi sebaik habiskan Sijil Pelajaran Malaysia, dia terus bekerja untuk menyara keluarga. Sebaik umurnya mendekati angka tiga puluh, dia menyedari betapa pentingnya ilmu dan pelajaran. Ketika umur dua puluh tujuh tahun barulah dia nekad menyambung pengajiannya di peringkat Diploma.
            “Orang cakap kalau tak ada duit, kahwinlah… nanti Allah tambahkan rezeki.”
            “Tu statement untuk orang yang rajin berusaha. Bukan macam kau, Ngah. Semua minta mak. Tak minta mak, kau cari Along. Better kau kerja dulu, bagi finance kau stabil baru kahwin.”
            “Habis kewangan Long tu stabil sangat ke?”  tempelak Fawwas dalam gurau.
            “At least Along ada duit sendiri, eh!  Along kerja part time. Walaupun tak adalah kaya mana. Tapi Along ikhtiar diri Along cari duit.”  Fayyad backup dirinya sambil angkat kening.
            “Sama juga kewangan tak stabil lagi,”  gumam Fawwas.
            “Daripada kau, Ngah.. nak kahwin tapi tak ikhtiar nak cari duit. Kita ikhtiar Insya-Allah, Allah tunjuk jalan.”
            “Ha, yelah Long…”  Fawwas mengalah. Mengiyakan kata-kata Fayyad.  “Anyway, congrates Long. Dah kahwin dah abang Angah seorang ni. Cepat-cepat bagi mak cucu. Angah pun teringin nak main dengan budak kecik.”  Dia kulum senyum sejuta makna.
            Fayyad ketawa suka. Mahu berzaman lagi kau nak dapat anak saudara, Ngah!  “Insya-Allah… kau doa-doakanlah, semua berjalan lancar.”
            “Kalau dengan Along, pasti lancar punyalah…”  Fawwas mengekek ketawa sambil angkat thumbs up.  “Along, kan?  Mana boleh kalah. Kalau kalah bukan Alonglah namanya.”
            Fayyad ketawa.


Ezahra mahu menyumbat batang kunci kereta ke dalam lubangnya. Namun, sesegera itu kunci kereta tersebut dirampas dari seseorang.
            “Apa ni, daddy?”
            Tan Sri Khalid berwajah tenang lalu mengulum senyum.  “Daddy lupa nak beritahu Ara yang semua harta Ara, daddy hold dulu.”
            Kening Ezahra saling bertaut.  “For what?”
            “Daddy akan pulangkan semua harta Ara lepas daddy puas hati,”  ujar Tan Sri Khalid.
            Ezahra memeluk tubuh seraya menjongketkan keningnya.  “So, daddy still tak puas hati?  Ara kahwin dengan lelaki tu, tak cukup ke nak puaskan hati daddy?”   Dia menghela nafas dan memejamkan mata sesaat. 
“Apa daddy tak puas lagi?  Daddy nak minta Ara ada anak dengan dia, baru daddy nak serahkan semua harta Ara pada Ara semula?”  duganya.
            “Daddy cuma nak beritahu yang daddy akan pulangkan semula nanti. Bahkan daddy akan serahkan sebahagian harta daddy pada Ara juga.”
            “Kalau tak kahwin pun daddy takkan beri satu sen pada Ara, dah kahwin dengan dia pun daddy takkan beri juga harta daddy. Malah harta Ara pun daddy ambil.”
            “Daddy bukan tak nak beri. Cuma daddy pegang dulu semua harta. Sekarang daddy nak Ara survive dengan Fayyad. Belajar hidup dengan dia. Dengan kesenangan ni akan buatkan Ara jadi lupa diri. Ara belajarlah untuk hidup susah dengan suami Ara tu,”  tingkah Tan Sri Khalid.
            Ezahra tenung wajah Tan Sri Khalid. Lama.  “You are cruel, daddyYou are cruel!”  Tenang dia mengungkapkanya dengan wajah tidak puas hati.
            Tan Sri Khalid tidak marah. Malah dia senyum sehabis manis.  “Daddy tak marah Ara nak gelar daddy apa. Daddy dah maafkan semuanya selagi Ara jadi isteri Fayyad. Daddy nak berterima kasih pada Ara sebab Ara sudi dengar permintaan daddy supaya kahwin dengan Fayyad.”
            “Berterima kasih dengan cara ambil semua harta Ara?”  Sinis dia menyoal.
            “Ara ikut Fayyad balik, ya. Nanti bila-bila Ara free, Ara baliklah jenguk daddy di rumah.”  Tan Sri Khalid mengubah topik perbualan.
            Ezahra mengerutkan dahi.  “Apa maksud daddy?  Ara balik rumah kita, kan kejap lagi?”  soalnya yang digaru curiga.
            “Ara ikut Fayyad. Kalau Fayyad benarkan Ara balik, baru balik. Kalau dia tak benarkan, jangan sesekali balik rumah daddy.”
            Ezahra ketawa sinis.  “Kenapa Ara mesti dengar cakap dia?”  Baru aje kenal tak sampai sebulan sudah mahu mendengar cakap lelaki itu?
            Itu konsep perkahwinan, Ezahra!  Walaupun kenal tak lama, tetapi apabila status sudah bertukar kepada isteri, si isteri wajib mentaati si suami. Barulah syurga balasannya.
            “Sebab dia suami Ara. Tanggungjawab terhadap Ara, daddy dah serahkan pada dia masa akad nikah tadi. Jadi, Ara kena dengar cakap dia. Lagi pun, Ara kan baru kahwin. Jadi, honeymoonlah di rumah baru Ara dan Fayyad.”  Senyuman penuh makna dipamerkan kepada Ezahra.
            “Fayyad…”  tegur Tan Sri Khalid tatkala si menantu menghampiri.
            “Ye… daddy!”  Fayyad garu kepala dengan wajah dilema. Macam mimpi pula apabila memanggil Tan Sri Khalid dengan panggilan daddy.  “Tergeliat lidah ni nak memanggil daddy. Tak biasa pula.”
            Tan Sri Khalid membalasnya dengan senyuman. “Jaga Ara baik-baik, ya. Daddy nak balik dulu. Lepas tu malam ni daddy nak ke Jakarta. Jumpa client. So, nikmatilah hari-hari kalian berdua sebagai suami isteri. Nanti bila-bila free datanglah rumah daddy.”
            Fayyad menyalami tangan bapa mertuanya itu.  “Insya-Allah!  Daddy pun jangan lupa jenguk-jenguk kami.”
            Tan Sri Khalid menyua tangannya pada Ezahra, namun wanita itu enggan menyalaminya.
            “Ezahra… daddy nak salam, kan?”  tegur Fayyad.
            Antara mahu atau tidak, akhirnya Ezahra menyambut tangan daddynya.
            Tan Sri Khalid menggosok kepala Ezahra yang diliputi tudung. “Jangan melawan cakap suami.”
            “Daddy berangkat dulu.”  Pamit Tan Sri Khalid.
            “Baiklah, daddy. Selamat sampai Jakarta.”
            Tan Sri Khalid mengulum senyum sebelum dia menyelinap masuk ke dalam kereta.
            Seketika Mercedes Benz milik Tan Sri Khalid meluncur laju meninggalkan mereka.
            “Kita balik rumah eh, isteri abang.”  Fayyad menyakat. Seronok pula dapat menaikkan darah wanita itu.
            Buntang mata Ezahra. Dia mengangkat penumbuk.  “You nak lebamkan mata you, you buatlah macam itu.”  Bengangnya dengan lelaki itu.
            “Abang sanggup lebamkan mata abang ni untuk sayang.”  Fayyad menghampiri Ezahra sambil buat wajah menggoda.
            Aip!!  Fayyad!!  Behave!!!  Ini masjid!  Bukan rumah…
            “I nak balik!!”
            Bulat mata dan mulut Fayyad. Dia memandang Ezahra dengan pandangan tidak percaya.  “Masya-Allah sayang!  Gelojoh ajak abang balik.”  Saja mahu mengusik Ezahra.
            “You ni memang melampau!”  Ezahra menolak tubuh Fayyad dengan kedua telapak tangannya lalu dia mengangkat kaki.
            Fayyad mengecilkan mata memandang Ezahra yang sedang meninggalkannya. Sabarlah duhai hati. Satu hari dia akan jadi isteri solehah.


“Eh, jangan bukak!”  tegas Fayyad sambil mengangkat tangan kanan sebagai isyarat ‘jangan’.
            Ezahra mengerutkan dahi.  “Buka apa?”
            “Buka tudunglah.”
            “You ni dah gila ke?  Dalam rumah pun nak pakai tudung?”
            “Awak cantik pakai tudung.”  Akhirnya pujian itu terlepas jua dari mulutnya. Dari di masjid lagi dia memandang Ezahra tanpa kelip. Ezahra nampak ayu mengenakan tudung halfmoon itu. Apatah lagi dengan solekan nipis yang tercalit pada wajah si isteri. Lagilah menggeletar tulang rusuknya!
            “Habis, you nak I pakai tudung sampai bila?”  Ezahra macam biasa dengan ton suara yang tinggi kalah Jaclynn Victor.
            “Pakai sampai bila-bila pun tak apa. Saya tak kisah. Susah tau nak tengok awak pakai tudung.”  Fayyad masih beriya tidak mahu Ezahra melepaskan tudungnya.
            “Whatever!”  Ezahra menanggalkan tudungnya juga.
            Fayyad melepas keluh berat sambil buat muka hampa. Ezahra buka juga tudungnya. Dia rasa sedih. Semoga itu bukan kali pertama dan terakhir dia melihat si isteri memakai tudung.
            “Banyak juga duit you.”  Ezahra bersandar lemah pada sofa.
            “Hah?”
            Ezahra menjuihkan bibir. Dia menilik atas bawah, kiri dan kanan sudut rumah itu. “Not badlah, rumah ni. Cuma sempit sangat. Air-cond pun tak ada.”
            Fayyad ketawa. “Hadiah orang bagi untuk kita. Saya bukan banyak duit pun nak beli semua ni.”
            “Hadiah?”  Dahi Ezahra berkerut.
            “Daddy awak hadiahkan rumah ni untuk kita. Semua perabot dalam rumah ni pun dia hadiahkan. Saya highlightkan, untuk ‘kita’ ya. Maknanya rumah ni, bukan milik saya, bukan milik awak. Tapi milik ‘kita’. Jadi, apa-apa aje dalam rumah ni, kita tak guna istilah hak kau, hak aku. Semuanya hak ‘kita’.”
            Perkataan ‘kita’ sengaja ditekankan oleh Fayyad.
            “Mana bilik I?”
            Bercakap dengan Ezahra umpama masuk sebelah kanan keluar sebelah kiri. Dia bukan kisah pun dengan pidato Fayyad tadi mengenai ‘kita’. Dia buat bodoh sahaja.
            “Bilik kita!  Kan, saya dah cakap tadi, tak ada istilah, awak punya atau saya punya. Semua kita punya!”
            Dada Ezahra mula berombak. Barannya datang kembali menahan amarah terhadap sikap Fayyad yang baginya terlalu menjengkelkan.
“You jangan nak melampau!  Kita kahwin bukan sebab suka sama suka. Kita kahwin sebab nak tunaikan permintaan daddy. I tak pernah cinta you. Dan tak akan cintakan you!  So, please!  Jangan cuba-cuba nak buat benda bukan-bukan. Behave yourself!”  Dia memberi amaran keras!
            “Yelah!  Nanti lama-lama awak cintakan saya juga.”
            “Orang gila aje cintakan you. Dah!  I letih. I nak tidur,”  gumam Ezahra.
            “Tu!”  Fayyad menjuihkan bibirnya pada pintu bilik. “Yang tengah tu bilik awak. Bilik saya yang depan ni.”  Dia menjuihkan bibir ke arah pintu biliknya pula.
            Fayyad dari awal lagi sudah mengagak bahawa baran Ezahra bakal menerpa. Sebab itu awal-awal lagi dia sudah menyediakan bilik khas untuk Ezahra. Dia memberikan si isteri masa untuk semuanya. Dia tidak mahu terlalu memaksa. Biar lambat asal selamat.
            Orang seperti Ezahra ada caranya tersendiri untuk didekati. Jangan memaksa kerana ia akan membuatkan Ezahra semakin jauh. Biarlah waktu yang merubah segalanya.
Ezahra membawa bersama beg pakaiannya menuju ke arah biliknya. Tadi mereka sempat ke rumah Tan Sri Khalid untuk mengambil pakaian dan barang-barang Ezahra ke mari. Nak ikutkan, memang Ezahra tak mahu mengikut Fayyad, tetapi Tan Sri Khalid sebelum ke Jakarta, dia menghalau Ezahra keluar juga. Akhirnya, Ezahra menurut.
            “Kalau ada apa-apa, masuklah bilik saya. Ketuk dululah. Takut nanti saya tengah berbogel ke, pengsan pulak awak nanti.”  Fayyad garu kepala yang tidak gatal.

            Ezahra buat dek. Terus dia masuk ke dalam biliknya.

No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...