SAHAJA AKU MENIKAHIMU 2

            
Tan Sri Khalid dan Fayyad mengerutkan dahi tatkala mendengar bunyi riuh rendah di luar pejabatnya. Kedengarannya suara Ezahra yang memekik terlolong diluar.
            Tan Sri Khalid melepaskan keluh berat. Dia melangkah menuju ke pintu bilik pejabatnya sambil dibuntuti oleh Fayyad.
            “Kenapa bising-bising tu Pak Cik?”  soal Fayyad dengan wajah tertanya-tanya. Sejak dua tiga hari ini, bukan main banyak lagi kontroversi melanda syarikat itu. Macam-macam yang dia dengar dari mulut staf-staf di situ. Dia pun tak tahu hendak percaya atau tidak.
            Yang pasti apa yang dia dengar, segala kontroversi berpunca daripada Ezahra anak Tan Sri Khalid yang baru sahaja masuk bekerja di situ minggu lepas. Fayyad malas ambil pusing hal itu. Yang dia tahu, dia nak cari duit untuk bela emak dan adik-adiknya.
            “Tak tahulah, Yad.”  Tan Sri Khalid malas mahu menjawab memandangkan dia tahu keriuhan itu puncanya daripada si anak tunggal yang bertuah itu.
            “You ni kelulusan universiti mana?  Buat kerja semua tak reti?  Kalau rasa diri tu tak tahu buat kerja, jangan nak bekerja. Duduk rumah atau pun kerja aje dekat kedai pam minyak!  Menyusahkan orang.”
            Itu hamburan kata-kata pedas Ezahra yang jelas kedengaran oleh Fayyad dan Tan Sri Khalid sebaik pintu bilik pejabat lelaki tua itu ternganga luas.
            “Kenapa ni?  Ada yang saya boleh tolong ke?”  Fayyad melangkah cuba mempertahankan Nadiah. Dia tidak sampai hati melibat wanita yang baru sahaja bekerja itu ditengking-tengking sebegitu rupa. Apatah lagi, wanita itu sedang mengandung. Baru sahaja lima minggu. Takut keguguran juga wanita itu dibuatnya.
            Ezahra bercekak pinggang pula pada Fayyad yang menghampiri mereka.  “Eh, you tak payah nak tunjuk hero dekat sini. You dengan dia ni sama aje. Tak ada kelayakan tapi terhegeh-hegeh nak bekerja dengan syarikat besar macam ini.”
            “Ezahra!!”  Tan Sri Khalid meninggikan suara dari jauh. Dia renung tajam anak tunggalnya.
            “Apa?!”  Ezahra membebal.
            “Watch your words!”  Tan Sri Khalid memberikan amaran.
            “Perempuan ni tak reti nak buat kerja. Bodoh!  Tapi nak bekerja dengan orang. Ara dah pesan semalam Ara nak paperwork tu siap hari ni. Tapi hari ni pun still tak siap lagi. Sekerat aje dia buat. Dia ingat company ni bapak dia punya?”
            “Apa ni?!  Maaf saya mencelah. Tapi saya tak hormat awak sebagai seorang ketua. Ini ke cara awak yang kelulusan dari univerisiti luar negara?  Attitude awak ni bukan attitude orang yang berpendidikan. Awak dengan mat-mat rempit kaki angin dekat luar sana tak ada beza. Orang yang betul-betul berpendidikan akan tunjukkan sikapnya sebagai pemimpin. Bukan sebagai seorang yang kepala angin.
“Belajar tinggi mana pun. Ada PhD sekali pun. Tolong hormat orang. Nadiah ni tengah mengandung. Dia tak sihat. Dia dah minta cuti semalam cuma Cik Ezahra aje yang tak luluskan.”  Fayyad memang suka bab-bab pangkah orang ni. Apatah lagi dengan si Ezahra, si budak rare yang panggil dia mat rempit. Sedaplah dia nak smash dengan kata-katanya itu.
Ezahra ketawa sinis lalu berpeluk tubuh.  Menyampah pula dia apabila ada orang berani nak menembaknya dengan kata-kata. Apatah lagi orang itu hanyalah kuli. Memang sakitlah hatinya!   “Siapa you nak melawan cakap I?  You ada kelulusan apa?”
“Saya tak ada kelulusan apa-apa. Tapi saya ada hak nak menegur apa yang tak betul.”
“Apa hak you nak menegur I?”
“Sedangkan daddy awak yang pangkatnya lebih tinggi dari awak pun, awak boleh senang-senang tengking. Jadi, jangan hairan kalau saya atau pun orang lain tak hormat awak sebagai seorang ketua.”
Ezahra ketap bibir geram.  “Ini dia pekerja kesayangan daddy. Biadap dengan orang atasan!  Memang melampau. Boleh dia malukan Ara depan staf lain?  Dasar orang kampung tak sedar diri!”  getusnya geram sambil mata mencerlung ke dalam bola mata Fayyad.
Tan Sri Khalid menuding ke arah Ezahra.  “Behave Ara!  Sekali lagi daddy dengar apa-apa masalah dari Ara, daddy tak akan teragak-agak pecat Ara,”  ugutnya.
“Daddy sepatutnya pecat dia!”  Ezahra tidak mahu kalah.
“Daddy tak perlukan pekerja yang bermasalah macam Ara!”
Erk!  Fayyad mengembang kuncupkan hidungnya. Dia mengepam senyum. Yezza!  Seronok betul tengok wanita itu kelu tanpa kata. Dia mengekor Tan Sri Khalid yang sedang melangkah menuju ke pejabatnya itu.

“Nadiah, ikut saya. Bawa paperwork yang awak buat sekali.”  Sempat Tan Sri Khalid berpesan sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik pejabatnya.

No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...