“How
could you slapped me?” marahnya.
“And
how could you raise your voice to me?
Daddy dah lama bersabar dengan sikap Ara. Dan daddy tak akan biarkan
lagi Ara tinggi suara pada daddy. No one
taught you! Daddy hantar belajar
tinggi-tinggi, ini yang Ara dapat?” Tan
Sri Khalid tidak mahu kalah.
Tadinya Tan Sri Khalid menegur
Ezahra yang memakai pakaian yang agak menjolok mata, dengan baju ketat, skirt
pula pada paras atas lutut. Sebaik dia menegur, ada ke patut si Ezahra
menengking daddynya balik? Dunia memang
sudah akhir zaman tau tak?
Ada seorang hamba Allah menegur Tan
Sri Khalid bahawa anaknya sedang diusyar oleh lelaki-lelaki gatal kerana
berpakaian seksi. Kau rasa? Tebal
jugalah muka Tan Sri Khalid apabila ditegur sebegitu. Lagi pun, Tan Sri Khalid
jenis yang ada ilmu agama, malu kut anaknya bersikap lain dari genetik. Seorang
duduk timur, seorang duduk barat.
“This
is all your fault! Jangan salahkan
Ara dan jangan ingat daddy manusia yang tak pernah buat salah pada
anaknya! Daddy yang yang ajar Ara jadi
macam ini.” Ezahra tidak mahu kalah!
“Bila daddy ajar Ara?” Tan Sri Khalid tenung tajam ke dalam bola
mata anaknya.
“You
got the answer, daddy. Stop blaming on me because you created all
the bad things you had.”
Tan Sri Khalid menoleh membelakangi
Ezahra. Dia pejam mata sambil kedua tangan menyeluk ke dalam kocek seluar. “Keluar, Ara!
Sebelum daddy tampar pipi Ara sebelah sana tu.”
Ezahra ketawa sinis sambil peluk
tubuh. “Setakat panggil Ara masuk
semata-mata nak tampar pipi Ara, baik tak payah. Ara banyak lagi kerja nak
dibuat. Buang masa!”
Tan Sri Khalid memerhati refleksi
kelibat Ezahra yang sedang menonong keluar dari bilik pejabatnya pada cermin
kaca. Remuk hatinya. Dia seorang bapa, dia impikan punya anak yang solehah.
Sudahlah anak seorang saja, buat perangai pula. Apa sahaja yang dia
bahagia? Sekelumit pun tiada.
Dia toleh ke arah gambar arwah
isteri yang tergantung pada dinding pejabatnya. Gambar itu pemangkin semangatnya
bila dia hampir kecundang. Walaupun wanita itu sudah tiada, namun masih ada
auranya yang membuatkan Tan Sri Khalid berdiri teguh menghadapi segala cabaran.
Dia
mengeluh. Dia rindu akan arwah isterinya. Dia rindu! Dia rindu kemesraan yang terjalin antara dia,
isteri dan anaknya satu ketika dulu. Namun, waktu membawa pergi segala dan
meninggalkan ia sebagai satu kenangan yang tak akan pernah terjadi lagi. Air
mata lelaki Tan Sri Khalid gugur juga. Dia pejam mata erat seolah membenarkan
air mata itu mengalir.
Fayyad membelek kunci
kereta yang dipegang. Kunci kereta siapa pula?
Mini cooper punya kunci kereta ni. Ada juga orang yang berani tinggalkan
kunci kereta yang mahal tu dekat atas peti pos.
“Ini kalau aku test drive kereta dia ni, mesti gempak!” monolognya sambil tersengih nakal. Dia
memerhatikan sekeliling pula mencari-cari Mini Cooper kut-kut terselit
celah-celah lot parkir kenderaan.
Sedang dia menoleh ke arah lot
parkir, terasa kunci kereta ditangan dirampas seseorang. Pantas Fayyad menoleh
dengan wajah cuak.
“You yang curi I punya kunci kereta,
kan?” Ezahra menuding ke wajah Fayyad
dengan wajah bengisnya. Kembang kuncup dadanya mencuri oksigen.
“Saya terjumpa…”
“So,
kalau terjumpa you nak ambil dan nak curi kereta I, kan?” tebak Ezahra.
Fayyad menggaru kepalanya. “Saya tak ada niat pun nak curi.”
“You ingat I tak dengar you cakap
apa tadi? Dasar orang kampung. Mencuri
aje kerja. Usaha tak nak!” tempelak
Ezahra geram dengan anak matanya yang seakan hampir keluar dari paksinya.
Fayyad berdecit. “Saya bergurau aje.
Dan niat saya nak pulangkan balik kunci kereta ni pada tuannya.”
Benar! Dia hanya bergurau. Bukannya nak buat
betul-betul pun. Tekanan betul kalau hari-hari nak serius. Apa salahnya dia nak
bergurau untuk diri sendiri? Untuk
kesihatannya juga!
“Gurau tak gurau. Itu bukti you nak
mencuri.”
“Memang salah saya cakap macam itu.
Saya memang bergurau untuk hiburan diri sendiri. Nawaitu saya yang
sebetul-betulnya. Hanya Allah Taala saja yang tahu.”
“So,
you nak tunjuk alim pula. Konon I nak percaya cakap you? Kalau dah namanya
pencuri memang ada saja benda nak kelentong. Dasar mat rempit macam you ni,
mana ada life. Kerja nak mencuri. Tak
mencuri, merempit. Behave you attitude! I ada kuasa nak buang you dari bekerja di
sini.”
Bungkam Fayyad dengan kata-kata
Ezahra itu. Dia renung tajam langkah Ezahra yang sedang catwalk masuk ke pejabat dengan bergaya. “Budak ni memang rare!”
Mahu tak rare, sedap mulut aje gelar dia mat rempit, orang kampung. Apa hina
sangat ke jadi orang kampung? Dia lupa
ke yang nenek moyang dia pun asal dari kampung juga?
Tak
cukup itu, mat rempit dia gelar aku? Aku
memang gaya mat rempit, tapi yang merempit sana sini tak ada kerja tu, bukan
aku! Itu kerja orang lain. Banyak lagi
benda yang berfaedah yang aku boleh buat.
Masalah betul orang perempuan
ni! Muda lagi, takkan dah monopaus? Huh!
Lantaklah, kisah pula dia nak memikirkan wanita itu? Lebih baik dia pergi buat kerja.
Langkah kaki diatur untuk menuruni
anak tangga. Dia agak kalut memandangkan dia perlu bergegas ke tempat lain
sebaik menghantar surat-surat yang diamanahkan itu.
Tan Sri Khalid. Kepalanya
ligat memikirkan sesuatu walaupun wajahnya tenang setenang air di tasik. Tangan
kanan memicit pangkal hidung. Dia seorang bapa. Sungguh dayus dia membiarkan
anaknya lemas dalam penipuan dunia.
Hari ini dia masih bernafas, esok
lusa belum tahu apa ceritanya. Seandainya dia ditakdirkan pergi, tiga amalan
yang dia bawa. Sedekah jariahnya, ilmu yang berpanjangan, dan doa anak-anak
yang soleh. Sedekah dan ilmu itu tolak tepi memandangkan dia sendiri tidak
dapat mengukur keikhlasannya dalam bersedekah. Tentang ilmu, ilmu apa yang
dicurahkan kepada masyarakat?
Dia
mula fikir tentang doa dari anak yang soleh. Tiada anak lain selain Ezahra yang
dia ada. Ezahra pula sudah semakin hanyut. Semakin susahlah hati Tan Sri
Khalid. Dia memikirkan cara hendak menyelamatkan satu-satunya anak yang dia ada
itu. Anak dunia dan akhiratnya.
Dia
perlu selamatkan Ezahra untuk dunia dan akhiratnya. Tan Sri Khalid mengimpikan
keluarga kecilnya bertemu di syurga kelak. Lalu bagaimana hendak bersama ke
syurga jikalau sebegitu cara yang ditunjukkan oleh Ezahra?
Tan
Sri Khalid merasa berdosa kerana arwah isterinya pasti sedih kerana tiada doa
untuknya dari anak yang solehah. Memang dia akui silapnya kerana mengabaikan
Ezahra tanpa kasih sayang. Dia sibukkan diri supaya dapatkan melepaskan diri
dari kerinduan yang menggila terhadap arwah isteri sehingga, dia lupa akan
tanggungjawabnya pada Ezahra yang juga memerlukan kasih sayang dan perhatian
daripada seorang bapa.
Tan
Sri Khalid melepas keluh berat.
No comments:
Post a Comment