Prolog SAM ...

            “Bang…”  Rashidah bersuara lembut memanggil suaminya meskipun kepalanya sedang berdenyut.  “Bangun, bang.”
            Kepala Khalid masih melekap pada setereng kereta dengan dahi yang sudah berlumur darah. Dia memegang kepalanya dalam lemah. Dia tidak punyai khudrat untuk bergerak aktif akibat hentakkan yang sangat dahsyat itu.
            Rashidah mula mengalirkan air mata melihatkan keadaan suaminya itu. Risau menjengah hati. Dia cuba membuka pintu disebelah tempat duduknya. Namun, gagal.
            “Bang, buka pintu bang. Kereta berasap, bang.”  Dia mula cemas melihatkan keadaan itu.
            Ketukan pada pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu, membuatkan Rashidah agak terkejut. Dia memandang pada seorang lelaki yang berdiri disebelah pintu tempat duduk pemandu.
            Seseorang itu mengisyaratkan agar lock pintu kereta dibuka bagi membolehkan dia membantu. “Buka pintu!”  Sayup-sayup dua baris kata itu kedengaran dari luar kereta.
            “Bang, buka pintu bang.”  Rashidah menggesa suaminya yang masih lagi slow motion.
            Khalid mengikut arahan walaupun tubuh masih lemah untuk bergerak.
            Pintu kereta dibuka dari luar. Tubuh Khalid didakap lalu cuba ditarik keluar.
            Rashidah menarik tangan kanan Khalid. “Bang, Idah minta maaf salah silap. Abang halalkan segalanya, ya?  Idah sayang abang dan Ara.”
            “Idah…”  Khalid mengerutkan dahinya dalam lemah.  Tidak mengerti apa dan kenapa si isteri menuturkan kata-kata itu. Pun begitu, dia tidak mengendakan kata-kata itu.
Segera tubuh Khalid dibawa keluar oleh seorang hamba Allah dari kenderaan itu.
            Khalid dibawa ke sebatang pokok bersama dua orang anaknya.
            “Bah, Along nak tolong.”  Fayyad berdiri dan mahu membuntuti si abah.
            Lelaki itu menggeleng lalu mengusap kepala si anak.  “Along jaga Angah dan Pak Cik, ni. Abah nak pergi kejap. Jangan ikut abah, ya?  Abah pergi kejap aje.”  Lalu dia berlari menuju ke kenderaan yang terbabas tadi. Terus dia menyelinap masuk ke dalam kenderaan itu.
Namun, kurang lima saat kedengaran bunyi letupan yang membuatkan tiga orang manusia yang duduk dibawah pokok itu menoleh ke arah bunyi letupan itu serentak.
            Masing-masing terpanar melihat api yang dahsyat itu marak membakari seluruh kenderaan.
            “Abah!!!!”  jerit anak sulung lelaki itu dengan matanya sudah berkaca-kaca. Dirinya sudah tidak kena. Kepala lututnya menggeletar. Dia bertindak mahu berlari ke arah kenderaan itu, namun pantas kakinya ditarik oleh Khalid.
            Khalid mula sayu melihat situasi itu. Seorang anak kehilangan seorang bapa dalam sekelip mata disebabkan kecuaiannya. Dan isterinya…
            “Idah…”  Lemah dia menyeru nama itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa sedang isterinya dan bapa kepada anak-anak kecil ini hangus dimamah api.
            “Angah!  Abah, ngah!”  Anak sulung itu berlari memeluk adiknya yang berwajah selamba tidak tahu apa-apa.
            Khalid sebak melihat situasi itu. Dia yang bersalah dalam hal ini!  “Pak Cik minta maaf, nak. Pak Cik minta maaf…”  Dia menyandar lemah pada batang pokok sehingga tanpa sedar dia pengsan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...