Siapa Kata Tak Sudi? 15

              Airina duduk di atas bangku di sebuah perhentian bas. Bajunya hampir lencun dek kerana hujan yang tidaklah seberapa lebat. Telefon bimbit yang kehabisan bateri diketuk-ketuknya pada telepak tangan.
              Di manalah si Badli itu?  Sudah hampir dua jam dia menunggu lelaki itu yang kononnya mengajak dia berjalan-jalan untuk menonton wayang dan bermain boling. Sekarang ini sudah cantik-cantik dia berdandan, lelaki itu masih belum datang. Mana dengan telefon bimbitnya kehabisan bateri.
              Airina bebal. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk lelaki itu. Sekiranya Badli tiba-tiba datang menjemputnya ke mari, dia tidak akan mengikut lelaki itu. Dia sudah tidak ada mood untuk keluar dengan bajunya yang sudah pun basah itu.
              Tiba-tiba datang sebuah kereta yang cukup dikenalinya berhenti betul-betul dihadapan perhentian bas itu. Sesusuk tubuh mulai keluar dari perut kereta dengan payung berwarna biru tua. Lalu, lelaki itu menghampirinya dalam hujan.
              “Come, let me send you home.”  Lelaki itu mengajak dengan wajah ikhlas yang sedia terpamir.
              Airina buat dek dan berpura-pura tidak mendengar.
              Airil mengetap bibir geram. Dia sudah masak dengan tingkah wanita itu setiap kali mereka berjumpa. Tetapi kali ini dia betul-betul ikhlas hendak membantu.  “Hey, Airina. I’m talking to you,”  dengusnya.
              Airina masih lagi dengan riak sombongnya.
              Airil mendengus geram. Tanpa berfikir panjang, dia terus menarik pergelangan tangan Airina.
              “Lepaskan aku!”  Airina menepis.
              “I’ll send you home. That’s all. See, your clothes are wet. Do you feel comfortable on wearing the wet’s clothes?  Moreover you'll be easily infected by flu,”  tingkah Airil seraya memandang wajah Airina yang sudah mulai cuak.
              Air mata Airina akhirnya menitis. Teresak-esak juga dia menahan tangis.
              “Hei, kenapa dengan kau?”  Airil daripada berkeras terus beriak terkejut dan cemas. Kalau direpotnya kepada bapa Airina, tak ke naya dia kena sekeh?
              “Tolong jangan apa-apakan saya,”  rintih Airina dalam sedu. Tanpa sedar perkataan ‘saya’ yang terucap saat memanggil lelaki itu.
              Airil tiba-tiba teringatkan kelakuannya pada Airina tempoh hari. Dia mengagak Airina mulai trauma dengan sikapnya yang keterlaluan itu. Dia menyesal dengan apa yang dilakukan. Sungguh dia tidak mempunyai niat untuk mengapa-apakan gadis sunti itu. Dia kemudiannya meraup wajah beberapa kali.
              “NoI’ll never do something crazy on you. I’m promise!”  Airil bersungguh-sungguh dan mengangkat tangan kanannya sebagai bukti dia berjanji dan bersumpah.
              Melihatkan Airil yang bersungguh-sungguh mahu membantu menghantarnya pulang itu, akhirnya Airina akur dan menurut. Dia membuntuti Airil dari belakang dengan rapat kerana tidak mahu hujan terus membasahi tubuhnya. Dia dan Airil melangkah masuk ke dalam kereta. Untunglah kusyen kereta itu kalis air, jadi tidaklah lencun sit kereta itu dek kerana baju Airina yang basah.
              Di dalam kereta kedua-duanya hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Hanya radio yang memainkan lagu sentimental sahaja yang menjadi peneman. Sehinggalah Airil berhenti disebuah stesen minyak dan mengambil sesuatu kepada Airina.
              “Apa ni?”  Airina menyoal dengan wajah pelik tatkala Airil menyuakan beg plastik kepadanya setelah ianya diambil dari dalam boot kereta.
              “Baju,”  jawab Airil sepatah.
              Kening Airina saling bertaut.  “Untuk apa?”
              “Just go and change your clothes. I’m giving you only five minutes to change the clothes. Or not, I’ll leave you here.”  Airil mengugut bila mana Airina terlalu banyak bunyi.
              “Ni baju siapa?”  Airina masih lagi sibuk bertanya itu dan ini yang membuatkan Airil sedikit bengang.
              “Kakak aku.”
              “Tak apalah. Nak sampai rumah sewa saya dah, kan?  Saya tak nak susahkan awak dan kakak awak,”  tutur Airina lembut. Tidak pernah dia bersuara seperti itu ketika bersama lelaki itu.
              “Memang kau tak nak menyusahkan aku dengan kakak aku. Tapi aku yang kena tanggung susah kalau sit kereta ni basah. Jenuhlah aku nak menjemur sit kereta ini.”  Sarkastik Airil menuturnya.
              “Isyyhh!!  Kalau susah sangat, kenapa terhegeh-hegeh nak ambil aku tadi?”  Irama suara Airina sudah berubah seperti kebiasaannya mereka berdua bertemu. Bengang jugalah dia. Tadi lelaki itu yang sibuk-sibuk mahu menghantarnya pulang. Sekarang ini, dia pula yang makan hati dengan sikap Airil yang tidak mahu beralah langsung dengannya.
              “Kau nak balik atau tidak?  Atau kau nak bermalam di sini sahaja?”  Airil menyoal setelah hampir lama melihatkan Airina diam tidak terkutik.
              “Tunggulah kalau aku ada kereta sendiri. Dengan kau, kereta kau sekali aku lenyek biar jadi tempeyek,”  omel Airina separuh mengugut. Lelaki itu dijelingnya.
              Airil berwajah poyo.  “Jadi, dah habis membebel?  Kalau dah, sila tukar baju tu,”  arahnya.
              “Belum lagi ni.”
              “Syyhhtt... just go, now!”  tegas Airil mengarah.
              Airina dengan bebalnya melangkah sambil menghentak kaki. Menyesal dia menumpang lelaki yang kedekut, berkira, dan bermulut jahat itu. Nasib baiklah dia sedar diri yang dia menumpang lelaki itu. Kalau tidak, dengan Airil-Airil sekali go.


Terpisat-pisat mata dibuka sebaik terasa tubuhnya yang sedang lentok itu digerak-gerakkan oleh sepasang tangan hamba Allah. Dia menggeliat malas dan menghela nafas. Terasa sangat lama pula dia terlelap.
              Sengal-sengal pula terasa tubuhnya saat ini. Kepalanya pula terasa pening-pening. Mungkin disebabkan air hujan yang terkena tubuh dan kepalanya agaknya. Bersiap sedialah dia untuk menjadi mangsa demam setelah hampir setahun juga dia tidak mengalami penyakit normal itu. Wajah Airil disebelah dipandang. Lalu, beg tangan mahalnya itu dicapai.
              “Terima kasih, ye. Sorrylah aku tertidur.”  Terus pintu kereta dibuka.
              “Most welcome,”  jawab Airil sambil kusyuk mencari sesuatu di dalam kereta.
              Airina melangkah keluar dari perut kereta tanpa memerhatikan keadaan sekelilingnya.
              “Oh, Airil bawa balik calon menantu ke mari sekali, ye?”
              Airina beriak terkejut saat mendengar bait kata dari seseorang yang rasanya tidak pernah dia mengenali suara itu. Inilah kali pertama dia mendengarkan suara itu. Hendak dikatakan suara itu milik Khatijah, memang jauh panggang dari api. Jadi, milik siapakah suara itu?  Akhirnya Airina menoleh ke arah suara yang datang dari belakangnya itu.
              “Cantik orangnya.”  Wanita itu datangnya dari arah pintu pagar itu semakin menghampirinya. Dia tersenyum manis kepada Airina.
              Airina terkejut dan berlari ke pintu kereta sebelah tempat pemandu. Cermin kereta yang diketuk-ketuk mengganggu Airil yang sedang mencari-cari sesuatu di dalam laci dashboard kereta sportnya itu.
              Cermin kereta automatik dibuka.  “Apa hal?”
              “Awak bawa saya ke mana ni?  Saya nak balik ke rumah...”  Airina merintih. Air mata yang menitis dibiarkan begitu sahaja. Panggilan kepada Airil juga diubah dari ‘aku’ kepada ‘saya’. ‘Kau’ kepada ‘awak’.
              “Ini rumah mama Airil. Airil tak beritahu ke pada anak untuk ke mari?”  Wanita tua itu yang menjawab. Dia kembali menghampiri Airina.
              “Tak, dia tak beritahu. Dia cakap dia hendak hantar saya balik ke rumah.”  Sungguh-sungguh Airina memberitahu wanita tua itu. Dia mahu wanita tua itu mempercayai dan menghantarnya pulang dalam kadar segera.
              “Lailahaillallah... kamu ni Airil. Bawa anak dara orang ke mari sampai macam itu sekali. Ingatkan budak ni tahu. Ini kalau mak dengan abah budak ni tahu kamu bawa lari dia ke sini. Memang masaklah kamu,”  omel wanita tua itu yang bernama Mak Mah, pembantu rumah banglo mewah ini.
              “Ala, Mak Mah, tadi saya on the way nak balik sini. Tiba-tiba ternampak budak ni dekat tepi jalan. Dia tahan kereta saya dan dia sendiri cakap nak ikut saya ke mari.”  Airil menipu. Kemudian, cermin tingkap ditutup. Begitu juga enjin kereta. Dan dia melangkah keluar dari perut kereta itu.
              “Bila masa pula saya cakap macam itu?  Awak sendiri yang offer nak hantar saya balik.”  Airina menyangkal kata-kata Airil yang memang sah-sah menipu itu.
              “Makcik, saya nak balik rumah sewa saya.”  Airina beralih pula kepada wanita tua disebelahnya. Matanya sudah berkaca-kaca.
              “Esok-esok ajelah. Malam ini kau tidur sini aje dulu.”  Selamba aje Airil melangkah untuk masuk ke dalam banglo dan meninggalkan dua orang wanita itu.
              “Haah, betul tu, nak. Lagipun dari Pahang nak ke Kuala Lumpur tu pun jauh juga nak sampai. Mari, Mak Mah tunjukkan bilik untuk kamu.”
              “What?!!”


Airina tercangak-cangak melihat keadaan disekelilingnya. Tidak perasan pula, bahawa dia sudah pun berada di dalam kawasan banglo milik keluarga Airil. Mewah sungguh!  Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah yang tersergam indah seperti itu. Apalagi dihiasi dengan taman-taman juga kolam renang yang semestinya menjadi idaman sesiapa sahaja.
              “Nah, ini baju tidur untuk anak.”
              Airina menoleh ke belakang saat mendengar ada suara yang menyapa. “Eh, tak apalah Makcik. Saya boleh aje pakai baju ini untuk tidur,”  tuturnya santun.
              “Tukarlah baju tu. Mesti badan anak dah melekit tu. Mandi-mandi kejap lepas itu tukar baju ini,”  arah Mak Mah.
              “Tapi saya takut nanti terkena penyakit paru-paru berair.”
              “Tak apa. Untuk hari ini aje. Bukannya hari-hari anak mandi tengah malam,”  pujuk Mak Mah.
              Airina tersenyum sebaris.
              “Tak apalah, Makcik keluar dulu. Lepas mandi dan solat, turun bawah untuk makan pula.”
              “Tak apalah, Makcik. Waktu-waktu macam ini saya tak selera nak makan. Saya ingat lepas ini nak tidur aje. Letih pula rasanya.”  Airina menggosok-gosok lehernya yang terasa sengal dek kerana tertidur di dalam kereta.
              Patutlah terasa lama dia terlena di dalam kereta itu, rupa-rupanya Airil membawanya merantau jauh dari kesibukan kota Kuala Lumpur ke negeri Pahang. Kurang asam punya budak!  Beraninya dia membawa Airina ke mari. Agaknya dia belum pernah lagi merasakan tercekik kulit durian, kut?
              “Kalau anak cakap macam itu, tak apalah. Rehatlah, ye?  Makcik keluar dulu.”  Mak Mah meminta pamit.
              “Eerrr... Makcik.” Airina memanggil sebaik Mak Mah hampir melangkah keluar daripada bilik setelah pintu bilik dibuka.
              “Ye?”  Mak Mah menoleh.
              “Ada panadol tak?  Saya rasa macam saya nak demam aje,”  pinta Airina.
              “Nanti Makcik ambilkan, ye?”
              “Terima kasih...”
              Wanita tua itu sekadar memberikan senyuman.


“Woi, bangunlah.”  Airil mengerawangkan tangannya pada wajah Airina dan mencuit-cuit wanita yang sedang nyenyak tidur itu.
              Ada respons!  Airina tergerak-gerak kecil dan membukakan mata.
              “Apa adik ni?  Tak baik tau!”  Datin Sofea yang sedang membaca majalah diruang membaca bilik itu bersuara.  “Biarlah dia tidur. Dia demam, kan?”  omelnya sedikit tegas sambil menyapu losyen pada telapak tangannya.
              Airil mencebik. “Eleh, buat-buat aje tu?”  Dia berprasangka seraya memeluk tubuh. Katanya tidak percaya wanita itu demam namun dalam masa yang sama dia agak risau dan khuatir akan kondisi Airina sebenarnya.
              Airina terjaga. Dalam keadaan termangu-mangu dia bersuara.  “Aku dekat mana, ni?”
              “Kau tak payah nak berdrama, eh. Kau sendiri yang masuk ke dalam rumah dan bilik ni. Jangan nak buat-buat tanya pula kau ada dekat mana.”
              Saat matanya menyapa wajah Airil yang sedang memerhatikannya terus comforter ditarik hingga ke wajahnya dan dia beriak terkejut apabila mendapati bajunya sudah pun bertukar.
              “Kau tukar baju aku, ke?”  tanya Arina kalut dengan. Wajahnya sudah cukup menggambarkan kekalutannya pada saat ini.
              Airil memandang Airina dengan wajah menjengkelkan.  “Kejap aku, kejap saya. Kejap awak, kejap kau. Aku tak fahamlah kau ni,”  bebelnya.
              Datin Sofea menggelengkan kepala melihat kelakuan anaknya yang semakin hari semakin pelik itu. Dia sendiri tidak pasti akan apa yang berlaku terhadap anaknya itu sehingga dia semakin hari semakin garang dan tegas.
              “Aku tanya kau ni. Kau tukar baju aku, ke?”  Airina bersuara lantang saat pertanyaan yang ditanya, dijawab dengan jawapan yang entah apa-apa. Tidak kena langsung dengan format soalannya.
              “Hei, tolong sikit!  Tak hadap aku nak tolong salinkan baju untuk kau. It is not included in my job field,”  riak Airil dengan wajah bengisnya.
              “Kan ke anak mandi dan tukar baju itu sebelum tidur?”
              Airina berpaling pada satu suara yang datang dari arah pintu bilik itu. Kelihatannya wanita tua itu sedang membawa dulang bersama.  “Ye, ke?  Saya tak ingat.”  Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
              “Kasihan, muda-muda lagi sudah nyanyuk. I think you should meet the specialist before your alzheimer’s become destitute.”
              “Adik...”  Datin Roziah menegur.
              Airina menoleh pula pada sesusuk tubuh yang menapak menghampirinya. Dalam masa yang sama dia ketawa.
              “Kau dah gila ke, ketawa sorang-sorang?”  Ada sahaja yang Airil tidak berpuas hati. Sampai-sampai Airina ketawa pun, dijadinya bahan untuk memarahi wanita itu.
              “Adik...”  perli Airina. Dia semakin galak ketawa.
              Muka gengster dah, mai tang gelaran adik tu yang tak tahan. Anak mak rupanya!
              “Airina macam mana?  Demam sudah elok?”  Dahi Airina dijamahnya pula sebaik punggung dilabuhkan dibirai katil.
              Airina mengangguk.  “Alhamdulillah. Saya rasa lebih baik dari semalam,”  beritahunya. Kemudian dia menyalami wanita itu.  “Makcik ni siapa, ye?” Dia menyoal pula.
              “Oh, ye. Auntie ni mama Airil. Mmm... Airina jangan panggil Makcik, yeJust call me Auntie. Baru glamour sikit.”
              Erk!  Auntie ni pun sama perangai macam aku, jadi boleh dibuat geng ni!  Airina bermonolog sendiri. Kemudian dia ketawa kecil.
              “Mari makan, nak. Makcik tolong suapkan.”  Mak Mah bersuara seraya mengangkat mangkuk yang terisi nasi dan sup telur yang sangat sesuai untuk dijamu kepada orang yang sakit. Tetapi si Airina ini sudah pun walafiat aje nengoknya.
              “Eh, susah-susah pula Makcik ni. Saya boleh makan dekat dapur aje.”
              “Anak kan, demam,”  tutur Mak Mah.
              “Ta...”
              “Siapa yang benarkan kau makan dekat dapur?  Nak ikutkan kita orang tak nak kasi kau makan, kau tahu tak?”
              “Adik, apa yang layan orang macam itu?  Berdosalah. Tak baik tau!”  Datin Sofea bercekak pinggang.
              Airina mula terasa hati dengan kata-kata Airil itu. Tetapi memandangkan dia dan Airil memang selalu bertelagah sebegitu, jadi dia tidak ambil pusing akan ucapan lelaki itu tadi. Hanya sentap sedikit aje. biasalah, nama pun wanita. Sekasar-kasar mana dia, hatinya tetap kecil dan rapuh, Ye, dok?
              Airil yang mendengar ibunya membebel terus sahaja melangkah pergi dari situ.
              “Minta maaflah, Airina. Anak Auntie tu entah kenapalah berperangai macam itu. Selalu tidak pun.”  Datin Sofea semakin curiga dengan tingkah anaknya itu. Dari mana belajarnya bersikap sebegitu dengan tetamu pun dia tidak tahu.
              “Agaknya dia benci dengan saya, kut?  Kalau macam itu saya nak cepat-cepat baliklah.”  Airina bersuara mengendur. Tiba-tiba pula dia sangat tersentuh dengan tindakan Airil. Dan entah kenapa, hatinya mulai sensitif sejak kejadian di dalam kereta tempoh hari. Dia jadi bingung sendiri. Apakah sebabnya?
              “Janganlah kecil hati. Airil nak buat lawak tu. Tapi lawaknya tak jadi sebab Airina tak gelak. Biasalah tu. Jangan kecil hati, okey?”  Datin Sofea memujuk dan cuba menyejukkan hati Airina yang suam-suam kuku itu. Kihkih...
              Airina tersenyum sebaris.


“Ya Allah, anak ibu ni!  Mari turun. Nanti jatuh, abah marah ibu pula,”  marah Maimun sambil mengusap-usap perutnya yang membulat dan memboroi ke hadapan. Sudah letih dia mahu melayan anak sulungnya yang buasnya mengalahkan ayam yang terjumpa beras. Dipatuk-patuknya beras hingga tak ingat. Macam itu jualah anaknya si Airina Nisya itu. bukan main buas perangainya.
              “Tak nak!  Baby nak main tangga juga,”  rengek Airina sambil bermain lari-lari memanjat anak tangga bersama anak patung kesayangannya.
              “Nanti jatuh, baby. Baby sayang ibu, kan?  Kalau sayang ibu, baby turun, ye?”  Maimun memujuk lagi. Sudah habis idea diperah untuk memujuk si nakal itu, namun hanya sia-sia. Penatkan otak dia aje!
              “Baby sayang ibu. Tapi baby tengah berusaha ni,”  riak Airina dengan wajah selambanya. Walaupun baru berusia empat tahun, tapi mulutnya mengalahkan orang yang sudah mencecah usia empat puluh tahun.
              “Berusaha apanya, baby oi?”   Penat Maimun dengan tingkah anaknya itu. Terasa mengah pula dia yang sedang mengejar anaknya itu.
              “Yelah. Berusaha nak capai kejayaan. Baby nak berjaya dalam hidup,”  tutur Airina sambil kaki lincah naik turun, naik turun anak tangga.
              “Apalah yang kau mengarut ni baby, oi?  Kecil-kecil pandai bercakap mengalahkan orang tua.”  Langkah kaki Maimun dihentikan seraya dia bercekak pinggang. Sudah terasa letih mahu mengejar anaknya itu.
              “Usaha kan, tangga kejayaan?”
              Maimun menggeleng-geleng kepala. Kepalanya dipicit-picit.  “Aku dah pening, dah!”
              Maimun yang tiba-tiba hilang pertimbangan itu menjerit.  “aaarrgghhh!!!”
              “Ibu!!!”  jerit Airina tatkala melihat ibunya tertidur ditingkat bawah dengan darah meramu keluar.
              “Maaf, encik!  Bayi dalam kandungan puan Maimun tak dapat diselamatkan disebabkan hentakan yang sangat kuat pada bahagian kepala bayi tersebut. Untuk menyelamatkan nyawa puan Maimun, bayi tersebut perlu dikeluarkan dari rahim puan Maimun.”  Doktor itu memberitahu keadaan Maimun kepada suaminya.
              Mustafa terduduk di atas kerusi di ruang menunggu. Wajahnya diraup beberapa kali sebelum bersuara. “Baiklah, kalau itu yang boleh menyelamatkan nyawa isteri saya.”
              Airina pula sedang ralit bermain dengan anak patung kesayangan disebelah bapanya. Waktu itu memang fikirannya mentah dan cetek. Tidak tahu apa-apa. Tetapi apabila dia sudah menginjak dewasa, sejarah itu terimbas di dalam kepalanya saat memikirkan tentang seorang adik yang sepatutnya dia ada. Dan saat itulah baru dia sedar ke mana adiknya pergi. Dan atas alasan apa adiknya pergi buat selama-lamanya. Rupanya itu semua memang salahnya.
              “Jauh termenung, Rina.”
              Airina termangu-mangu saat disapa seorang wanita yang cantik mengenakan tudung di atas kepalanya. Sejarah pahit yang kembali bermain diminda itu terbang melayang dibawa oleh sang helang dari alam ghaib. Mengingatkan panggilan adik yang digelarkan kepada Airil, dia mula teringat akan arwah adiknya dulu.
              Sekiranya dia ditakdirkan mempunyai adik, pasti adiknya sekarang berusia dua puluh dua tahun. Dan tidaklah dia kesunyian seperti sekarang ini. Dia mengeluh sendiri.
              “Nama akak, Aifa Kim. Kakak kepada Airil. You just call me, Kakngah.”  Aifa memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan kepada Airina.
              Airina menyambut tangan halus itu. “Hai, Kakngah,”  ucapnya.
              “And hi too. Come, join us for lunch,”  ajak Aifa.
              “Eeerrrr... eerrr...”
              “No more your eerrr... eerrr...”  Aifa bercekak pinggang. Gayanya memang tidak ubah seperti Airil tetapi versi baik.  “Let’s go!”  Terus lengan Airina ditariknya menuju ke dalam banglo mewah milik  Datin Sofea dan suaminya itu.


“Airina mengajar subjek BM, kan?”  Datin Sofea bertanya dengan pastinya. Kemudian dia kembali menghirup teh panas yang disediakan oleh Mak Mah.
              Airina mengangguk.  “Haah. Mana Auntie tahu?”  soalnya pula, ingin tahu.
              “Airil yang selalu cerita dekat Auntie setiap kali dia balik sini. Itu yang Auntie tahu.”
              “Ohok... ohok... ohok...”  Airil tiba-tiba tersedak.
              Tumpuan Aifa yang sedang menikmati bubur pulut hitam itu beralih kepada adiknya yang tersedak tahap kritikal itu.  “Kau kenapa, dik?  Nak minum tu elok-eloklah sikit,”  omelnya kepada adik kesayangan.
              “Dah okey dah?”  Datin Sofea bertanya sambil tangan masih menggosok belakang badan Airil.
              Airil sekadar mengangguk dengan wajahnya yang memerah.
              “Rina orang mana?”  Aifa kembali berminat menyoal asal usul Airina.
              “Rina asal dari Perak.”  Airina menjawab jujur dengan senyuman yang mekar dari tadi. Cawan yang dipegang dihalakan ke arah bibir mungilnya.
              “Oh... seronoklah. Mesti ramai saudara dekat sana, ye?”
              Airina melepas keluh berat. Agak berat untuk dia menjawab soalan yang mengembalikan ingatannya kepada arwah adiknya. “Tak. Rina tak ada keluarga besar pun. Keluarga Rina keluarga tunggal. Tak ada adik beradik lain. Yang Rina ada hanya opah, ibu dan abah aje,”  ceritanya.
              Airil yang sedang meniup halus asap-asap dari teh panas itu, beralih kepada Airina dengan wajah terkejut. “Biar betul?  Kau tak ada Makcik ke Pakcik ke?”  Dia menyoal.
              Airina menggeleng lemah.
              “Kesiannya kau. Mesti kau bosan, kan?”  Airil bersuara prihatin. Namun, terkadang kedengaran sinis pula pada telinga-telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.
              “Kalau Rina sunyi datanglah sini. Keluarga Auntie besar tau. Dalam Malaysia ada, luar Malaysia pun ada. Keluarga Auntie ni keluarga kacuk. Jadi ada saudara dari luar negara. Dekat Korea, China dan Australia pun ada.”
              Airina mulai cemburu mendengarkannya.  “Untunglah Auntie ada keluarga ramai. Keluarga Rina semua lahirkan keturunan tunggal aje. Kalau tidak, Rina ada seorang adik. Tapi sebab salah Rina, adik meninggal dalam perut ibu. Selepas itu, doktor tak beri ibu mengandung dah. Berisiko katanya,”  ceritanya panjang lebar dengan wajah sugul.
              “Keluarga sebelah abah Rina tak ada lagi ke?”  Aifa pula menyoal. Dia berasa simpati dengan gadis itu. Dalam masa yang sama, dia berasa bersyukur kerana diberi anugerah sanak saudara yang ramai disekelilingnya.
              “Abah dulu anak yatim piatu. Dia duduk rumah anak-anak yatim.”
              “So, sad...”
              “Tapi tak apa. Rina anggaplah keluarga kami ni keluarga Rina. Lagi pun tak lama lagi Kakngah rasa Rina memang akan jadi sebahagian daripada keluarga ini.”  Dengan yakin Aifa menuturnya sambil mereling-reling Airil yang sebenarnya berpura-pura membaca dengan kusyuk majalah kereta itu. Padahal dia sedang menadah telinga saat ini.
              “Betul tu Rina. Anggap aje kami ni keluarga Rina.”  Datin Sofea bersetuju dengan anak keduanya.
              “Mana boleh macam itu!  Nanti mama anaktirikan adik.”  Airil memandang mamanya pula dengan wajah cemberut.
              “Alah!  Kau anak jantan, pandai-pandailah kau hidup. Tak payah manja sangat,”  tempelak Aifa.
              “Kakngah, ambillah kad kahwin kamu tu. Jemput Rina dan keluarga dia datang sekali.”  Datin Sofea member arahan.
              “Kakngah nak kahwin?”  Airina menyoal.
              “Haah. Kejap, Kakngah ambil kad kenduri.”
              “Orang mana?”  Airina menyoal sebaik kad jemputan kenduri kahwin disuakan kepadanya.
              “Omputih.”  Datin Sofea tolong jawab dengan senyuman manis tercalit pada wajahnya yang memang sudah manis.
              “Ye, ke?”  Airina beriak teruja mendengarkannya.  “Seronoklah, ada orang putih nak dekat akak.”
              Aifa tersenyum meleret.
              “Menantu sulung Auntie yang seorang lagi tu orang China. Sekarang anak Auntie menetap dekat Guang Zhou. Ikut suami dia.”
              “Seronoklah. Keluarga Auntie semuanya kacuk-kacuk belaka. Dapat cucu pun mesti comel-comel.”
              “Alhamdulillah.”
              “Auntie ada berapa anak?”
              “Tiga orang,”  celah Airil.
              Airina menoleh memandang Airil yang sedang kusyuk membaca majalah kereta. Kemudian, dia mencebik. Sibuk aje hendak menjawab. Orang tanya orang lain dia yang menjawab. Tapi bila orang tanya dia, dia diam aje. Macam nak tumbuk aje lelaki itu.  Airina membebel di dalam hati.
              “Nanti datang tau. Rina tetamu V.V.I.P Auntie.”  Datin Sofea tersenyum.
              “Insya-Allah...”
              “Don’t forget to invite your housemate.”  Airil berpesan.
              “Khatijah?”
              “Takkan Badli, kut?”   Sinis Airil menuturnya.
              “Wow!  Badli?  Buah hati Rina ke?”  Aifa mengangkat kening sebelah kirinya.
              “Eh, taklah. Kawan satu tempat kerja. Dia pun cikgu Bahasa Melayu juga.”  Airina menafikan sangkaan Aifa yang sememangnya betul itu. Tetapi Airina sendiri tidak tahu apakah statusnya dengan Badli sekarang ini. Seakan hubungan mereka sudah tidak mesra lagi.
              “Baguslah kalau macam itu. Ada harapanlah Rina jadi menantu Auntie.”
              “Erk!  Rina sudi aje jadi menantu Auntie kalau Auntie ada lagi seorang anak lelaki. Tapi kalau dengan anak Auntie yang seorang tu. Memang Rina tak sudi. Auntie tahu tak dekat sana dia asyik buli Rina aje. Dia cakap Rina macam pontianaklah, apalah. Dia kutuk-kutuk Rina. Dia langgar lecak supaya terkena Rina. Kejam tau anak Auntie ni.”
              “Hei!  Bila pula aku buat macam itu?”  Airil menjegilkan mata memandang Airina.
              Aifa melopong. Tidak disangka adiknya sekejam itu.  “Ya Allah, kau ni adik. Apa buat orang macam itu?  Kau ni tak gentlemen langsunglah. How dare you’ve making a trouble with a woman?”  tempelaknya.
              “Hari itu Rina sampai kena panggil dengan pengetua sebab dia ajak Rina bergaduh,” repot Rina lagi. Baru padan dengan muka si Ariril tu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah.
              “Adik, adik... apalah yang jadi dengan kau sekarang ni?”  Datin Sofea bersuara tegas.
              “Apa salah adik?  Adik tak buat apa pun dengan dia tu.”  Airil menafikan kekejamannya terhadap Airina.
              “Tak buat apa-apa pun adik cakap?  Hei, mama tak pernah ajar anak teruna mama ni berkasar dengan perempuan. Patutlah membujang sampai sekarang. Suka cari fasal dengan perempuan rupanya.” Datin Sofea bercekak pinggang.
              “Kalau bab bujang tak bujang tu, Allah yang aturkan, okey.”  Airil melemparkan majalah yang dipegangnya di atas sofa sebelum berdiri dan melangkah pergi meninggalkan ruang tamu ini. Terasa hati bila mamanya menyentuh mengenai hal yang paling sensitif baginya iaitu soal jodoh.
              “Kakngah pergi pujuk adik dulu, okey. I think I knew what’s goes around comes around. Just wait and see,”  ujar Aifa sebelum berlalu mengejar adiknya yang sudah hilang bayang.
              Datin Sofea menggeleng kepala.  “Biasalah, masalah adik-beradik. Si Airil memang rapat dengan kakak-kakak dia. Apa-apa hal dia orang share story sama-sama,”  beritahunya.

              Airina sekadar mengangguk faham.

4 comments:

  1. Best sangat . Tak sabar nak beli novel ni .

    ReplyDelete
  2. Best sangat . Tak sabar nak beli novel ni .

    ReplyDelete
  3. terima kasih krn meminati.. dptkn di kedai2 buku berhampiran ya. luv u .. muahhh ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasih krn meminati.. dptkn di kedai2 buku berhampiran ya. luv u .. muahhh ;)

    ReplyDelete

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...