Airina duduk di atas bangku di sebuah
perhentian bas. Bajunya hampir lencun dek kerana hujan yang tidaklah seberapa
lebat. Telefon bimbit yang kehabisan bateri diketuk-ketuknya pada telepak
tangan.
Di manalah si Badli itu? Sudah hampir dua jam dia menunggu lelaki itu
yang kononnya mengajak dia berjalan-jalan untuk menonton wayang dan bermain boling.
Sekarang ini sudah cantik-cantik dia berdandan, lelaki itu masih belum datang.
Mana dengan telefon bimbitnya kehabisan bateri.
Airina bebal. Mulutnya terkumat-kamit
mengutuk lelaki itu. Sekiranya Badli tiba-tiba datang menjemputnya ke mari, dia
tidak akan mengikut lelaki itu. Dia sudah tidak ada mood untuk keluar dengan bajunya yang sudah pun basah itu.
Tiba-tiba datang sebuah kereta
yang cukup dikenalinya berhenti betul-betul dihadapan perhentian bas itu.
Sesusuk tubuh mulai keluar dari perut kereta dengan payung berwarna biru tua.
Lalu, lelaki itu menghampirinya dalam hujan.
“Come, let me send you home.” Lelaki itu mengajak dengan wajah ikhlas yang
sedia terpamir.
Airina buat dek dan berpura-pura
tidak mendengar.
Airil mengetap bibir geram. Dia
sudah masak dengan tingkah wanita itu setiap kali mereka berjumpa. Tetapi kali
ini dia betul-betul ikhlas hendak membantu.
“Hey, Airina. I’m talking to you,” dengusnya.
Airina masih lagi dengan riak
sombongnya.
Airil mendengus geram. Tanpa
berfikir panjang, dia terus menarik pergelangan tangan Airina.
“Lepaskan aku!” Airina menepis.
“I’ll send you home. That’s
all. See, your clothes are wet. Do you
feel comfortable on wearing the wet’s clothes? Moreover
you'll be easily infected by flu,”
tingkah Airil seraya memandang wajah Airina yang sudah mulai cuak.
Air mata Airina akhirnya menitis.
Teresak-esak juga dia menahan tangis.
“Hei, kenapa dengan kau?” Airil daripada berkeras terus beriak terkejut
dan cemas. Kalau direpotnya kepada bapa Airina, tak ke naya dia kena sekeh?
“Tolong jangan apa-apakan
saya,” rintih Airina dalam sedu. Tanpa
sedar perkataan ‘saya’ yang terucap saat memanggil lelaki itu.
Airil tiba-tiba teringatkan
kelakuannya pada Airina tempoh hari. Dia mengagak Airina mulai trauma dengan
sikapnya yang keterlaluan itu. Dia menyesal dengan apa yang dilakukan. Sungguh
dia tidak mempunyai niat untuk mengapa-apakan gadis sunti itu. Dia kemudiannya
meraup wajah beberapa kali.
“No! I’ll never do something crazy on you. I’m promise!” Airil
bersungguh-sungguh dan mengangkat tangan kanannya sebagai bukti dia berjanji
dan bersumpah.
Melihatkan Airil yang
bersungguh-sungguh mahu membantu menghantarnya pulang itu, akhirnya Airina akur
dan menurut. Dia membuntuti Airil dari belakang dengan rapat kerana tidak mahu
hujan terus membasahi tubuhnya. Dia dan Airil melangkah masuk ke dalam kereta.
Untunglah kusyen kereta itu kalis air, jadi tidaklah lencun sit kereta itu dek kerana baju Airina
yang basah.
Di dalam kereta kedua-duanya hanya
berdiam diri tanpa sepatah kata. Hanya radio yang memainkan lagu sentimental
sahaja yang menjadi peneman. Sehinggalah Airil berhenti disebuah stesen minyak
dan mengambil sesuatu kepada Airina.
“Apa ni?” Airina menyoal dengan wajah pelik tatkala
Airil menyuakan beg plastik kepadanya setelah ianya diambil dari dalam boot kereta.
“Baju,” jawab Airil sepatah.
Kening Airina saling bertaut. “Untuk apa?”
“Just go and change your clothes. I’m giving you only five minutes to change the clothes. Or not, I’ll leave you here.” Airil
mengugut bila mana Airina terlalu banyak bunyi.
“Ni baju siapa?” Airina masih lagi sibuk bertanya itu dan ini
yang membuatkan Airil sedikit bengang.
“Kakak aku.”
“Tak apalah. Nak sampai rumah sewa
saya dah, kan? Saya tak nak susahkan
awak dan kakak awak,” tutur Airina
lembut. Tidak pernah dia bersuara seperti itu ketika bersama lelaki itu.
“Memang kau tak nak menyusahkan
aku dengan kakak aku. Tapi aku yang kena tanggung susah kalau sit kereta ni basah. Jenuhlah aku nak
menjemur sit kereta ini.” Sarkastik Airil menuturnya.
“Isyyhh!! Kalau susah sangat,
kenapa terhegeh-hegeh nak ambil aku tadi?”
Irama suara Airina sudah berubah seperti kebiasaannya mereka berdua
bertemu. Bengang jugalah dia. Tadi lelaki itu yang sibuk-sibuk mahu
menghantarnya pulang. Sekarang ini, dia pula yang makan hati dengan sikap Airil
yang tidak mahu beralah langsung dengannya.
“Kau nak balik atau tidak? Atau kau nak bermalam di sini sahaja?” Airil menyoal setelah hampir lama melihatkan
Airina diam tidak terkutik.
“Tunggulah kalau aku ada kereta
sendiri. Dengan kau, kereta kau sekali aku lenyek biar jadi tempeyek,” omel Airina separuh mengugut. Lelaki itu
dijelingnya.
Airil berwajah poyo. “Jadi, dah habis membebel? Kalau dah, sila tukar baju tu,” arahnya.
“Belum lagi ni.”
“Syyhhtt... just go, now!”
tegas Airil mengarah.
Airina dengan bebalnya melangkah
sambil menghentak kaki. Menyesal dia menumpang lelaki yang kedekut, berkira,
dan bermulut jahat itu. Nasib baiklah dia sedar diri yang dia menumpang lelaki
itu. Kalau tidak, dengan Airil-Airil sekali go.
Terpisat-pisat mata dibuka sebaik
terasa tubuhnya yang sedang lentok itu digerak-gerakkan oleh sepasang tangan
hamba Allah. Dia menggeliat malas dan menghela nafas. Terasa sangat lama pula
dia terlelap.
Sengal-sengal pula terasa tubuhnya
saat ini. Kepalanya pula terasa pening-pening. Mungkin disebabkan air hujan
yang terkena tubuh dan kepalanya agaknya. Bersiap sedialah dia untuk menjadi
mangsa demam setelah hampir setahun juga dia tidak mengalami penyakit normal
itu. Wajah Airil disebelah dipandang. Lalu, beg tangan mahalnya itu dicapai.
“Terima kasih, ye. Sorrylah
aku tertidur.” Terus pintu kereta
dibuka.
“Most welcome,” jawab Airil
sambil kusyuk mencari sesuatu di dalam kereta.
Airina melangkah keluar dari perut
kereta tanpa memerhatikan keadaan sekelilingnya.
“Oh, Airil bawa balik calon
menantu ke mari sekali, ye?”
Airina beriak terkejut saat
mendengar bait kata dari seseorang yang rasanya tidak pernah dia mengenali
suara itu. Inilah kali pertama dia mendengarkan suara itu. Hendak dikatakan
suara itu milik Khatijah, memang jauh panggang dari api. Jadi, milik siapakah
suara itu? Akhirnya Airina menoleh ke
arah suara yang datang dari belakangnya itu.
“Cantik orangnya.” Wanita itu datangnya dari arah pintu pagar
itu semakin menghampirinya. Dia tersenyum manis kepada Airina.
Airina terkejut dan berlari ke
pintu kereta sebelah tempat pemandu. Cermin kereta yang diketuk-ketuk
mengganggu Airil yang sedang mencari-cari sesuatu di dalam laci dashboard kereta sportnya itu.
Cermin kereta automatik
dibuka. “Apa hal?”
“Awak bawa saya ke mana ni? Saya nak balik ke rumah...” Airina merintih. Air mata yang menitis
dibiarkan begitu sahaja. Panggilan kepada Airil juga diubah dari ‘aku’ kepada
‘saya’. ‘Kau’ kepada ‘awak’.
“Ini rumah mama Airil. Airil tak
beritahu ke pada anak untuk ke mari?”
Wanita tua itu yang menjawab. Dia kembali menghampiri Airina.
“Tak, dia tak beritahu. Dia cakap
dia hendak hantar saya balik ke rumah.”
Sungguh-sungguh Airina memberitahu wanita tua itu. Dia mahu wanita tua
itu mempercayai dan menghantarnya pulang dalam kadar segera.
“Lailahaillallah... kamu ni Airil.
Bawa anak dara orang ke mari sampai macam itu sekali. Ingatkan budak ni tahu.
Ini kalau mak dengan abah budak ni tahu kamu bawa lari dia ke sini. Memang
masaklah kamu,” omel wanita tua itu yang
bernama Mak Mah, pembantu rumah banglo mewah ini.
“Ala, Mak Mah, tadi saya on the way nak balik sini. Tiba-tiba ternampak
budak ni dekat tepi jalan. Dia tahan kereta saya dan dia sendiri cakap nak ikut
saya ke mari.” Airil menipu. Kemudian,
cermin tingkap ditutup. Begitu juga enjin kereta. Dan dia melangkah keluar dari
perut kereta itu.
“Bila masa pula saya cakap macam
itu? Awak sendiri yang offer nak hantar saya balik.” Airina menyangkal kata-kata Airil yang memang
sah-sah menipu itu.
“Makcik, saya nak balik rumah sewa
saya.” Airina beralih pula kepada wanita
tua disebelahnya. Matanya sudah berkaca-kaca.
“Esok-esok ajelah. Malam ini kau
tidur sini aje dulu.” Selamba aje Airil
melangkah untuk masuk ke dalam banglo dan meninggalkan dua orang wanita itu.
“Haah, betul tu, nak. Lagipun dari
Pahang nak ke Kuala Lumpur tu pun jauh juga nak sampai. Mari, Mak Mah tunjukkan
bilik untuk kamu.”
“What?!!”
Airina tercangak-cangak melihat keadaan
disekelilingnya. Tidak perasan pula, bahawa dia sudah pun berada di dalam
kawasan banglo milik keluarga Airil. Mewah sungguh! Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah yang
tersergam indah seperti itu. Apalagi dihiasi dengan taman-taman juga kolam
renang yang semestinya menjadi idaman sesiapa sahaja.
“Nah, ini baju tidur untuk anak.”
Airina menoleh ke belakang saat
mendengar ada suara yang menyapa. “Eh, tak apalah Makcik. Saya boleh aje pakai
baju ini untuk tidur,” tuturnya santun.
“Tukarlah baju tu. Mesti badan
anak dah melekit tu. Mandi-mandi kejap lepas itu tukar baju ini,” arah Mak Mah.
“Tapi saya takut nanti terkena
penyakit paru-paru berair.”
“Tak apa. Untuk hari ini aje.
Bukannya hari-hari anak mandi tengah malam,”
pujuk Mak Mah.
Airina tersenyum sebaris.
“Tak apalah, Makcik keluar dulu.
Lepas mandi dan solat, turun bawah untuk makan pula.”
“Tak apalah, Makcik. Waktu-waktu
macam ini saya tak selera nak makan. Saya ingat lepas ini nak tidur aje. Letih
pula rasanya.” Airina menggosok-gosok
lehernya yang terasa sengal dek kerana tertidur di dalam kereta.
Patutlah terasa lama dia terlena
di dalam kereta itu, rupa-rupanya Airil membawanya merantau jauh dari kesibukan
kota Kuala Lumpur ke negeri Pahang. Kurang asam punya budak! Beraninya dia membawa Airina ke mari. Agaknya
dia belum pernah lagi merasakan tercekik kulit durian, kut?
“Kalau anak cakap macam itu, tak
apalah. Rehatlah, ye? Makcik keluar dulu.” Mak Mah meminta pamit.
“Eerrr... Makcik.” Airina memanggil sebaik Mak Mah hampir melangkah
keluar daripada bilik setelah pintu bilik dibuka.
“Ye?” Mak Mah menoleh.
“Ada panadol tak? Saya rasa macam saya nak demam aje,” pinta Airina.
“Nanti Makcik ambilkan, ye?”
“Terima kasih...”
Wanita tua itu sekadar memberikan
senyuman.
“Woi, bangunlah.” Airil mengerawangkan tangannya pada wajah
Airina dan mencuit-cuit wanita yang sedang nyenyak tidur itu.
Ada respons! Airina tergerak-gerak kecil dan membukakan
mata.
“Apa adik ni? Tak baik tau!” Datin Sofea yang sedang membaca majalah
diruang membaca bilik itu bersuara.
“Biarlah dia tidur. Dia demam, kan?”
omelnya sedikit tegas sambil menyapu losyen pada telapak tangannya.
Airil mencebik. “Eleh, buat-buat
aje tu?” Dia berprasangka seraya memeluk
tubuh. Katanya tidak percaya wanita itu demam namun dalam masa yang sama dia
agak risau dan khuatir akan kondisi Airina sebenarnya.
Airina terjaga. Dalam keadaan
termangu-mangu dia bersuara. “Aku dekat
mana, ni?”
“Kau tak payah nak berdrama, eh.
Kau sendiri yang masuk ke dalam rumah dan bilik ni. Jangan nak buat-buat tanya
pula kau ada dekat mana.”
Saat matanya menyapa wajah Airil
yang sedang memerhatikannya terus comforter ditarik hingga ke wajahnya dan dia
beriak terkejut apabila mendapati bajunya sudah pun bertukar.
“Kau tukar baju aku, ke?” tanya Arina kalut dengan. Wajahnya sudah
cukup menggambarkan kekalutannya pada saat ini.
Airil memandang Airina dengan
wajah menjengkelkan. “Kejap aku, kejap
saya. Kejap awak, kejap kau. Aku tak fahamlah kau ni,” bebelnya.
Datin Sofea menggelengkan kepala
melihat kelakuan anaknya yang semakin hari semakin pelik itu. Dia sendiri tidak
pasti akan apa yang berlaku terhadap anaknya itu sehingga dia semakin hari
semakin garang dan tegas.
“Aku tanya kau ni. Kau tukar baju
aku, ke?” Airina bersuara lantang saat
pertanyaan yang ditanya, dijawab dengan jawapan yang entah apa-apa. Tidak kena
langsung dengan format soalannya.
“Hei, tolong sikit! Tak hadap aku nak tolong salinkan baju untuk
kau. It is not included in my job field,” riak Airil dengan wajah bengisnya.
“Kan ke anak mandi dan tukar baju
itu sebelum tidur?”
Airina berpaling pada satu suara
yang datang dari arah pintu bilik itu. Kelihatannya wanita tua itu sedang
membawa dulang bersama. “Ye, ke?
Saya tak ingat.” Dia menggaru
kepala yang tidak gatal.
“Kasihan,
muda-muda lagi sudah nyanyuk. I think you
should meet the specialist before your alzheimer’s become destitute.”
“Adik...” Datin Roziah menegur.
Airina menoleh pula pada sesusuk
tubuh yang menapak menghampirinya. Dalam masa yang sama dia ketawa.
“Kau dah gila ke, ketawa
sorang-sorang?” Ada sahaja yang Airil
tidak berpuas hati. Sampai-sampai Airina ketawa pun, dijadinya bahan untuk
memarahi wanita itu.
“Adik...” perli Airina. Dia semakin galak ketawa.
Muka gengster dah, mai tang
gelaran adik tu yang tak tahan. Anak mak rupanya!
“Airina macam mana? Demam sudah elok?” Dahi Airina dijamahnya pula sebaik punggung
dilabuhkan dibirai katil.
Airina mengangguk. “Alhamdulillah. Saya rasa lebih baik dari
semalam,” beritahunya. Kemudian dia
menyalami wanita itu. “Makcik ni siapa, ye?” Dia menyoal pula.
“Oh, ye. Auntie ni mama Airil. Mmm...
Airina jangan panggil Makcik, ye? Just
call me Auntie. Baru glamour
sikit.”
Erk! Auntie ni pun sama
perangai macam aku, jadi boleh dibuat geng ni!
Airina bermonolog sendiri. Kemudian dia ketawa kecil.
“Mari makan, nak. Makcik tolong
suapkan.” Mak Mah bersuara seraya
mengangkat mangkuk yang terisi nasi dan sup telur yang sangat sesuai untuk
dijamu kepada orang yang sakit. Tetapi si Airina ini sudah pun walafiat aje nengoknya.
“Eh, susah-susah pula Makcik ni.
Saya boleh makan dekat dapur aje.”
“Anak kan, demam,” tutur Mak Mah.
“Ta...”
“Siapa yang benarkan kau makan
dekat dapur? Nak ikutkan kita orang tak
nak kasi kau makan, kau tahu tak?”
“Adik, apa yang layan orang macam
itu? Berdosalah. Tak baik tau!” Datin Sofea bercekak pinggang.
Airina mula terasa hati dengan
kata-kata Airil itu. Tetapi memandangkan dia dan Airil memang selalu bertelagah
sebegitu, jadi dia tidak ambil pusing akan ucapan lelaki itu tadi. Hanya sentap
sedikit aje. biasalah, nama pun wanita. Sekasar-kasar mana dia, hatinya tetap
kecil dan rapuh, Ye, dok?
Airil yang mendengar ibunya membebel
terus sahaja melangkah pergi dari situ.
“Minta maaflah, Airina. Anak Auntie
tu entah kenapalah berperangai macam itu. Selalu tidak pun.” Datin Sofea semakin curiga dengan tingkah
anaknya itu. Dari mana belajarnya bersikap sebegitu dengan tetamu pun dia tidak
tahu.
“Agaknya dia benci dengan saya,
kut? Kalau macam itu saya nak
cepat-cepat baliklah.” Airina bersuara
mengendur. Tiba-tiba pula dia sangat tersentuh dengan tindakan Airil. Dan entah
kenapa, hatinya mulai sensitif sejak kejadian di dalam kereta tempoh hari. Dia
jadi bingung sendiri. Apakah sebabnya?
“Janganlah kecil hati. Airil nak
buat lawak tu. Tapi lawaknya tak jadi sebab Airina tak gelak. Biasalah tu.
Jangan kecil hati, okey?” Datin Sofea
memujuk dan cuba menyejukkan hati Airina yang suam-suam kuku itu. Kihkih...
Airina tersenyum sebaris.
“Ya Allah, anak ibu ni! Mari turun. Nanti jatuh, abah marah ibu
pula,” marah Maimun sambil mengusap-usap
perutnya yang membulat dan memboroi ke hadapan. Sudah letih dia mahu melayan
anak sulungnya yang buasnya mengalahkan ayam yang terjumpa beras.
Dipatuk-patuknya beras hingga tak ingat. Macam itu jualah anaknya si Airina
Nisya itu. bukan main buas perangainya.
“Tak nak! Baby
nak main tangga juga,” rengek Airina
sambil bermain lari-lari memanjat anak tangga bersama anak patung
kesayangannya.
“Nanti jatuh, baby. Baby sayang ibu,
kan? Kalau sayang ibu, baby turun, ye?” Maimun memujuk lagi.
Sudah habis idea diperah untuk memujuk si nakal itu, namun hanya sia-sia.
Penatkan otak dia aje!
“Baby sayang ibu. Tapi baby
tengah berusaha ni,” riak Airina dengan
wajah selambanya. Walaupun baru berusia empat tahun, tapi mulutnya mengalahkan
orang yang sudah mencecah usia empat puluh tahun.
“Berusaha apanya, baby oi?” Penat Maimun dengan tingkah anaknya itu.
Terasa mengah pula dia yang sedang mengejar anaknya itu.
“Yelah. Berusaha nak capai kejayaan. Baby nak berjaya dalam hidup,”
tutur Airina sambil kaki lincah naik turun, naik turun anak tangga.
“Apalah yang kau mengarut ni baby, oi? Kecil-kecil pandai bercakap mengalahkan orang
tua.” Langkah kaki Maimun dihentikan
seraya dia bercekak pinggang. Sudah terasa letih mahu mengejar anaknya itu.
“Usaha kan, tangga kejayaan?”
Maimun menggeleng-geleng kepala.
Kepalanya dipicit-picit. “Aku dah
pening, dah!”
Maimun yang tiba-tiba hilang
pertimbangan itu menjerit. “aaarrgghhh!!!”
“Ibu!!!” jerit Airina tatkala melihat ibunya tertidur
ditingkat bawah dengan darah meramu keluar.
“Maaf, encik! Bayi dalam kandungan puan Maimun tak dapat
diselamatkan disebabkan hentakan yang sangat kuat pada bahagian kepala bayi
tersebut. Untuk menyelamatkan nyawa puan Maimun, bayi tersebut perlu
dikeluarkan dari rahim puan Maimun.”
Doktor itu memberitahu keadaan Maimun kepada suaminya.
Mustafa terduduk di atas kerusi di
ruang menunggu. Wajahnya diraup beberapa kali sebelum bersuara. “Baiklah, kalau
itu yang boleh menyelamatkan nyawa isteri saya.”
Airina pula sedang ralit bermain
dengan anak patung kesayangan disebelah bapanya. Waktu itu memang fikirannya
mentah dan cetek. Tidak tahu apa-apa. Tetapi apabila dia sudah menginjak
dewasa, sejarah itu terimbas di dalam kepalanya saat memikirkan tentang seorang
adik yang sepatutnya dia ada. Dan saat itulah baru dia sedar ke mana adiknya pergi.
Dan atas alasan apa adiknya pergi buat selama-lamanya. Rupanya itu semua memang
salahnya.
“Jauh termenung, Rina.”
Airina termangu-mangu saat disapa
seorang wanita yang cantik mengenakan tudung di atas kepalanya. Sejarah pahit
yang kembali bermain diminda itu terbang melayang dibawa oleh sang helang dari
alam ghaib. Mengingatkan panggilan adik yang digelarkan kepada Airil, dia mula
teringat akan arwah adiknya dulu.
Sekiranya dia ditakdirkan
mempunyai adik, pasti adiknya sekarang berusia dua puluh dua tahun. Dan
tidaklah dia kesunyian seperti sekarang ini. Dia mengeluh sendiri.
“Nama akak, Aifa Kim. Kakak kepada
Airil. You just call me,
Kakngah.” Aifa memperkenalkan diri dan
menghulurkan tangan kepada Airina.
Airina menyambut tangan halus itu.
“Hai, Kakngah,” ucapnya.
“And hi too. Come, join us for lunch,” ajak Aifa.
“Eeerrrr... eerrr...”
“No more your eerrr... eerrr...” Aifa bercekak pinggang. Gayanya memang tidak
ubah seperti Airil tetapi versi baik. “Let’s go!” Terus lengan Airina ditariknya menuju ke
dalam banglo mewah milik Datin Sofea dan
suaminya itu.
“Airina mengajar subjek BM, kan?” Datin Sofea bertanya dengan pastinya.
Kemudian dia kembali menghirup teh panas yang disediakan oleh Mak Mah.
Airina mengangguk. “Haah. Mana Auntie tahu?” soalnya pula, ingin tahu.
“Airil yang selalu cerita dekat Auntie
setiap kali dia balik sini. Itu yang Auntie tahu.”
“Ohok... ohok... ohok...”
Airil tiba-tiba tersedak.
Tumpuan Aifa yang sedang menikmati
bubur pulut hitam itu beralih kepada adiknya yang tersedak tahap kritikal
itu. “Kau kenapa, dik? Nak minum tu elok-eloklah sikit,” omelnya kepada adik kesayangan.
“Dah okey dah?” Datin Sofea bertanya sambil tangan masih
menggosok belakang badan Airil.
Airil sekadar mengangguk dengan wajahnya
yang memerah.
“Rina orang mana?” Aifa kembali berminat menyoal asal usul
Airina.
“Rina asal dari Perak.” Airina menjawab jujur dengan senyuman yang
mekar dari tadi. Cawan yang dipegang dihalakan ke arah bibir mungilnya.
“Oh... seronoklah. Mesti ramai
saudara dekat sana, ye?”
Airina melepas keluh berat. Agak
berat untuk dia menjawab soalan yang mengembalikan ingatannya kepada arwah
adiknya. “Tak. Rina tak ada keluarga besar pun. Keluarga Rina keluarga tunggal.
Tak ada adik beradik lain. Yang Rina ada hanya opah, ibu dan abah aje,” ceritanya.
Airil yang sedang meniup halus
asap-asap dari teh panas itu, beralih kepada Airina dengan wajah terkejut.
“Biar betul? Kau tak ada Makcik ke Pakcik
ke?” Dia menyoal.
Airina menggeleng lemah.
“Kesiannya kau. Mesti kau bosan,
kan?” Airil bersuara prihatin. Namun,
terkadang kedengaran sinis pula pada telinga-telinga sesiapa sahaja yang
mendengarnya.
“Kalau Rina sunyi datanglah sini.
Keluarga Auntie besar tau. Dalam Malaysia ada, luar Malaysia pun ada. Keluarga
Auntie ni keluarga kacuk. Jadi ada saudara dari luar negara. Dekat Korea, China
dan Australia pun ada.”
Airina mulai cemburu
mendengarkannya. “Untunglah Auntie ada
keluarga ramai. Keluarga Rina semua lahirkan keturunan tunggal aje. Kalau
tidak, Rina ada seorang adik. Tapi sebab salah Rina, adik meninggal dalam perut
ibu. Selepas itu, doktor tak beri ibu mengandung dah. Berisiko katanya,” ceritanya panjang lebar dengan wajah sugul.
“Keluarga sebelah abah Rina tak
ada lagi ke?” Aifa pula menyoal. Dia
berasa simpati dengan gadis itu. Dalam masa yang sama, dia berasa bersyukur
kerana diberi anugerah sanak saudara yang ramai disekelilingnya.
“Abah dulu anak yatim piatu. Dia
duduk rumah anak-anak yatim.”
“So, sad...”
“Tapi tak apa. Rina anggaplah
keluarga kami ni keluarga Rina. Lagi pun tak lama lagi Kakngah rasa Rina memang
akan jadi sebahagian daripada keluarga ini.”
Dengan yakin Aifa menuturnya sambil mereling-reling Airil yang
sebenarnya berpura-pura membaca dengan kusyuk majalah kereta itu. Padahal dia
sedang menadah telinga saat ini.
“Betul tu Rina. Anggap aje kami ni
keluarga Rina.” Datin Sofea bersetuju
dengan anak keduanya.
“Mana boleh macam itu! Nanti mama anaktirikan adik.” Airil memandang mamanya pula dengan wajah
cemberut.
“Alah! Kau anak jantan, pandai-pandailah kau hidup.
Tak payah manja sangat,” tempelak Aifa.
“Kakngah, ambillah kad kahwin kamu
tu. Jemput Rina dan keluarga dia datang sekali.” Datin Sofea member arahan.
“Kakngah nak kahwin?” Airina menyoal.
“Haah. Kejap, Kakngah ambil kad
kenduri.”
“Orang mana?” Airina menyoal sebaik kad jemputan kenduri
kahwin disuakan kepadanya.
“Omputih.” Datin Sofea tolong
jawab dengan senyuman manis tercalit pada wajahnya yang memang sudah manis.
“Ye, ke?” Airina beriak
teruja mendengarkannya. “Seronoklah, ada
orang putih nak dekat akak.”
Aifa tersenyum meleret.
“Menantu sulung Auntie yang
seorang lagi tu orang China. Sekarang anak Auntie menetap dekat Guang Zhou.
Ikut suami dia.”
“Seronoklah. Keluarga Auntie
semuanya kacuk-kacuk belaka. Dapat cucu pun mesti comel-comel.”
“Alhamdulillah.”
“Auntie ada berapa anak?”
“Tiga orang,” celah Airil.
Airina menoleh memandang Airil
yang sedang kusyuk membaca majalah kereta. Kemudian, dia mencebik. Sibuk aje
hendak menjawab. Orang tanya orang lain dia yang menjawab. Tapi bila orang
tanya dia, dia diam aje. Macam nak tumbuk aje lelaki itu. Airina membebel di dalam hati.
“Nanti datang tau. Rina tetamu
V.V.I.P Auntie.” Datin Sofea tersenyum.
“Insya-Allah...”
“Don’t forget to invite your housemate.” Airil berpesan.
“Khatijah?”
“Takkan Badli, kut?” Sinis Airil menuturnya.
“Wow! Badli? Buah hati Rina ke?” Aifa mengangkat kening sebelah kirinya.
“Eh, taklah. Kawan satu tempat
kerja. Dia pun cikgu Bahasa Melayu juga.”
Airina menafikan sangkaan Aifa yang sememangnya betul itu. Tetapi Airina
sendiri tidak tahu apakah statusnya dengan Badli sekarang ini. Seakan hubungan
mereka sudah tidak mesra lagi.
“Baguslah kalau macam itu. Ada
harapanlah Rina jadi menantu Auntie.”
“Erk! Rina sudi aje jadi
menantu Auntie kalau Auntie ada lagi seorang anak lelaki. Tapi kalau dengan
anak Auntie yang seorang tu. Memang Rina tak sudi. Auntie tahu tak dekat sana
dia asyik buli Rina aje. Dia cakap Rina macam pontianaklah, apalah. Dia
kutuk-kutuk Rina. Dia langgar lecak supaya terkena Rina. Kejam tau anak Auntie
ni.”
“Hei! Bila pula aku buat macam itu?” Airil menjegilkan mata memandang Airina.
Aifa melopong. Tidak disangka
adiknya sekejam itu. “Ya Allah, kau ni
adik. Apa buat orang macam itu? Kau ni
tak gentlemen langsunglah. How dare you’ve making a trouble with a
woman?” tempelaknya.
“Hari itu Rina sampai kena panggil
dengan pengetua sebab dia ajak Rina bergaduh,” repot Rina lagi. Baru padan
dengan muka si Ariril tu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah.
“Adik, adik... apalah yang jadi
dengan kau sekarang ni?” Datin Sofea
bersuara tegas.
“Apa salah adik? Adik tak buat apa pun dengan dia tu.” Airil menafikan kekejamannya terhadap Airina.
“Tak buat apa-apa pun adik
cakap? Hei, mama tak pernah ajar anak
teruna mama ni berkasar dengan perempuan. Patutlah membujang sampai sekarang.
Suka cari fasal dengan perempuan rupanya.” Datin Sofea bercekak pinggang.
“Kalau bab bujang tak bujang tu,
Allah yang aturkan, okey.” Airil
melemparkan majalah yang dipegangnya di atas sofa sebelum berdiri dan melangkah
pergi meninggalkan ruang tamu ini. Terasa hati bila mamanya menyentuh mengenai
hal yang paling sensitif baginya iaitu soal jodoh.
“Kakngah pergi pujuk adik dulu,
okey. I think I knew what’s goes around
comes around. Just wait and see,” ujar Aifa sebelum berlalu mengejar adiknya
yang sudah hilang bayang.
Datin Sofea menggeleng
kepala. “Biasalah, masalah adik-beradik.
Si Airil memang rapat dengan kakak-kakak dia. Apa-apa hal dia orang share story sama-sama,” beritahunya.
Airina sekadar mengangguk faham.
Best sangat . Tak sabar nak beli novel ni .
ReplyDeleteBest sangat . Tak sabar nak beli novel ni .
ReplyDeleteterima kasih krn meminati.. dptkn di kedai2 buku berhampiran ya. luv u .. muahhh ;)
ReplyDeleteterima kasih krn meminati.. dptkn di kedai2 buku berhampiran ya. luv u .. muahhh ;)
ReplyDelete