Siapa Kata Tak Sudi? 12

              “Saya rasa dah tak ada apa yang perlu saya komen. Gaya pembacaan semua cantik, elok. Sebutan pun jelas. Semua okey!  Cuma awak kena praktis gaya sikit,”  ujar Airina sambil memeluk tubuh di atas bangku yang dikhaskan untuk guru-guru yang mengajar dikelas itu.
              “Baik, cikgu.”  Nurain menurut tanpa membantah.
              “Tapi hari itu masa awak present depan budak-budak kelas saya, awak tak adalah nampak kekok sangat.”
              “Saya kalau depan kawan-kawan memang saya tak boleh all out. Tapi kalau depan orang yang saya tak kenal saya memang do the bestlah, cikgu.”  Bersungguh-sungguh Nurain meyakinkan guru Bahasa Melayunya itu.
              Airina menggeleng kepala dan menghela nafas.  “Macam ini punya orang pun ada?”
              Nurain tarik sengih manja.
              “Tapi Isnin ni awak kena present dekat perhimpunan tau. Awak jangan tak datang dan jangan tunjukkan nervous awak tu.”  Selamba Airina memberitahu protege pidatonya itu.
              “Hah?”  Nurain terlopong.
              Airina beriak selamba.  “YepPresent dekat perhimpunan. Takkan cikgu Badli tak kasi tahu awak semalam?”  tanyanya pula.
              “Dia tak cakap pun!”  Nurain sudah menggelabah. Bukan dia tidak mahu. Tetapi dia akan terkena penyakit gabra dan malu terkentut-kentut disebabkan dia terpaksa mempersembahkan persembahan pidatonya dihadapan kenalannya yang ramai. Melainkan, dia melakukan persembahan di mana majoritinya adalah orang yang dia tidak kenali, nescaya dia akan lebih berkeyakinan dan berani. Tetapi bukan disekolahnya sendiri!
              “Ha!  Nasib awaklah. Siapa suruh awak present betul-betul hari itu?  Kan dah kena.”  Airina mengusik.
              “Cikgu!  Saya nak masuk bertanding pun sebab cikgu cakap pergi lawan dekat sekolah lain. Tapi kalau kena buat persembahan dekat sekolah ni memang saya tak nak!”  Nurain sudah bertukar kepada nada mengemis simpati.
              “Itu awak jangan pertikaikan pada saya. Awak kena bincang sendiri dengan cikgu Badli sebab dia yang uruskan semua itu. Saya yang hanya cikgu cabuk dekat sini memang tak boleh tolong.”
              “Lagipun, bukan awak seorang aje yang kena present. Dengan awak, sekali dengan empat orang lagi yang terpilih wajib present hari Isnin ni. Kata cikgu Badli sebagai raptai penuh,” tambahnya lagi.
              “Alooooo...”  Nurain mengeluh sambil buat muka duckfacesore eyes’.  (Lima hari MC)
              Airina bercekak pinggang.  “Tak payah nak alooo sangat. Inilah masa awak untuk tunjukkan kebolehan dan bakat awak depan kawan-kawan awak.”  Kini dia cuba meyakinkan dan memberi semangat kepada Nurain supaya dia akan lebih berkeyakinan. Budaknya ada bakat, bukan tak ada bakat. Nak over takut sangat pasai apa?
              Airina menepuk meja kerjanya.  “Kelas!   Apa yang bising sangat ni, hah?”  marahnya dengan raut wajah yang boleh dikatakan agak bengis namun comel!
              Dengan serta merta satu kelas tingkatan 4 Perdagangan itu dilanda sunyi sepi. Pelajar-pelajar yang tadinya hingar bagai nak meletup kelas itu, terus duduk dan melakukan kerja masing-masing. Bukan mereka tidak tahu yang baran si Airina itu, tidak menentu. Datang angin kus-kusnya, tak ke bersepai tulang-belulang mereka di situ?
              “Tak apalah. Awak boleh balik kelas. Tapi ingat!  Praktis betul-betul. Awak jadi harapan saya dan sekolah ni.”  Sempat Airina berpesan kepada Nurain.
              “Tapi cikgu...”
              “No more tapi-tapi!  Present tetap present. Kalau awak nak berbincang dengan cikgu Badli, silakan. Tapi jawapannya mesti buat awak lagi terkejut beruk. Hmmm... jangan takutlah. Saya dulu pun macam awak juga.”
              Nurain tunduk akur sambil menggulung-gulung kertas skrip pidato yang dipegangnya. Itulah hasil warkah Khatijah. Selepas dibuat tapisan, ternyata skrip pidato itu sangat berkualiti dan terlebih kualiti. Itulah yang membanggakan Airina terhadap bakat terpendam Khatijah. Bahkan dialah yang paling teruja melampaui keterujaan Khatijah. Orang memang dah terlahir sebagai Airina Nisya, memang begitu perangai gamaknya.
              “Tak apalah, awak balik kelas dulu. Saya tak nak curi masa awak banyak sangat. Awak pun nak belajar, kan?  Tapi apa pun praktis elok-elok ye?”
              “Saya tak kisah pun kalau awak tak menang. Tapi cukuplah awak buat sehabis baik. Sebab kadang-kadang kemenangan bukanlah segalanya. Tapi kalau menang pun Alhamdulillah.”
              “Baiklah, cikgu. Saya balik kelas dulu.”  Nurain meminta pamit sebelum mengangkat punggung.
              Airina tersenyum sebelum mengangguk. Dia berharap agar segala usahanya dalam membentuk seorang pemidato yang berkarisma, berjaya. Baginya bukanlah kemenangan yang diharapkan sebaliknya memberikan apa yang terbaik sehingga mampu memukau para pendengar dan penonton.
Langkah kaki diatur menghampiri kafetaria. Namun, hasratnya itu terbantut dek kerana dia terlihat kelibat si pengetua yang sedang menapak dari arah bertentangan. Memandangkan pengetua tidak perasan akan kelibatnya, makanya dia mahu cepat-cepat pergi dari situ. Kalau dia tidak blah awal-awal, nescaya ulat bulu panjat lidilah jadinya.
              “Eh, cikgu Airina!”
              Airina sekadar memejamkan mata dan menggigit bibirnya. Kemudian, dia mengutuk perutnya yang tadi meragam. Kalau tidak disebabkan perutnya yang lapar itu, sudah tentu dia dan pengetua tidak akan bertembung. Sudahlah tahap gatal lelaki itu melebihi kuasa magnet. Naya hang Rina oi!
              Airina cuba memaniskan wajah dan menoleh.  “Eh, cikgu!”  Dia berhelah dan buat-buat terkejut.
              Radzi tersenyum.
              “Cikgu nak ke mana tadi?”  Dia menyoal.
              “Oh!  Tadi saya nak ke kafetaria nun.”  Terjuih bibir Airina ke arah bilik khas untuk guru menyantap.  “Tapi rasanya dompet saya tertinggal dekat bilik guru,”  akalnya. Sengaja berkata begitu hanya semata ingin meloloskan diri dari si Radzi.
              “Dompet tertinggal di bilik guru?”  Dahi Radzi berkerut seribu.  “Habis yang cikgu galas tu apa dia?”  soal Radzi pula sambil jari telunjuk terarah pada tas tangan Airina yang berkilau-kilau itu. Berkilat dan berkilau sangat, sebab itu Airina mudah terkantoi dan dikantoikan!
              CengCengCeng!
              Kantoi!  Kantoi!  Cepat Airina!  Putar belitkan alam dan fakta. Kau kan expert sangat bab-bab macam ini?  So, all outAnd all the best!  Hati sebelah kirinya berbisik.
              “Tak!  Beg tangan dekat sini. Tapi dompet ada dalam bilik guru. Tadi saya bawa keluar dan lupa nak masukkan dalam beg tangan semula,”  temberang Airina. Dia tersenyum sumbing.
              “Oh!  Kalau macam itu, tak apalah. Saya belanja makan. Cikgu nak pergi makan kan, tadi?”
              “Itu tadi. Tapi dah terbantut selera aku...”  Airina berbisik perlahan.
              “Apa dia dia cikgu?”
              “Tak ada apa!”  Airina berdalih.
              “Jomlah, cikgu!  Hari ini ulang tahun kelahiran saya. Jadi, saya rasa tak manis kalau cikgu tolak permintaan saya.”
              Orang tua ni dah mula dah!
              Airina mengecilkan matanya dan tersenyum sumbing.  “Hari jadi ye?”
              Radzi mengangguk sambil tangan bermain kepala seakan-akan mahu merapikan rambut. Rambut sehelai pun tak ada!  Haha...
              “Saya lama tak nampak cikgu. Dah berapa kali mesyuarat pun cikgu tak ikut. Cikgu ke mana ye?”  Airina bertanya sambil menyuapkan sesudu nasi bersama lauk ayam ke mulutnya.
              “Cikgu dah mula rindukan saya ke?”  Radzi menyakat sambil tangan bersilang diatas meja.
              Airina tersenyum kelat. Dalam Radzi tidak perasan, dia menjulingkan matanya sebagai tanda meluat!
              “Saya ada hal dengan PPD. PPD adakan perjumpaan dan seminar untuk pengetua-pengetua di wilayah Selangor ni. Jadi, nak tak nak saya perlu tinggalkan sekolah ni seketika untuk berkhidmat demi negara.”  Radzi berseloroh. Nescafe ais disedut dengan penyedut minuman.
              “Wah!  Dah macam ayat nak pergi berperang aje.”
              Radzi tersenyum. Terhibur dengan telatah Airina yang agak manja dan menyenangkan. Walhal dia tidak tahu yang Airina sugguh tidak senang dengannya!
              “Jadi, selama cikgu berkhidmat di sini, is everything okay?”  Radzi menyoal setelah seketika mereka membisu untuk menikmati makan tengahari mereka.
              “Tersangat okey. Dan saya terlebih seronok mengajar di sini.”  Airina tersenyum girang.
              “Alhamdulillah. Jadinya kes cikgu dengan cikgu Airil tu sudah settlelah?”
              Airina agak kaget apabila disoal dengan soalan yang dia sendiri tidak menjangkakan.  “Yep!”  Teragak-agak dia memberikan jawapan. Bukan niatnya mahu menipu. Tetapi memandangkan dia masih baru disini, jadi dia tidak mahu reputasinya terjejas disebabkan halnya dengan Airil. Tak ke naya kalau si Radzi merepotkan hal Airina ke PPD?  Mahu merundumlah imejnya.
              “Baguslah macam itu sebab saya cukup pantang bila berlaku kes macam itu. Sebab saya rasa ia menjatuhkan martabat sebagai guru. Dan semestinya pelajar akan terikut-ikut dengan apa yang dia perhatikan sebab mungkin bagi dia orang, cikgu pun bergaduh, takkan mereka pun tidak boleh bergaduh. Mesti pelajar fikir macam itu, kan?”
              Airina agak tersentap dan hanya mengangguk sebagai isyarat tanda setuju. Padahal hati sudah sentap. Ada ke cerita yang lepas diungkit balik?  Siapa yang tak marah, kan?  Haisyyh!
              “Apa pun saya puji cikgu sebab saya lihat perkembangan dari semasa ke semasa kelas-kelas yang cikgu ajar. Memang memberangsangkan. Saya pun dengar banyak khabar dari mulut pelajar-pelajar yang mereka berpuas hati dengan cara pengajaran cikgu. Tambah-tambah kelas-kelas hujung. Dari tak kenal huruf, terus kenal huruf. Dan dari tak pandai membaca terus pandai membaca. Sampai dah pandai buat karangan pun ada.”
              Airina bagaikan terpujuk semula dengan kata-kata pujian itu.  Makanya, dia tersenyum dan tersipu-sipu.  “Tak adalah, cikgu. Kebetulan aje tu. Lagipun, atas usaha dia orang sendiri. Tapi saya hairanlah, cikgu. Di sini kawasan bandar bukannya luar bandar. Tapi masih ramai lagi pelajar yang tak kenal huruf. Agak terkejut juga saya bila tahu tentang itu. Semasa saya dihantar praktikal di sekolah tercorok pun, dia orang pandai mengarang karangan.”
              “Saya pun pelik, cikgu. Tapi situasi macam ini dah tak ada apa nak dihairankan. Dalam hal ni, mak bapak juga yang salah. Manjakan anak sampai tak mahu-mahu. Itu yang jadi macam itu. Sampaikan gejala terlebih sosial berleluasa. Nak, nak lagi di bandar metropolitan macam ini.”
              “Tapi dalam hal macam ini, saya rasa bukan salah ibu bapa juga. Soal diri sendiri yang tak tahu nak kawal dan bertindak lebih rasional. Contohnya ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak perlulah pandai jaga diri dan buat apa yang patut. Takkan disebabkan ibu bapa tak luangkan masa sekejap, dia orang nak memberontak. Bagi saya remaja dah boleh berfikir baik buruk sesuatu hal. Jadi yang baik ikut-ikutkan. Dan yang buruk ditinggal-tinggalkan. Rasanya tak susah,”  ujar Airina menyebelahi pihak ibu dan bapa.
              “Kadang-kadang anak-anak sendiri yang menjeratkan diri ke lembah hidup yang tak bermoral macam itu. Dan saya rasa tak wajar asyik ibu bapa yang sering dipersalahkan. Sikit-sikit orang tanya, ‘anak siapalah tu?’. Dan ada yang mempertikaikan kononnya ibu bapa mereka tak ajar anak langsung,”  tambahnya lagi. Dalam tak sedar makanan yang dia lahap tadi, ditinggalkan demi menjayakan perdebatan harmoni bersama Radzi.
              “Wah!  Emosi betul cikgu kita ni, ye?”
              “Eh, Badli!”  Airina menoleh tatkala ada suara garau mencelah perbualannya.
              “Come, join us!”  Radzi menjemput seraya menyorong kerusi yang tidak bertuan disebelahnya ke belakang sebagai isyarat untuk Badli duduk disitu.
              “Tak apalah. Saya dah kenyang. Lagi pula saya kena balik awal sebab pukul dua, saya kena ke mari semula untuk latihan sepak takraw. Jadi, ingat sempatlah balik mandi dan solat zohor kejap di rumah,”  tingkah Badli sambil kedua tangannya menyelup kedua kocek seluarnya.
              “Ini pun saya tertarik ke sini sebab terdengar suara cikgu Airina riuh semacam. Itu yang singgah usyar kejap.”  Dia menambah.
              “I see... takraw bila lawannya cikgu Badli?”
              “Dua minggu lagi. Jadi, kita nak kena banyak bersedia dari sekarang.”
              Radzi mengangguk faham.  “Tiga tahun secara berturut kita menang perlawanan sepak takraw. Jadi tahun ini kekalkan dan saya sendiri akan peruntukan wang untuk bawa pemain sepak takraw kita bercuti ke Port Dickson. Tiga hari tiga malam,”  janjinya dengan penuh yakin.
              “Wow!  Terlebih menarik tu!”  Airina beriak terkejut. Begitu juga Badli.
              “Betul tu, cikgu Radzi. Tak rasa duit sekolah tu membazir ke kita buat macam itu?”  Badli menyatakan keraguannya.
              “So far, Alhamdulillah duit sekolah masih mencukupi untuk kegunaan sekolah. Bahkan, saya rasa duit sekolah langsung tidak terusik. Jadi, apa salahnya kita gunakan untuk kemenangan pemain takraw, kan?  Sekurang-kurangnya kita hargai sumbangan dan penat lelah mereka dalam mengharumkan nama sekolah.”
              “Kalau macam itu, saya pun nak main takraw jugalah. Kalau menang boleh dapat tajaan ke PD tiga hari dua malam.”  Airina berseloroh kemudian ketawa kecil dengan jenakanya sendiri.
              Radzi dan Badli juga ketawa.
              “Tolong sikit!  Awak tu anak dara. Jangan harap nak main takraw. Saya akan minta Kementerian Belia dan Sukan haramkan kaum Hawa macam awak ni terlebih lasak main sepak takraw,”  ujar Badli, sengaja mahu mengusik Airina.
              “Huiiyyooo!  Sampai ke situ awak nak repot?”  Airina beriak tekejut. Namun, dalam masa yang sama, tawanya berhambur.  “Awak jangan nak perlekehkan kebolehan wanita tau!  Kalau tak ada wanita, awak tak membesar dengan Badli yang normal. Awak akan terencat dan terbantut tau kalau tak dapatkan susu ibu. Itu maknanya darjat dan peranan wanita ni tinggi tau dari lelaki.”
              “Yelah, tu!  Dia betul. Kita salah...”  Badli beralah dengan membuat suara seakan orang sedang berjauh hati.
              “Jangan pandang kaum wanita ni tak ada mata, cikgu Badli. Sekarang kaum wanita lebih berjaya dan berdaya saing dari lelaki. Yang jadi ketua pengarah, ketua syarikat. Dan segala bagai,”  celah Radzi seakan menyokong dan berpihakkan Airina.
              “Dengar tu!”  Airina bertegas.
              “Yelah, Cik Airina oi. Awak menang!  Itu pun sebab saya nak kasi chance pada awak, sebab saya nak kena balik awal hari ini. Lain kali kita bertikam lidah lagi. Dan saya akan pastikan saya takkan kalah dengan awak.”
              “Ikut mahu awaklah, Badli. Saya sikit pun tak kecut. Dahlah!  Pergi balik.”
              “Halau eh!”  tingkah Badli. Kemudian, dia beralih pula kepada tuan pengetua sekolah itu. “Baiklah, cikgu Radzi, saya balik dulu. Assalamualaikum!”
              “Waalaikumsalam...”
              Tidak sampai sesaat, telefon bimbit Airina berbunyi menandakan mesej masuk. Terus dia mendapatkan telefon bimbitnya itu dari tas tangannya.

            You look sweet today. Will be miss you!

              Airina tersenyum malu dan spontan tangannya memegang rambutnya. Patutlah!  Aku bersanggul hari ini.  Desis hatinya.
              Dan tiba-tiba hatinya terdetik. Jangan-jangan benar Badli yang mengirimkan bunga untuknya. Kerana dari tiap ayat yang tercoret pada kad-kad beserta mawar itu, lebih kurang sama dengan apa yang ditaip Badli di dalam SMSnya sebelum-sebelum ini.

            Gatal!

              Hantar.

            Okeylah tu!  At least you know who I am. Kalau tak gatal, memang bukan
anak jantanlah. Okeylah. I’m driving now. See you tomorrow. : )

              Airina tersenyum lagi dan terus dia memasukkan telefon bimbit itu ke dalam tas tangan mahalnya. Makanan yang tersisa kembali dijamah dengan hati yang berbunga-bunga. Ah, sudah!  Sembilan puluh sembilan peratus guru Bahasa Melayu itu sudah dijangkiti penyakit angau!


Airina tersenyum senang kerana protegenya itu berjaya merangkul sebagai juara pidato dalam pertandingan itu. Dan ini melayakkan wakil daripada sekolah mereka untuk bertanding semula ke peringkat kebangsaan. Selain persembahan yang baik, markah turut diberi untuk pemilihan tajuk dan isi-isi skrip pidato. Airina awal-awal lagi sudah memaklumkannya kepada Khatijah sebaik menerima keputusan dari para juri.
              Khatijah turut senang dan berbangga kerana menghasilkan skrip pidato itu. Sungguh dia tidak menyangka sebegitu hebatnya dia dalam menghasilkan skrip pidato yang berkualiti lagi bernas. Apa lagi yang dibuat Khatijah kalau bukan melompat kegirangan saat menerima perkhabaran itu?  Sampai-sampai pengetua menegurnya agar berkelakuan senonoh disekolah. Heee... malu bukan kepalang si Khatijah!
              “Airina!  Kereta saya sudah penuh.”  Ismail menyapa Airina dari belakangnya.
              “Hah?  Kenapa boleh jadi macam ini?”  Airina beriak terkejut dan menapak menghampiri Naza Citra milik Ismail sambil diekori oleh pemilik kenderaan itu.
              “Saya pun tak tahu.”  Ismail menggeleng dengan wajah serius.
              Airina membelek muatan kenderaan itu. Benar!  Sudah penuh tempat duduk kenderaan itu. Dia sedikit kehairanan. Masakan tidak. Pagi tadi muat sahaja. Bahkan banyak lebihan kosong tempat duduk lagi.
              “Masa datang tadi muat!  Kenapa tiba-tiba bila nak balik dah tak muat?  Badan budak-budak ni mengembang macam kaki ke tengah-tengah hari macam gini?”
              “Itulah fasal!  Saya pun pelik. Tadi muat aje. Tapi sekarang tiba-tiba aje sudah tidak muat,”  beritahu Ismail. Jemari menggaru kepalanya.
              “Habis macam mana sekarang ni?  Takkan saya nak kena jalan kaki kut?  Alamat pengsan saya tengah-tengah jalan. Ataupun nak saya telefon ambulans untuk hantar saya balik?”
              Ismail terdiam sambil otaknya ligat berfikir. Mahu ditumpangkan dengan cikgu-cikgu lain, kereta mereka juga penuh. Takkan nak disumbat juga si Airina ke dalam Naza Citranya?  Dahlah kereta baru keluar minggu lepas. Tak ke jahanam keretanya yang masih bau kedai itu.
              “Tak apalah. Saya balik naik teksi ajelah.”  Akhirnya Airina beralah. Biarlah dia menelefon mana-mana teksi. Tetapi manalah dia menyimpan nombor telefon mana-mana teksi. Kalau begini caranya, terpaksalah dia berjalan mencari teksi dikala tengahari buta itu.
              “Balik dengan aku. Kereta aku masih muat untuk tumpangkan kau seorang.”
              Airina agak terkejut saat disapa sebegitu. Entah datang dari planet mana pun dia tidak pasti. Dengan salam tak kasi!
              “Come!”  pelawanya.
              “Bagus juga tu!”  Ismail bersetuju. Tidak sangka pula dia bahawa guru Bahasa Inggeris itu juga hadir bagi mewakili guru GKM iaitu Badli yang tidak dapat hadir bersama kerana ada perlawanan sepak takraw yang juga dijalankan serentak pada hari ini.
              “Aku?”  Airina menuding ke arah wajahnya sendiri.  “Naik kereta kau?”  Wajah Airil pula ditudingnya. Kemudian dia memerhatikan kereta ‘sukan’ ala-ala maknyah milik Airil. Pantas dia menggeleng.
              “Tak nak aku!  Daripada aku tumpang kereta kau, baik aku naik kereta kebal. Boleh tembak dan lenyek kereta kau yang comot tu.”  Selamba badak dia menge‘bom’ Airil dengan ayat tak boleh blahnya.
              Airil gigit bibir.  “Kau ni banyak bunyi, kan?  Kira bagus orang nak hantar kau balik dengan selamat. Itu pun masih tak bersyukur lagi?”
              “Dijamin selamat ke kalau aku balik dengan kau?”  Airina masih tidak mahu kalah. Dengan sombongnya dia mengeluarkan kenyataan itu.
              “If you think you're very good, kau balik sendiri. Jalan kaki!”  Airil yang bebal dengan sikap Airina yang menyombong lagi bongkak. Terus meninggalkan wanita itu dan menyelinap masuk ke dalam perut kereta tanpa menghiraukannya.
              “Eleh!  Ingat kau bagus sangat?  Badan aku ni kecil ajelah!  Masih muat kalau aku nak masuk dalam kereta cikgu....”  Ayatnya itu tergantung saat dia menoleh ke belakang untuk menaiki kereta cikgu Ismail. Namun, saat dia menoleh ke belakang, Naza Citra milik guru Bahasa Melayu itu telah lesap entah ke mana.
              Hampir-hampir sahaja Airina menangis kerana ditinggalkan. Kemudian, dia menoleh ke arah kereta sport milik Airil. Masih belum bergerak, walaupun enjin sudah dihidupkan. Lalu, tanpa segan silu dan berwajah tebal cepat-cepat dia bergerak ke kereta dan terus sahaja dia masuk ke dalam perut kereta itu.
              Airil agak terkejut dengan kedatangan Airina yang secara tiba-tiba itu. Difikirnya ada perompak yang menceroboh masuk ke dalam keretanya. Kerana dia sudah bersedia untuk menjerit pada bila-bila masa sahaja untuk menyelamatkan diri. Okey!  Aku tipu!  Si Airil itu sudah tentu-tentunya lelaki sejati. Mana ada dia nak menjerit bagai kerana dia bukan sejenis pondan seperti yang Airina sangkakan.
              “Woi!  Kau ni tiba-tiba masuk aje. I'm ready to reverse my car, kau tahu tak?  Nasib baik aku tak sempat lenyek kau.  Kalau tidak, tak sempat kahwinlah kau!”  tengking Airil.
              Diam. Dia hanya memeluk tubuh dan bersandar pada kusyen kereta itu. Ewah!  Bukan main lagi dia buat kereta itu seperti hartanya. Huh!  Memang masalah betul minah seorang ni!
              “Get out from my car,”  arah Airil cuba berlembut.
              Diam.
              “I said get out!”  Telunjuknya mula diangkat ke arah pintu disebelah Airina.
              Airina menoleh menghadap Airil.  “Kau ni apa fasal hah?  Tadi bukan ke kau yang jemput aku tumpang kereta kau yang comot ni?”
              “See... tak sedar diuntung!  Orang tumpangkan masih banyak bunyi. Huh!  Tadi kau kata apa?  Kereta aku comot?  Comot-comot ni jugalah yang kau naik. Dan tadi aku dengar kau nak naik kereta cikgu Ismail, kan?  Jadi, pergilah!  Kenapa tak pergi?  Bukan main berlagak sangat tadi.”  Airil mencabar.
              “Kau boleh diam tak?  Kau drive kereta ni sekarang. Aku nak balik rumah.”
              “Heeh!  Melampau pula dia. Kau ingat aku ni driver kau ke apa?”
              “Kau tak perasan ke muka kau tu memang muka driver.”
              “What?”  Airil mulai geram. Kaca mata hitam yang disangkut pada hiasan berjuntai pada cermin pandang belakang dirabutnya kasar dan dia memakainya. Lalu, dengan lajunya dia mengundurkan kenderaan mahalnya itu dan dengan penuh bengkek dihati dia menekan pedal minyak dengan semahu-mahunya. Dan...
              “Aaaaaaaaa!!!”


“Kau ni bawa kereta macam pelesit. Perlahanlah sikit. Aku takut ni,”  omel Airina sambil tangan kiri memegang tempat pemegang tangan pada atas lelangit kereta sport Airil.
              Diam. Sebaliknya Airil semakit ligat menekan kuat pedal minyak keretanya itu.
              “Hoi!  Kau pekak ke apa hah?”  Airina sudah mula hilang sabar.
              Agak berdesing telinga Airil mendengar tengkingan daripada Airina.  “Kau ni tak lebih macam mak nenek. Kau duduk diam dekat situ boleh tak?”  bidasnya pula. Baginya Airina memang sudah melebih. Keretanya sendiri dibuat harta oleh si Airina. Suka-suka hati nak mengarah itu dan ini.
              “Macam mana aku nak duduk diam kalau macam ini cara kau pandu kereta?”  Airina tidak mahu kalah. Ada sahaja perkara yang membuatkan dia tidak puas hati.
              “Dah nama pun kereta sport, memanglah gaya pemanduannya macam ini.”  Airil berkata selamba. Habis satu persatu kereta dijalan raya itu dipotong. Bayangkan dia memotong kenderaan diibaratkan sebuah motosikal mencelah dan memotong kenderaan lain. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Itu tidak apalah kerana motosikal itu jauh lebih kecil daripada sebuah kereta. Ini tidak!  Kereta yang besar disangka kecil gamaknya. Mahu si Airina tu tidak mengamuk sakan.
              “Banggalah sangat dengan kereta buruk kau ni. Dahlah tak berguna langsung. Hanya seorang penumpang aje yang boleh naik. Dahlah tu, panas macam tak ada penghawa dingin. Sempit pula tu. Aku rasa macam tak berbaloi aje kalau kau beli kereta ni. Daripada kau beli kereta ni baik kau beli bas ke lori ke?  Dengan rumah-rumah kau sekali boleh kau usung.”
              Satu persatu keburukan kereta sport Airil disenaraikan. Cerewet betul!  Siapalah lelaki malang yang bergelar jodoh si Airina ni?  Sabo ajelah...
              Airil yang sedang memandu merasa tercabar dengan kenyataan Airina yang keterlaluan itu. Terus wajah wanita disebelahnya ditatap penuh bengis.  “What?  Kenapa mulut kau ni laser semacam hah?”  bentaknya.
              “Cerminlah diri kau tu dulu sebelum nak mengutuk aku. Kau tu pun dua kali lima dalam kurungan kuasa sepuluh mulut laser dari aku, cakap orang pula.”  Airina membebel.
              “Tapi mulut kau ni memang dah sampai tahap tak boleh nak repair. Aku rasa kalau mulut kau tu boleh bercakap, dah lama dia cakap yang dia penat jadi mulut kau. Dan aku rasa mulut kau tu pun sedih sebab terpaksa melekat pada muka kau yang bernama Airina Nisya!”
              “Kau ni tak reti ke?  Mulut memang boleh bercakap pun. Lagipun, kau janganlah kecil hati sangat. Aku cakap benda yang betul. Dahlah kereta sempit, boleh duduk pun dua orang aje, berconteng pula tu.”  Airina cuba berlagak tenang. Dalam hatinya adalah juga perasaan takut tatkala Airil menengkingnya seperti itu. Walaupun Airina ni jenis yang hati kering, namun dia juga wanita yang hatinya terkadang mudah terusik.
              “Baguslah kau rasa macam. So, I hope esok lusa kau bawa keluarlah kereta sendiri yang lagi besar. Yang boleh muat untuk kau dengan buah-buah durian kau tu. Boleh kau bawa pergi meniaga sekali.”  Penghabisan ayat itu disertakan dengan ketawa sinis.
              “Kau ejek aku eh?  Hei!  Kau jangan menghina aku dengan buah durian okey?  Buah durian tu buah kegemaran aku kau tahu tak?  Dan durian tu melambangkan keturunan aku tahu?  Jadi, kau jangan nak mengejek, eh. Aku baling kau dengan kulit durian opah aku nanti.”
              “Nowlah!  Apa nanti-nanti.”  Airil mencabar.
              “Kau nak sangat ke rasa macam mana kena lempang dengan kulit durian?  Kalau tak pernah rasa jangan berlagak sangat eh! Aku buat betul-betul nanti,”  ugut Airina.
              “Sebab aku tak pernah rasalah, aku nak rasa sekarang.”  Airil beriak selamba sambil menjelir lidahnya. Wajahnya yang comel itu membuatkan Airina serta merta kehilangan kata-kata. Hanya keluhan yang kedengaran. Dalam pada itu juga entah kenapa jantungnya mula rasa berdebar-debar tidak tentu arah.
              “Isssyyyhh!!!!”
              Airil ketawa besar seraya bersorak kemenangan kerana baginya Airina sudah kalah. Maka, pada berdebatan kali ini dialah yang menang.
              “Akhirnya aku menang juga!”  riak Airil. Tangan kanan memegang stereng, manakala tangan kirinya digenggam dan ditarikan ke atas dan ke bawah beberapa kali.
              Otak Airina masih ligat memikirkan ayat ‘power’ yang boleh ganyang mamat poyo disebelahnya.  “Siapa cakap kau dah menang?  Kau ni kenapa tak macam lelaki lain hah?  Lelaki lain boleh aje cakap elok-elok dan mengalah dengan perempuan. Tapi kenapa dengan kau?  Kau ni macam bukan lelaki aje. Kau pernah tengok perempuan sama perempuan bergaduh sebab lelaki?  Ha!  Kita berdua macam itulah. Aku rasa kau ni bukan lelakilah!”
              Airil dengan segera membelok ke kiri jalan dan membrek kereta sportnya itu secara mengejut membuatkan Airina hampir terhantuk pada dashboard dihadapannya.
              Airina terkedu dengan tindakan Airil itu lalu dia meringankan bibirnya untuk memarahi Airil.  “Kau ni kenapa?  Dah gila ke?”
              “YesI’m crazy right nowGet out from my car!”  usir Airil dengan tangan kirinya terhala ke arah pintu disebelah penumpang.
              Airina memandangnya dengan wajah selenganya. Dia memeluk tubuh seakan mempertahankan hak dan dirinya untuk terus membatu disitu.
              “Now!”  gesa Airil lagi apabila melihatkan Airina masih tidak mengedih.
              Airina tutup kedua telinganya dengan kedua tapak tangan.  “Tak nak!  Hantar aku balik. Aku nak balik. Aku lapar!”  Sungguh!  Tidak tumpah seperti kanak-kanak ribena yang sedang merajuk. Hailah Airina!  Apa buat macam itu?
              “That’s your problemI said go, now!”
              Adegan yang sama dilakukan.  “Tak nak!  Aku akan keluar bila dah sampai rumah sewa aku.”
              “Aku cakap keluar!”
              “Tengoklah perangai kau ni tak macam lelaki langsung.”  Sempat Airina mengomel perlahan, namun jelas memasuki ke dalam lubang telinga Airil.
              “That's why I asked you to out from my car now!  Aku boleh buktikan pada kau yang aku adalah lelaki kalau kau tak keluar dari kereta aku.”            Akhirnya terkeluar sudah ayat ‘jantan’ si Airil.
              Airina agak terkejut dengan kata-kata Airil sebentar tadi.  Makin lajunya irama jantungnya yang sudah berdegup kencang sedari tadi.  “Hei!  Apa kau cakap ni?”  Seolah-olah tidak percaya, dia bertanya kepada Airil. Bukan apa, dia hanya ingin memastikan Airil masih lagi waras dan normal seperti orang lain.
              “Kau tak takut ke?  Angin aku sedang tak menentu ni. Bila-bila masa aje aku boleh buktikan kelelakian aku pada kau.”
              “Aaaarrrgggghhh!!!”   Airina menjerit ketakutan melihat Airil yang semakin berani mendekatinya dengan pandangan tajam.  “Kau ni memang tak guna!”  tengkingnya seraya memukul dada Airil yang semakin hampir dengannya.
              “Jadi, kalau tak guna lebih baik kau keluar!”
              “Aaaarrrgggghhhhhh!!!”  Sekali lagi Airina mengamuk sebelum dia angkat kaki dari kereta sport Airil. Dengan kasut tumit tingginya itu dia berjalan hampir suku meter. Sakit hatinya bukan kepalang. Ibu dan abahnya pun tidak pernah melayaninya sebegini rupa. Sudahlah tengah-tengah panas dia perlu meredah kota raya Kuala Lumpur ini. Dengan gedevogue-gedevas macam ini kena jalan kaki, memang jatuhlah saham dia!
              “Adik manis!  Mahu naik ini teksi ka?”
              Airina menoleh ke arah datangnya suara itu. Kenderaan awam berwarna merah itu dipandangnya sambil berfikir panjang. Banyak risiko kalau naik teksi dengan dia pula sedang cantik molek macam itu. Hmmm... tapi melihatkan si pemandu teksi itu agak baik orangnya terus dia mengangguk.
              “Siap kau jantan!  Aku siram kereta kau dengan kulit durian. Biar kemek sana sini kereta ‘sukan’ kau tu!”  Airina berbisik sendiri.
              “Apa adik manis?”  Pemandu itu bertanya sambil memandang cermin pandang belakang teksi miliknya itu.
              “Oh!  Tak ada apa. Cuaca hari ini panas eh, Uncle!”  Airina menukar topik. Lantas dia berpura-pura mengibas tangan ke arah lehernya. Padahal dalam teksi itu sejuk aje dari tadi sebab penghawa dingin sedia terpasang sedari tadi.
              “Oh!  Itu macam ka?  Ini KL sudah habis pokok kasi potong la... Itu pasal sini banyak panas.”

              Airina sekadar tersenyum. Pandangan hanya dibuang keluar tingkap sambil memikirkan nasib malangnya hari itu. Ibu, abah!  Baby nak balik!  Wuuuuwwwuuu...

No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...