Panas pagi memancar tubuh Airina
dan Khatijah yang sedang berjogging
sejak awal pagi tadi. Bukannya tahu penat dia orang berdua ni! Dahlah masing-masing badan macam lidi, ada
hati nak berjogging. Tetapi okey juga.
Sekurang-kurangnya dia orang berdua ni terhindarlah daripada penyakit-penyakit
kronik yang agak merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit
jantung. Huh! Minta simpanglah!
Peluh yang membanjiri wajah kedua
mereka dilap dengan tuala putih pada leher sambil kaki masing-masing ligat
bekerjaran antara satu sama lain. Kedua-dua tidak mahu mengalah dan akhirnya
Airina yang sedang mengah terpaksa menghentikan langkah kakinya untuk berehat
seketika.
“Akak!!” Airina menjerit. “Tunggulah kejap! Rina penat sangat ni!” pintanya dalam keadaan terbongkok menahan
penat.
Khatijah menoleh lalu meletuskan
tawa. “Memalukan orang muda aje Rina ni.
Tak ada stamina langsung!” teriaknya.
Kemudian, dia berpatah balik mendapatkan Airina yang sudah seperti orang putus
saluran kentut!
“Hei! Jangan duduk, nanti pengsan!” Khatijah menarik tangan Airina daripada terus
terduduk diatas tar tengah-tengah jalan.
“Tak boleh, kak! Rina penat tahap kritikal ni!” ucap Airina berselang dengan desahan nafas
penat disitu.
Khatijah sudah kehilangan kata,
maka terlontarlah ayat ini, “ikut
Rinalah, kalau Rina rasa nak kena gilis dengan lori balak dekat sini.
Insya-Allah, akak akan redha dengan pemergian Rina.” Dia buat-buat sedih menahan sendu. Over sangat!
Mendengarkan itu, cepat-cepat
Airina bangun serta menggagahkan tulang lututnya untuk teguh berdiri. “Akak ni memang tak sayang Rina tau!” Dia menjeling manja.
“Kalau akak tak sayang Rina, akak
tinggalkan Rina dekat sini tau. Sebab akak sayang Rinalah akak patah balik
dapatkan Rina yang dah macam kucing hilang anak.” Dia menyuakan botol air mineral kepada
Airina.
Sesegera botol mineral yang disua
dirabut dan dengan gelojohnya dia melahap isi botol itu.
“Lain kali, nak berjogging bawa air. Itulah tadi berlagak
sangat tak nak bawa air. Kononnya dia dah biasa, kan?” Khatijah mengimbas kembali kata-kata Airina
yang agak riak sebelum mereka ke mari. Biasalah tu! Airina namanya, kan? Memang lain daripada orang lain!
“Akaklah tiba-tiba ajak orang berjogging. Kalau tak Rina tak adalah
mengah sampai macam ini sekali tau.”
Disalahkannya pula si Khatijah. Tadi bukan main lagi dia yang
terhegeh-hegeh mahu ikut. Sekarang lain pula si mulut ala-ala puaka itu memutar
belit keadaan.
“Akak pula yang salah? Bukan ke Rina yang excited sangat nak ikut akak?”
Khatijah pun tidak mahu kalah dengan si Airina.
“Akak ni waktu kecil-kecil dulu,
mak akak kasi makan apa ha? Aktif
semacam aje.” Airina terus mengubah
topik tatkala merasakan dia sudah kalah.
Khatijah ketawa besar. “Macam baby
biasa makan. Susu badan, nestum, bubur nasi, dan macam-macam lagilah.”
“Takkan itu aje kut?” Airina tidak puas hati dengan jawapan
Khatijah. Dia merasakan ada makanan lain yang dilahap Khatijah semasa dia masih
kecil.
“Iyelah itu aje.”
“Tapi kenapa akak ni kuat lari?”
“Ha! Nak tahu rahsianya?” Khatijah menyoal.
“Naklah!”
“Keturunan!” jawab Khatijah sepatah.
“Keturunan?” Airina sudah garu kepala dalam kesamaran
otaknya berfikir.
Khatijah mengangguk.
“Akak jangan kasi tahu Rina yang
moyang-moyang akak adalah seorang atlet!”
Airina sudah dapat menangkap apa yang cuba diceritakan Khatijah.
Baginya, Khatijah mempunyai penyakit keturunan yang sama dengan dirinya. Dia
pun apa kurangnya, selain banyak cakap, ada satu tabiat keturunan yang
disembunyikan dari Khatijah mengenai kentut berbaunya yang sukar dijangka datangnya
dan sukar juga diubati. Memang setiap penyakit ada ubat, tetapi tidak bagi
penyakit kentut berbau dan kuat si Airina ini. Tahap gaban!
“Pandai Rina teka!”
“Hah?” Terlopong mulut Airina. Terkejut pun ada
juga! Tak sangka pula moyang-moyang si
Khatijah ni atlet-atlet belaka.
“Tapi tak adalah dari moyang.
Sebab akak tengok moyang akak pun tak sempat. Informasi mengenai dia orang pun
atuk dengan nenek akak tak tahu, inikan pula akak nak tahu serba serbi fasal dia
orang. Memang taklah, kan? Tapi arwah
atuk akak memang atlet lumba lari pun. Sampai ke mak akak. Dan sekarang
turunlah ke akak.”
“Wah! Kita ni sama-sama kelebihan ikut keturunan
kan, kak?” Airina beriak teruja.
Baginya, ‘penyakit’ keturunan memang ‘power’
sampai boleh turun dari satu generasi ke satu generasi. “Akak aktif lari, Rina pula mulut yang
aktif,” tingkahnya.
Khatijah mereling Airina yang
beriak selamba dan ada raut bangga disebabkan kepetahan bercakap yang
dianugerahkan kepadanya. “Mulut aktif, kelebihan ke tu?” Dia mengusik si Airina.
“Mestilah!” tegas Airina. “Dengan mulut nilah Rina jadi juara pidato
peringkat negeri tau,” umumnya bangga.
Dia cuba meyakini Khatijah dan tidak mahu Khatijah memandang ‘juling’ terhadap
mulutnya yang banyak bunyi itu.
Mulut kepoh inilah yang selalu
orang rindu tau! Getus hatinya.
“Ye ke? Kira Rina ni ada
bakatlah juga, kan? Memang sesuailah
Rina ni jadi cikgu BM.”
“Jangan pandang mulut Rina yang
seksi ni tak ada mata tau.” Sempat
Airina mengugut Khatijah.
“Tak adalah! Akak tak cakap apa pun, tapi Rina yang
sensitif. Akak cuma tak sangka aje mulut Rina ni mulut bertuah.”
“Well...” Airina tersenyum
bangga seraya memperbetulkan kolar sweaternya.
“Dengan mulut Rina yang bertuah
tulah, Rina ada secret admirer yang
selalu hantar bunga ros, kan?” Khatijah
berlucu.
“Ha! Bercakap fasal bunga. Rina peliklah siapa
yang hantar bunga-bunga tu. Bermacam-macam warna pula tu! Hari itu warna ungu, lepas tu semalam warna
putih pula. Rina jadi takutlah, kak. Mana tahu along ke, angah ke, diksu ke?” Wajah Airina bertukar riak.
Khatijah geleng kepala. Sudah
masak dengan perangai si ‘adik’nya yang satu itu. “Rina ni kalau sesaat aje tak loyar buruk
memang tak sah, kan? Rina tanyalah Badli
sendiri. Siapa tahu dia yang kasi. Dan kalau tak silap akak kan, setiap warna
ros ada maksudnya tersendiri. Rina cuba cari dekat mana-mana entry mengenai maksud disebalik warna
bunga ros. Mesti ada jawapannya dekat situ.”
“Memanglah ada jawapan setiap
maksud warna bunga ros tu dekat dalam internet
ke dekat mana-mana ke. Tapi si pengirim tu siapa gerangannya? Tak ada jawapannya, kan?”
“Ada!”
“Siapa?” Suara Airina sudah bertukar nada.
“Tukang penghantar bunga dari
kedai bunga tulah. Betul tak?” seloroh
Khatijah.
“Akak ni orang betul-betul, dia
main-main pula.” Airina tarik muka
dengan gaya manjanya seraya memeluk tubuh. Mulutnya memuncung sedepa.
“Ala kuchi-kuchi. Janganlah merajuk, yang...” Dagu Airina dicubit manja sebagai bahan
memujuk.
“Kita hidup mesti ada main-main
juga. Kalau tidak, boleh stres hidup kita tau sebab pasif aje. Lepas itu, fokus
belajo aje. Rina suka ke macam
itu?” tambahnya pula.
Dengan ego Airina menggeleng.
“Tahu pun!”
“Akak ni cakap pasal secret admirer orang, dia tu solo lagi.
Muka cantik tapi takkan nak jadi anak dara tua kut?” Rajuknya sudah lenyap. Sekarang giliran dia
pula menyakat si Khatijah.
“Hei, Rina jangan nak mengata
akak! Rina tu pun dah masuk kategori
anak dara tua tau! Tak laku-laku lagi.
Rina sama aje macam akak.” Khatijah juga
tidak mahu kalah.
“Huhu... tapi Rina ni baru aje
setahun pegang title anak dara tua,
tapi akak dah enam tahun sudah.” Airina
gelak besar. Jelas sekali ada nada jahat berselit pada tawa dan wajahnya.
Khatijah pula sudah menyebal.
“Pengalaman lebih dari Rina
tau!” sambungnya lagi.
“Isyyhh... budak ni!!”
Khatijah bercekak pinggang.
Airina mengekek ketawa
mentertawakan Khatijah yang sedang panas hati. Makin hangat membaralah jiwa
raga ‘kakak’nya itu.
“Ooungg!! Oounggg!! Ooungg!!”
“Oh, tua dara anak! Ha, engkau!”
“Aahhhhhh!!!!!!”
Kedua-dua mereka lari lintang
pukang tatkala ngauman anjing memeranjat dan mengganggu perbualan mereka sesaat
tadi. Itulah, orang tua-tua ada pesan ‘jangan seronok sangat. Nanti jadi benda
lain’. Hmmm... Sebab seronok
sangatlah tadi sampai terkinja-kinja mereka berlari. The moral of the story, jangan seronok sangat! Ingat Allah sama...
Airina membelek satu persatu tangkai
mawar berwarna merah itu. Dengan cermat dia memasukkan setiap mawar itu ke
dalam pasu jernih yang sudah pun tersedia air di dalam bekasnya sejak tadi.
Bukannya dia tidak tahu bahawa bunga misteri itu pasti akan melayang ke atas
mejanya, jadi tidak salah rasanya dia terlebih awal menyediakan pasu untuk
bunga mawar dari peminat misterinya itu.
“Tak sangka pula aku yang kau ni
sukakan bunga. Ingatkan hati kering macam kerisik goreng.”
Senyuman Airina terus sahaja
lekang tatkala telinganya disapa oleh mulut si jahat yang satu itu. Entah
datang dari planet mana entah mamat poyo ni datang. Tiba-tiba aje menjengahkan
diri.
“Who’s the unfortunate person, who
gave you the flowers? And the love
card all kinds.” Airil terus merabut
kad cinta yang tersusun di atas meja Airina yang menjadi penyelit disebalik
bungkusan bunga mawar yang diterimanya itu.
Airina bagaimanapun cuba merabut
kad itu namun tidak dapat dicapainya kerana Airil begitu tinggi. Lagi pula, dia
perlu mengawal tingkah lakunya memandangkan dia sedang berada di dalam bilik
guru. Boleh jatuh martabatnya sebagai seorang guru disebabkan perangainya yang
sebenar terbongkar!
“Hooooo... secret admirer? Who’s
that guy?” Airil Kim ketawa sambil
membelek kad itu depan belakang mencari klu siapakah gerangan yang menghantar
mawar dan kad jiwang itu. “Simpati betullah
aku dengan dia. Apa pun, kau kirimkan salam aku pada dia tau.” Dia menoleh ke arah Airina pula.
“Diamlah kau!” Airina merabut kasar sepucuk kad yang
dirampas Airil sebentar tadi. Kemudian, dia menghenyakkan punggung dengan kasar
pada tempat duduknya.
“So, where’s Khatijah?” Airil Kim buat mesra dengan bertanya soalan.
Airina buat dek.
“I’m just asking, where’s
Khatijah?” Ada nada sedikit keras
disitu.
Airina masih seperti tadi hanya
diam membisu seperti tunggul kayu.
Airil sudah gigit bibir menahan
geram. Selama dia hidup, belum ada lagi orang yang degil dan tidak mendengar
cakapnya. Baginya, Airinalah wanita pertama yang sukar ditundukkan dengan
ketampanannya. Ini yang membuatkan dia merasa tercabar!
“Kau ni pekak ke apa?”
Airina mendongak dan memandang
tajam tepat ke dalam bola mata Airil.
“Aku pekak ke, aku bisu ke kau peduli apa hah?”
“Aku tanya kau elok-elok, dimana
Khatijah.” Airil tidak mahu kalah.
“If you think you're very good, you
just go and find by yourself!”
“Apa masalah kau, hah? Perlu ke kau membabi buta macam ini? What’s
wrong with you?” Airil buat-buat tak faham. Tadi bukan main
lagi menyakat si Airina. Mahu si minah tu tak hangin satu badan. Sekarang tanya pula ‘what’s wrong?’ Memang siapa
tak sakit hati, kan?
“Aku rasa kau tersilap aju soalan.
Kau sepatutnya tanya diri kau. Kenapa dengan diri kau sendiri? Bukannya ajukan soalan tu pada aku. Sebab
dalam hal ni kau yang bermasalah!”
tempelak si Airina. Sakit hatinya yang sebelum-sebelum ini belum pun
terpadam, inikan pula sakit hati yang baru saja dia rasakan tadi. Memang taklah
kan, dia nak maafkan si ego seorang itu!
“Apa pula salah aku?” marah Airil dalam keadaan menahan ton
suaranya dari bergema terlalu kuat.
“Pat the chest, ask appetite!”
Tawa Airil Kim meletus dengan
jenaka Airina yang entah apa-apa. Mana tidaknya, tidak pernah lagi dia
mendengar peribahasa orang putih yang diucap Airina sebentar tadi.
“Bahasa orang putih mana kau
belajar ni, ha?” soal Airil sambil
memegang perutnya menahan tawa.
“Colombia punya dialek, kau apa
tahu?” getus Airina. Lalu, dia
menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
“Banyaklah kau!” tutur Airil.
“Jadi, tengahari nanti ada mesyuarat. Kau tak datang memang kau cari
mampus,” beritahunya sebelum melangkah.
“And one more thing.” Airil
berpatah balik seketika. “Aku nak
ingatkan kau supaya jangan terlampau taksub sangat dengan mawar yang entah
apa-apa ni. Kau tu tak layak terima bunga-bunga macam ini!”
Ayat itu merupakan ayat yang
terakhirnya sebelum berlalu meninggalkan Airina bersama mawar merah beserta kad
jiwang yang mampu membuatkan ibu mengandung, terbesalin ditengah-tengah shopping mall. Hah? Ye,
ke?
Airina sekadar menjeling. “Kalau sejak azali lagi tertulis yang mulut
dia macam itu, memang dah tak boleh nak repair
dah sekarang!” getusnya perlahan.
Dari jauh lagi sudah kelihatan si comel
bertudung bawal dengan senyuman yang sudah tentunya menambat hati sesiapa
sahaja yang memerhatikannya. Namun si
pemilik nama Khatijah itu bukanlah sembarangan bunga yang boleh dipetik oleh
tangan-tangan yang gatal, sebab si gadis ayu ni jenis yang kuat agama juga.
Solehah kate ko...
Khatijah melambai mesra Airina
yang menyapanya dari jauh dengan isyarat tangan. Nak tegur kuat-kuat macam
dekat rumah, karang kena penerajang dengan si half bald seorang tu.
Ala! Siapa lagi kalau bukan si pengetua
miang-miang keladi tu? Makin tua makin
menjadi-jadi!
“Ha, Rina! Habis mesyuarat, telefon akak tau. Akak
tunggu Rina dekat Pusat Sumber,” sapa
Khatijah tatkala jaraknya dan Airina tidak lebih dari suku kangkang kera.
“Eh, akak nak pergi mana pula
ni? Tak nak masuk ke?” Dahi Airina berkerut.
“Rina lupa eh? Inikan mesyuarat guru bahasa. Akak kan guru
‘perakaunan’, jadi mana boleh sertai sesuka hati aje mesyuarat bahasa macam
ini,” ujar Khatijah. Perkataan
perakaunan sengaja ditekan.
“La... habis Rina nak duduk dengan
siapa?”
“Tu! Cik abang awak si Badli tu ada.” Khatijah menjuihkan bibirnya ke arah Badli
yang kelihatan kecil pada pandangan mata. Jauhlah tu maknanya!
Airina berdecit. “Akak ni suka
mengusik tau,” rajuknya.
“Tapi akak tadi dari bilik
meyuarat tu, kan?” Airina menyoal pula.
“Iyelah! Akak nak jumpa cikgu
Airil. Ada hal sikit dengan dia,”
tingkah Khatijah.
“Dahlah! Rina nak masuk dulu.”
Khatijah ketawa kecil. Sudah faham
dengan perangai Airina yang akan buat muka apabila nama itu disebut-sebut.
Bukannya dia tidak tahu bahawa Airina alah dengan nama itu. “Sebut aje nama cikgu Airil, mesti cuak. Suka
eh?” Dia menyakat pula.
“Daripada layan akak yang semakin
hari semakin sewel ni, baik Rina
masuk ke dalam. Nak tick kehadiran.
Sekurang-kurangnya, Rina tak adalah catatan buruk disebabkan lambat ke
mesyuarat.”
“Dan catatan bergaduh dengan cikgu
Airil, kan?” Semakin berani Khatijah
mengusik si manis ikal mayang itu.
“Okeylah, Rina! Bubye...” Bagi mengelakkan kena marah dengan Airina,
Khatijah cepat-cepat angkat kaki.
“Isyyhh...” Airina bercekak
pinggang. Tak sempat pun dia hendak membalas kata-kata Khatijah dengan sebuah
cubitan senggolan, terus wanita itu melarikan diri. “Siaplah akak kejap lagi!”
Langkah Khatijah sekadar direnung
tajam sehingga hilang bayang-bayangnya. Kemudian, Airina bergegas masuk ke
dalam bilik mesyuarat memandangkan mesyuarat untuk guru-guru bahasa akan
bermula. Sempat dia menandakan kehadirannya sebelum melabuhkan punggungnya
disatu kerusi yang dia sendiri tidak tahu siapa tuan punya kerusi itu. Baginya
siapa cepat dia dapat!
“Nice to meet you...”
Airina terlopong dan tercengang
seketika. Suara itu sangat dia kenali. Serasa baru tadi dia mendengar suara
itu. Ya! Suara itu yang bertekak
dengannya tadi. Bukan sahaja tadi, bahkan setiap hari pada hari-hari
sebelumnya. Lantas, cepat-cepat dia menoleh ke sebelah kirinya. Dan alangkah
terkejutnya dia tatkala memandang si empunya suara.
Kenapa hidup aku perlu diselubungi
dengan bayang-bayang lelaki yang tak berapa nak lelaki ni? Hatinya merungut.
Ha! Tadi bukan main lagi main acilot siapa cepat dia dapat, kan? Lain kali nak duduk tu pandang kiri kanan.
Jangan main redah aje!
Airil yang tersenyum nakal
membuatkan Airina panas hati.
“Kenapa? Terkejut?” sakatnya.
“Kau ni dah tak ada tempat lain ke
nak duduk?” marah Airina dengan suara
yang tersekat-sekat mengawal intonasi suara.
“I think that is a question that I need to ask you. Not you asking me!” Airil mengajuk kembali kata-kata Airina pada
ketika mereka berdua berdebat dibilik guru awal pagi tadi. “Isn’t it?” Dia menyoal dengan nada menyindir.
Airina ketawa kecil. “And
why should you be here?”
“Pat the chest, ask appetite...” Airil mengajuk kata-kata Airina tadi. Makin
bertambahlah api kemarahan Airina.
“Kurang asam!” Airina gigit bibir menahan geram.
“Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Tak lupa juga salam satu Malaysia. Memandangkan waktu sudah
berganjak ke dua belas tengahari, saya rasa mesyuarat kita boleh dimulakan
sekarang.”
Airina sekadar memberi jelingan
maut kepada Airil yang mula beralih kusyuk mendengarkan taklimat ringkas dari
pengerusi majlis.
‘Berdedikasi dan berdiplin
konon!’ desis hatinya. Agak dengki
dengan kefokusan yang diberikan Airil terhadap apa yang pengerusi majlis sampaikan.
Airina menghempas tubuhnya di atas
tilam empuk jenama novo milik bekas
teman serumah Khatijah. Penat bukan kepalang. Nak-nak lagi sehari bertengkar
dengan si Airil. Apa punya perangai dia orang berdua ni. Masing-masing tidak
mahu beralah. Tak ada persefahaman langsung!
Ini kalau dikasi kahwin, nescaya
hilanglah kedamaian di dalam rumah tangga ibu dan juga abah Airina dek kerana
hari-hari perlu menerima aduan daripada si ‘baby’
kesayangan. Okey! Kita tutup cerita
merapu ini, dan kita dengar perbualan selanjutnya Airina dan juga Khatijah.
“Assalamualaikum...” Khatijah mengetuk pintu bilik Airina yang
sedia terbuka luas sejak tadi.
Airina yang hampir melelapkan
matanya terbantut perbuatannya itu. Dia mengangkat kepala dan mendapati
Khatijah yang memberi salam.
“Akak,” serunya. Salam sekadar
dijawab di dalam hati.
Khatijah menapak mendapati
Airina. “Boleh akak masuk?”
“Kaki dah masuk lima kangkang kera
dari pintu bilik, tanya boleh masuk ke tidak,”
sindir Airina. Susah bercakap dengan orang ‘cakap lepas’ macam si Airina
ni! Nasib baiklah Khatijah ni jenis
susah ‘sentap’. Kalau tidak hari-hari gamaknya si Khatijah ni merajuk.
“Sorry...” pintanya. “Penat sangat ke ni?”
“Sangat-sangat!” tutur Airina sambil matanya terpejam.
Lengannya terletak elok diatas dahi.
“Ada acara merentas desa ke dekat
sekolah tadi?” Khatijah agak kehairanan. “Tak, kan?”
“Entahlah, kak! Rasa letih giler hari ini,” luah
Airina.
Khatijah mengangguk. “Ha!
Mesyuarat fasal apa tadi?”
tanyanya. Baru teringat yang dia perlu pulang ke rumah lewat disebabkan
perlu menunggu si Airina pulang dari mesyuarat. Mengingatkan itu, dia juga
ingin mengetahui perkembangan dan perbincangan apa yang berlaku tadi.
“Oh...” Airina membuka matanya menatap wajah Khatijah
yang duduk bersila disisinya. “Tak ada apa. Fasal minggu bahasa nak dekat.
Selepas itu, dua bulan lagi ada
pertandingan bersempena bulan bahasa dekat sekolah yang terpilih nanti.
Jadi, setiap cikgu kena hantar seorang wakil.”
“Gila! Ramai kut!”
“Nanti sebelum pertandingan, kita
orang akan buat tapisan dan pemilihan. Yang terbaik kita hantar pergi
bertanding.”
“Untuk kategori apa tu? Bahasa Inggeris sekalilah ni?” Khatijah mengagak.
Airina angguk kepala. “Sajak, perbahasan, pidato dan debat,” beritahunya penuh yakin.
Khatijah sudah tarik senyum. “Akak
nak cuba buat skrip pidato bahasa Melayu boleh?”
“Akak?” Jari Airina tertuding ke arah Khatijah. “Nak
buat skrip pidato?” Dia beriak teruja
separa terkejut.
Khatijah mengangguk.
“Akak biar betul, kak...” Airina masih tidak percaya. Dari perakaunan
nak pergi ke karangan Bahasa Melayu. Memang pelik!
“Betullah ni! Akak ada bakat terpendam tau. Dulu akak
adalah masuk contest mengarang cerpen
dan artikel Bahasa Melayu tapi tak menang-menang pun. Memang masa tu akak frust giler-giler.”
“Artikel dan cerpen akak tu tak
berkualiti kut?”
“Rina sama aje macam abang akak.
Suka perlekehkan kebolehan akak.”
Khatijah mula rasa jauh hati bila mana kebolehannya dalam bidang
penulisan sejak darjah dua itu dipertikaikan.
“Merajuk pula...” Pipi Khatijah dicuit. “Akak buatlah apa akak suka. Nanti Rina suruh
Badli buat tapisan skrip pidato akak tu, eh?”
akalnya cuba memujuk.
“Betul ni? Janji?”
Khatijah meminta kepastian.
“Iye, janji!” Airina angkat
sumpah sebagai bukti janjinya kepada Khatijah.
Sedang itu telefon bimbit Airina
menjerit meminta diangkat. Sayup-sayup kedengaran bunyinya dari dalam tas
tangan Louis Vuitton miliknya.
Bab-bab bergaya memang serah pada dialah. Kiranya, dalam sekolahnya dialah guru
yang paling gedevas gitu!
Airina mencapai telefon bimbitnya
dari dalam tas tangan kemudian dia melirik skrin telefon sambil tersengih.
Lalu, dia menghalau Khatijah dengan isyarat tangan.
Khatijah sudah mengesyaki siapakah
gerangan yang menelefon si Airina sehingga mampu menyegar bugarkan dia yang
tadinya keletihan. “Badlilah, tu!”
“Syuhhh... syuhhh...” Airina menghalau manja.
“Tak apa! Akak ingat, Rina! Nanti akak kahwin, akak halau Rina
pula.” Khatijah angkat punggung dan
menapak keluar dari kamar itu dengan hati dan nada sayu yang dibuat-buat dengan
harapan Airina memujuknya. Namun sayang, tiada respon! Terus dia menutup pintu bilik Airina.
“Jangan bergayut lama sangat! Solat tu tiang agama!” Sempat Khatijah berpesan sebelum menutup
kembali pintu bilik Airina.
“Helo, wak...”
No comments:
Post a Comment