“Okeylah, kak! Nanti kita sambung berbual lagi. Rina ada
kelas sekarang.” Airina sudah berdiri
sambil berkemas sebelum berangkat.
“Ha, yelah!”
“Cikgu Airina!”
“Cikgu Airina!”
Serentak Airina dan Khatijah
menoleh. Bukan sekadar mereka berdua, malah semua guru-guru disitu memandang si
empunya suara yang tak tahu nak kawal ton suara. Memang tak boleh bawa ke
majlis rasmi. Buat memalukan kaum aje!
Apa keslah budak-budak dua orang
ni terpekik terlolong? Malu aku! Airina bersungut di dalam hati.
“Syyyhhtt!!!” Ada suara yang
menegur kasar. Bengkek aje hati si Zamri dan Man.
Khatijah sudah menggelengkan
kepala. Sudah masak dengan perangai si Man dan Zamri. Nak-nak lagi si Yana dan
Fairuz, bertambah huru-haralah setiap kali dia bertemu mereka. “Awak berdua ni
kenapalah? Suka buat kecoh,” tuturnya seakan mengeluh.
“Akak kenal ke dia orang berdua
ni?”
“Mahu tak kenal?” Dua orang pelajar itu ditenung sekilas.
Kemudian, semula dia memandang Airina. “Tahun lepas sekali aje akak masuk kelas
dia orang sebab nak gantikan guru matematik dia orang yang tak datang, tapi akak
ingat dia orang berdua sampai sekarang tau. Masa itu, ada dengan budak
perempuan dua orang nama apa ek?”
“Yana dengan Fairuz kut?” Man menyampuk.
Khatijah angguk kepala. “Ha, yelah
kut. Dia orang punya perangai, cukuplah buat akak kenal dan ingat dia orang
sampai sekarang. Nak ikutkan daya ingatan akak ni bukanlah kuat sangat. Pelajar
kelas akak pun masih ramai lagi yang akak tak ingat nama. Tapi dia orang empat
sekawan ni akak boleh ingat nama dia orang. Pelik bin ajaib!”
“Perangai teruk sangatlah
tu!” Airina jegil mata sambil bercekak
pinggang.
“Bukan teruk tapi nakal.”
“Nakai-nakai kami pun cikgu Airina, kami mampu buat cikgu Khatty
teringat pada kami dengan lawak jenaka kami. Tu yang buat kami ni
istimewa,” Zamri berseloroh.
“Lawaklah sangat!”
“Sejak bila pula akak ni bertukar
nama ala-ala barat?” Airina tersenyum
nakal kepada Khatijah.
“Rina dengarlah celoteh dia orang
ni. Dia orang ni memang tiga suku!”
Khatijah menjeling manja kepada Man dan Zamri.
Walaupun dia hanya mengenali Man
dan Zamri melalui kelas gantinya pada tahun lalu, namun tatkala berselisihan di
dalam kawasan sekolah, mereka saling bertegur sapa kerana Man dan Zamri pun
bukannya jenis bersuara emas. Hampir kesemua warga sekolah itu ditegur mereka
dek kerana masalah keturunan yang dibawa turun-temurun. Kalau yang ramah
terlebih ramah. Yang pendiam, pendiam sangat pulak dah! Haissyyhh!!!
“Tapi sedap juga nama Khatty,
kan?”
“Sedap-sedap juga cikgu Airina cun
melecun. Kami dua ni mai ada hajat.”
“Lupa pula saya!” Airina tepuk dahi. “Tapi sekarang saya ada kelaslah.” Wajah Man dan Zamri dipandang silih berganti
dengan raut serba salah.
“Habis macam mana cikgu? Kita orang masa free sekarang ajelah. Lepas ni kita orang ada subjek teras
pula.” Man seakan mengeluh. Ada nada
hampa disitu.
“Awak masa P&P apa sekarang?”
“Sivik direct dengan PJ. Kira tiga masa kita orang free,” temberang Man.
Walaupun kedengaran jujur, walhal dia orang ponteng waktu P&P Kimia dan
Matematik Moden kerana tak siap kerja sekolah!
“Tapi sekarang saya ada kelas.
Macam mana ek?” Airina berfikir sejenak
cuba mencari idea bernas dalam kekalutan.
“Haru lagu ni!” Zamri sudah mula gelabah.
Mampuihlah aku kena hantaq pi
sekolah pondok kalau pak aku tau markah BM aku kosong! Hatinya sudah dilanda resah.
“Habis macam mana cikgu?”
“Padan muka! Masa meniru tak ingat dunia. Sekarang dah
jadi macam ini baru nak terhegeh-hegeh.”
Terkeluar sudah suara garang Khatijah. Kalau sebelum-sebelum ini
suaranya ayu-ayu bak ‘Ayu Ting-Ting’ , tapi sekarang suaranya sudah ada aura
lelaki yang sedang mengamuk. Eh, ye
ke?
“Sekali-sekala cikgu Khatty.
Bukannya selalu.” Dalam kena marah,
masih sahaja ingin menyampuk.
“Senang aje cakap bukan selalu.
Bila tak disiplinkan diri dari sekarang memang sampai bila-bila nanti tabiat
meniru tu jadi berkala-kala.”
Man dan Zamri tertunduk tanpa
sebarang kata tatkala ditazkirahkan oleh Khatijah. Agak terdiam mereka berdua
bilamana mendengarkan Khatijah agak keras menasihati mereka. Khatijah bukanlah
guru yang terlampau garang atau terlalu sporting,
namun tatkala dirasakan wajar dia bertindak sebegitu, maka haruslah dia
bertindak sedemikian rupa.
“Dengar tu! Lain kali buatlah lagi. Saya pun teruja juga
nak tengok awak berdua diam membisu macam ini. Pertama kali dalam sejarah
apabila awak berdua diam tak terkutik.”
“Tak apalah, Rina. Macam ini. Rina
tinggalkan si Man ni pada akak sebab akak tak ada kelas sampai masa P&P ke
empat.” Khatijah mengusul. Alang-alang
boleh dia tazkirahkan si Man ni biar sampai kerinting bulu telinga dia. Baru
dia tahu langit tinggi ke rendah.
“Nanti dia orang meniru
lagi.” Airina bersungut.
“Man, akak yang handle. Si Zamri pula Rina kasi Badli
yang handle. Itu pun kalau dia free. Cer Rina telefon dia.”
Airina mengangguk. “Bagus juga idea akak. Rasanya Rina pergi
dululah kut sebab Rina tak ada nombor dia.”
“Kalau cikgu Badli tak ada macam
mana?” Man agak gelabah dan kalut.
“Kosonglah markah awak
berdua...” Khatijah menyakat dengan nada
meleret.
“Tidak!!!”
“Saya nak minta tolong awak handlekan pelajar ni,” pinta Airina dengan wajah berharap.
Badli mengerut dahi. Wajah Zamri
dipandang sekilas dengan raut kehairanan. “Handlekan
macam mana?”
“Just watching him.”
“For what?” Badli semakin
bingung. Tak ada kerja nak mencari kerja dengan menonton wajah si montel
dihadapannya itu. Huh! Memang dia suka!
“Ujian. Sebab saya ada kelas sekarang.
Kawan dia ni yang lagi seorang, akak Khatijah yang handlekan.”
“Kenapa jauh sangat dia orang
berpisah? Kenapa tak joinkan dia orang dalam bilik guru tu
aje? Kan senang?”
“Kes meniru!”
“I see...” Badli sudah mula
faham seraya mengangguk. Wajah Zamri diusyar tajam. “Tapi kes meniru mana boleh
diberi peluang untuk menjawab soalan semula. Tak adil namanya.”
“Saya pun bukannya sesuka hati nak
bertindak macam ini. Tapi saya rasa simpati pula pada pelajar saya ni. Actually, dia baik sebenarnya...”
Belum sempat Airina menghabiskan
ayatnya, Badli sudah memulakan ceramahnya.
“Dalam exam tak kira baik ke
tidak. Ia mengira sama ada seseorang pelajar itu boleh menguasai apa yang
dipelajari dan ia merupakan penentuan bagi mengenal seseorang pelajar itu rajin
atau pun malas!”
“Even, kalau pelajar tu budak jahat sekali pun, tapi dia jujur dalam exam memang dialah pelajar yang patut
dicontohi,” ujarnya penuh hikmah. Acewah!
“Ye, saya tahu. Tapi kali ini aje. Awak tolonglah saya. Saya
kesiankan pelajar saya.” Airina merayu
dengan sesungguh-sungguhnya. Dia menjadi serba salah bila mana mengenangkan
sejarahnya dulu yang suka meniru. Sepatutnya Man dan Zamri diberi peluang kedua
seperti dia dahulu. Dan sekarang dia kini buntu!
“Okey! Tapi saya harap ini yang terakhir sebab orang
lain akan anggap awak sebagai guru yang tak professional.” Badli mengingatkan.
Airina tarik sengih dalam
kekelatan. “Thanks...” Ucapnya.
“Just only for you.”
Tanpa sedar Badli membisikkan itu
dengan romantis dan membuatkan Airina sedikit terkejut dan blur. “Hah?”
Lelaki berjanggut halus atas dagu
itu beralih kepada Zamri pula.
“Zamri...” Dia memanggil panjang
nama itu tatkala membaca tag nama pada poket kemeja Zamri. “Mari!
Saya ganyang awak cukup-cukup,”
gertaknya seraya menajamkan bebola matanya tepat mengenai ke dalam mata
Zamri.
“Awak jangan apa-apakan pelajar saya
pula.”
“Saya melawak ajelah.”
“Sayang juga awak pada pelajar awak,
kan?”
“Mestilah! Sayakan penyayang orangnya,” seloroh Airina sambil tergelak kecil.
Badli ketawa berdekah-dekah. Entah
apa yang lawak pun aku tak faham!
Kontrol hensem aje depan gadis si ikal mayang yang comel ini.
“Duk buat sweet pulak dah...” Zamri
berbisik sendiri. Giginya dikancingkan melihat kemesraan antara sepasang guru
Bahasa Melayu itu. Bengkek hatinya! Si
cikgu Badli tu duk buat macho buleh...
Dia agak kelam kabut menuruni setiap
anak tangga dengan kasut bertumit halus kesayangannya. Dia perlu segera ke
kelas 4 Perdagangan. Tahu sahaja dia kelas itu bakal melakukan hal-hal yang
diluar jangkaan dan kawalan. Kelas
paling kontroversilah katakan! Dalam sehari, ada aje masalah yang dilakukan
oleh sebilangan besar pelajar kelas itu. Ada yang kena tangkap basah. Merokok
punya hal! Gaduh! Dan yang paling terbaru kes hidu gam.
Memang budak-budak zaman sekarang
ni setiap perilaku mereka perlu diperhati dan dikawal ketat setiap pergerakan
mereka. Andai kata setiap remaja sudah rosak akhlak dan tingkahnya seperti apa
yang terpampang di dada-dada akhbar, nescaya porak perandalah Malaysia. Namun,
ianya masih belum terlambat. Meskipun, pepatah mengatakan ‘melentur buluh biar
dari rebungnya’. Tapi andaikan rebung sudah menjadi buluh, sekurang-kurangnya
buluh masih boleh dibuat lemang.
Keadaan tangga yang agak licin
membuatkan Airina tidak dapat menyeimbangkan tubuhnya. Mulutnya terlopong saat
merasakan tubuh kecilnya itu hampir melayang dan bakal tergolek-golek seperti
dalam kebanyakan drama hindustan yang memaparkan adegan heroin
‘golek-menggolek’ di atas tangga.
Saat merasakan tubuhnya hanya
seratus dua puluh darjah ke lantai, dia hanya memejamkan mata. Bukannya pasrah,
tetapi berlagak tenang! Tidak sampai
satu minit, Airina cepat-cepat membuka kelopak matanya yang rapat tatkala
merasakan ada deruan nafas yang menampar ke wajahnya.
Ternyata Airina beriak terkejut
bila mana mendapat tahu tubuhnya sudah selamat mendarat dalam pangkuan seorang
kakitangan sekolah itu yang paling dibencinya. Merasakan adegan saling tenung menenung
agak lama seakan-akan di dalam sinetron, terus Airina cuba mengangkat tubuhnya.
“Very annoying , bila tolong orang tapi orang tu memang don’t know how to say two words like thank
you!” Airil bersuara geram tatkala
Airina sudah menapak ingin berlalu begitu sahaja tanpa mengucapkan apa-apa
patah kata.
Langkah kaki Airina berhenti serta
merta. Kemudian, dia menoleh ke belakang untuk mencari wajah si pemilik suara
yang menjengkelkan itu. “Ada aku
kisah?” getusnya.
“Yes! You need to take note! Orang
yang pekak lagi bisu teringin nak bercakap walaupun satu perkataan. Kau yang
ada mulut tu hanya dua perkataan aje tak reti nak sebut, memang kau ni
mengalahkan orang pekak bisu!”
“Kau tak payah nak berceramah
boleh tak? Kau cari salah orang tapi tak
sedar yang kau tu lagi teruk dari aku?
Kau tu ada mulut tapi tak reti nak hormat orang. Hal kecil pun jadi isu.
Memang kau ni lagi teruk dari binatang!”
Airina menempelak si Airil. Mengata orang, si Airil tu lagi teruk
orangnya.
“Seteruk-teruk aku, at least I knew how to be thankful to
someone that help me! Not like you!”
“Is it very important to me to apologize someone queer like you?” Airina ketawa sinis. “Wasting my time!” Pekat ayat
itu disebut diselang amarah. Cukuplah ianya membuktikan kehebatan amarahnya
terhadap si lelaki durjana itu.
“Aku dah tolong kau dari
tersungkur tadi, bukannya nak berterima kasih. Kau tahu tak itu menunjukkan aku
seorang yang prihatin dan gentleman?” Airil Kim masih mahu membela dirinya.
Walaupun, mengikut penilaian dari segi aspek kerohaniah dan kejasmanian, sebenarnya
dua-dua mereka yang salah. Masing-masing sama-sama ego. Hehe...
“Gentleman?” Airina sudah
kecut perut menahan tawa. “Lelaki ke kau
ni? Setahu aku, seorang gentleman akan bersikap rendah diri dan
lemah lembut terhadap wanita. Tapi aku tengok kau ni macam p.o.n.d.a.n.”
Satu persatu perkataan ‘pondan’ disebut satu persatu.
“Kereta pun merah jambu. Mulut pun
laser mengalahkan bapok, memang tak
kenalah kan, gelaran gentle tu pada
kau. Apatah lagi gelaran man. Lagi
tak sesuai!” tambahnya dengan nada
mengejek.
“Watch your mouth! Ringan aje tangan aku ni nak mencilikan
mulut tebal kau tu la!”
“Tebal-tebal bibir aku pun, orang
cakap seksi macam Angelina Jolie tau. Tapi bibir aku ni bukannya tebal sangat.
Mungil sikit aje.” Airina tidak mahu
kalah. Ada sahaja ayat yang mahu dikatakannya.
“Hei! Dahlah! I had been wasting my time on being debated
with someone like you!” bentak
Airina pula. Dah macam lagu Adele pula bunyinya.
“Blahlah kau! Kau ingat aku
hadap sangat nak bazirkan masa kau yang tak bernilai tu?”
Airina menjeling sekilas dan terus
kakinya dilangkah menuruni setiap anak tangga dengan lebih waspada agar adegan
tadi tidak akan berlaku lagi.
“Gila punya perempuan! Tak pernah aku jumpa lagi perempuan yang
mulut macam dia ni!” Terjerit Airil Kim
sengaja mahu membengkekkan lagi hati si gadis comel itu tadi.
No comments:
Post a Comment