Hampir
seminggu Ezahra tidak ke tempat kerja akibat trauma. Fayyad juga begitu, hanya
menemani Ezahra hampir seminggu di rumah mereka. Walaupun ada kerja dan kelas,
terpaksa dia skip kerana risau jika
sesuatu berlaku dirumah tanpa keberadaannya.
Sejak kejadian tempoh hari, dia
sudah tidak berani meninggalkan Ezahra keseorangan meskipun kawasan perumahan
mereka merupakan kawasan yang sibuk.
Ezahra
menikmati makanan yang disediakan oleh Fayyad. Perlahan-lahan dia makan sambil
termenung.
Tersentuh
hati Fayyad melihat wajah si isteri. Dia tahu Ezahra masih memikirkan tentang
peristiwa separuh hitam itu. Dia mula bersuara untuk memujuk, “makanlah,
Ezahra. Makanan tu rindu dekat awak. Awak jangan fikirkan sangat. Lupakan aje
semua. Baik buruk awak, saya terima seadanya.”
Ezahra
panar dengan kata-kata Fayyad. Sampai begitu sekali? Sedangkan dirinya hampir dirogol pun Fayyad
masih melayannya seperti puteri. Bukan setakat memasak, malah serba serbi
lelaki itu lakukan untuknya walaupun terkadang mulutnya banyak songeh namun dia
tahu lelaki itu ikhlas menjaganya.
“I
bukan ingatkan hal itu. I sayang nak makan.”
“Kenapa
pulak sayang?”
“Kalau
I makan, nanti tiba-tiba makanan ni hilang. Tiba-tiba makanan ni habis,” tingkah Ezahra dengan mempamerkan wajah
sugul.
“Hilang
dalam perut awaklah. Isk! Menarik punch line awak. Dah pandai dah sekarang
buat komedi. Bagus! Ada peningkatan. Ini
bermakna saya mentor yang baik untuk awak,”
riak Fayyad bersahaja lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Ezahra
tarik sengih kecil.
“Makanlah.
Tak payah sayang. Kalau habis, saya masak lagi. Saya tahulah masakan saya sedap
tapi janganlah tak nak makan. Makanlah. Rugi tak makan makanan sedap. Malam
nanti mengigau pula cari mana makanan abang?
Mana makanan abang?”
Ezahra
senyum lalu menggagahkan diri untuk makan.
“Err… Ezahra. Saya ada doa nak beri pada
awak. Doa supaya terhindar dari kena ganggu dengan orang lelaki.”
Ezahra
tarik sengih sumbing.
“Tapi
kalau doa saja, tak ikhtiar tak guna juga. Errr…
ikhtiarnya. Awak kenalah ikhtiar berpakaian menutup aurat kerana Allah Taala.
Dan akhir sekali, awak bertawakal pada Allah. Kita doalah, ‘ya Allah,
sesungguhnya aku menutup aurat keranaMU, maka kau lindungilah maruah dan diriku
daripada diganggu lelaki-lelaki jahat’. Insya-Allah, nanti Allah perkenankan.
“Tapi
ada doa khusus, nanti saya cari balik. Saya tak ingat sebab saya tak baca
doa-doa macam itu. Saya, kan lelaki. Mana ada lelaki nak ganggu saya.”
“Baca
ajelah. You ingat zaman sekarang ni lelaki pandang perempuan aje ke? Lelaki pun pandang lelaki juga.”
Fayyad
ketawa geli hati. Pertama kali si isteri buatnya ketawa besar sebegitu. “Berani dia orang pandang saya, saya smack down dia orang dulu. Apa barang
ikut jalan belakang? Itu orang panggil
lelaki dayus! Hahaha.”
Ezahra
mengecilkan matanya memandang Fayyad.
Tawa
Fayyad mati begitu sahaja. Dia mengangkat kening sambil mempamerkan wajah
serius. “Apa? Janganlah goda saya pulak,” ujarnya.
“Siapa
goda?”
“Tu.” Fayyad menjuihkan bibirnya ke wajah
Ezahra. “Buat mata seksi macam itu.”
Ezahra
bingkas bangun dari duduk. Wajah Fayyad dijeling. Namun, jelingannya tidak
seperti sebelumnya. Kalau dulu dia menjeling dengan jelingan maut. Tetapi kali
ini matanya itu seakan sudah tiada kudrat untuk menjeling maut.
“Ajar I mengaji.”
“Hah?” Fayyad dengan wajah stim agak termangu-mangu
dengan permintaan si isteri. Biar betul?
Selalunya Ezahra pantang diajar memandangkan dia berkelulusan peringkat Master. Segala apa yang dia lakukan
adalah betul belaka dan tak ada silap. Jadi, orang lain tidak boleh menegurnya.
Malahan
si Ezahra jenis yang ego. Tak tahu macam mana pun, dia tidak akan minta tolong
orang untuk mengajarnya. Dia akan berusaha sendiri sehingga boleh. Maka, ini
menimbulkan kepingaan si Fayyad.
Ezahra
mengangkat kening tanda sedang menantikan jawapan si Fayyad.
“Nak
ajar ke tak?”
“Hah?” Fayyad kaku lagi. Perlahan-lahan dia tarik
sengih. “Boleh-boleh! Boleh
sangat.” Kini senyumannya makin lebar.
Seronok apabila perubahan si isteri yang semakin positif.
“Kejap! I ambil Al-Quran dalam bilik I.” Ezahra bingkas bangun lalu menuju ke
biliknya.
Fayyad
mengangguk.
Ezahra
muncul semula di ruang tamu itu bersama Al-Quran ditangan. Tiada riak senyuman
namun wajah seriusnya membuatkan Fayyad suka. Al-Quran yang dipegang itu adalah
pemberian Fayyad sebagai hantaran perkahwinan kepada Ezahra beberapa bulan
lalu.
Fayyad.
Bersama wanita itu, dia belajar benda baru. Luarannya jarang tersenyum tetapi
dalamannya ada sisi baik. Orang cakap, ‘don’t
judge a book by it’s cover’. Yang senyum diluar terkadang dalam hati penuh
hasad. Sedangkan yang marah diluar, terkadang dalam hati tersemat kebaikan yang
orang lain tidak tahu.
Ezahra
menyelak surah Al-Fatihah lalu diperdengarkan bacaannya kepada si suami. Dia
memulakannya dengan membaca doa dihindari dari syaitan lalu membaca basmallah.
Bacaan surah Al-Fatihah diteruskan sehingga habis.
Fayyad
tersenyum sumbing sambil memandang Ezahra apabila wanita itu selesai membaca
surah Al-Fatihah. “Masya-Allah… effort tu ada. Tapi bacaan tak berapa
kena sangat.”
“Betullah
I baca. Ustazah I ajar dulu.”
“Bila
ustazah awak ajar?”
“Masa
I darjah tiga.”
Fayyad
menepuk dahi. Lama gila! Tak silap dua
puluh tahun lebih ketika isterinya masih berada di darjah tiga. “Masya-Allah!
Lamanya! Lepas tu dah tak upgrade ilmu agama ke?” soalnya.
“No!”
jawab Ezahra sepatah dengan wajah serius.
“Awak
alif dengan ain pun bunyi tak ada beza. Zhal, zhai, zho pun tak ada beza. Part yang ada syaddah tak tekankan. Part yang kena dengung, awak tak
dengung. Part yang wajib berhenti
awak lajak macam bawa kereta tak berhenti masa traffic light tengah merah.”
Ezahra
menggigit bibir geram. Geram dengan si Fayyad yang suka mengkondem dirinya.
Bisa mulut berapi lelaki itu mengalahkan bisa king cobra. “You, ni
kan! I suruh you ajar I mengaji bukan…”
“Tengah
ajarlah ni,” celah Fayyad laju.
“Dengan
malukan I macam ini?” tempelak Ezahra.
“La,
awak malu ke? Dengan tok guru jangan
malu-malu. Nama pun belajar, kan?
Memang tok guru kena perbetulkan mana silap. Kalau tak tegur, mana nak
tahu benda tu salah ke tidak. Lagi pun tak ada orang, jadi jangan malu-malu,
okey. Awak isteri saya, saya jaga aib awak.”
“Nak
ajar-ajar ajelah. Tak perlu nak buat perumpamaan konon bacaan I macam naik
kereta langgar traffic lightlah,
apalah. Sakit hati I dengar!” marah
Ezahra. Marah betul dia. Baru nak mencari pahala dah kena tembak dengan mulut
naga si suami.
Fayyad
ketawa kecil. “Oh, ya ka? Minta maaf. Saya tak sengaja. Terkeluar
spontan dari mulut. Tok guru minta maaf ya andai melukakan hati anak murid.”
Ezahra
menjeling.
“Ha! Jeling-jeling! Korek biji mata nanti.”
“Bismillahirahhmanirrahim…”
“Eh,
nak baca apa pulak tu?”
“Surah
Al-Baqarahlah.”
“Tak
payah, tak payah! Nanti dulu. Belajar
alif, ba, ta balik. Huruf pun awak tak reti bezakan bunyi lagi ini nak teruskan
surah Al-Baqarah pulak.” Fayyad bertegas. Risau betul dia dengan
bacaan si isteri. Dahlah silap, laju pulak
tu! Tak tahulah kapal terbang jenis apa
yang digunanya. Laju betul!
Kening
Ezahra semakin berkerut. “Tak reti
bezakan apa pula? Betullah I baca tadi.”
“Huruf
alif dengan ain, ada beza bunyinya. Huruf sin dengan tsa, ada beza. Banyak
lagilah. Baca iqra’ baliklah kalau macam ini caranya. Isk! Sembang kencang belajar sampai Master, bahasa omputih kemain lagi, tapi
bila suruh mengaji, bedal suka hati aje.”
“Tengok! You, ni kan tak perlulah nak kutuk-kutuk I.
Daripada I nak belajar mengaji terus tak jadi!
Dahlah! I cari ustaz lain ajelah
yang boleh ajar I.” Tanpa membuang masa
Ezahra menutup Al-Qurannya. Papan rehal juga ditutup sebelum berdiri untuk
meninggalkan si suami.
“Eh-eh! Nanti dulu!
Benda boleh bincang. Janganlah cari ustaz lain. Belajar dengan saya aje.
Saya cuba tak kutuk awak lagi. Saya tak sengaja. Benda spontan keluar.”
Ha!! Baru nak kalut si Fayyad, apabila Ezahra
mengatakan bahawa dia hendak mencari ustaz lain untuk mengajarnya. Padan muka!!
Ezahra
menghentikan langkah kakinya lalu dia memandang Fayyad. “I rasa macam nak stapler aje mulut you tu. Kalau tak boleh nak bercakap benda baik,
lebih baik berdiam diri.”
Peng, peng, peng! Si Fayyad terdiam. Menusuk ke dalam qalbu betul
kata-kata si isteri. Dia mengetap bibir sambil menggaru kepala.
Ezahra
menjeling lalu melangkah pergi.
“Mengajilah
dulu. Tak habis mengaji lagi dah cabut lari. Kesian tok…”
Dum!!
Tersentak
tubuh Fayyad kerana terkejut. Dia menggigit bibir. Mahu tercabut juga
jantungnya. Silap-silap terkena penyakit jantung di usia muda.
“Patutlah
daddy dia sakit jantung, agak-agaknya sehari dua puluh empat jam dia hempas
pintu macam itu,” kutuknya perlahan. Dia
melepas keluh berat sebelum berdiri untuk ke biliknya.
No comments:
Post a Comment