Fayyad membawa bersama bungkusan makanan
ditangan sambil langkah menuju ke pejabat Ezahra sambil tersenyum riang. Suka
betul kalau nak jumpa si buah hati. Padahal tak sampai dua belas jam aje tak
jumpa si isteri tetapi rindunya tidak terkata.
“Kau nampak tak tadi? Cik Ezahra tu bukan main seksi. Kejap pakai
tudung. Kejap tak pakai tudung. Kalau hari tak pakai tudung tu bukan main seksi
lagi.”
“Haahlah… isk! Kalau aku jadi dia, aku malulah. Tak ada
perasaan malu ke buat macam itu? Tak
fikir tanggapan orang? Ingatkan betul-betullah
dia dah berhijrah. Tapi rupanya hampeh!”
Senyuman dan langkah kaki Fayyad
mati serta merta apabila mendengarkan nama si isteri disebut-sebut. Dia menggaru
kepala. Ezahra buat hal lagi!! Dia
menonong menuju ke bilik Ezahra.
“Mana Cik Ezahra?” Kalut Fayyad menyoal tatkala tiba di meja
setiausaha Ezahra.
“Cik Ezahra pergi melawat tapak
projek.”
“Dengan siapa? Dekat mana tapak projek tu?”
“Dia pergi sorang. Mmm.. tapak
projek tu dekat Hulu Langat.”
“Hulu Langat?” Dahi Fayyad berkerut seribu dengan wajah tak
puas hati. “Seorang?”
“Yup!” Wanita itu mengangguk.
“Dia pakai baju… apa?” Teragak-agak Fayyad menyoal lagi. Dalam hati
berdoa agar apa yang didengarnya tadi tidak betul. Hatinya semakin berdebar.
“Err…
skirt paras lutut.”
“Tudung?”
Setiausaha Ezahra sekadar menggeleng
dengan wajah serba salah. Dia menggaru kepala. Dah tahu pakai skirt paras
lutut, takkan nak pakai tudung pula, kan?
Fayyad menumbuk meja perlahan.
Dadanya kini berombak kencang. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa tidak sedap
hati. Dia perlu ke sana. Tak kira jauh atau dekat. Dia memang tak boleh nak
menenteramkan hatinya saat ini. Firasatnya merasa lain macam.
“Makanan ni saya tinggal dekat sini
dulu, ya?” ujarnya pada setiausaha
Ezahra sebelum berlalu meninggalkan ruang itu.
Tadi Fayyad sempat
meminta setiausaha Ezahra menghantar waze
melalui whatsapp. Dia sudah sampai di
tempat yang dimaksudkan. Setibanya di lokasi yang dimaksudkan, dia terlihat
akan kelibat Perodua Kelisanya yang berwarna biru. Namun apa yang mencurigakan,
keretanya itu terparkir jauh dari tapak projek.
Fayyad memberhentikan motosikal yang
ditunggangnya bersebelahan Perodua Kelisa itu. Dia menongkat motosikalnya.
Belum sempat dia turun dari motosikalnya itu, tiba-tiba…
“Aaaaarrrgggghhh!!! Tolong… tolo…”
“Ezahra?!!” Fayyad menanggalkan topi kaledarnya lalu
bergegas turun dari motosikal.
“Ezahra!!!” jeritnya lagi.
“Tolong…”
Fayyad yakin itu suara Ezahra. Dia
berlari mengikut arah jeritan itu. Dia menyebal geram lalu berlari ke dalam
semak.
“Hoi!!! Tak guna punya jantan!” Dia berlari lalu menarik baju lelaki itu dari
belakang. Kepala lelaki itu ditumbuk.
Fayyad. Dia nampak apa yang lelaki
itu cuba lakukan pada isterinya. Lelaki itu menindih tubuh Ezahra yang
terkulai. Kalau dah main tindih-tindih ni kerja apa aje? Takkan nak buat bangunan?!
Lelaki itu terbaring terus ke atas
tanah. Dia menutup wajah supaya tidak terkena bedalan tumbukan Fayyad.
Fayyad
menindih tubuh lelaki itu. “Kau buat apa
dekat bini aku? Kurang ajar!!” Dia betul-betul marah akan lelaki itu.
Bertalu-talu tumbukan hinggap ke wajah lelaki itu.
“Aduh!! Sakit. Saya janji tak buat lagi.” Menyeringai lelaki itu menahan sakit. Dia
menutup wajahnya lagi.
Dari terbaring, Ezahra duduk. Dia
menarik bajunya yang koyak dibahagian bahu. Seketika dia meraup wajah. Trauma
dan serik akan apa yang berlaku.
“Dia bini akulah bangang!!! Kau
apa hal kacau bini aku?! Kalau dah kebulur sangat, kau berambuslah
balik tempat kau. Jangan kacau bini
orang.” Baran Fayyad betul-betul menggila.
Dia bagaikan dirasuk setan saat ini. Tiada apa dalam fikiran melainkan sakit
hati kerana isterinya hampir sahaja dirogol oleh lelaki itu. Dia tidak boleh
terima!!
“Maafkan saya. Saya tak tahan…”
“Aku tak tahu nak cakap apa dengan
kau! Aku cuma nak bunuh kau aje sekarang
ni!!” lampias Fayyad bengang.
Hampir lunyai lelaki itu dibuatnya.
“Maaf…”
“Aku bawak kau pergi balai!”
Lelaki itu mencantumkan kedua telapak
tangannya sambil mempamerkan wajah kesian.
“Saya janji tak buat lagi, bang!”
“Kau ingat aku percaya ke?!”
“Fayyad, lepaskan dia…”
Fayyad pantas menoleh ke kiri
mencari wajah si isteri. Panas aje hatinya mendengarkan kata-kata yang terbit
dari mulut si isteri. Senangnya nak lepaskan lelaki yang hampir-hampir nak
rosakkan maruah orang. Dia tak boleh terima!!
“Lepaskan awak cakap? Dia hampir
perkosa awak!”
“Silap saya…” Ezahra menunduk dengan dahi berkerut. Dia
tidak menangis. Dan tidak mampu menangis.
“Silap tak silap, ini kesalahan
dia!”
“You boleh bayang tak, I yang akan
malu kalau you report polis. Mana I
nak letak maruah I?”
“Tapi…”
“I yang salah sebab ingkar cakap
you. I yang salah…” Tanpa memandang
wajah suami, Ezahra mengakui silapnya. Memang dia yang salah. Mungkin ini
balasan terhadap isteri nusyuz sepertinya.
“Kalau kita tak report polis, tak mustahil dia akan buat benda yang sama dekat
orang lain.” Fayyad bertegas.
“Dia dah janji tak nak buat lagi,
kan?”
“Ezahra Binti Khalid! Lelaki bukan macam apa yang awak fikirkan.
Nafsunya pada wanita. Kalau dah ketagih sangat, tak mustahil orang lain pun dia
bedal. Saya lelaki juga, dan saya tahu nafsu lelaki macam mana.”
Ezahra menepuk tanah dengan kedua
tangannya. Dia pandang wajah Fayyad dengan wajah tidak puas hati.
“Habis?! You nak biarkan I malu? Biarkan satu Malaysia tahu anak Tan Sri
Khalid dan isteri kepada you hampir diperkosa?
Mana nak letak maruah I? Imej
syarikat. Lepas ni, semua orang dalam syarikat tu, pelabur semua pandang serong
pada I. Itu yang you nak ke?” Tiba-tiba
suaranya meninggi.
Diam.
“Lagi pun, dia tak sempat apa-apakan
I. Dan you pun dah pukul dia, kan?
Anggaplah semua dah selesai. I tak nak panjang lebarkan lagi hal ni.”
Fayyad mendiamkan diri, lama. “Kali ni, aku lepaskan kau! Lepas ni kalau aku dengar dan nampak lagi kes
macam ni, mampus kau aku kerjakan!!”
“Saya janji tak nak buat lagi.”
Fayyad melepaskan kolar baju lelaki
itu. Lalu kepala lelaki itu pun terhentak ke atas tanah. Sebelum berdiri dan
meninggalkan lelaki itu, dia sempat menghadiahkan sebuah penumbuk padu.
Fayyad memecut laju
keretanya. Hatinya sedang membara saat ini. Dia tidak dapat melupakan kejadian
tadi. Bayangkan semuanya berlaku depan matanya. Depan mata!
Menyesal
dia tak bunuh lelaki itu. Stereng yang dipegang, ditepuk-tepuk geram seraya dia
menjerit, “arrrggghh!!!!”
Ezahra. Dia memeluk tubuh sambil
termenung. Lengannya dipukul-pukul perlahan. Tiada riak marah namun kelihatan
raut trauma pada wajahnya yang kelihatan. Fayyad yang sedang menggila disebelah
sedikit pun tidak dipandang. Dia dapat rasakan lelaki itu sedang marah padanya.
Mungkin ini balasan atas dosanya kerana ingkar cakap suami.
Dia ingin menangis. Tetapi sudah
lebih lima belas tahun air matanya tidak mengalir. Entah kenapa air matanya
beku. Sebak didadanya. Sebak kerana kesucian yang dipertahankan seumur hidup
hampir diragut oleh seorang lelaki seperti itu!
“Kita report polis.”
“You tak dengar ke I cakap
tadi? Kalau I report polis, mana I nak letak maruah I?”
“Sekarang baru nak fikir pasal
maruah? Yang awak pakai macam ini kenapa?” tempelak Fayyad geram. Hidungnya kembang
kempis menyedut udara.
“You jangan nak salahkan I. Benda
dah nak jadi mana I tahu.”
“Senang aje cakap benda dah nak
jadi! Kalau awak tak pakai macam ini,
benda ni tak jadilah!”
“Yang penting I selamat sekarang.”
“Kalau tak selamat tadi macam
mana?” Fayyad menyoal geram. Ezahra
seolah merelakan dirinya diperlakukan seperti itu. Mana perginya rasa maruah
seorang wanita?
“Dahlah! Anggap ajelah benda ni dah settle. Lagi pun kalau I pakai tudung
pun, kalau dia nak rogol I, dia tetap akan rogol!”
“Senang aje bercakap. Tak rasa
menyesal? Huh! Parking
kereta dekat semak yang jauh dari tapak projek. Dah kenapa? Awak tu perempuan, macam-macam boleh
jadi!” Fayyad masih lagi mengungkit
kerana tidak puas hati.
Ezahra menggigit bibir menahan
geram. “You nak bising-bising ni
kenapa? Dia nak rogol I, bukannya nak
rogol you.”
Fayyad memberhentikan keretanya
serta merta. Mujur tiada kenderaan di belakang, kalau tidak memang nahas aje
terima padah.
“Sebab
dia nak rogol isteri saya!!! Sebab tu
saya marah!! Saya pun tak pernah sentuh
isteri saya, inikan pula orang lain yang nak sentuh isteri saya. Memang saya
naik anginlah!!”
Terkedu Ezahra dibuatnya. Lama dia
memandang Fayyad dengan wajah cuak. “I
nak balik.” Tiba-tiba dia bersuara
mengendur. Dia kembali memandang ke depan.
Fayyad mula sayu melihat wajah
isteri. Dia mula rasa serba salah kerana meninggikan suara. Sepatutnya dia
faham akan situasi Ezahra dan memberikan ruang untuk wanita itu berehat, tetapi
dia pula marah-marah menyalahkan si isteri. Siapa aje yang tak tertekan, kan?
“Saya minta maaf…”
Diam.
Fayyad menunggu
kedatangan dua adiknya. Tadinya dia menelefon Fawwas untuk datang bersama
Farhana. Dia perlukan Farhana untuk memujuk Ezahra yang berada di dalam bilik.
Dia lelaki. Dia tidak pandai memujuk. Mungkin dengan Fayyad, wanita itu segan
untuk bercerita.
“Masuklah, adik. Teman Kak Ara.
Tengoklah dia nak apa-apa. Tadi Along ada belikan makanan. Ajak Kak Ara makan
sekali. Kalau dia tak nak makan lagi, adik makan aje dulu.” Fayyad menjemput Farhana masuk.
Farhana mengangguk.
“Jemput adik aje ke? Angah tak nak jemput masuk?” Fawwas mengangkat keningnya sambil bersandar
pada kereta Perodua Kelisa milik Alongnya itu.
“Kau tak payah, Ngah. Kau teman
Along pergi Hulu Langat kejap. Ambil motor Along dekat sana.”
Fawwas berdecit. Dia baru sahaja
hendak bersantai. Sudahlah tadi lepas kelas, dapat panggilan oleh si Along
untuk ke mari bersama si adik. Lepas itu, dah sampai sini, dah nak kena bergegas
ke tempat lain pula! This is not aci!
“Dah
kenapa kau tinggal motor dekat sana, Long?
Orang baru sampailah… bukannya dekat Hulu Langat tu,” jawabnya.
“Along belanja makan dulu. Kita
pergi naik kereta Along. Along yang drive.
Motor kau tinggal dekat sini.”
“Ha, yelah.” Cepat-cepat Fawwas
akur memandangkan si Along baik hati nak belanja makan dan memandu kereta.
Jimat duit aku!
“Adik, kunci pagar. Kunci pintu. Ada
orang tak kenal datang, buat tak tahu aje. Jangan buka pintu.” Fayyad berpesan pada Farhana.
“Okey.”
Fawwas telah pun
pulang bersama motosikalnya. Manakala Farhana ditinggalkan di rumah Fayyad dan
Ezahra. Nasib baiklah cuti sekolah seminggu, maka dapatlah Fayyad mencuri si
adik sebentar untuk menemani Ezahra beberapa hari ini.
“Along, kenapa Kak Ara macam
itu? Trauma semacam aje? Apa dah jadi?” Farhana pun kehairanan.
“Adik, ini rahsia kita bertiga aje,
ya. Jangan beritahu sesiapa termasuk mak. Janji dengan Along.”
Jari kelingking dua beradik itu
saling bertaut.
“Kak Ara hampir-hampir kena rogol.”
Berubah
terus riak wajah Farhana. Membulat matanya.
“Apa? Nak kena rogol?!”
Lama
Fayyad membisu. Dia sendiri sakit hati apabila mengenakan hal yang berlaku pagi
tadi. Dia pandang wajah si adik. “Sebab
itu Along suruh adik datang sini, teman Kak Ara. Along tak pandai pujuk. Kalau
dengan adik mungkin dia tak segan nak luah perasaan ke, kan?”
“Nasib baik tak sempat buat apa-apa
dekat Kak Ara. Habis, Along bawa orang tu pergi balai tak?”
Lambat-lambat Fayyad menggeleng.
Farhana melopong. “Long, kenapa tak bawa pergi balai? Dia nak rogol orang, Along boleh
lepaskan? Itu bini Along tau! Sekurang-kurangnya,
dia kena balasan yang setimpal atas perbuatan dia,” tegasnya geram. Tak puas hati betul dengan
keputusan si Alongnya yang kadang-kadang terasa bangang!
“Along dah bedal cukup-cukup tadi.
Okeylah tu! Lagi pun, ini permintaan Kak
Ara. Kak Ara akan malu nanti bila buat report
hampir kena rogol. Dia, kan anak Tan Sri. Jatuh reputasi dia dan syarikat.”
“Tapi kalau dia buat benda yang sama
dekat orang lain macam mana? Along tak
rasa serba salah ke? Sekurang-kurangnya
bila dia kena tangkap, mungkin rasa insaf. Along pentingkan maruah atau pun
hukuman atas kesalahan?”
“Harap-harap dengan tumbukan Along
tadi berkesanlah buat dia insaf. Dan harap-harap tumbukan Along ni adalah
hukuman yang setimpal atas kesalahan dia.”
Fayyad berdiri dan melangkah menuju biliknya.
“Eh, Along!” Kening Farhana saling bertaut. Dia hairan
melihat si Along yang melangkah ke bilik yang bersebelahan dengan bilik kakak
iparnya.
Fayyad
menoleh ke belakang.
“Kenapa
masuk bilik tu? Along dan Kak Ara tidur
asing ke?”
Fayyad terdiam seketika. Dia
terlupa! Mahu tepuk dahi pun sudah
terlambat! Dia melepaskan keluh
berat. “Ini rahsia kita bertiga, ya? Janji jangan beritahu sesiapa termasuk mak.”
Kening Farhana saling bertaut. “Tapi kenapa?
Along dan Kak Ara, kan dah berkahwin secara sah?” Dia tidak berpuas hati.
“Sekarang bukan masa yang sesuai
untuk Along beritahu. Nanti-nanti Along beritahu, ya?” Fayyad kembali melangkah. Namun langkah
kakinya terhenti kembali. Dia menoleh semula.
“Adik
buatlah, apa yang adik nak buat. Kalau nak tidur, adik masuk bilik hujung tu.
Tak ada katil tapi ada toto. Along nak tidur kejap. Letih sangat. Kalau Along
tak keluar bilik sebelum asar, kejutkan tau,”
pesannya pada si adik.
“Okey, Long.” Lambat-lambat Farhana mengiyakan permintaan
dan pesan si Along.
Usai pulang dari
masjid, Fayyad bergegas ke dapur untuk memasak. Itu perkara biasa setiap kali
dia tengah serabut. Serabut memikirkan kejadian yang menimpa isterinya pagi
tadi.
Kembang
kempis dadanya menahan amarah. Tidak tahu mahu melampiaskan amarahnya pada
siapa, akhirnya dia memasak. Sekurang-kurangnya dapatlah dia melepaskan segala
tekanan.
“Along masak apa?”
“Tak tahu nak masak apa.”
“Ha, lupa nak beritahu Along yang
Kak Ara demam. Panas dahi dia.”
“Demam?!” Berubah riak wajah Fayyad. Serentak apa yang
dilakukannya tadi terhenti.
Farhana mengangguk laju. “Mungkin terkejut sebab kes pagi tadi.”
Segera langkah kaki diatur ke bilik
Ezahra. Dia merapati katil isteri. Dahi isteri dijamah dengan wajah risau.
“Panasnya!”
“Bawa pergi klinik ajelah, Along.”
“Ezahra, Ezahra! Kita pergi klinik.”
“I tak larat.” Serak-serak suara Ezahra menyahut ajakan si
suami.
“Awak demam panas ni. Kalau tak
larat, saya dukung awak.” Fayyad
memujuk. Dia rasa serba salah kerana menengking wanita itu siang tadi. Mungkin
itu adalah salah satu kejadian yang membuatkan si isteri demam panas.
“Tolong belikan I ubat aje. I tak
larat bangun.” Ezahra masih lagi merayu.
Fayyad melepaskan keluh berat.
Lambat-lambat dia mengangguk menuruti kehendak si isteri. “Okey, makan ubat dulu. Kalau sampai malam
tak kebah, saya bawa awak pergi klinik ya.”
“Tak apa. Along pergi masak. Adik
jerlum kepala Kak Ara dengan air. Nak bagi makan ubat pun, kena makan dulu. Kak
Ara tak makan apa-apa lagi dari tadi.”
“Nasi ayam Along beli tengahari tadi
tak makan?”
Farhana tayang gigi. “Kak Ara tak
nak makan, adik makanlah.”
“Kau ni, dik. Along suruh adik makan
dulu kalau Kak Ara tak nak makan lagi. Bukannya makan makanan Kak Ara kalau dia
tak nak makan. Isk! Kerja makan aje. Tu
yang badan macam belon.”
“Belon nilah yang jaga isteri Along,
ya. Jangan lupa jasa belon ni.” Farhana
menjelirkan lidah.
“Along, adik lupa.”
Dahi Fayyad saling bertaut. “Lupa apa?”
“Pagi esok adik ada kelas tambahan.
Adik fasilitator, kena ajar kawan-kawan. Fasilitator memang wajib pergi,” ujar Farhana sambil memperbetulkan tudung
yang disarungkan ke kepala. Segala beg-beg sudah pun diangkut ke sebelah pintu.
“Macam mana boleh lupa? Kalau bagi tahu awal-awal Along hantar balik
petang tadi. Ni, dah malam. Along pun tak harap nak tinggalkan Kak Ara duduk
rumah sorang-sorang.”
“Tak apa. Angah ambil adik. Adik dah
call Angah dah. Dia on the way datang sini. Dah nak sampai
dah kut”
Pon! Pon!!
“Ha!
Tu Angah dah sampai,” kata
Farhana sambil menjengah ke luar pintu.
“Kejapnya sampai sini.” Fayyad kehairanan.
“Bukannya kejap dia sampai sini.
Adik yang beritahu Along lambat. Sori,
eh Along. Nampaknya Along kena handle Kak
Ara sorang-sorang. Nanti bila-bila
Along perlukan adik, call aje tau.
Kecuali esok dengan lusa.”
“Thanks
adik untuk hari ini. Dan janji jangan beritahu sesiapa termasuk mak.”
“Adik tahulah! Adik Along ni mulut boleh pakai tau. Bukan
macam adik Along yang seorang lagi tu.”
Farhana menjuihkan bibir ke luar rumah, ditujukan kepada Fawwas yang
berlari-lari ke dalam kawasan rumah si Along sambil meredah hujan.
“Kau, Long. Jemput Angah masuk pun
tidak. Bukannya nak tolong buka pintu pagar tu. Ini tidak! Ngah… jugak!” bebel Fawwas tatkala langkah kaki berhenti diluar
pintu rumah Fayyad.
“Kau jantan doh! Buka sendirilah.”
“Sesekali nak manja-manja dengan
kau, Long.” Fawwas mencebik.
“Tak kuasa aku nak manja-manja
dengan kau, Ngah.”
“Ha, Long! Kau tengok tu.” Jari Fawwas ditudingkan ke arah kereta Proton
Saga jenis baru diluar pagar. “Kereta tu
bermanfaat tahu tak. Hujan-hujan macam ini kereta yang Pak Cik Lid bagi tu
berguna nak ambil adik tengah-tengah hujan. Kalau nak tunggu kereta kau ni, memang
berjanggut. Satu kerja Long nak kena hantar kereta dekat kampung. Bazir masa doh!”
“Itu alasan kau yang ke sepuluh
sebab kau terima kereta Pak Cik Lid. Cuba kau bagi tahu Long alasan kau yang
nombor satu.”
“Alasan nombor satu apa pulak?”
Fawwas mengerutkan dahi tanda tidak faham. Sebenarnya buat-buat tak faham.
“Alasan kau nombor satu, kau memang
nak kereta sebab senang nak eksyen depan kawan-kawan. Yang nombor dua, senang
kau nak angkut awek kau. Yang ketiga, senang kau nak berjoli sana-sini.”
Macam manalah si Alongnya boleh tahu
pula semua rancangannya. “Perggh!!
Dahsyatlah kau, Long. Semua kau tembak kena doh!”
“Dahlah! Penat adik tadah telinga dengar cerita
dongeng Along dengan Angah. Jom balik. Nak tidur awal.” Farhana menjeling manja.
“Sabarlah budak kecik ni!” bebel Fawwas
geram. Orang tak habis berborak lagi, dah sibuk nak ajak balik! “Kau kenapa, Long bawa adik datang sini?” Dia beralih pula pada si Along.
“Nak suruh adik temankan Kak Ara kau
orang tu.”
“Teman apa pulak? Kau, kan ada Long.
Mengada betullah kau ni! Kesian adik nak
buat kerja sekolah dekat rumah. Dia dahlah nak exam.”
Farhana buat muka bosan seraya
mencebik. “Eleh, Angah ni! Kalau dekat rumah pun adik nak studi tak
boleh. Asyik-asyik suruh orang cari uban.”
“Kau, Ngah! Kau membebel dekat Along. Kau sendiri yang
lebih-lebih. Kau buli adik, siap kau!”
ugut Fayyad.
“Adik… kau pandai buat cerita!” marah Fawwas.
Farhana mencebik. “Tak ada masa nak buat cerita.”
“Tak payah berdalih, Ngah. Kalau
adik tak cerita pun, semua dah kelihatan dekat muka kau. Muka tak ada nur. ”
“Arrghh!! Sudahlah. Baliklah. Datang tak dijemput,
balik tak dihalau.” Fawwas melangkah
meninggalkan dua beradik itu.
“Ngah,” panggil Fayyad.
“Apa? Ngah tengah merajuk ni. Jangan nak pujuk.”
“Nah, duit! Upah kau hantar adik ke sini.”
Laju sahaja si Fawwas menoleh ke
belakang mencari wang yang disuakan oleh si Along. “Tak payahlah, Long. Ngah ikhlas.”
“Ambil ajelah.”
“Tapi kalau Long bagi,
Alhamdulillah. Orang cakap rezeki jangan ditolak.” Fawwas menyambar wang yang disuakan oleh si
Along. Dari tadi lagi dia menyoroti wang berwarna ungu itu.
“Arh! Angah dan dusta berpisah tiada,” tempelak Farhana sambil mengangkat
beg-begnya.
“Kau balik jalan kaki, dik!”
Farhana mengangkat penumbuk.
Fayyad menggeleng kepala. “Share
duit tu dengan adik, eh!”
“Dengar tu, Ngah!”
“Tak dengar!”
No comments:
Post a Comment