Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat


Bacaan Buku Falsafah
Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat’ nukilan Mohd Nasir Omar. Di mana buku ini ditulis untuk memperlihatkan tentang keindahan dan kekayaan tamadun Islam disamping memberikan sumber dan pengetahuan tentang keintelektual barat itu sendiri. Buku ini terdiri dari enam bab, dan 156 mukasurat.
Nah!  Ini bukunya teman2.

Bab 1 (Falsafah : Definisi, skop, dan kedudukan etika)
            Bab ini menceritakan mengenai definisi dan skop falsafah dari sudut Islam dan Barat. Falsafah menurut Al-Farabi, ahli falsafah Islam terdahulu ialah ‘cintakan kebijaksaan’ dan falsafah merupakan pokok kepada segala ilmu yang ada di dunia. Menurut tokoh falsafah barat pula, Rene Descartes mengertikan falsafah sebagai disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran yang tertinggi. Falsafah adalah hasil dari daya usaha akal manusia yang rasional, kritis dan integral untuk memahami dan menganalisa hakikat alam, hakikat manusia, hakikat ketuhanan.
Bab 2 (Moral, etika dan akhlak : Pengenalan Konseptual)
            Bab ini memperbandingkan moral, etika dan akhlak dari sudut definisi dan pemahamannya. Moral adalah cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku, dimana ia mempersoalankan tindakan yang betul atau salah, dan benar atau tidak. Moral dan etika dikatan mempunyai pengertian yang sama. Manakala akhlak pula berasal daripada perkataan Arab iaitu khuluq yang membawa maksud kepada sifat semula jadi, tabiat, maruah, agama atau gambaran batin seseorang. Dari segi konseptualnya, ketiga-tiga elemen ini membawa maksud yang sama namun akhlak lebih memberikan penekanan terhadap autoriti wahyu disamping tidak menolak akal berbanding moral dan etika yang lebih menekankan taakulan manusia.


Bab 3 (Falsafah etika : Perbandingan pendekatan Barat dengan Islam)
            Melalui pendekatan Barat, etika dan perlakuan manusia dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi seperti keinginan kepada keseronokan, mengelak diri dari kemudaratan, kesempurnaan, inginkan balasan, pujian dan sebagainya. Faktor-faktor ini banyak memberikan keburukan berbanding kebaikan kerana ia akan membawa kepada sistem etika yang relative berbanding dengan sistem nilai etika yang tinggi. Melalui pendekatan Islam, etika dipengaruhi oleh kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab, kecintaan kepada kebenaran, dan takutkan siksaan Allah kerana melalui kepercayaan Islam, kehidupan bukan hanya di dunia malah di akhirat selepas kematian. Setiap muslim mempunyai matlamat akhir iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Bab 4 (Islam : Agama dan asas etika)
             Bab ini menceritakan bahawa Islam adalah agama untuk dunia seluruhnya, tidak mengira bangsa, peringkat agama, masa, tempat dan keadaan. Di mana Islam merupakan agama yang mengajak manusia untuk menyembah Allah S.W.T yakni Tuhan semesta alam. Terdapat tiga esensi agama Islam dan asas etika dimana yang pertama adalah Islam merupakan agama yang berteraskan keimanan kepada Allah. Hukum dan nilai hidup disampaikan dalam bentuk wahyu kepada nabi-nabi dan rasul. Keduanya ialah, rasul bukan Tuhan melainkan mereka adalah manusia yang dipilih oleh Tuhan untuk mengajak manusia menganuti Tuhan yang satu. Ketiganya adalah Islam mewajibkan penganutnya beriman pada wahyu dan kitab-kitab yang diturun dan disampaikan kepada rasul-rasul yang terpilih untuk membimbing manusia kearah kehidupan yang lebih baik dan berakhlak.
Bab 5 (Sumber dan kriteria baik buruk dalam falsafah etika Islam)
             Bab ini menceritakan dimana sumber kepada nilai-nilai etika Islam terdapat dua elemen. Elemen yang pertama ialah nilai-nilai dari Allah sendiri yang dimanifestasikan melalui wahyu. Ianya adalah nilai kebaikan dan keburukan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Wahyu yang disampaikan secara langsung adalah melalui al-Quran dan secara tidak langsung adalah melalui hadith (ajaran, perbuatan, pertuturan ) nabi Muhammad S.A.W. Elemen yang kedua sumber kebaikan dan keburukan nilai dari Allah SWT kepada manusia adalah anugerah akal, pengalaman, intuisi dan sebagainya.
Bab 6 (Prinsip-prinsip etika Islam)
            Bab ini menjelaskan bahawa Islam mengajar kepada konsep mengimani Tuhan. Iman memainkan peranan penting dalam membina konsep, pandangan, sikap, gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang terhadap hidup dan alam. Seterusnya Islam menekankan konsep persamaan setiap makhluk. Meskipun manusia berbeza dari segi pangkat, kulit warna, status dan sebagainya namun pada pandangan Tuhan, setiap manusia adalah sama. Islam juga memberikan kebebasan memilih kepada manusia sama ada perlakuan baik atau buruk, ia adalah peluang yang diberikan kepada manusia untuk memilih. Islam juga merupakan agama yang mencakupi segenap bidang kehidupan manusia yang menekankan etika terhadap diri, keluarga, masyarkat, alam sekitar dan kepada Allah jua.

Masturah in action. =P



Rasai pengalaman ala-ala Switzerland hanya di Sabah!

Balik dari Sandakan, kita orang ke Kundasang dan Ranau. Di Ranau kita orang pergi Poring Hot Spring (tempat mandi air panas, air terjun, dan juga 'canopy walk' dan lagi satu tempat iaitu Luanti Fish Spa (tempat ikan kelah gigit kaki. ku-kikis-kuku-kakiku-blablalalalaala)

Eh!  Tiber!!!

Yang di Ranau next entry, ya!  Sekarang nak bercerita pengalaman di Kundasang. Kita orang sampai di Kundasang tu, petang. Ada pasar2 sayuran dan buahan di situ. Sayur dan buah-buahan semua segar2 sebab fresh dari ladang. Baru petik kate ko...

Inilah pekan Kundasang. Yang belakang tu gunung kinabalu. Cantik view dia petang tu sebab tak lindung dengan awan. Selalunya berkabus sampai tak nampak puncak gunung. So, kita orang terus berhenti bergambar kejap sebelum ke Homestay kita orang.

Ini pandangan dari Homestay yang kita orang duduk. Cantik kan?  Suasana nampak tenang aje.

 Ada masjid belakang tu. So, boleh singgah solat di situ untuk solat bagi yang tak bermalam di sana.

 Nah!  Banyak gerai2 yang menjual buah-buahan dan sayuran. Tapi harganya mahal sikit sebabnya kawasan tumpuan pelancong. Anda boleh membeli untuk masak2 di Homestay.






 Lepas membeli, kita orang bergambar kejap dan terus ke Homestay kita orang. Memandangkan masa kita orang ke Kundasang tu, masa musim perayaan + cuti sekolah, jadi banyak homestay yang cantik2 dah dibook oleh orang. Banyak yang penuh. Jadi, dapatlah yang murah2 + biasa2 aje. RM250 satu malam itu pun selepas tawar menawar.



Yang ini aje wajah homestay yang aku ambil gambar. Tiang aje nampak. Tak ambil gambar penuh. Homestay ni rumah kampung dua tingkat. Tingkat bawahnya, adalah rumah owner. Atasnya homestay. Homestaynya bolehlah bagi 3/5 bintang. Kehkeh.

Tidur sana satu malam di Homestay. Sejuk gila malam tu. Masa tu hujan+malam. memang menggigil. Masak air panas pun, tak sampai seminit dah sejuk balik. Hahahaha!  Punya sejuk. Nak ambil wudhuk pun malas. Macam nak tayamum aje.

Lepas tidur satu malam, kita orang ke Desa Dairy Farm. Puas mukadimah, akhirnya sampai juga ke point utama entry ini iaitu DESA DAIRY FARM yang viewnya sangat cantik macam Switzerland. Masa nak masuk tu perlu bayar. Murah2 sahaja. Kanak2 RM1 dan dewasa RM3 (saya tak ingat bayaran, saya refer google) Hiks!

Ada yang menarik di sini sebenarnya selain daripada pemandangan yang cantik? Di sini ada lembu dan kambing dimana kita diberi peluang untuk menyusukan anak2 lembu dan kambing disini. Kita berpeluang membeli produk tenusu, melihat proses perahan susu dan sebagainya. Lihat gambar2 seterusnya untuk lihat pengalaman saya.

 Nah!  Kita berpeluang menyusukan anak2 lembu dan kambing. Peluang yang diberikan bukan saja2 ya. Berbayar. Kihkih!  Sebotol susu RM5. Kalau tak nak menyusukan pun boleh tak ada masalah. Tak perlu bayar apa2. Boleh terus bergambar dan belai2 baby2 comel ituh.

 Ini baby2 kambing. Baby2 kambing kurang diberi minum susu sebab ia berada dikandang ceruk belakang. Orang tak perasan. Bila orang masuk aje dalam tu, orang nampak lembu terlebih dahulu. So, orang lebih banyak menyusukan lembu daripada kambing2 ni. Aku pun tak perasan ada kambing masa awal2 tu. Kesian pulak baby2 kambing ni menagih susu.
Dia usyar aje aku nak mintak susu. Kahkah!  Habis dah susu dik oi!


Dalam ni terdapat jualan produk2 tenusu seperti ais krim, susu segar, makanan ringan seperti nuget, sosej dan sebagainya. Untuk proses pemerahan susu, minta maaf kita orang memang tak sempat nak pergi. Rushing nak ke Ranau.
Ais krim vanila! Sedap bah tuu
Nah!  Beriya aku ambil gambar, rupanya tong sampah. Kahkah!

Model berkaki pendek posing jap!

Lembu tak ada pulak dekat belakang. Kalau tidak, nampaklah macam Switzerland gituh!



Pemandangan sekitarnya memang nampak macam luar negara. Cayalah!  Tak habis teruja lagi aku walaupun dah balik ke Semenanjung.






Dinasihatkan datang awal2 pagi sebab tak ramai dan tak perlu bersesak2 sangat. Dan lagi satu supaya tak panas. Bila panas terik, memang malas nak bergambar.  Kalau nak cepat sampai dan awal ke sini, carilah homestay yang dekat2 dengan Desa Dairy Farm ini.

 Gambar terakhir untuk entry ini. Terimalah... persembahan hipstur terokksss darikuhh!


Next entry, aku post pula pasal jalan2 di Ranau okey!!  Sampai berjumpa lagi di episod seterusnya!  Daaaaaaa...

Much love,
Mas Rejab

Ke Sepilok melawat orang utan? Sungguh menghiburkan!


Raya ke-tiga pakcik aku bawak kita orang ke Sandakan. Beraya di rumah sepupu aku. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan ambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam. Memang lama sebab Sabah besar kut! Refer peta untuk tengok. 

 Kota Kinabalu ke Sandakan lebih kurang 300km plus2. Kita orang ikut laluan di Ranau, Kundasang dan Beluran sebelum sampai ke Sandakan.

Kita orang di Sandakan lebih kurang tiga hari. Tapi tak sempat ke mana2 pun. Hanya ke Sepilok melihat orang utan dan juga melawat beruang matahari disana.
Nah belanja sikit posing oleh model dari semenanjung ni.

Nah, dah sampai di Sepilok Pusat Pemulihan Akhlak Orang Utan. Eh!  Pusat Pemulihan Orang Utan saja. 'akhlak' tu untuk manusia aje :P

Nak masuk dalam tengok orang utan, kena bayar. Dewasa RM5, kanak2 RM2 (Boleh sangat kalau nak masuk ramai2 bawa anak2 sebab murah sahaja. Kalau dia orang buat mahal2 pun, siapa yang nak tengok, kan?) dan untuk yang nak guna kamera, kena caj RM10 lagi tambahan. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

Kaunter pembayaran ada di dalam rumah kayu comel ni. Tak ambil gambar pun kaunter dia sebab aku tak terfikirkan nak letak dekat blog. Dah balik dari Sabah baru teringat nak masukkan dalam blog. kihkih.


Kita orang kena lalu di laluan jambatan kayu ni untuk ke tempat orang utan tu. Perjalanan ambil masa 10 ke 15 minit juga. 
Yang dekat pondok warna hijau tu tempat dimana kita kena simpan segala barang2 termasuk handbag. Handphone boleh bawa masuk ke dalam tapi jaga2lah. Sebab kadang2 beruk, monyet dan sekutu dengannya datang dan rampas.




Kasi chancelah nak acah2 model tengah hutan ni.Kihkihhh
Kita akan masuk dalam satu hall yang berpenghawa dingin. Kita akan tengok dari atas sahaja. Jangan ingat kita boleh pegang bagi makan sendiri ya. Kita hanya tengok dari jauh.

Sebenarnya banyak orang utan yang dia orang bagi makan. Tapi time ni, kita orang datang dan masuk lewat. Jadi, hanya tinggal tiga empat ekor aje. Itupun dia orang dah kenyang. Malas dah nak makan. Hanya bermalas-malasan. Orang2 utan yang dah kenyang, akan masuk semula ke dalam hutan belakang tu.

 Inilah tempat dia orang bermain. Banyak yang dah lari sebab kenyang.


 Nah kena geletek sebab malas sangat.




 Beruk yang makan last2 ni.

Ha time ni kita orang dah keluar dari tengok orang utan. Selepas itu, kita orang terus melihat beruang matahari. Tak jauh. Seberang dengan pusat pemulihan orang utan ni. Jalan kaki aje dalam 5 ke 10 minit untuk ke sana. 

Nak masuk tengok beruang tu pun kena bayar. Kalau tak silap RM5 juga untuk dewasa. Standby duit saja ya. Kihkih.

 Beruang matahari yang hitam tu.Nampak tak? Time tu banyak yang tengah menyorok. Kamera pulak koman spanar. Zoom dekat2 gambar jadi pecah2. Ate ini aje yang eden boleh belanja.


 Inilah rupa sebenar beruang matahari atau nama inggerisnya, sun bear kalau yang tak nampak gambar atas yang saya kongsikan. Tak tahulah kenapa namanya beruang matahari.

Beruang matahari semua ni banyak ekor. Dan masing-masing ada nama. Aku tak ingat nama apa.

Sarang2 lebah yang diberi makan kepada beruang matahari.


Nah!  Itu sahaja yang boleh aku kongsikan. Sebab memang tak banyak gambar. More to video. Video pun yang bodoh2 saja. Dan kalau tak silap ada juga taman buaya di area situ. Tapi pakcik aku xbawa pergi sebab kita orang rushing nak ke tempat lain juga. Kehkeh!  Tunggu next entry, aku akan masukkan trip aku ke Kundasang dan Ranau. Bye!

Much love,
Mas Rejab

First time naik kapal terbang? Ini perkara yang perlu anda tahu!


Uisk!  Ada yang bukak entry ni ke?  Nak pergi mana tu?  Honeymoon ke?  Bercuti dengan kawan-kawan? Travel solo? Nak pergi rumah saudara? Hehehe…
Untuk yang first time nak naik kapal terbang…
1)      Make sure tiket kapal terbang dah book / Pembelian tiket
Yang ini memang wajiblah. Kalau tak book tiket kapal terbang, macam mana nak terbang ke tempat-tempat lain? Kihkih…
3 pilihan anda boleh beli sama ada melalui online, secara terus ke kaunter atau melalui agensi pelancongan anda.

Untuk yang beli secara online:
Adds on. (value pack yg murah sikit VS premium flex yg mahal sikit):-
-makanan (boleh makan sementara tunggu nak sampai destinasi)
-insurans
-baggage (Ambil 20kg baggage lah kalau nak selamat. Tapi kalau yang tak ada barang banyak sangat, handcarry pun dah cukup. Tak perlu ambil pakej sekali baggage ni)
(apa-apa muatan melebihi 7kg atau pun beg atau luggage yang besar gedabak, boleh ambil pakej baggage sekali ya. Kalau handcarry dengan Air Asia, pastikan tak melebihi 7kg. Tapi lebih pun tak apa kut. Ikut nasiblah sebab kadang-kadang diorang timbang. Kadang diorang tak timbang. Untuk yang handcarry ni, biasa luggage yang saiz kecil ni boleh bawa masuk sekali diri anda.)

2)      Simpan emel atau screenshot booking confirmed.
Ini sebagai bukti dan rujukan ‘booking number’ sebab nanti nak print out boarding pass melalui ‘booking number’ jika anda membeli secara online. Rujuk gambar dibawah untuk lihat ‘booking number’ yang berwarna merah tu.



3)      Print out boarding pass.
Boleh print out sendiri kalau ada printer di rumah, atau pejabat. Kalau anda print sendiri, anda akan tahu terus gate mana yang perlu anda lalui untuk flight anda ke destinasi tertentu.

Kalau tak ada printer untuk print sendiri boarding pass, jangan risau! Anda boleh print out terus di airport 2 jam sebelum boarding.


4)      Jangan lupa passport!
Kalau anda nak ke luar negara, jangan lupa buat passport ya. Kalau yang nak ke Sabah atau Sarawak tu, tak perlukan passport sekiranya keberadaan anda kurang daripada 90 HARI. Tapi kalau dari semenanjung ke Sabah atau Sarawak, anda akan dapat dokumen gantian perjalanan dari imegresen secara percuma sahaja. Ia adalah dalam bentuk resit biasa dan tak boleh bagi hilang!  Jangan bagi hilang!  Kalau hilang memang susah nak balik semenanjung semula. Memang banyak prosedur yang leceh dan renyah kalau hilang benda alah tu. Aku tak sempat ambil gambar pula resit tu. Tapi ia resit black n white biasa sahaja. Simpan dalam dompet elok-elok kalau dapat resit tu okey!

Alang-alang nak terbang ni, buatlah passport antarabangsa sekali kalau hendak ke Sabah dan Sarawak. Mana tahu ada rezeki pergi Brunei dan Indonesia. Tambah sikit lagi boleh ke Filipina. Hehehe. Aku haritu ke Sabah tak buat passport, kalau tidak memang dah masuk Brunei dah. Sekarang mari berhuhuhu… Next trip kita ke Brunei ye. Pujuk masturah pada hatinya sendiri.

Passport ni berharga RM200 untuk 5tahun. Okeylah berbaloilah juga harganya boleh pergi mana-mana sahaja negara yang anda mahu. –gambar ihsan dari google


5)      Pastikan datang awal dua atau tiga jam ke Airport sebelum berlepas.
Misal kata flight pukul 10 pagi, pukul 9 anda perlu on board (masuk dalam flight). Pastikan pukul 9 tu dah settle semua mak nenek drop baggage, check in ticket dah sebagainya supaya tak kelam kabut terketaq kepala lutut. Kiranya pukul 8 pagi dah kena sampai airport. Kalau tahu rumah jauh dari airport, geraklah awal. Karang tak pasal tertinggal flight.

6)      Dah sampai Airport, 1st step kena check in.
Yang sudah print out boarding pass, maknanya anda sudah pun check in secara online. (biasa online check-in adalah dalam tempoh 14 hari dari sebelum tarikh flight anda)

Yang belum print out boarding pass, boleh print out ia (terus ke kaunter atau pun boleh ke kiosk self check in).

Kaunter manual check-in. Ihsan dari google.




Nah!  Kiosk self check-in. Ihsan dari google lagi kihkih…

Jangan risau kalau tak reti guna benda alah tu. Sebab kiosk self check in tu dia tanya soalan-soalan yang mudah-mudah sahaja antara soalannya:-
i)                    Booking number flight anda.
ii)                   Passport / IC
iii)                 Ada baggage atau tidak?



Dari tadi asyik duk boarding pass, boarding pass. Apa bendalah kan?  Rujuk gambar di atas, itulah boarding pass yang perlu diprint outkan.



7)      2nd step bila dah sampai Airport, anda perlu drop baggage.
Yang ini kalau anda ada luggage atau kotak and apa-apa sahaja muatan yang besar dan berat melebihi 7kg, anda boleh drop ianya disini (make sure dah banyak termasuk pakej tiket flight anda supaya tak dikenakan caj yang lebih tinggi. Dan make sure juga kalau 20kg, maknanya tak boleh lebih 20kg. Misalkata terlebih berat 21kg. anda perlu bayar RM30 untuk setiap kilogram lebihan. Kalau 22kg, rm60 lah anda perlu bayar. So, make sure jangan bawak benda merapu-rapu banyak sangat. Bawak benda-benda penting aje. sebab anda nak pergi jalan-jalan bukannya pindah rumah. Kahkah!)

Kaunter drop baggage-Ihsan dari google juga.

8)      3rd step di Airport, anda perlu ke perlepasan domestic atau international.
Kalau nak ke dalam negara aje, laluilah dibahagian perlepasan domestic atau dalam negara sahaja. kalau nak ke luar negara boleh lalui bahagian perlepasan international or ke luar negara. Time nilah nak menangis dan say bye-bye dekat ahli keluarga sebab dia orang tak boleh masuk dah dekat dalam.

Laluan untuk perlepasan dalam negara sahaja. Standby boarding pass, IC –Ihsan google.

Laluan untuk perlepasan luar negara. Standby boarding pass, IC, passport – Ihsan dari google.

Untuk yang nak terberak, nak kencing, nak solat. Jangan risau. Sepanjang perjalanan sehingga ke gate perlepasan tu, memang ada tandas, surau dan kedai-kedai. So, jangan risau k!


9)      4th step di Airport, pemeriksaan keselamatan imegresen/kastam/security check.
Sediakan IC dan boarding pass anda ya.
Masa inilah anda perlu tanggalkan segala jenis logam dan besi seperti tali pinggang, jam, barang perhiasan seperti bangle, dan sebagainya (seperti emas tak perlu) handphone jangan lupa keluarkan dari poket untuk discan. Letak semua barang-barang itu semua dalam tray untuk di scan. Scan diri anda dan handcarry yang dibawa.

Ihsan dari google.

Ihsan google.

10)   5th step di Airport, Boarding.
Dah settle semuanya, boleh terus ke gate penerbangan anda. Tengok betul-betul gate anda. Apa ya. Kadang-kadang dia orang tukar gate penerbangan anda tu. Untuk tidak membuatkan anda panic, boleh bertanya kepada staf2 disitu atau lihat di skrin yang disediakan.

Refer skrin untuk make sure anda berada di gate yang betul.

Apabila gate sudah dibuka, maka anda bolehlah berbaris dan keluarkan semula IC dan boarding pass anda untuk ditunjukkan kepada kru penerbangan anda sebelum masuk ke dalam kapal terbang.

Sementara menunggu on board. Bukan ihsan google ya. Itu mak I dalam gambar.


Kasi uplah wajah I. Masa ni di airport Kota Kinabalu.

Letakkan handcarry anda di tempat penyimpanan barang di atas kepala. Dan anda boleh terus duduk di tempat anda.

Nasihat saya, sebelum on board, beraklah puas-puas. Dalam flight tak boleh jirus-jirus meriah macam dekat toilet rumah, atau pun tandas awam. Kihkih… kalau boleh, memang banjirlah kapal terbang tu. Setakat kencing tu okeylah. Tapi kalau dah tak tahan nak terberak atas kapal tu, tak ada masalah. Macam mana nak guna tandas dalam flight?  Tontonlah di youtube, ya! Kihkih…

Pakai tali pinggang kaledar. Dan jangan lupa handphone anda tu tukar ke ‘flight mode’ supaya tidak mengganggu sistem yang digunakan pilot dan pusat kawalan.
Masa tengah terbang, apa boleh buat lagi?
Anda boleh buat video/gambar kalau ditepi tingkap. Jangan lupa ambil gambar sayap kapal terbang di atas awan.
Macam ini.
Or macam ini. Bebaslah. Asalkan jangan bukak tingkap tu sudahlah lepas tu buat kiki challenge! ate janganlah begitu. kehkeh

Selain itu, anda juga boleh main game, tidur, makan, baca buku, termenung, berangan berkahwin dengan anak raja sementara hendak sampai ke destinasi.

Makan.

11)   Sampai ke destinasi.

Ambil handcarry anda dan keluar dari perut kapal terbang.

Jika ada baggage, sila berjalan ikut penanda arah ‘tuntutan baggage’. Dah ambil baggage, bolehlah anda berjalan keluar dari airport tersebut dan terus ke destinasi yang hendak dituju.

Ihsan dari google.

Baggage kita orang masa pergi Sabah. Kahkah!

Itu sahaja. Semoga selamat ke destinasi anda.

Much love,
Mas Rejab

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...