“Isk!! Tiba-tiba pulak
kereta ni nak buat hal. Dahlah ada meeting
kejap lagi.” Ezahra memberhentikan
keretanya di sisi jalan. Tiba-tiba pula kereta itu tidak mahu berjalan jauh
sedangkan pedal minyak ditekan kuat.
Enjin
kereta ditutup seketika. Lima minit berlalu dia cuba menghidupkan enjin kereta
itu semula.
Kekekekekeke…
Hanya
itu sahaja bunyi yang kedengaran. Seolah bunyi ketawa mengejek ketika Ezahra
cuba menghidupkan enjin kereta itu. Dia menepuk stereng apabila usahanya yang
dilakukan berkali-kali tidak menjadi.
Telefon
bimbit dari dalam tas tangan diseluk. “Bateri habis pulak!!”
“Apa
hallah kereta ni?!” Ezahra memerhati
sekeliling jalan. Sunyi sahaja. Hanya sekerat dua aje yang lalu. Itu pun laju
bukan main. Ada yang memandu perlahan sekadar mengusyar aje. Bukannya nak
tolong pun! Macam mana nak minta tolong orang ni?
Butang
bonet hadapan kereta itu ditekan. Seketika Ezahra keluar dari perut kereta dan
terus ke bahagian bonet hadapan kereta itu. Ditongkatkan bonet itu dengan
batang besi.
Pin!!
Pin!!
Tiba-tiba
Fayyad datang bersama motosikalnya. Diberhentikan motosikalnya itu dihadapan
kereta miliknya.
“Kenapa
ni? Nasib baik saya lalu sini.” Berkerut keningnya. Risau dengan keadaan itu.
Sudahlah jalan di situ agak sunyi. Hutan pula di sisi jalan itu. Mengingatkan
dia akan perkara yang hampir terjadi itu. Nasib baik tidak berlaku apa-apa
kepada si isteri.
“Tak
tahu kereta you ni. Tiba-tiba enjin tak boleh hidup pula. I ada meeting tau pukul sembilan setengah
nanti.”
Fayyad
menilik jam di tangan. Dah pukul sembilan!
Setengah jam sahaja lagi. “Awak lock kereta ni dulu. Nanti saya suruh
kawan saya datang tarik kereta ni. Sekarang saya hantar awak ke pejabat dulu.”
Buntang
mata Ezahra mendengarkan kata-kata yang terucap dari mulut Fayyad. Wajah lelaki
itu serius sahaja. “You gila ke?
Nanti semua orang akan nampak I naik motor dengan you.”
“Gila
lagi kalau orang dah habis meeting,
awak tak sampai lagi.” Fayyad mengangkat
keningnya.
Ezahra
melepaskan keluh berat sambil berpeluk tubuh. Dalam kepala masih berkira-kira
mahu naik dengan Fayyad atau pun tidak. Kalau dalam masa dua puluh minit dia
tak sampai ke dalam bilik mesyuarat itu, dikhuatiri pelabur akan tarik diri
untuk melabur dalam projek perumahan yang akan dia persembahkan ketika
mesyuarat nanti.
“Cepatlah
naik!” gesa Fayyad.
“Helmet?”
“Naik
aje. Nanti kita singgah kedai motor depan sana, beli helmet untuk awak.”
“You
gila nak biar tudung I menggerbang macam apa nanti?”
Fayyad
menanggalkan baju sejuk yang dipakainya.
“Nah! Bising betul mulut potpet ni,” leternya sambil menyerahkan jaketnya kepada
isteri.
Ezahra
mencapai jaket tersebut lalu dipakainya.
“Bukan I yang selalu potpet.
Tapi you tu yang selalu potpet-potpet
macam mak nenek,” bebelnya.
“Dah,
naik cepat! Karang lambat sampai pulak.”
Ezahra
mengambil tas tangan bersama beg laptop lalu diletakkan ke dalam raga motosikal
si suami. Punat kunci kereta ditekan. Usai itu, dia memanjat motosikal, sebelum
Fayyad memecut laju.
Di
atas motosikal, Fayyad tidak dapat fokus. Dia dapat rasakan sesuatu di bahagian
belakangnya. Dadanya berombak kencang.
“Astaghfirullahalazim…” sebutnya sambil pejamkan mata.
‘Eh,
apahal pula aku beristighfar? Kan, dah
halal? Dapat pahala apa,’ monolognya dalam hati.
“Alhamdulillah,
Alhamdulillah… Alhamdulillah…” Dari
istighfar, dia mengucap syukur pada Allah Taala.
“Apa?” jerit Ezahra apabila telinganya dapat
menangkap si Fayyad yang sedang bercakap sesuatu. Mungkin sedang bercakap
dengannya.
“Hah? Kenapa?”
Fayyad membalas jeritan.
“You
cakap dengan I ke?” soal Ezahra kuat.
“Tak!”
“Perlahan
sikit. I takut. Laju sangat you bawa.”
Kalau
tak laju mustahil dia dapat merasakan pelukan Ezahra pada pinggangnya. Biar
ajelah! Fayyad tidak mengendahkan
kata-kata Ezahra, sebaliknya semakin laju dia memecut motosikalnya.
Ezahra turun dari motosikal. Helmet
dicabut dari kepala. Jaket ditanggalkan lalu diserahkan kepada Fayyad. Wajahnya tegang. “Kenapa you hantar I depan ni? You sengaja nak semua orang tahu, kan?” Matanya mereling kiri dan kanan dan dapat
diperhatikan semua staf memandang pada mereka.
“Yang
penting awak sampai sini awal. Dah, pergi naik.” Fayyad memberi arahan.
Ezahra
sengih sinis. “Senang you cakap, macam
mana I nak naik kalau semua orang pandang I pelik? Semua orang dah mula gosipkan kita.”
“Saya
akan explain pada dia orang.”
“Senang
pula you nak explain pada beratus
staf? You nak buat announcement ke?” perli
Ezahra. Tas tangan bersama beg laptop yang berada di dalam raga dicapainya
sebelum berlalu meninggalkan Fayyad.
“Amboi! Bukan main kau, Yad! Lain macam aku tengok kau dengan Cik Ezahra
sekarang.” Entah dari mana datangnya, si
Zaitun muncul bersama Nadia.
“Eh,
mana ada! Tadi Yad nampak kereta Cik
Ezahra rosak dekat tepi jalan. Cik Ezahra pulak ada meeting kejap lagi, saya tumpangkan ajelah. Tak payahlah buat
spekulasi. Ni, saya nak pergi kelas. Tolong bersihkan nama saya dan Cik Ezahra
pada semua staf ya.”
“Jangan-jangan
kau ni bercinta dengan Cik Ezahra. Kalau kereta dia rosak, takkanlah dia tak
boleh call teksi?” Nadia menebak sambil mengusap perutnya.
“Handphone dia habis bateri. Ni… janganlah
gosip yang bukan-bukan. Kesian Cik Ezahra. Nanti dia tak boleh nak fokus buat
kerja. Tengoklah reaksi Cik Ezahra dengan Yad tadi. Bukan main marah lagi,
maknanya kami tak bercinta.”
‘Kami
memang tak bercinta tapi kami berkahwin!’
sambung Fayyad dalam hati.
“Kau,
kan orang yang kuat agama, Yad. Boleh pulak
kau tumpangkan Cik Ezahra. Dan mahu pula Cik Ezahra naik dengan kau?” Nadia yang sudah lama mengesyaki sesuatu,
mendesak Fayyad dengan soalan-soalannya.
“Takda
pilihan. Assalamualaikum…” Akhirnya Fayyad
memecut motosikalnya meninggalkan dua orang wanita itu yang terpinga-pinga.
Malas mahu berbalah dengan Zaitun dan Nadia.
Setelah mengambil Ezahra dari tempat kerja,
mereka ke bengkel kereta kenalan Fayyad. Walaupun si isteri menggesa untuk
terus pulang ke rumah, tetapi Fayyad tidak menghiraukan permintaan wanita itu.
Ezahra
sekadar menyandar pada motosikal Fayyad sambil berpeluk tubuh. Manakala, si
Fayyad sibuk membelek keretanya yang sedang diperiksa oleh Badrul.
“Yad, nasib baik kereta ni habis bateri.”
Fayyad
tersenyum sinis sambil menggeleng kepala.
“Apa yang baiknya, kalau nak kena bawak
keluar duit ganti bateri baru?”
“Dengar
dulu aku cakap. Kau dari zaman sekolah lagi, suka potong cakap orang. Kereta ni
masa aku cek pagi tadi, metre temperature
naik doh. Nasib baik kereta ni buat
hal, kalau tidak mahu terbakar kereta kau. Tangki air bocor. Takkan kau tak
cek?”
Fayyad
panar seketika. “Ye ke? Ya Allah!
Tahu pulak aku. Selama ni bini aku yang naik. Nasib baik tak jadi
apa-apa.”
Badrul
beriak terkejut. “Weh! Kau dah kahwin doh!!
Tak pernah tahu pun.”
“Kau
diam-diam sudah! Jangan nak kecoh dekat group whatsapp. Kau bising aku tumbuk
muka kau. Ni… habis, kereta ni rosak apa lagi?”
“Ha! Tangki air bocor, bateri nak kena tukar baru,
lepas tu, enjin. Better kau tukar
enjin barulah. Enjin ni dah tak okey. Jalan pun semput-semput.” Badrul memberi cadangan.
“Bapak banyak betul si comel aku ni
sakit. Duit pun sakit doh! Tukar enjin berapa pulak?” Tiada riak senyuman
pada wajah Fayyad. Malas mahu senyum sebab tahu jawapannya ribu bin riban.
“Enjin
kalau tukar, kurang-kurang pun RM3,000.”
Fayyad
melepaskan keluh perlahan. Dalam kepala ligat mencari jalan untuk mencari wang.
Kasihan Ezahra! Susah dia nak ke tempat
kerja. “Mana nak cari duit? Bini aku
nak pakai nak pergi kerja.”
“Kau
baik dengan aku, Yad. Kalau bateri dengan tangki tu, aku boleh support. Tapi kalau enjin, sori Yad! Aku memang tak boleh nak support.”
“Kalau
tak tukar enjin?”
Badrul
menilik kereta Perodua Kelisa Fayyad.
“Kalau tak tukar enjin, dia jadi semputlah. Tekan minyak sampai meter
naik ke empat pun, dia slow aje.
Mungkin tak berpanjangan tapi kejap-kejap dia semput. Jadi, aku recommend tukar enjin barulah. Bukan recommend sebenarnya tapi memang wajib
tukarlah.”
“Aku
lupa!” Fayyad menepuk dahi. “Air-cond
pun problem juga tu.”
“Ya
ke? Bapak banyak masalah! Aku recommend
kau tukar ajelah kereta terus, Yad. Ambil kereta baru terus. Tak payah ambil
yang secondhand. Yang secondhand ni walaupun murah, confirm ada masalah. Nak repair ini, nak repair itu, duit habis banyak juga. Sama aje macam beli kereta
baru.”
“Kau
cakap senang doh! Kau ingat beli kereta ni macam beli coki-coki
ke? Duitlah! Nak tukar enjin pun terketar-ketar kepala
lutut aku, ini nak beli kereta baru.”
Fayyad serabut.
“Hutanglah.
Bayar bulan-bulan.”
“Mana
nak bayar muka lagi. Aku kerja tetap pun tak ada lagi. Bulan-bulan nak bayar
pakai apa? Pakai duit ‘Monopoly’?”
“Kau
kahwin boleh sara bini, nak beli
kereta takkan tak boleh?” Badrul
menyindir.
Fayyad
ketawa kecil. “Aku sara bini pun pakai duit aku kerja part time jadi despatch. Itu pun cukup-cukup makan. Mana nak bayar bil elektrik,
bil air, bil wifi, makan, pakai bagai. Cakap pakai air liur memang senang.”
“Marah
nampak! Jangan marah. Kita bincang.”
Fayyad
meraup wajahnya. Dia beristighfar di dalam hati. Dia khilaf. Serabutnya itu
seolah dia tidak redha akan ujian yang menimpa. Dia melepaskan keluh berat
sebelum memandang wajah Badrul. “Sorry,
beb!
Emo pula aku waktu-waktu macam
ni.”
“Habis
kereta kau macam mana ni?” soal Badrul
sambil bercekak pinggang. Sesekali dia mereling kereta Fayyad.
“Aku
tinggal sini dululah. Nanti bila-bila tahun aku ada duit, aku suruh kau repair semua.”
“Ha,
tak apalah. Aku settle benda-benda
yang tak okey. Cuma enjin ajelah aku tak boleh nak tolong. Tapi kau kena make sure kau ambil kereta kau balik
cepat-cepat. Semak kedai aku ni. Tak muat pulak
customer nak hantar kereta.” Badrul
berseloroh.
“Kau
kalau cakap…”
“Tak! Sekarang aku tak percaya kau dah kahwin.
Cantik siot bini kau. Betul ke bini kau? Macam tak percaya aje aku ni. Tengok gaya
macam lorded. Anak orang kaya
ke?” Badrul bertanya sambil mata meliar
menjengah Ezahra di luar kedai.
“Tak
adalah. Biasa aje. Aku caw
dululah.” Fayyad bersalaman dengan
Badrul lalu menepuk bahunya.
“Okey! Nanti apa-apa hal aku call kau.”
“Orite!”
“Dah
nak maghrib ni. Kita singgah solat dekat masjid terdekatlah. Lepas itu kita
singgah kejap gerai makan kawan saya. Saya malas nak masak hari ni. Kita makan
dekat luar aje.” Fayyad menyapa Ezahra
sebaik tiba di sisi motosikal.
Ezahra
memejamkan mata sambil melepaskan keluh.
“Nak ke mana pulak? I dah letihlah. I nak balik.”
“Ala! Lekluh! Kita lepak dulu.”
“I
tak nak!”
“Tak
nak, saya tinggal.” Fayyad mengugut.
Topi kaledar disarung ke kepala lalu dia memanjat motosikal.
“You
memang suka sakitkan hati I, kan?”
“Nak
ikut ke tak?”
Ezahra
menjeling dan berdecit. Topi kaledar dicapai lalu disarungkan ke kepala.
Seketika dia memanjat motosikal sambil memaut bahu Fayyad.
Si
Fayyad apa lagi, bukan main seronok dia apabila bahunya dipaut lembut tangan si
isteri. Gatal!
“Woi!
Lama tak nampak. Sejak kahwin ni, dah tak sudi nak jejak sini dah.” Ali menyapa Fayyad yang sedang menghampiri
sambil dibuntuti oleh si isteri.
“Ni,
dah jejak sini dah pun. Siap bawa bini
lagi,” balas Fayyad.
Ali
menjengah untuk melihat gerangan yang berada di belakang Fayyad. “Hai, gorgeous!” usiknya.
Riak
wajah Fayyad berubah. “Kau jangan nak
gatal! Ni bini aku, eh! Kalau nak
rasa makan kaki, meh lah sini.”
“Ah,
kau! Melawak sikit pun tak boleh. Sensitip.”
“Tak
lawak pun masalahnya.”
“Dahlah
pergi duduk. Nak makan apa ni?”
“Char
kuey teow special dua. Teh ais
satu.” Fayyad beralih pada si isteri
yang baru meletakkan punggung ke atas kerusi.
“Awak nak minum apa?”
“Nescafe
ais.”
“Bereh!”
“Man! Teh ais satu. Nescafe ais satu.”
“On the way!” Man menyahut.
“Yang
itu Ali. Kawan satu sekolah. Dia pandai, tapi dia pilih kerjaya ni juga. Dia
pandai memasak. Kaya kut. Banyak duit. Saya selalu lepak sini kalau tak ada
kerja. Tolong dia meniaga. Kalau saya tengah serabut ke saya tolong dia masak.
Kalau saya datang memasak, pergghh…
ramai yang datang.” Fayyad bersuara
sebaik duduk di atas kerusi.
Ezahra
menjeling.
“Air
dah siap.”
“Cakap
Ali cepat sikit masak. Tengok muka bini aku
tengah lapar, ni.”
Ezahra
memijak kaki Fayyad.
Fayyad
buat dek.
“Lapar
benda lain kut.” Man ketawa
berdekah-dekah.
Fayyad
tayang penumbuk pada Man.
Man
pun berlalu.
“Malam-malam
kalau saya tak ada dekat rumah, awak cari aje saya dekat sini. Itu pun kalau
tak ada kerjalah. Kalau ada kerja saya tak datang sini.” Fayyad menyembang lagi. Suka bercerita.
“Tempat
ni strategik. Sebab tu pelanggan datang tak putus-putus sampai tak menang
tangan. Satu malam aje boleh untung beribu-beribu. Saya ada terfikir nak
meniaga juga. Tapi saya tak pandai nak manage
perniagaan. Kalau kerja-kerja guna kemahiran tu Insya-Allah boleh,” sambungnya lagi.
“Mulut
you ni memang bising, kan?” perli Ezahra
dengan nada suara sederhana.
Fayyad
mengepam mulut sambil pandang ke tempat lain. Sentap lalu terdiam seketika.
Sentap seketika tak bermakna dia tak mahu bersuara lagi.
“Dulu sebelum saya sambung diploma,
saya buat kerja macam-macam. Kerja bengkel, bawak
bas, jadi tukang masak dekat gerai Ali ni, itu yang boleh beli Kelisa comel
saya tu. Bayar cash tau. Saya selagi
boleh elakkan hutang, saya elakkan. Sebab bila dah berhutang, bunga pun dapat.
Riba jadinya. Kira haram.”
Ezahra
pandang Fayyad lama dengan wajah serius. Tidak terkelip matanya.
Fayyad
sudah cuak. “Janganlah nak goda saya. Nanti balik rumah kita praktis,” bisiknya sambil sisi telapak tangan
dirapatkan ke bibir.
Ezahra
pijak kaki Fayyad.
“Aduh!! Sakitlah!
Dahlah tumit tajam.” Spontan
Fayyad menarik kakinya yang dipijak Ezahra ke belakang. Keningnya saling
bertaut.
“Char
kuey teow special dua, siap!” Ali datang bersama dulang di tangan.
“Weh!
Nak gaduh balik rumahlah, wei! Aku yang bujang ni terliur tengok. Dahlah nak
tunggu adik kau habis belajar lambat lagi.”
Ingat si Ali tu tak nampak ke adegan pijak memijak kaki Ezahra dan
Fayyad.
“Ah,
kau! Jangan berangan jadi adik ipar
aku.”
“Apa
salahnya? Aku nak jadi biras bini kau ni.” Ali beralih pula memandang Ezahra. “Kan,
awak, kan? Cantik awak ni Ezahra.
Patutlah Yad ni gilakan awak. Walaupun masa belum jumpa awak pun, dia dah
memang gila.”
Ezahra
tersenyum sumbing. Sama-sama bising. Patutlah berkawan baik!
“Makanlah, Ezahra. Sedap!” pelawa si Fayyad. Dia pandang Ali pula. “Weh!
Kau duit dah banyak kedekut siak
nak tambah pekerja. Customer bukannya
seorang dua, dah ramai dah sekarang. Tak menang tangan nanti.”
Ali
berdecit. “Nanti dululah. Aku nak simpan
duit sekarang. Nak bayar down payment rumah
dua tingkat. Bukan untuk siapa pun, untuk aku dengan adik kau juga. Nanti dah
tak sesakkan duit sangat, aku tambahlah pekerja baru. Lagi pun aku tengah
kumpul duit nak buat lagu.”
Fayyad
ketawa mengejek. Tak habis-habis mendengar cerita dongeng si Ali yang minat
muzik. Sembang rancak dari dulu nak buat lagu, tapi sampai sekarang tak nampak
hasil! “Lagu apa kau nak buat?”
“Adalah
projek aku nak buat dengan Akim And The Majistret. Aku nak jadi rapper. Mana tahu nanti boleh menang AJL
31 pulak.”
“Ah,
kau! Cakap pun gagap, ada hati nak jadi rapper.”
Fayyad mengejek lalu ketawa berdekah-dekah.
“Longkang
seh, mulut kau ni!”
Fayyad
menguis-nguis char kuey teownya lalu menayangkan wajah berkerut. “Kau char kuey teow aku, kau tak letak jeruk
cili. Kau pergi ambil sekarang!” gesanya
pada Ali.
Ali
berdecit. “Kau pergilah ambil, bapak malas gila kau ni. Aku baru nak
rehat-rehat.”
“Man,
jeruk cili, Man!”
“Busy, busy!!” sahut Man.
“Haisk! Aku jugalah ni nak kena ambil.” Fayyad berdiri lalu menuju ke sisi lori yang
menjadi bahagian dapur gerai makan Ali.
“Sedap,
kan saya masak?” Ali bertanya pada si
Ezahra sebaik Fayyad berlalu.
Ezahra
memandang Ali tanpa riak. “Not bad.” Dia kembali menyuap char kuey teow ke dalam
mulut.
“Fayyad
tu lelaki baik. Saya berani kerat jari kalau dia tu jahat. Walaupun dia tu tak
berharta, tapi apa nak dibandingkan harta dengan agama? Hidup yang sebetul-betul hidup bukan macam
novel. Lelaki yang berharta ni, memang ada. Tapi lelaki yang berharta selalunya
ilmu agama kosong dan kesetiaannya teruji. Tapi bukan semua macam itu.
Berbanding dengan lelaki yang tak ada harta, tapi cukup agama dengan lelaki
yang berharta tapi tak ada agama, mana satu yang awak pilih?
“Yang
nak menjaga awak dengan harta, akan tinggalkan awak lepas harta dah tak ada.
Yang menjaga awak dengan agama, akan tetap bersama awak dan bimbing awak untuk
masuk syurga.”
Kening
Ezahra saling bertaut. Kedua tangan yang sedang memegang garfu dan sudu
diletakkan ke atas pinggan. “Apa motif
you cakap macam ni? Apa yang dia dah
bagi tahu pada you?”
Ali
menggeleng. “Tak ada!” Dia menjuihkan bibirnya. “Tak ada apa yang dia ceritakan pada saya.
Saja saya cakap macam tu. Tapi apa yang saya nampak, dia ikhlas cintakan
awak.” Dia mengangguk penuh pasti.
“Kau
tak boleh bawa nyorok jeruk ni sampai dalam hutan ke?” perli Fayyad geram. Puas dia mencari seluruh
pelusuk lori untuk mencari jeruk itu.
“Saja
aku letak jauh-jauh, boleh aku main mata dengan bini kau.”
“Aku
sabotaj juga gerai kau ni.” Fayyad
mengugut.
Ali
berdiri tatkala Fayyad baru menghenyakkan punggung di atas kerusinya. “Aku nak sambung masak. Makin ramai pula customer.”
Fayyad
pandang makanan Ezahra yang seolah tidak diusik. “Makanlah lagi Ezahra. Maaf sebab saya bawa
awak makan tepi jalan. Jatuh standard
awak. Tapi tak apa, kan? Kita dah biasa
hidup low class macam ni.”
Ezahra
tidak menghiraukan Fayyad. Dia menyuap makanan ke dalam mulut.
Fayyad
tersenyum cuma. Suka melihat Ezahra yang semakin lama semakin pandai mengikut
rentak hidupnya.
No comments:
Post a Comment