Airina
menyandar lemah pada sebatang pokok teja. Peluh yang menitis diseka dengan
lengan bajunya. Dia memejamkan mata seketika. Penat bukan kepalang. Tadi dia ke
sana dan ke mari mencari jalan untuk pulang ke sekolah. Namun dia semakin jauh
tersesat. Sudahlah tiada orang disitu, mahu bertanya arah pun susah.
Tadinya,
sekolah mereka mengadakan acara merentas desa. Jadi, Airina dan beberapa orang
guru muda lagi aktif tidak melepaskan peluang untuk menyertai. Si Airina pula
mengada aje nak ikut. Tak sampai separuh jalan sudah berhenti dan menyinggah
disebuah gerai ais kacang.
Ikutkan
nafsu makannya itu, memang berejamlah dia menyinggah, sampai semua orang sudah
pulang ke sekolah pun dia tidak sedar. Keluar aje dari gerai barulah sibuk nak
menangis sebab tak nampak bayang seorang pun warga sekolah yang sedang melalui
jalan itu.
“Hoi,
kau!” sapa seseorang dengan kasar.
Airina
diam.
“Hoi
kau!”
Orang
tu berbual dengan aku ke? detik hati
Airina. Dia menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Kau
buat apa di sini? Sorang-sorang pula
tu,” soal Airil kehairanan. Enjin
motosikal dimatikan untuk seketika.
Airina
menjeling dan kembali menyandar pada pokok.
“Kau
nak balik tak?” Airil menyoal prihatin.
Diam.
“Kalau
kau tak nak balik tak apalah. Aku takut kau tak tahan aje duduk sini lama-lama.
Sebab aku pernah dengar ceritalah kan, ada orang pernah kena kacau dekat sini.
Orang tu duduk betul-betul dekat tempat kau duduk sekarang ni. Aku bukannya nak
takutkan kau. Tapi aku hanya cerita benda yang betul aje.”
Airina
masih lagi dengan wajah tenang dan egonya. Namun, apabila mendengarkan cerita
‘dongeng’ si Airil, bulu romanya menyacak naik secara tiba-tiba. Dia menelan
liur.
“Kalau
kau tak nak balik, tak apalah. Aku balik dulu,”
acah Airil sambil mereling Airina. Dia tahu wanita itu tidak betah
apabila mendengarkan cerita rekaannya itu. Enjin motosikal mula dihidupkan.
Airina
masih berlagak tenang. Apabila Airil sudah menekan gear satu, dia cepat-cepat
berdiri dan menonong ke arah lelaki itu.
“Nanti
dulu,” jeritnya.
Dalam
Airina tidak nampak, Airil tersenyum meleret. “Tadi bukan main sombong kau,
kan?” tingkahnya.
“Aku
nak balik. Tapi aku tak nak naik motor. Mana kereta kau?” Airina membuat muka menagih simpati. Tercangak
dia ke sana-sini mencari bayang kereta comot milik Airil.
Airil
tersenyum sinis. “Kereta yang kau hina
tulah yang kau cari, kan?” tukasnya.
“Aku
takut naik motor. Aku nak naik kereta.”
“Bersyukur
ajelah apa yang ada. Kira baguslah sekurang-kurangnya dengan motor buruk ni kau
boleh sampai ke sekolah. Daripada kau melanguk dekat sini seorang diri. Kena
kacau dengan momok, orang jahat. Heh! Berani
aje kau duduk dekat sini tak fikir langsung benda tak elok nak berlaku ke apa
ke,” bebel Airil.
Walaupun,
dia ni selalu tidak serius apabila berbual dan bergaduh dengan Airina, namun
apabila dirasa sesuatu itu harus ditegur, dia akan menegur dan memberikan
nasihat apa yang patut.
Airina
menelan liur apabila diceramahkan oleh Airil. Otaknya pula ligat memikirkan
jalan terbaik supaya dia tidak menaiki motosikal untuk ke sekolah. Dia
sebenarnya fobia. Ada sesuatu yang membuatkan dia tidak berani menunggang atau
pun membonceng motosikal.
“Ha! Macam inilah... kau tunggang motosikal tu.
Aku jalan kaki ikut kau dari belakang,”
cadangnya.
“Ikut
kaulah! Kau yang penat bukan aku.”
“Kau
jalanlah dulu. Bawa perlahan-lahan tau. Jangan pandu laju-laju.” Sempat Airina berpesan.
Airil
terkesan dengan pesanan Airina itu. Dia tersenyum nakal. Kepalanya sudah
bertanduk dua. Handle sebelah kanan
dipulas semahu-mahunya.
Airina
tersentak bila mana Airil sudah memecut laju. Dia menjerit terpekik terlolong.
Namun, Airil semakin jauh dari pandangan. Dia terus mencapai batu di atas jalan
dan dilontarnya ke arah yang dituju Airil. Tetapi ia sia-sia cuma.
“Kurang
asam betullah dia ni!” Dia bersuara
tidak berpuas hati. Matanya mula berkaca-kaca apabila dilakukan sebegitu rupa.
Sungguh kejam lelaki itu terhadapnya. Dia fikir lelaki itu sudah pun insaf dan
betul-betul prihatin terhadapnya, namun sangkaannya meleset jauh. Sangat jauh!
Akhirnya
dalam tangis, dia melangkah ke hadapan. Biarkanlah lelaki itu dengan perangai
jahatnya. Asalkan dia tahu arah untuk pulang, itu sudah memadai daripada dia
diganggu momok-momok dan lelaki-lelaki jahat di situ. Nau’zubillahiminzalik...
Pin!
Pin! Pin!
Deruman
enjin motosikal berserta bunyi honnya membingitkan telinga Airina yang sedang
melangkah. Dia menoleh ke belakang.
Airil?
Airina
menjeling seraya langkah kaki dilajukan.
Airil
memulas perlahan handle sebelah kanan
motosikal. Dia cuba menyaingi langkah kaki Airina yang tidaklah terlalu laju
itu. “Aku ni, bukanlah kejam sangat nak
tinggalkan kau dekat sini. Aku main-main aje tadi. Cepatlah naik,” gesa Airil memandangkan hari sudah menjelang
senja. Dia mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Badannya sudah basah dan berbau
dek peluh.
Airina
buat dek.
“Kau
nak balik ke tak ni?” Airil menyoal.
Bisu.
“Cepatlah! Nak balik atau kau memang dah simpan hajat nak
bermalam dekat sini aje? Sekarang ni pun
dah lewat. Aku nak balik ke rumah. Tahulah kau tu tak ada kerja. Bolehlah kau
bermalam di sini.”
Diam.
Langkah kaki semakin laju. Dia berlari anak.
“Kalau
kau tak nak balik tak apalah. Aku balik dulu. Baik-baik tau. Sini banyak
momok...” Airil sempat menakut-nakutkan Airina. Usai menyakat gadis itu, minyak
dipulas kuat sehingga wanita itu terkebelakang.
“Nanti,
nanti!” jerit Airina.
Airil
menekan brek kaki motosikal yang ditunggang. Dia menoleh ke belakang memandang
Airina.
Airina
berlari anak mendapatkan Airil. Langkah dimatikan apabila mata menyapa raga
motosikal yang kosong.
“Mana
helmet?” tanyanya.
“Helmet
tak ada.” Airil menjawab acuh tak acuh.
Dia sudah letih mahu berbual lama-lama dengan gadis itu.
“Macam
mana aku nak balik? Aku dah tak larat
nak jalan kaki.” Airina merengek. Dia
sudah mahu menangis. Namun, dicuba untuk menahan airmata itu dari terus
mengalir.
Airil
berdecit. “Naik ajelah. Nanti saman aku
aje yang bayar. Kau tu bukannya ada duit pun nak bayar.” Dia mendengus geram apabila Airina dirasanya
betul-betul banyak bunyi.
Airina
mengecilkan mata dan mengetap gigi memandang lelaki durjana itu.
“Naik
cepat!”
Dalam
terpaksa, Airina cuba untuk rela dan pasrah membonceng motosikal Yamaha LC yang
dipinjam Airil daripada Pakcik pengawal sekolah. Dia malas mahu bertelagah
dengan lelaki itu. Hari ini, dia benar-benar letih. Terlalu letih! Jadi, dia menurut sahaja apa kata Airil
asalkan dia selamat sampai ke sekolah dan pulang ke rumah dengan gembiranya.
Saat mereka sampai ke sekolah, hari sudah
lewat petang. Beberapa minit lagi maghrib akan menjelang tiba.
Usai
memarkir motosikal dipondok pengawal, Airil dan Airina menapak menuju stor.
“You just stay here. Only for a while. I’m going to take the car’s key in my room.” Airil memberi arahan kepada Airina. Sesegera
itu, dia membuka tombol pintu bilik stor yang di dalam terdapat sebuah bilik di
mana terletaknya tempat guru-guru sukan.
Airina
tidak mengendah kata-kata Airil. Malah, dia dengan beraninya mengekori lelaki
itu.
Kunci
di atas meja dicapai. Terus dia menoleh ke belakang. “Hiusyhh! Kau ni buat aku takut ajelah.” Airil mengurut dada. Nasib baiklah dia tidak
ada penyakit lemah jantung, kalau tidak memang golah dia.
“Siapa
suruh kau masuk? Dahlah bilik ni gelap. Kau
nak sangat kena tangkap basah dengan aku apa?
Tahulah aku ni hensem. Kalau ye
pun nak kahwin dengan aku, janganlah nak aniaya aku macam ini. Kalau nak, cakap
nak. Nanti aku suruh mama dengan papa aku pinang kau. Huh!” omelnya sambil melangkah menuju ke arah pintu
bilik stor yang tertutup.
“Daripada
kena tangkap basah dengan kau, baik aku tak kahwin langsung. Hei! Kau
ingat aku teringin sangat ke nak kahwin dengan kau? Jumpa kau pun aku dah muak. Apalagi, nak
sehidup semati. Dahlah tu tuduh aku nak aniaya kau pula. Tolong sikit.” Airina mempamerkan wajah geli-geliman.
Airil
memulas tombol pintu. “Yelah!
Mana tahu...” Terus matanya
terbuntang luas. “Darm! The door knocked outside!”
Dia bersuara cemas sambil tangan dengan kasar memulas tombol pintu itu
berkali-kali. Namun, usahanya tetap gagal.
“Mari
sini aku cuba.”
“Kalau
aku yang lelaki ni dah cuba tapi tak boleh, apalagi kau?” Sinis kata-kata Airil menyerbu masuk ke dalam
lubang telinga Airina.
Airina
menjeling. “Tangan aku ni tangan sakti
tau!” riaknya. Tombol pintu dipulas.
Matanya pula yang tercerlung luas seraya memandang Airil. Dia menelan liur.
“I’ve already told you that you’re useless!”
“Siapa
diluar? Tolong bukakan pintu!” Airina bersuara merintih. Kata-kata Airil
sekadar berlalu ditepi telinga. Sebelah tangannya menolak dada pintu. Sebelah
lagi tangannya memulas pintu sambil tombol pintu itu.
“That’s all your fault. If you listen to me. It will not happen!” Airil melampiaskan amarahnya pada Airina.
Airina
mengerutkan dahi memandang Airil. “Apa
pula salah aku?” soalnya bingung.
“Kalau
kau tak masuk ke dalam tadi, semua ni takkan berlaku. Masuk ke dalam tutup
pintu pula. Dahlah malam-malam macam ini tak ada orang. Sekarang siapa yang nak
tolong bukakan pintu ni?” herdik Airil.
“Aku
tak tutup pintu tu pun!” bentak Airina. Dia bengang apabila dituduh dan dimarah
seperti itu. Hatinya membentak geram.
“Habis
kau nak cakap hantu yang tutup?” Airil
bersuara menyindir.
“Dekat sini memang tak ada lampu, eh?” soal Airina dengan wajah seposen seakan muka
orang tidak bersalah.
“Haah,
kan? Lupa tak terfikir pula aku. Ini
semua kau punya fasal. Berkawan dengan engkau tak sampai dua puluh empat jam,
aku dah jadi nyanyuk dan biul macam kau juga.”
Airil mengomel.
Airina
mengetap bibir geram. “Kau tu yang dah memang biul. Aku pula yang salah!”
Airil
malas mahu berbalah lagi. Dia melangkah menuju ke suis lampu. Dalam gelap dia
teraba-raba.
“Kau
ni memang nak aku mati cepat, kan? Suka
berkepit pula tu dengan aku dari tadi,”
marahnya sambil bercekak pinggang apabila menoleh ke belakang. Mana tidaknya,
si Airina dengan rambut menggerbang lagi serabut muncul dibelakangnya secara
tiba-tiba. Imannya goyahlah juga apabila dikejutkan sebegitu rupa.
“Aku
takutlah! Bukannya saja-saja nak
mengikut kau. Dahlah badan bau bangkai. Ingat aku teringin sangat nak mengekor
kau ke?” omel Airina sambil menjeling.
Setelah lampu sudah terang benderang dia mencari port yang bersih dan selamat untuk dia duduk.
Airil
pula melangkah ke kusyen berangkai tiga yang tersedia di dalam bilik guru sukan
itu. “Kau tak payah nak mengutuk aku
sangat. Kau dengan aku sama aje badan bau busuk!”
Airina
buat tak tahu. Dia merebahkan diri ke atas lantai simen yang sejuk.
Airil
terkesan melihat Airina yang sedang terbaring di atas simen. Dia mula simpati
pada wanita itu.
“Nah,
lapik buat tidur.” Dia melemparkan tilam
ringan dan nipis yang selalu digunakan sewaktu aktiviti perkhemahan ke atas
badan Airina.
Si
Airil ni memang kejam tau! Nasib baiklah
tilam yang bergulung itu ringan sahaja. Kalau tidak, mahu tak terlenyeknya
tubuh wanita itu? Sabo ajelah dengan si Airil ni!
“Aduh!”
Airil
buat dek dan kembali ke tempat duduknya tadi. Dia tersangat letih ketika itu.
Tok!
Tok! Tok!
Hamparan
tilam terhenti apabila mendengar ketukan dari luar pintu stor. Dia tersenyum
girang. “Alhamdulillah...” ucap Airina. Dia meraup wajahnya.
Airil
bingkas bangun dan memanjangkan langkah menuju pintu stor. Diikuti Airina dari
belakang.
Dan
pintu stor itu pun terbuka dari luar.
“Kami
daripada Jabatan Agama Islam Ke... eh!
Selangor, mendapat aduan daripada penduduk bahawa ada hamba Allah yang
berdua-duaan di sini.”
“Apa?!”
Mata
Airil terbuntang luas. Dia menelan liur.
Mata
Airina sudah kuyu. Tubuhnya pula longlai dan rebah. Mujurlah tubuhnya itu
sempat ditampan oleh sepasang tangan Airil. Kalau tidak, kes naya aje tulang
punggungnya patah.
“Mak
ai! Badan macam lidi. Tapi berat tahap
nak mampus!” kutuk Airil. Badannya
terbongkok dek kerana menahan berat badan Airina yang memang berat!
“Pengsan
pulak dah! Haru lagu ni...” Lelaki itu beriak cemas.
Airil
yang mendengarkan suara lelaki itu, tiba-tiba dipagut rasa musykil. Serasanya
dia pernah mendengar suara yang loghat Kedah itu. Dia memandang lelaki itu
sambil tangannya masih melekat pada tubuh Airina.
Ya! Memang bertambah musykil apabila melihatkan
misai lebat lelaki itu. Sudahlah lebat sampai tak nampak bentuk mulut. Senget
pula tu misainya. Isyh! Isyh!
Tanpa
berlengah, sebelah tangannya mencabut misai lelaki itu. Dan...
“Zamri?” Airil beriak terkejut. Dia mengerutkan dahi.
Zamri
ternganga apabila rahsianya sudah terbongkar. Sebagai tambahan, dia agak
terkejut dan sakit apabila misai palsu direntap kuat oleh guru kelasnya. Mahu
tak terputus misai-misai halusnya pada atas bibirnya itu.
Airina
bingkas bangun apabila nama Zamri diseru. Dia fikirkan memang Pegawai JAIS yang
datang, namun ia hanyalah propa si anak muridnya yang nakal itu. Itu fasal dia
buat-buat pengsan. Mana tahu, kalau betul-betul Pegawai JAIS yang datang,
mungkin dia dapat kelonggaran dari dipaksa berkahwin kerana pengsan.
Macamlah
boleh pakai dramanya itu!
“Nakalnya
awak Zamri. Tahu tak saya separuh mati awak mengaku awak tu Pegawai JAIS.” Airina menarik telinga Zamri.
“Aduh! Sakit cikgu!”
Zamri menyeringai. Kepalanya terteleng ke kiri apabila telinganya ditarik.
Airil
yang masih terkejut kerana tertipu dengan sandiwara Airina, terus menarik
telinga wanita itu.
Giliran
Airina pula menyeringai sakit.
“Aduh! Sakitlah!” Sebelah tangan bergelut dengan tangan Airil
yang menarik telinganya.
Dia
dan Zamri sama-sama mengaduh separa menjerit.
“Kau
main-main eh! Dahlah badan kau tu berat.
Ada hati nak buat-buat pengsan. Jatuh ke tangan aku pula tu.” Airil mengomel. Telinga Airina dilepasnya.
Airina
pula melepaskan tangannya dari mencengkam kuat telinga Zamri. “Isyhh! Aku tak minta pun kau tampan badan aku dari
jatuh. Kau yang memandai-mandai,”
tuturnya bengang. Telinga yang terasa gatal digaru dan digosok.
“Okey! Lepas ni aku akan biarkan kau jatuh ke
lantai. Biar padan muka kau.” Airil
memeluk tubuh.
Airina
mencebik.
“Ha! Zamri!
Kenapa awak kurung kami berdua di sini?”
Dia bercekak pinggang pula sambil memandang Zamri.
Zamri
mencerlung seraya mengangkat tangan kanan.
“Demi Allah cikgu! Saya tak
kurung cikgu. Saya mai tang sini ja tengok pintu ada orang kunci dari luar.” Sungguh-sungguh dia meyakinkan Airina dan
Airil.
“Habis
macam mana awak boleh ke sini malam-malam macam ini?” selidik Airina lagi. Selagi dia belum berpuas
hati, selagi itu dia akan terus menyelidik hingga ke lubang cacing.
“Saya
mai sini pun sebab cikgu Khatty mai rumah saya. Dia ajak saya dan Man mai sini
cari cikgu dan sir. Dia risau sungguh
dengan cikgu. Telefon sir tak angkat.
Cikgu Airina pula tak bawa telefon bimbit. Jadi haru semua.
“Hmmm... tadi masa kami mai, tengok kereta
sir ada dekat parking lot. Tu yang saya mai ronda blok-blok. Bila saya sampai
tang tangga blok F tu ja, tiba-tiba bilik lampu ni terpasang. Ikutkan firasat
saya, cikgu dengan sir memang ada
dekat sini. Tu yang saya gagah mai tu.”
“Man
dan cikgu Khatijah mana?” Airil menyoal.
“Depa
tunggu cikgu dan sir dekat tempat parking. Tadi Man nak mai, tapi cikgu
Khatty suruh teman dia dekat sana. Dia takut gamaknya,” beritahu Zamri.
“So, both
of you can go now.” Airil menyuruh.
“Sir tak ikut sekali ka?”
“I’ve to clean this room first.”
“Nak
aku tolong? Bilik ni bersepah disebabkan
aku.” Airina bersuara prihatin apabila
memikirkan lelaki itu sudah membantunya petang tadi. Apa salahnya jika dia
membalas jasa baik Airil.
“No!
No! No! Kalau kau ada pun, bilik ni bertambah sepah.
Baik kau balik mandi.” Airil bersuara
lantang.
Airina
mengecilkan mata dan mengetap giginya geram.
Yelah!
Siapa tak sakit hati apabila dengan ikhlasnya menawarkan diri untuk
membantu, tetapi dibalasnya cili api. Memang dia sakit hatilah, kan!
Zamri
pula mengemam tawa yang hampir berhambur.
No comments:
Post a Comment