Dari
kejauhan lagi dia sudah mengetap bibir geram sambil tangan menggenggam penumbuk
bila mana sepasang matanya menyapa kereta si empunya kaki gangster tahap tak
boleh blah!
Silau
betul matanya saat itu. Bukannya dia benci sangat pada kereta itu. Tetapi apabila
terpandangkan kereta itu, ingatannya segera terpalit pada Airil yang bermulut haprak itu. Langsung sahaja hatinya
mengembang tahap hipotonik. Apatah lagi mengenangkan si empunya kereta itulah
yang sengaja melanggar lecak sehingga ia mengotori baju kedevasnya. Makin bengkeklah hati Airina dibuatnya!
Airina
mara ke hadapan mengikut kata hati yang dipandu oleh akal yang tiba-tiba
mendapat idea jahat. Nak kata strategi terbaru, tidak! Tetapi dia ingin melakukan kerja jahat yang
pernah dilaksanakan olehnya sebelum ini.
Namun
tatkala dua tapak lagi sebelum dia sampai ke destinasi perancangannya, di kala
itu kakinya tiba-tiba terpeleot jatuh.
“Adddduuhhh!” Terus dia duduk bercangkung sambil tangan
memegang kejap kakinya yang terseliuh itu. Saat itu juga, dia perhatikan tumit
halus kasut sebelah kirinya sudah pun patah.
Itulah
balasan untuk orang yang menyimpan niat yang tidak baik. Itu baharu sahaja
niat, sudah dibayar ‘cash’. Apatah
lagi kalau sudah betul-betul dilaksanakan niat jahat itu. Alamatnya, tak
selamatlah...
“Kau
ni kan kasut. Time macam inilah kau
nak buat hal. Sakit pula tu kaki aku, kau buat!” omel Airina dengan wajah menahan sakit. Kedua
belah kasutnya dibuka. Lalu, dia mencuba untuk berdiri namun kaki yang
terseliuh itu tidak mampu menampung berat badannya.
Airina
berdecit.
Tiba-tiba
telinga terasa ditarik kuat oleh satu tangan hamba Allah yang dia tidak tahu
siapakah gerangannya.
“Aaaarrrgghh!! Sakit, sakit!” Airina terseret mengikut arah si penarik
telinganya. Kasut yang ditanggalkan tadi tidak sempat dibawa bersama.
Sebaliknya, ia tertinggal di tempat dia terduduk tadi.
“Kau
nak buat apa pada kereta aku? Hah?!”
Baru
dia perasan rupanya Airil yang menarik telinganya. Kurang ajar betul! Entah dari mana datangnya lelaki ‘durjana’
itu pun dia tidak tahu. Penuh misteri!
“Lepaslah! Sakit tahu tak!” Airina bergelut dengan Airil dan mencuba
untuk meloloskan diri.
Airil
berwajah bengis. “Kau mengaku cepat, apa
yang kau dah buat pada kereta aku?”
gertaknya pula tidak puas hati.
“Mana
aku buat apa-apa pun! Lepaslah!”
“Kau
nak pancitkan tayar kereta aku, kan?
Baik kau mengaku cepat kalau kau nak aku lepaskan telinga kau,” ugut Airil. Semakin kuat cengkaman tangannya
pada telinga Airina.
“Aku
tak buat apa-apalah!”
Kasihan
Airina! Sampai terteleng lehernya ke
kanan. Kejam betul si Airil. Ibu dan abahnya pun tidak pernah menarik
telinganya sebegitu rupa, inikan pula orang luar lagi asing. Memang tak
patutlah, kan?
“Eh! Kenapa pendeknya kau?” Airil bersuara hairan yang pastinya sudah
sah-sah lari dari tajuk sketsa pertelingkahan mereka tadi. Kemudian, dia
memandang kaki Airina yang sudah terang lagi bersuluh sedang berkaki ayam.
Kesempatan
yang ada membuatkan Airina dengan mudah meloloskan diri daripada Airil yang
sedang ralit berbual mengenai topik lain.
Airil
melangkah untuk mendapatkan kasut Airina lalu dibeleknya. “Patutlah!
Selama ni kau hanya tahu pakai kasut tumit...”
Dia
tiba-tiba membuntangkan mata bilamana matanya singgah pada tumit kasut Airina
yang patah itu. “Hei! Tingginya tumit kasut kau? Gila!
Enam inci. Macam manalah kau boleh berjalan siap berlari lagi dengan
kasut ni?” riaknya agak terkejut.
“Mulut
kau jaga sikit eh! Aku sumbat dengan
tumit tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah!” marah Airina apabila dikutuk sebegitu.
Sudahlah tengah tengahari buta. Cuaca panas pula tu. Ditambah pula dengan cuka,
biji lada, sos cili dan cili api. Memang kaw-kaw
punya hangatlah!
Airil
mula teringat bahawa dia tadi sedang menarik telinga Airina. Kini, dia menyambung
tugasnya itu semula. “Kau buat apa pada
kereta aku?”
“Lepaslah!” Airina rimas dan kembali bergelut untuk
menyelamatkan diri dari lelaki itu. “Aku tak buat apa-apa! Sumpah!”
Tangan kanan diangkat.
Airil
mula yakin dengan kata-kata Airina. Terus dia melepaskan cengkaman jemarinya
pada telinga wanita itu.
“Habis
tu kau buat apa pada kereta aku? Duduk
sebelah tayar kereta aku? Ini mesti kau
nak pecahkan tayar kereta aku dengan tumit kasut kau ni, kan?” Dia serkap jarang lagi.
Airina
melepaskan keluh berat dan berdecit.
“Mana adalah! Aku tak buat
apa-apa pun. Tadi aku baru aje pasang niat nak menendang tayar kereta kau, tapi
tak sempat sebab kaki aku terkehel.”
Airil
mengemam amarahnya. “Behave yourself! I’ll claim you in court due to the
criminal that you’re doing just now!”
Airina
menjeling. “Jenayah apa yang aku
buat? Hal kecil aje pun nak
dibesar-besarkan. Lagipun, baru aje niat. Bukannya aku buat betul-betul. Huh!”
Airil
tiba-tiba berwajah cuak tatkala melihatkan Airina menyebak rambutnya ke
belakang. Secara tidak langsung telinga wanita itu yang ditariknya tadi
terdedah. Spontan dia menyelak serta
menguis juntaian rambut disebelah kiri wanita itu pula. Usai itu dia mengurut
dada dan kembali berwajah tenang.
“Hei! Kau buat apa ni?” Airina menampar serta menepis tangan Airil
kerana lelaki itu sungguh berani menarik telinga serta menyentuh rambut ikal
mayangnya.
“Taklah! Aku terkejut aje. Ingatkan telinga kanan kau
tu jadi panjang dan capang disebabkan aku tarik telinga kau tadi. Cuak juga
aku. Itu fasal yang aku selak rambut kau yang sebelah sana tu. Tapi nasib
baiklah kedua-dua belah telinga kau tu memang dah macam piring astro! Kalau tak, naya aje aku kena sound dengan mak bapak kau.”
Airina
melopong. Dia tidak menduga langsung statement
itu pula yang bakal meniti dibibir lelaki itu.
“Kau apa hal, main piring-piring astro pula?”
Hari
ini sahaja darah tingginya sudah naik mendadak. Silap hari bulan kes naya aje
darah terlebih tinggi. Jenuhlah nak mencari rumpai laut untuk menutrialkan
bacaan darahnya.
“Eeeeii!!!” Airil buat muka geli. “Telinga capang!” ejeknya suka.
Airina
mengetap bibir.
“Patutlah
kau selalu lepas aje rambut kau. Rupanya kau nak tutup telinga capang kau tu.
Mesti kau takut aku ejek kau, kan? Eeeiii!!
Gila punya capang telinga kau ni. Issyyhh!! So
scary,” tingkah Airil seraya buat
muka geli tahap tak ingat.
“Dahlah
pendek. Ketinggian kau dipalsukan dengan tumit tinggi tu je, hah!” Dia menambah.
“Arrggh!!
Tensionlah aku dengan kau ni. Pressure aku!”
“Ini
kenyataan, sayang oi. Kau kena terima hakikat walaupun perit.” Wajah tidak bersalah dipamirkan membuatkan
suhu Airina semakin memuncak.
“Aku
ni tinggilah!”
“Selagi
ketinggian kau tu tak melebihi ketinggian aku, kau tetap pegang status pendek.”
Entah
apa-apalah dia orang berdua ni!
Ketinggian pun dijadikan isu dalam perdebatan mereka. Hal yang remeh
lagi temeh dibangkitkan sehingga menjadi besar. Isyyh!! Kasi kahwin, baru
padan muka!
“Kira
bagus daripada kau. Lelaki, tapi berjiwa perempuan. Aku yang perempuan ni pun
tak adalah kemaruk sangat dengan warna merah jambu,” perli Airina sarkastik.
“Hoi! Kau mulut jaga sikit, eh!” Airil yang tadi bukan masin steady, sekarang dia pula yang over pressure.
“Punya
fasallah! Macam mana aku rasa, macam
itulah aku nak kau rasa. Ooh!! Sedap aje
kau kutuk aku kaw-kaw. Yang kau tu
punya tak sedar kau tu pondan!”
“Siapa
pondan? Hei! Kau ni tak tahu trend ke?” soal Airil
bengang.
Nak
kata si Airina itu tak tahu trend,
sedangkan dia lagi expert dalam trend-trend terbaru. Hmmm...
“Eleh! Mengaku ajelah yang kau tu...”
Airil
menuding jari ke wajah Airina. “Kau
pernah rasa tak kena makan tumit kasut sendiri?
Kalau kau teringin nak merasa bibir kau bengkak ala-ala orang cucuk
botox, kau cakaplah benda yang kau nak cakap tu.”
“P.o.n.d.a.n!” Satu persatu huruf itu disebut laju-laju.
Kemudian dia berlari bersama sepasang kasutnya ditangan.
“Kurang
ajar!” Airil terpekik. Dia menumbuk
tayar keretanya. Nak diikutkan hati, hendak sahaja dia menumbuk pintu kereta sportnya. Tetapi bila dikenangkan
keretanya akan kemek jika ditumbuk, amarahnya dilampiaskan sahaja pada tayar
kereta yang tidak akan kemek selamanya melainkan ia dicucuh api atau dibom.
Yang
si Airil ni pun satu, kalau Airina yang menendang tayar keretanya, pandai pula dia
hendak marah. Yang dia tu menumbuk-numbuk tayar keretanya tak apa pula! Sedangkan tenaga wanita pada kaki Airina itu
tidak mampu mengalahkan tenaga kelelakian yang ada pada tangan Airil.
No comments:
Post a Comment