Siapa Kata Tak Sudi? 4

           “Airina!”
          Airina menoleh. Wajah yang berkumis lebat itu membuatkan dia menguntum senyum. Dalam banyak-banyak ciri fizikal yang ada pada si guru senior Bahasa Melayu ini, memang misainyalah yang menjadi tarikan utama. Ketawa pun tak nampak gigi arnab sebab, ia berselindung disebalik misai lebatnya. Hik hok...
              “Ye, cikgu Ismail!”  jawab Airina sambil memperbetul duduknya di atas kerusi.
              “Saya nak minta tolong Airina sikit boleh?”  tanya Ismail. Helaian-helaian kertas yang dipegang diselak dan dibelek beberapa kali.
              Airina mereling ke arah kertas yang dibelek Ismail. “Tolong apa, eh?”
              “Saya ada mesyuarat sekarang. Jadi, saya tak sempat nak hantar sampel kertas ujian Bahasa Melayu untuk disemak oleh cikgu Badli, GKM Bahasa Melayu. Jadi saya ingat nak minta tolong awak.”
              “Cikgu Badli?”  Airina mengerut dahinya.  “Tapi saya tak tahu tempat dia di mana?  Rupa dia pun saya tak pernah tengok.”  Dia merungut perlahan.
              “Dia tu ketua panitia Bahasa Melayu. Jadi bilik dia dekat...”
              “Dekat blok B?”  Pantas Airina mencelah. Ketua panitia?  Masakan dia tidak tahu dimana bilik guru ketua panitia yang jelas terpampang besar tag itu pada blok B itu. Dah macam iklan kedai, dia orang buat.
              “Pandai pun, awak!”  modal Ismail.
              “Hmm... tak apalah, nanti saya pergi.”  Tanpa banyak songeh, Airina bersetuju.
              “Ujian bila ek?  Saya tak tahu pula.”  Airina menyoal. Rasa-rasanya dia tidak mendengar khabar apa-apa pun, daripada mulut guru-guru disini. Ini yang dia agak musykil ni. Hmmm...
              “Bulan depan kut. Itu yang nak dibuat mesyuarat kejap lagi. Nak bincang fasal benda-benda inilah. Takut nanti tak dibincang, bertindan pula dengan program sekolah,”  beritahu Ismail.
              “Tapi kenapa saya tak diundang pun?”  Muncung ditarik ala-ala paruh itik.
              “Alahai, sedihnya!”  Ismail melepas keluh sebeluh menyambung bicaranya. “Tak semua yang kena pergi. Hanya yang tertentu sahaja.”
              “Habis cikgu Badli ni kan GKM, takkan dia tak ikut mesyuarat kut?”
              “Dia dah minta excuse. Kejap lagi dia nak balik awal. Ada hal.”
              “Ooo...”  Airina mengepam bibir.
              “Tapi awak kena pergi cepat sebelum dia balik. Baiklah, saya nak berangkat dah ni,”  ujar Ismail sebelum berlalu meninggalkan Airina keseorangan disitu.
              “Okey!”
              Langkah kaki Ismail diperhatikan sehingga hilang bayangnya.


Airina berkira-kira, sama ada mahu menegur seseorang yang sedang ralit menyemak kertas kerja itu, atau pun mahu...
              “Ye, ada apa Airina Nisya?”  Dia beriak selamba, sambil matanya sibuk membelek-belek kertas kerjanya.
              Airina agak terkejut saat disapa oleh seseorang.  Dia perasan ke aku ada dekat sebelah sini dari tadi?  Boleh tahu pula nama aku?  Isyyhh... bahaya dia ni!  bisiknya sendiri.
              “Errr... errr...”
              Lelaki itu menoleh menghadap Airina, sambil melepas keluh.  “Ye, ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
              Mak aii!!!  Segaknya, dia... Iman Airina sudah mula goyah dengan ketampanan si jejaka manis berjanggut halus dibawah mulut. Dengan kaca matanya membuatkan dia tampak berkarisma.
              “Helo...”
              Kaku.
              “Helo...”  Jejaka itu mengerawangkan tangannya ke wajah Airina yang sedang mengelamun.
              Akhirnya Airina tersedar. Dan dia tersenyum sumbing menahan malu.
              Jejaka itu mengangkat kening sebagai isyarat.  “Nak cari saya, kan?”
              “Arrmmpphh... mana tahu?”
              Dia tersenyum sambil menggeleng kepala.  “Saya, Badli. Jadi, mana sampel tu?”
              “Oh, lupa pula!”  Airina menyua helaian kertas yang sudah dikepit dengan ubat stepler itu kepada Badli.
              “Apa pun terima kasih,”  ucap Badli lalu kembali melakukan tugasnya yang tertunda tadi.
              Airina masih tercegat disitu, walaupun Badli tidak tertarik untuk meneruskan perbualan dengannya.
              “Apa yang awak tunggu lagi?  Nak ajak saya makan tengahari?”  Badli kembali menoleh ke arah Airina. Jam ditangan ditiliknya.
              Airina agak terkejut dengan statement Badli yang lebih kurang menjengkelkan.  “Errr.. errr...”
              Badli bingkas bangun dan mengemas mejanya sebelum memandang Airina yang agak termangu-mangu.
              “Jom!”
              “Hah?”
              “Kita ada dua puluh minit sebelum saya balik rumah. Jadi, sebelum saya balik, saya nak awak temankan saya makan.”
              “Hah?”


Airina berdiri seperti patung tatkala memerhatikan Badli mencedok lauk pauk yang terhidang untuk santapan para guru di kafe itu.
              “Apa yang awak tengok?  Cedoklah lauk.”
              “Hah?”  Airina agak blur saat ini tatkala berhadapan dengan lelaki kacak dihadapannya.
              “Come!  Teman saya makan.”  Badli mengajak.
              Airina masih lagi seperti tadi.
              Badli menghela nafas sebelum mencedok lauk ayam masak merah ke dalam pinggan yang sedang dipegang Airina.
              Airina agak terkesima dengan perbuatan Badli. Dan hampir kesemua lauk yang terhidang, memasuki pinggannya.
              “Eh, dah!  Banyak sangat ni!”
              “Tak apa!  Lama sikit kita boleh berborak, tak gitu cikgu Airina Nisya.”  Menari-nari kening Badli sambil menghadiahkan senyuman menggoda kepadanya.
              Airina menelan liur. Ya Allah!  Lindungilah hambaMu yang tak berdosa ini. Doanya di dalam hati.
              “Seronok mengajar budak-budak?”  tanya Badli memecahkan kebisuan antara mereka berdua.
              “Hah?”  Airina yang sedang ralit menguis nasi dan lauk pauk, agak termangu-mangu dengan teguran Badli itu.
              “Sedap nasi tu?”
              Airina mengerut dahi.  “Eh, yang mana satu saya nak jawab ni?”  Dia kehairanan.
              “Cuba awak ulang soalan pertama saya tadi,”  pinta Badli sambil jemari mengacau air nescafe aisnya dengan penyedut minuman.
              “Seronok mengajar budak-budak?”  Airina mengangkat kening.
              “Dengar pun!”  Badli memandang tajam tepat ke dalam bola mata Airina.
              Airina tersenyum sumbing.  “Saya memang ada penyakit panik. Panik saya tak bertempat,”  tingkahnya, manja.  Mentang-mentang mamat tu hensem, naik minyak kau Airina!
              “Panik?”  Badli mengerut dahi. Apa yang nak dipanikkan?  Bisik hatinya. 
              “Saya ni ada rupa jahat ke?”  duganya.
              “Eh, tak!”  Airina menidakkan sangkaan Badli yang buat-buat ayat kasihan.
              “Habis tu?”  Badli mengangkat kening.
              “Saya memang selalu macam ini. Nak-nak lagi bila jumpa cikgu yang hensem macam cikgu Badli ni,”  modal Airina, cuba mengampu. Huh!  Ayat nak ngurat beb!
              “Tak payah bercikgu-cikgulah. Dalam bab ini, kita gunakan subjek Bahasa Melayu.”
              “Maksud cik... cik... cikgu Badli?”  Airina menggaru kepada yang tidak gatal. Tidak faham apa yang cuba diterjemahkan oleh si jejaka kacak dihadapannya.
              Badli melepaskan sudu dan garfu yang dipegangnya.  “Kita guna kata ganti diri.”
              Airina tarik sengih. Dia mula faham dengan apa yang diterjemahkan Badli.  “Saya, awak?  Macam tu?”  duganya pula.
              Badli tersenyum meleret.
              “Awak ni suka berkias-kias, kan?”  Airina mula beramah. Entah tiba-tiba aje sikap gugup dan paniknya hilang begitu sahaja. Mungkin dengan keramahan Badli membuatkan dia sudah tidak kekok dan agak selesa.
              “Biasalah!  Hari-hari mengajar BM.”  Badli berlucu.
              Airina ketawa geli hati.  “Mesti awak ni jiwang karat sebab selalu mengajar sastera dan komsas,”  usiknya.
              “Bukan setakat itu aje tau. Saya sampai reti guna bahasa prosa tradisional tau.”
              “Iye, ke?  Wah!  Mesti kelakar bunyinya.”
              Badli tarik sengih.  “Jadi, sekarang dah tak panik dah?” soalnya tiba-tiba.
              Airina teripu-sipu sebelum menggeleng.
              Badli menilik jam dipergelangan tangannya.  “Tak apalah!  Nanti ada masa, kita jumpa lagi. Saya nak kena balik awal hari ini. Urgent.”
              “Oh... okey!”
              “Tapi makanan ni macam mana?”
              “Awak tolong bayar?”
              “Hah?  Saya?”  Airina termangu-mangu. Telunjuk terarah ke wajahnya.  “Apa pula saya?  Awak yang ajak saya makan sini. Lagi pun dompet saya tertinggal di rumah,”  akal Airina. Sengaja mencari alasan. Bukan tak tahu si Airina ni kedekut orangnya. Harap muka aje lawa, tapi tahi hidung masin!
              Badli ketawa kecil.  “Yelah, makcik Airina Nisya oi!  Hari ini saya belanja. Nanti-nanti awak belanja saya pula.”
              “Okey!”
              Badli terus berlalu meninggalkan Airina keseorangan. Namun, pantas dia menghentikan langkah dan segera menoleh ke arah Airina saat mengingati sesuatu.
              “Actually!  Cantik dompet awak!  Merah jambu macam tuannya,”  perlinya sambil tersenyum meleret sebelum kembali menggorak langkah.
              Airina menyoroti ke arah meja makan!  Spontan dia menepuk dahinya.  Kenapa bodoh sangat aku?  Dah jelas-jelas tadi aku bawa dompet dengan aku tadi. Issyyhh!!  Nampak sangat yang aku ni kedekut. Tak pun mesti dia ingat aku tengah pokai sampai tak ada duit langsung!  Tapi memang betul pun aku tak ada duit. Makan pagi tadi pun Akak Khatijah yang belanja. Huh!!  Buat tebal muka sudahlah lepas ni. Monolognya sendiri.


“Apa yang tersenyum sorang-sorang ni?  Angau eh?”  Khatijah menyapa dari tepi sambil mengerawangkan jemarinya pada wajah Airina.
              Airina tersedar dari lamunan.  “Eh, akak!”
              “Eh, akak!  Eh, akak!”  Khatijah mengajuk.  “Senyum sorang-sorang. Entah apalah yang diingatkan tu entah?  Teringatkan si cikgu BI ke?”  Dia serkap jarang. Serentak itu, hinggap secubit rasa secukup rasa pada lengan kirinya.
              “Aucchh!!!”  Dia menyeringai kesakitan.  “Apa Rina ni?  Sakitlah!”  dengusnya.
              “Padan muka!  Suka kaitkan orang dengan si merah jambu busuk tu!”  getus Airina. Agak bengang tatkala nama si lelaki bermulut ‘longkang’ itu disebut-sebut. Macam-macam gelaran diberikan kepada lelaki itu. Nampak bebeno marahnya pada Airil.
              “Hah!  Tengok.  Akak tak sebut pun, cikgu Airil. Akak cuma cakap cikgu BI aje. Cikgu BI banyak dekat sekolah kita. Ada cikgu Kesavan, ada cikgu Nallathamby, dan ramai lagi,”  kata Khatijah.
              “Eleh!  Ayat cover dah lapuklah!  Tahu sangatlah akak tu, suka usik Rina.”  Airina menjeling.
              Khatijah tersengih sambil menggaru bekas cubitan yang agak kebas pada lengan kirinya itu.
              “Eh, Rina tak nampak sangat bayang akak tengah hari tadi. Akak pergi mesyuarat eh?”  Airina tukar topik.
              Khatijah mengangguk sambil jemari menekan saluran televisyen yang diminati.
              “Apa cerita?”  Airina agak teruja.
              “Tak ada apa pun. Cuma dia orang bincang minggu depan akan diadakan pelancaran program nilam.”
              “Eh, dengar cerita keputusan SPM dah nak keluar, kan?”  Tajuk perbualan mula beralih kepada yang agak menarik sedikit.
              “Haah. Dua minggu lagi.”
              “Macam manalah result dia orang semua ek?”
              “Akak rasa, ramai yang boleh skor. Sebab pengetua puas hati dengan peningkatan pencapaian akademik dia orang dari tingkatan empat lagi. Lagi pun cikgu di sini semuanya yang berkebolehan dan berpengalaman belaka. Jadi tak mustahil ramai yang dapat result gempak.”
              “Termasuk akaklahkan cikgu yang berkebolehan dan berpengalaman tu?”  Airina mengusik.
              Khatijah cuba beriak selamba namun senyumannya terukir.
              Suasana hening seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil menonton televisyen. Entah apa yang disiarkan langsung Airina tidak tahu. Fikirannya melayang mengingati seseorang saat ini.
              “Akak!”
              “Hmmm...”
              “Akak dengar tak ni?”  Airina merengek.
              Khatijah berdecit.  “Iyelah!  Akak dengar. Tak pekak lagi sound akak ni,”  marahnya sambil menghayati setiap babak drama yang ditayangkan.
              “Cikgu Badli tu dah kahwin ke belum, ek?”  Tanpa segan silu Airina bertanya. Minah ni memang tertulis di luh mahfuz, dilahirkan sebagai gadis yang selalu bermuka tebal dan tak tahu malu orangnya. Tak ada langsung ciri-ciri muslimah berjaya!
              Dalam tidak sedar Khatijah yang sedang kusyuk menonton televisyen iu menggeleng.  “Dia pernah bertunang. Tapi putus ditengah jalan da...”  Dia mengajuk ayat P. Ramlee.
              “Iye, ke?”  Airina agak kurang pasti dengan jawapan yang keluar dari mulut akak ‘angkat’nya.
              Khatijah mengangguk.
              “Apa pendapat akak tentang dia?”  tanya Airina.
              “Patutlah senyum sorang-sorang!  Cikgu Badli punya hallah ni?”  Khatijah menoleh dengan senyuman nakal pada wajah.
              Airina tersipu-sipu.
              “Habis Rina dengan cikgu Airil tu kira nothing la?”  Serentak itu hinggap satu cubitan pada paha kiri Khatijah.
              “Akak baik-baik sikit, eh!  Rina karate karang, percuma aje dapat penyakit parkinson.”  Airina memberi amaran keras. Nasib kaulah minah dapat perangai selamba badak macam itu!  Kalau semua gadis ayu, habis siapa pula yang nak jadi minah kerek, kan?
              Khatijah ketawa besar.  “Yelah!  Yelah!  Rina tak ada kaitan dengan Airil.”

              “Tahu takut!”  Airina menjeling.

No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...