“Okey, kelas! Hari ini kita akan buat rumusan, jadi
keluarkan buku rumusan. Saya tak nak ada buku-buku lain yang berhias atas meja
awak semua.” Airina memberi arahan.
Seronok rasanya bergelar seorang
guru. Terasa sangat teruja dia membuli pelajar-pelajarnya untuk melakukan
kerja-kerja sekolah. Zaman dia dibuli sudah pun berakhir. Sekarang, giliran dia
pula yang ingin membuli.
“Ih, awat yang beqasa kebaih sangat tangan ni tak
tau?” Zamri menggeliat malas dan memicit
tangannya. Dia berpura-pura letih. Kata-katanya tadi sengaja ditutur kuat agar
Airina mendengarnya. Siapa tahu guru bahasa Melayunya itu berlembut hati dan
memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan kerja sendiri. Belum cuba
belum tahu!
Airina mencekak pinggang. Sudah
tahu akal-akalan pelajarnya yang selalu buat kecoh dalam kelas. “Ha!
Itu alasanlah tu. Malas nak buat kerja.”
“Apa kata hari ini kita pergi ke
perpustakaan? Buat kerja sendiri pun
seronok juga cikgu.” Fairuz memberi
cadangan.
“Betul tu cikgu!” sokong Man sambil pen ditangan disangkutkan
pada cuping telinganya. Seketika dia menggigit-gigit pennya itu.
“Awak semua tahu nak berseronok
aje, kan? Tak ada, tak ada! Hari ini saya nak awak semua hantar buku
rumusan. Selagi tak cukup empat puluh satu buah buku, esok saya tak akan bawa
awak pergi ke perpustakaan.”
“Ala... pergi hari inilah
cikgu.” Ada suara-suara manja yang
mengeluh dan memujuk.
“Esok awak nak ke perpustakaan
atau buat karangan bahagian B dalam kelas?
Pilih yang mana?” Airina
mengugut.
“Okey, okey! Kami buat
la nah cikgu, nah? Esok kita pi perpustakaan noh?” Tergeliat lidah Zamri
cakap utara.
Akhirnya kesemua mereka akur.
Bukannya mereka tidak tahu bahawa format karangan bahasa Melayu bahagian B itu
panjangnya memang berjela. Entah apalah yang mereka perlu karangkan untuk
karangan bahagian B itu. Bagi yang ada bakat menulis, sudah tentu ianya menjadi
cerpen. Tapi bagi yang sebaliknya?
Huh! Jawab sendirilah...
“Tahu pun takut!” Airina memeluk tubuh seraya menjeling manja
pelajarnya. Marah-marah pun, dia tetap sayang.
“Habis nak buat macam mana
cikgu? Bak kata peribahasa, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jadi terpaksalah kita orang berkorban
untuk hari esok.” Man berseloroh sambil
mencapai malas buku rumusan dari dalam beg galasnya.
Pecah tawa pelajar kelas 4 Sains1.
“Macam-macamlah kamu berempat ni.
Ada aje akal nak menjawab cakap saya.”
“Nak buat macam mana cikgu? Penyakit keturunan...” sampuk Yana sambil
menongkat dagu.
“Okey kelas! Jangan lupa esok bawa buku nilam.” Airina mengingati mereka. Setapak dia
melangkah menghampiri meja yang tersedia khas untuk guru.
“Baik, cikgu!”
Airina menepuk dahi saat membelek
beg galas tepi miliknya. “Eh, saya
terlupa bawa kertas rumusan yang saya fotostatkan untuk awak semua,” tingkahnya.
“Meh saya pergi ambil cikgu.”
Man menyukarelakan dirinya untuk merantau ke bilik guru.
“Kalau bab-bab berjalan, nak aje
awak, kan? Dah cepat! Dalam masa tak sampai seminit awak kena ke
mari. Kalau tak, saya repot bapak awak, yang awak dating dekat sekolah.”
Man cepat-cepat bangun dan berlari
keluar dari kelas. Kantoilah yang dia tadi sempat berdating dengan adik angkatnya di hadapaan kantin sekolah. Yang
lainnya hanya tertawa menahan lucu yang tak berapa nak menjadi.
Airina bersiap-siap untuk berangkat ke
kelas berikutnya. Kertas latihan tatabahasa disusun rapi dan dimasukkan ke
dalam beg galas tepi bergambar Pooh.
Khatijah yang perasan Airina
sedang berdiri sambil menggalas beg terus menegur.
“Eh, Rina! Tolong hantarkan buku-buku ni di kelas 5
Akaun boleh? Rina satu jalan kan, nak
pergi kelas 4 Ekonomi? Alang-alang Rina
nak jalan situ tolong akak, eh?”
Buku-buku kerja yang tersusun menggunung disuakan kepada Airina.
Airina terlopong. “Mak aiii!!
Banyaknya kak! Ini boleh terputus
juga wayar kentut Rina ni,” ujarnya.
“Merapulah Rina ni. Tolong,
eh? Akak kejap lagi ada mesyuarat.”
Airina tarik muka. Macamlah tak
boleh minta tolong budak kelas dia aje yang tolong ambilkan. Nasib baik aku
tumpang kereta dia ni, kalau tak memang aku nak menjawab, desis hatinya.
Khatijah terus memujuk dan memujuk
sambil dibulatkan mata ala-ala Heliza Helmi.
“Bolehlah, Rina. Eh, kejap-kejap baru akak perasan yang Rina ada tahi
lalat dekat bawah pipi. Orang cakap kan, kalau ada tahi lalat macam ini muka
cantik,” ampunya.
Airina berdecit. “Eleh, akak ni. Mengampu aje.”
“Tolong eh, Rina.” Khatijah beriya-iya meminta simpati dari
Airina sambil membuat mimik muka comel.
Airina melepas keluh berat. “Nampak gayanya kembung seminggulah perut
Rina menahan kentut.” Pandai-pandai dia
mereka cerita lucu.
Khatijah menutup hidungnya sambil
buat muka tahan busuk. “Eiii... mesti busuk macam kentut orang
sembelit, kan?” Dia mengajuk kata-kata
Airina tempoh hari.
“Akak jangan nak naikkan darah
Rina. Karang Rina tak nak tolong akak baru akak tahu.” Airina mengugut.
“Okey, okey! Akak minta maaf ye?”
“Maaf tak dilayan. Melainkan akak
belanja saya makan Pizza Hut hujung minggu ni,”
akal Airina sambil mempamerkan wajah egonya.
“Yelah, yelah!”
“Promise?”
“Iye, janji.”
Airina tersenyum bangga sebelum
berlalu sambil tangan mengusung buku-buku yang dipesan Khatijah.
Langkah kaki dihayun hingga ke hujung
pintu kelas 5 Akaun. Dalam keadaan termengah-mengah, Airina mengetuk pintu itu.
Tok! Tok! Tok!
Perhatian para pelajar dan seorang
guru lelaki terarah pada Airina.
“Sorry class. And also...” Airina terlopong dan mencerlung menatap wajah
orang yang selalu buat dia bengang.
Airil memeluk tubuh. “Kalau ye
pun, tutuplah mulut tu. I knew that I’m
handsome when wearing batik. But
don’t embarrassed yourself in front of my students with your aaaaa...” Ternganga mulut Airil mengajuk gaya mulut
Airina yang ternganga luas itu.
“Jangan risau, nanti kita akan
bincang mengenai hal selanjutnya. Sama ada awak beri nombor telefon awak pada
saya, atau saya hantar rombongan meminang terus?” sambungnya pula dengan nada mengusik.
Pecah tawa pelajar itu.
“Shut up, class!!” Airina menghempaskan buku-buku yang
diusungnya sedari tadi, membuatkan kelas itu kembali sepi.
“Saya tahulah yang awak tu sukakan
saya. Tapi tak payahlah nak ikut saya ke sana ke mari.” Airil beriak selamba dengan wajah selenganya.
“Siapa yang ikut kau, hah? Untuk pengetahuan awak, Encik Airil, saya ke
sini hanya sekadar nak menghantar buku ini sahaja!” tegas Airina.
Kenapa mamat ni selalu aje ada
depan mata aku? Dan kenapalah dia ni tak
kena telan dengan batu belah batu bertangkup?
Biar ditelan dek zaman baru aman
sikit dunia aku!
“I don’t care even if you don’t want to admit. As usual, everyone must have their ego, right?”
Airina gigit bibirnya. “Apa masalah kau ni, hah? Hati dan mulut kau ni busuk dari tahi lembu! Tak boleh pakai! Sebusuk-busuk tahi lembu pun,
sekurang-kurangnya ia berguna untuk dijadikan baja. Tapi mulut kau ni, memang
tahap busuk! Tak ternilai busuknya dari
apa-apa pun. Langsung tak boleh pakai,”
makinya.
“Good! So, you can go now. I’ve a
lot of work to do. Bukannya nak melayan kau. Melayan kau,aku tak untung apa
pun. Better kalau aku mengajar dia orang
semua ni, ada juga faedah. Dan sekurang-kurangnya, dia orang ni lulus SPM.”
Airina mengetap bibir geram.
Apalah nasib dia boleh tersadai di sekolah yang agak fana ini? Dengan penuh rasa bebal, dia menonong menuju
ke kelas 4 Ekonomi. Jaga kau mamat
durjana! Hari ini hari kau, kau tengok
esok lusa aku pula bom kau, bisik Airina cuba menenteramkan hatinya yang
diragut rasa geram.
Airina dan Khatijah menawaf sekeliling shopping mall. Karaoke dan wayang sudah
awal diterjah. Bagi Airina ‘Aku Ada, Kau Ada?’
seronoklah juga. Berlatar berlakangkan negara suasana negara Korea
memang mengingatkan dia pada si lelaki durjana, a.k.a abang pondan itu. Siapa
lagi kalau bukan si Airil itu? Huh! Sabo
ajelah...
“Rina! Cantik tak shawl ni?” Khatijah
menyuakan selendang berwarna biru muda itu kepada Airina dengan penuh girang.
“Hmmm... cantik. Sesuai
dengan kulit akak. Kulit akak putih. Orang kalau dah putih pakai aje warna apa
pun, tetap nampak gedevas gitu.”
“Ye ke?” Khatijah masih
kurang yakin dengan pendapat Airina. Sambil itu dia membelek setiap inci
selendang itu dengan mulut muncung seakan paruh itik.
“Iye, betul!” Airina menegas
meyakinkan.
Serentak itu telefon bimbit Airina
berbunyi. Cepat-cepat dia mencapainya dari beg tangan Coach Leathernya. Hari
itu Loius Vuitton. Sekarang CL pula. Haisyhhh.
Suka membazirlah...
“Akak pilih dulu. Rina ada call dari kampung halamanku yang indah
nan permai,” katanya dengan senyuman
mekar pada wajah tatkala melihat nama si pemanggil yang tertera pada skrin
Samsung Galaxy Y miliknya.
Khatijah tidak menjawab. Hanya
isyarat thumbs up yang dibuat.
“Kirim salam orang sana, ye?”
pesannya.
Thumbs up berbalas thumbs up.
Khatijah pula terus menghilang disebalik tudung-tudung yang terapung di atas
udara.
“Helo, opahku sayang...”
“Waalaikumsalam cucuku,
sayang.” Cik Som bersuara dihujung
talian.
Erk! Airina malu sendiri.
Opahnya itu memang kalau ada yang tidak berkenan tentang tingkah cucunya itu,
dia hanya berkias-kias atau pun memerli. Bagi opahnya itu sudah memadai untuk
menegur sesiapa sahaja. Agak kejam kan bunyinya?
“Assalamualaikum, opah...” ucapnya perlahan menahan malu.
“Waalaikumsalam. Itu baru orang
Perak tulen.” Tutur Cik Som.
Airina mencebik sebagai tanda
protes. Walau hakikatnya opahnya itu tidak melihatkannya.
“Opah apa khabar? Sihat?
Oh, ya! Kawan Rina kirim
salam.” Nada suaranya kembali ceria.
Rindu betul dia terhadap opahnya itu.
Terakhir dia menelefon opahnya
ketika dia selamat sampai ke Kuala Lumpur. Itu pun sekadar memberitahu bahawa
dia sudah selamat sampai ke sana. Bukan tidak mahu menghubungi mereka pada
hari-hari selepasnya. Tetapi kesibukan kerja membantutkan niatnya. Apa lagi dia
masih baru lagi menggalas tanggungjawab sebagai guru. Banyak hal yang perlu dia
selesaikan.
“Alhamdulillah. Hmmm... Waalaikumsalam. Sampaikan salam
opah juga untuk dia, ye? Cucu opah ni dah lupa dekat opah dah. Baru
aje seminggu duduk KL tu dah tak reti nak menelefon orang dekat sini.” Kerek betul opahnya itu sengaja membuat suara
ala-ala orang yang sedang berjauh hati.
Airina yang tahu opahnya sedang
merajuk dengannya pantas memerah idea untuk memujuk pengarang jantung hatinya
selepas ibu dan abahnya.
“Sorrylah opah... Rina busy
sikit minggu ni. Lagi pun minggu ni kan minggu pertama Rina, banyak benda yang
nak kena uruskan. Opah janganlah merajuk. Nanti Rina bawa ole-ole untuk opah.
Rina bawa balik cekak reben yang liplap-liplap
yang ada jual dekat I-City tu dekat opah. Okey?”
“Hek eleh, cucu opah sorang
ni! Poyo je. Daripada Rina beli cekak
reben tu, baik beli cekak yang telinga arnab tu. Lagi sempoi opah pakai.”
“Lepas tu opah buat menari gangnam style. Pergghh!! Meletop! Melentik!”
“Dan meletihkan. Kamu ingat opah
ni budak-budak lagi ke? Mengarut aje
idea kamu tu. Kamu tu apa cerita? Ada
jumpa bakal menantu untuk ibu kamu dah ke?”
Airina paling tidak suka bila
opahnya membuka cerita itu. Hendak dikata si Airina itu tidak cantik, cantik
orangnya. Tetapi entah badi apa yang melekat padanya sehingga tidak laku-laku.
Kemungkinan besar faktor angin kus-kusnya yang tidak menentu itu membuatkan dia
ditolak mentah-mentah oleh kaum Adam satu Malaya untuk memperisterikannya.
“Cucu menantu tak adalah, opah.
Tapi calon atuk menantu adalah. Hik hik...”
Airina seronok menyakat opahnya. Mereka berdua memang rapat. Bahkan
tersangat rapat. Hal ini kerana memang Airinalah satu-satunya cucu Cik Som. Dan
Cik Som juga merupakan satu-satunya opah Airina yang masih hidup.
“Cis! Main-main pula cucu opah ni.”
“Ala, orang main-main pun tak
boleh.” Airina buat suara manja bagi
menagih simpati opahnya.
“Main-main, main-main! Awak tu dah bergelar anak dara tua tahu? Sedar diri sikit. Lambat-lambat kahwin tak
boleh beranak. Banyak risiko. Monopauslah, diabeteslah, darah tinggilah. Masa
tu kalau cucu opah ni kahwin, alamat suami awak tu cari lainlah. Sebab tak
dapat beri anak untuk dia.”
“Apa opah merepek ni? Orang muda lagilah. Lagipun keturunan kita
belum ada lagi yang menghidap penyakit kronik tu. Jadi, besar kemungkinan untuk
Rina dapat penyakit tu adalah rendah.”
“Diabetes bukan kira keturunan
aje. Makan benda manis secara berlebihan pun boleh terkena juga tau.”
“Rina rindulah dekat opah.”
“Itulah dia. Bila opah membebel
sikit tukar topik. Buruk la perangai hodoh tu, dah tentu-tentu kena rejectnya dek mak mertua nanti,” omel Cik Som.
Khatijah datang dari belakang dan
mencuit bahu Airina. “Akak nak pergi bayar yang ini dulu.” Shawl
dan tudung-tudung yang dibeli diangkat sebagai bukti.
Airina sekadar mengelipkan mata
serentak mengangguk. Langkah kaki Khatijah menuju ke kaunter sekarang dihantar
dengan ekor mata sahaja.
“Okeylah opah. Rina ada hal sikit.
Nanti Rina call opah ye. Dan satu lagi. Opah jangan
marah-marah nanti lekas tua. Dan lagi satu, Rina betul-betul rindu dekat opah.
Rindu nak berlawan ‘kentut’ dengan opah. Hehe... Okey opah, kirim salam rindu
untuk ibu dan abah. Dadadaaaa...
Assalamualaikum.” Perkataan kentut
sengaja disebut perlahan agar tidak didengari oleh orang awam. Usai memberi
salam, terus dimatikan talian.
“Salam diterima. Dan salam
berbalas salam.” Dia menuturkannya pada
Khatijah.
“Waalaikumsalam... sihat semua
dekat sana?”
“Sihat bah semuanya.”
Airina tersenyum bangga. “Wah! Speaking Sabah...”
“Well! Dah, jom kita pun. Dah
berzanji dah perut Rina ni.”
Selesai itu, mereka turun ke bawah
dengan menggunakan escalator.
Restoran Pizza Hut dituju dengan rasa teruja. Memang perut mereka berdua sudah
bersatu menyanyikan lagu kosong, kosong...
“Rina nak pizza apa?” Buku menu diselak-selak sambil merenung
Airina.
“Rina ikut aje. Asalkan boleh
diterima anak tekak jadilah,” tingkah
Airina bersahaja.
“Tapi kalau boleh Hawaii
Chicken.” Airina ubah fikiran. Dia
kemudian tersengih dan menayangkan baris giginya yang cantik tersusun.
Khatijah mengangguk.
“Eh, akak. Rina nak ke toilet kejap. Banyak sangat minum air
dalam sinema tadi.” Perutnya dipegang.
Sebenarnya dari tadi dia menahan. Difikirkan masih boleh ditahan lagi. Tetapi
buat masa sekarang sudah tidak tertanggung lagi. Memang tahap kritikal. Ini
kalau over gelak memang sah-sah
terburai dekat situ juga.
“Pergilah.”
“Tapi...” Airina buat muka.
Khatijah melepas keluh sebelum
bersuara, “hai, anak dara seorang ni,
nak akak temankan ke? Dah besar panjang
pun takut lagi?” usiknya.
“Tak adalah. Toilet dekat mana? Rina tak
biasa datang sini.”
“Rina terus. Selepas itu, belok
kiri. Dekat situ ada dua pintu. Rina masuk ikut pintu yang ada logo skirt.
Seterusnya, dalam tu ada beberapa tugu warna putih dalam setiap bilik kecil.
Waktu tu, Rina pandai-pandailah buat keputusan nak masuk bilik kecil yang
mana.”
Airina tarik sengih. “Wah-wah!
Sejak bila pula akak pandai buat loyar buruk ni?”
“Berjangkit dengan Rinalah. Tanya
pula,” ujar Khatijah separuh ketawa.
“Tak apalah, kak. Rina pergi dulu.
Karang berterabur pula.”
Khajitah mengangguk. Lantas loceng
pada meja ditekan berkali-kali sambil mata menyoroti langkah kaki Airina yang
semakin menjauh.
Airina bernyanyi-nyanyi kecil sambil
melangkah menuju tandas wanita. Dalam ketidaksengajaan, dia terserempak Airil.
Membuntang mata sambil terlopong luas mulutnya sehinggakan muat untuk
disumbatkan dengan biawak panggang!
“Kau lagi?” Serentak mereka berdua bersuara.
Airina menjeling. “Dahlah, tepi sikit. Aku nak lalu.” Dingin dia bersuara.
“Excuse me! Aku rasa kau yang
ketepikan diri kau sendiri. Because
you’re blocking my way!” tengking
Airil.
Airina mengetap bibir geram. Ke
mana-mana saja dia pergi, pasti bayangan lelaki itu turut sama ada. Airina jadi
takut sendiri. Kalau jodoh tak ke mana. Jangan-jangan si Airil itu memang benar
jodohnya. Sebab ke mana-mana dia pergi, pasti Airil juga ada.
Arrggghh!! Buat sementara
ini dia perlu melupakan konsep kalau jodoh tak ke mana. Yang penting sekarang
ke mana tumpahnya amarahnya kalau tak ke Airil. Hiisyyhh!! Merapu!
“Tepilah!”
Malas dia mahu bertekak dengan si pondan seekor ni. Dahlah nak terburai kantung
air keciknya. Hisyyhh!! Dia ni!
Airina cuba menyelitkan diri
dicelah tubuh sasa Airil, namun tidak dapat!
Airina ke kiri Airil juga ke kiri. Dia ke kanan dan Airil juga ke kanan.
Dan adegan yang sama berulang-ulang menyebabkan Airina menyebal.
“Woi!! Apa masalah kau, hah? Apalah nasib aku perlu jumpa kau setiap
hari? Dah tu perlu terserempak juga
dengan kau di sini. Memang malang betul
nasib aku kena posting dekat sekolah
tu sampai setiap hari kena menghadap muka kau,”
tempelak Airina.
“Jadi, kau menyesal?” Airil menduga sambil ketawa kecil. “Just
get out from the school. That's the
easiest way. Tapi aku rasa lebih baik kau duduk aje di sekolah itu. Well, kalau kau blah, nampak sangat kau kalah.”
“Kau tahu tak? Kau lelaki yang paling menjengkel dalam dunia
ni! Menderita betul perempuan mana yang
pilih untuk habiskan sisa hidup dia untuk lelaki busuk macam kau ni.”
“Oopss!!” Airil angkat tangan
menghala ke wajah Airina. “Apa kau
merepek ni? Fasal perempuan? Ooo...
I think you’re fall in love with me?
Is that true?” Airil tersenyum nakal sambil merapatkan
wajahnya pada Airina.
Airina melopong. Terus dia
menghentak kaki sebelum menolak tubuh Airil ke dinding. Langkah kaki dihayun
hingga ke dalam tandas wanita.
Rambutnya yang agak serabai dek
tiupan hembusan angin dilurutkan dengan rapi. Wajahnya yang comel tatkala marah
tidak diendahkan. Sebaliknya, kepalanya diluku beberapa kali.
Apa aku merepek tadi? Kenapa mulut aku ni gatal sangat sebut yang
bukan-bukan? Kan dah kena reflect balik pada aku? Maki Airina. Mulutnya pula ditampar. Malunya
dia! Bak kata pepatah, terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata tak boleh diundur.
“Kenapa lambat sangat?” Khatijah menegur sebaik Airina menghenyakkan
punggung bertentangan dengannya.
“Tersekat tengah-tengah lautan
Hindi tadi!”
Khatijah ketawa kecil. “Amboi!
Gramatis betul bunyinya.”
“Kenapa ni? Muka masam aje?” tanyanya pula.
“Akak tahu tak...”
“Tak tahu pula akak!” Selamba badak Khatijah menuturnya,
menyebabkan hati Airina agak membara saat ini.
“Akak!”
“Okey-okey! JSTTP,”
tutur Khatijah.
“Apa tu?” Airina mengerut dahi. Agak kehairanan dengan
akronim yang cuba disampaikan si Khatijah.
“Just straight to the point la, Rina sayang oi.”
Airina tidak mengendah, sebaliknya
dia terus fokus akan ceritanya. “Entah
macam mana boleh terjumpa mamat the pinky
one tu!” penuh geram dia menuturnya.
“Maksud Rina, cikgu Airil?” Khatijah menduga.
“Siapa lagi lelaki yang suka warna
merah jambu kalau bukan si poyo tu?
Dahlah perangai macam pondan!”
“Astagfirullahalazim... tak baik
tau. Dia tu lelaki sejati.” Khatijah
menyangkal tuduhan Airina yang agak meleset. Airil yang dia kenal, tidaklah
seteruk yang Airina sangka. Cuma api kemarahan Airina yang membutakan matanya
dari melihat kenyataan bahawa Airil merupakan lelaki yang agak baik dan
‘sejati’.
“Lelaki sejati macam itu? Eiiuu...
dengan perempuan pun buat perangai macam itu?
Sejati ke dia?” Airina mendengus.
“Jangan benci sangat Rina oi... nanti
makan diri.”
“Rina bukan jenis yang makan diri
sendiri atau kawan makan kawan. Tapi Rina jenis yang makan...” Pizza yang sedia terpotong ditarik dan
disuakan kemulut dengan rasa marah dan geram.
“Pizza,” sambungnya sambil mengunyah sisa pizza yang
penuh dalam mulut.
Khatijah menggeleng kepala. Tak
senonoh punya budak! Dia mengutuk dalam
hati.
No comments:
Post a Comment