“Eh, akak!” Airina beriak terkejut tatkala terlihat
Khatijah sedang bertempat disebelah meja kerjanya. Sungguh tidak
disangka-sangka mereka berdua akan ditempatkan bersebelahan di bilik guru itu.
Peluang untuk mereka bergosip
tersangatlah cerah. Sekurang-kurangnya pada masa dia tidak mengajar, tidak
adalah Airina tercongok aje seperti penganggur. Memang nak dijadikan cerita dan
kebetulan, meja baru Airina bersebelahan dengan meja kerja Khatijah. Senanglah
mereka nak berbual bersama.
“Ha, Rina. Macam mana, semua
okey?”
“Alhamdulillah, semuanya okey.
Senior ada. Jadi tak adalah payah sangat.
Hmmm... tak sangka pula meja
kita bersebelahan aje.”
“Akak memang dah sangka dah. Meja
Rina ni sebenarnya meja bekas housemate
akak. Laila yang kena posting pergi Terengganu
tu.”
Airina mengangguk faham.
“Cikgu dekat sini semua baik-baik,
kan?”
“Tak semuanya cikgu-cikgu dekat
sini, macam yang Rina tengok. Ramai yang hanya manis mulut aje. Ada yang
bergaduh-gaduh berebut seorang cikgu lelaki. Hensem orangnya.” Khatijah berbisik sambil telapak tangan mengcover mulutnya.
Airina sepertinya tertarik
mendengar gosip yang cuba dipersembahkan.
“Ada tak sampai tarik-tarik rambut?”
“Huiiissyhh... itu dah tahap kritikal. Setakat ni, tak ada lagilah
kes-kes macam itu. Tapi kalau ada rasanya cikgu tu kena gantung kerjalah kut.
Sebab guru ni bukan aje berperanan sebagai pendidik tapi segala kelakuan kita
perlu dijaga sebagai teladan dan ikutan pelajar.”
Airina mengangguk.
Loceng automatik kedengaran
berdesing melalui rongga telinga setiap guru disini.
“Okeylah, Rina. Kejap lagi kita
sambung borak, eh? Akak ada kelas. Rina
tak ada kelas ke hari ni? Akak tengok
santai semacam aje.”
“Ada. Pukul sebelas, lepas rehat.”
“Tak apalah kalau macam itu. Kita
jumpa waktu rehat di kantin. Rina tunggu akak dekat sana. Lepas kelas, sepantas
kilat akak akan ke sana.”
“Okay, see you there,” tutur Airina sambil mengangkat tabik.
Pemergian Khatijah sekadar disoroti dengan ekor matanya.
“Sir,
cikgu BM dah datang,” tutur Man salah
seorang pelajar kelas 4 Sains1.
Airil Kim masih lagi dengan
tugasnya, mengarah itu dan ini kepada pelajarnya untuk menceriakan kelas itu.
Bukannya dia tidak ada bakat di
dalam bidang seni. Malah ilmu kesenian terlebih-lebih pula yang dia miliki
sampaikan tidak tahu nak senikan apa lagi, kereta sportnyalah yang menjadi mangsa seni lukisnya. Diconteng sana
diconteng sini. Walaupun, ianya tidak bersesuaian dengan kariernya sebagai
guru, akan tetapi hasil contengan itulah yang menggambarkan kekreatifan Airil
dalam bidang seni lukis.
Sepanjang dalam tempoh dia
bergelar guru, hampir keseluruhan tempoh itu juga kelas-kelas yang dipegangnya
menjadi juara setiap minggu bagi kategori keceriaan kelas yang
dipertandingankan.
Selain kreatif, Airil juga cukup
tegas dan agak cerewet dalam menghias dan memastikan kelas-kelasnya bersih.
Kerana baginya, kebersihan bukan sahaja menggambarkan sifat sebenar
keperibadian, malah suasana ceria dan bersih itu dapat memberikan inspirasi dan
membuka minda para pelajar untuk belajar. Jadi, senang dan lebih berkatlah ilmu
yang diterima oleh otak.
Airina masih menanti di koridor
luar kelas. Sambil-sambil itu, dia memerhati setiap sudut kawasan sekolah ini.
Pemandangan dari atas menampakkan suasana kehijauan dibawah. Warna bunga yang
berbagai itu berselang dengan kehijauan warna daun sungguh cantik! Tidak kurang juga, dari jauh dia dapat
melihat sebuah gunung yang dia sendiri tidak tahu gunung apakah itu. Yang pasti
pemandangan itu sungguh mendamaikan. Apalagi, ianya diselubungi kabus-kabus
memutih, kelihatan begitu tenang sekali mata Airina menyapanya.
“Okay, class. Tomorrow, don’t forget to bring window
wiper,” pesan Airil Kim sebelum
berkemas untuk berangkat keluar dari kelas itu.
“Orite, sir!” Semua menjawab tenang.
“Kerna ini semua untuk sir... untuk sir... kerna ini semua untuk sir...
untuk sir...”
Ada-ada aje pe’eh si Zamri nak
menyakat guru Bahasa Inggerisnya dengan menyanyikan lagu Untukmu nyanyian Ila
Damia, yang direka khas dengan versinya tersendiri. Nasib baik si Airil Kim ni sporting orangnya. Kalau tidak, memang
kena gantung sekolahlah dia.
“Thank you, class.”
“Thank... you, sir.”
Berlagu-lagu ucapan itu dimelodikan.
Airil Kim tersenyum sambil menapak
untuk keluar dari kelas itu. Seorang
wanita yang sedang membelakanginya membuatkan dia terasa ingin menegur. Walhal,
dalam hati adalah juga niat hendak mengurat sebab dilihat dari belakang, dia
sudah agak bahawa si empunya diri itu sangat cantik dan manis orangnya.
Biasalah, nama pun lelaki, kan?
“Cikgu, minta maaf curi masa cikgu
sikit,” tuturnya penuh santun. Ini baru gentlemen!
Ada orang cakap dengan aku
ke? Pantas dia menoleh. “Tak ap...”
Ayatnya tergantung. Mulutnya terlopong dan matanya membulat bagai nak
terjojol keluar biji mata.
Airil Kim beriak terkejut.
Terlopong mulutnya menampakkan gigi bawahnya yang putih bersih.
“Kau?” Serentak keduanya bersuara lantang sambil
telunjuk masing-masing ter arah pada wajah dihadapan mereka.
Airil ketawa sinis sebelum kembali
memandang wajah wanita yang berada dihadapannya itu. “Tak sangka pula aku yang kau ni cikgu baru
yang dimaksudkan tuan pengetua. Aku
fikirkan kau ni anak makcik kantin. Yelah,
makcik kantin selalu bawa anak dara yang ala-ala artis gitu ke mari.” Dia kembali bersuara tenang.
“Hei! Kau ingat aku sangka sangat yang kau ni
cikgu? Tak ada langsung ciri-ciri
seorang guru. Ingatkan...”
“Ingatkan apa? Aku tahulah muka kacak macam aku ni sesuai
jadi model.” Airil Kim pantas memotong.
Boleh dikategorikan sebagai mamat perasan jugalah dia ni. Hidung tak mancung,
pipi tersorong-sorong pula.
Man, Zamri, Yana dan Fairuz sedang
memperhatikan perdebatan hebat antara dua guru subjek asas, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
“Woi, woi... gaduh woi,” Zamri beriak terkejut.
“Mana, mana?” kalut Yana dan Fairuz.
“Tu hah, sir dengan cikgu baru tu.”
Man menjuihkan bibir. Matanya
tidak terkelip dari melihat setiap detik aksi gaduh yang dipersembahkan. Sambil
dia menonton adegan sebabak itu, kepalanya tergeleng-geleng dan mulutnya
dibuat-buat bunyi cicak.
“Perrrgghhh!! Ini kalau upload dekat youtube, memang gempak ni.
Kalah oppa gangnam style tu,” ujar Yana
agak teruja dengan pergaduhan itu.
Habis satu kelas kecoh dengan pergaduhan
antara Airina dan Airil. Pelajar-pelajar yang berlegar-legar dikawasan itu juga
agak terkejut. Malah saling berbisik-bisik, menjeling-jeling dan bahkan ada
yang bersorak sama ada memihakkan kemenangan Airil mahupun Airina.
“Gila kau, brutal kut cikgu baru ni.”
Fairuz sedikit menjinjat mencari ruang untuk melihat aksi perkelahian
yang agak lucu itu.
“Tapi cikgu Khatty habaq, dia baik.” Zamri
mencelah dengan bahasa utaranya. Melihatkan wajah Airina yang cantik, dia
meyakini bahawa guru Bahasa Melayunya itu baik orangnya.
Hailah, Zamri! Don’t
judge a book by its coverlah! Asal
cantik je baik, asal cantik je baik. Asal baik je, cantik! Padahal niat nak mengurat.
“Weh! Seram pula aku tengok sir Airil tu. Kenapa dia garang semacam aje? Selama ni memang aku tak pernah tengok dia
garang macam itu. Isyhhh! Tak beranilah lepas ni nak lawan cakap sir.”
Timbul pula satu persoalan di
dalam kepala otak mereka berempat. Bukan mudah untuk menaikkan api kemarahan
guru Bahasa Inggeris mereka itu. Kerana jejaka itu bukanlah jenis orang yang
pemarah, malah terlebih peramah. Itulah sebabnya mereka terlebih sayang akan
guru kelas mereka yang satu itu.
“Haah. Aku pun pelik.
Jangan-jangan dia orang berdua tu pernah ada hubungan sulit. Selepas itu,
muncul orang ketigalah yang membuatkan mereka berdua bergaduh macam ini.”
Sudah! Man sudah membuka cerita mengarutnya. Elok
sangatlah dia dengan sahabatnya tiga orang itu. Sama-sama otak mereng.
“Dan jangan-jangan cikgu Khatty tu
orang ketiga tak?” Kini Fairuz pula yang
membuat andaian. Terus mulutnya dipekup dengan mulutnya yang tidak percaya ada
konflik dan kemelut di antara mereka bertiga.
“Hoi! Gila ke kau orang berdua ni? Sulit-sulit dalam kertas SPMlah!” ngomel Yana.
“Tak tau hampa ni! Orang ketiga apa dia yang cikgu Airina duk
berkawan elok ja dengan cikgu Khatty. Depa nak berkelei pasai apa? Mengarut
sungguh!” Giliran Zamri pula memarahi
mereka. Orang perempuan, terutamanya yang bermulut becok macam Fairuz memang
macam itulah gayanya. Kalau bab bergosip serah pada dia, lah!
Yang paling tak tahan, Man yang
mulakan cerita gosip itu. Sudah tukar jantina ke apa budak itu?
“Manalah tahu. Cikgu baru ni ada
muslihat tersendiri ke.”
“Apa maksud kau?” Yana mengerutkan dahi. Begitu juga Zamri.
“Mana tahu dia berkawan baik
dengan cikgu Khatty sebab nak balas dendam secara halus betul, tak?” Fairuz mengagak sendiri.
“Daripada dia buat lagu tu, baik dia pi tarik rambut cikgu Khatty. Lagi sempoi. Masuk surat khabar muka
depan habaq kat hang!” Zamri lagi mengarut!
“Tak pun, dia orang ni adik
beradik kut? Kalau tak, takkan sir nak marah-marah macam itu?”
“Ye ke? Ah, malas aku nak
ambil kisah. Yang penting aku tengah tunggu scene
pengetua datang dan...”
“Okk ouwww...”
Terlebih masin betul mulut kau,
Fairuz.
“Model?” Airina ketawa sinis. “Kau agak-agak ada ke fotografer yang sudi snap muka kau masuk dalam kamera dia orang? Buat kong
bateri aje.”
“Excuse me! Aku rasa bateri
kamera fotografer kong bila dia orang
ambil gambar kau sebab warna pakaian kau terlampau terang sangat. Kamera tu tak
mampu nak menampung tenaga yang banyak untuk set pakaian yang kau pakai tu.”
“Mulut kau ni memang tak boleh
pakai, kan?”
“Setakat ni Alhamdulillah, tak
adalah aku makan guna lubang hidung sebab mulut aku masih mampu menerima suapan
makanan.”
“Cikgu Airina! Cikgu Airil!”
Airina dan Airil Kim tersentak
lalu segera terpadang wajah bengis Radzi.
“Ikut saya!”
“Ta... ta... tapi tuan, saya ada
kelas sekarang.” Airina cuba berdalih.
“4 Sains1, awak semua duduk tempat
masing-masing dan baca buku!”
Semua pelajar kelas 4 Sains1
berselerak lari mencari kerusi masing-masing tatkala mendapat arahan dari tuan Castello itu. Agak kelam kabut situasi
di dalam kelas itu, bahkan kelas sebelah pun terasa bahangnya.
Wajah Airina dan Airil Kim ditenung
silih berganti. Dalam hatinya berbelah bahagi mahu menyalahkan siapa.
Sebenarnya tadi, hasrat hati ingin mengintai Airina dikelas itu, namun
tiba-tiba aje ada perang dunia yang sedang meletus antara kaum Adam dan kaum
Hawa. Terbantut terus niatnya itu.
“Apa sebenarnya yang
berlaku?” tegas Radzi menanyakan hal
sebenarnya yang berlaku di luar koridor kelas 4 Sains1 itu tadi.
“Dia dulu cikgu!” Kedua mereka saling menuding.
Radzi garu kepalanya. Entah dahi
ke kepala yang digarunya pun tidak pasti.
“Bertenang! Cerita satu per satu
biar saya faham,” tuturnya cuba berlagak
tenang dan mengharapkan kedua guru dihadapannya juga sepertinya.
“Dia ni cikgu, dia yang cari fasal
dengan saya.”
“Apa hal pula aku? You
start it first!”
“Stop!” jerkah Radzi. “Awak berdua buat saya macam tunggul aje
depan ni. Di sini saya ketua. Bukan awak berdua!” Bila Castello
Letto sudah naik angin, maka kelihatanlah urat-urat berwarna hijau pada
bahagian kepalanya.
Airina dan Airil akhirnya
tertunduk.
“Yang awak pun satu cikgu Airil...”
Spontan Airil Kim mengangkat wajah
tatkala namanya disebut. Belalah perempuan gila ni! Kutuknya di dalam hati.
“Awak, kan senior? Kenalah tunjuk
teladan yang baik kepada cikgu Airina. Dia masih baru di sini. Awak sepatutnya
beri tunjuk ajar pada dia. Bukannya bertekak sesama sendiri. Saya pun tak faham
kenapa kamu berdua boleh berkelahi. Awak berdua ada apa-apa hubungan ke? Atau pun awak berdua ni saling kenal sebelum
ini?”
Airina melopong. Apa kes aku nak ada hubungan dengan mamat auw ni?
The pinky one! Oh... man!
“Tak! Kami tak ada hubungan apa-apa pun. Dan saya
tidak pernah mengenali lelaki ni.” Dia
bertegas.
Kedengaran pintu bilik pengetua
dikuak dari arah luar.
“Rina!!”
Serentak mereka bertiga menoleh ke
arah si pemanggil.
Khatijah masih fokus dengan
pemanduannya. Sesekali Airina disebelahnya dikerling. Teringat olehnya kejadian
di sekolah tadi. Tidak disangka-sangka si Airina dan Airillah yang digosipkan
oleh pelajar-pelajar kelasnya tadi.
“Rina, Rina...” Khatijah menggelengkan kepala. “Macam manalah Rina boleh bergaduh dengan
cikgu Airil, tu?” Dia menyoal.
“Akak tahu tak? Dialah pemilik kereta yang langgar lecak tu.”
“Mana tahu dia tak senga...”
Tak habis pun ayat si Khatijah, si
mulut kepoh ni menyelit, “tak sengaja
akak cakap? Kita orang bergaduh sebab
inilah. Dia dah tahu dia langgar lecak terkena Rina, bukannya nak minta maaf.
Dia cakap macam-macam pada Rina. Sakit
hati betul!”
“Apa dia cakap dengan Rina?” tanya Khatijah dengan lagak tenangnya.
Tangannya masih berpaut erat pada stereng kereta.
“Dia cakap yang Rina ni hantu pontianak
keluar siang hari masa hari Rina dalam perjalanan nak datang rumah sewa kita
tu. Itu tak apa lagi. Ini dia cakap Rina ni bullfighters
sebab Rina dressing warna merah
terang hari itu.” Bersungguh-sungguh
Airina bercerita. Sakit hatinya tergambar pada ekspresi wajah dan gaya
penceritaannya.
Khatijah mengepam mulut yang
hampir berterabur dek tawanya.
“Akak jangan nak gelakkan saya. Karang
saya merajuk. Akak payah nak pujuk kut.”
Airina mengugut seraya memberi jelingan maut kepada Khatijah.
“Okey, okey akak tak gelak. Tapi,
kan? Setahu akak, cikgu Airil tu baik
orangnya. Tak pernah lagi dia ada kes macam ini.”
Airina mencerlung dan ternganga.
Dia hairan melihat Khatijah yang mati-mati membela lelaki berstatus durjana
itu. “Baik akak cakap? Dahlah perasan
diri tu kacak!”
“Rina tahu?”
“Tak tahu!”
“Issyyhh... akak belum habis cakap lagilah Rina oi,” tutur Khatijah yang agak geram dengan tingkah
Airina yang selalu tidak memberinya ruang untuk berbual.
“Teruskan...”
Khatijah mengumpul oksigen sebelum
bersuara kembali. “Cikgu Airil itulah
yang jadi kegilaan cikgu-cikgu perempuan dekat sini.”
Airina membuntang matanya. “Hah?
Buta ke apa cikgu-cikgu semua tu?
Dahlah pondan, mulut jahat pula tu. Macam manalah yang boleh terjatuh
hati pada mamat poyo tu? Eiii...”
Wajah geli dipamirkan.
“Jangan eiii... eiii... sangat.
Nanti melekat, Rina nak jilat balik ludah Rina tu?”
Airina berdecit. Bukan tastenyalah mahu melekatkan diri dengan
si Airil tu. “Tak ada maknanya Rina nak melekat dengan orang yang bodoh sombong
macam itu.”
“Dia tu anak orang kaya tau. Bukan
sebarang keluarga. Kacukan Korea, Melayu, Cina. Gabungan tiga negara. Sebab itu
nama dia Airil Kim.”
“Rina tergoda dengan dia
tak?” Khatijah mengusik.
Airina melopong. “Excuse
me! Lelaki macam itu belambak dekat
pasar malamlah.” Dia berkeras dengan
kata hatinya.
“Ye ke? Jangan benci sangat,
nanti jadi suami baru padan muka.”
“Helo! Akak Khatijah yang disayangi. Rina jamin
seratus persen yang Rina tak akan terjatuh hati pada si buruk hati tu. Harap
muka je boleh blah. Tapi hati lagi
busuk dari kentut orang sembelit!”
Beremosi betul Airina ni.
“Kentut orang sembelit? Rina pernah bau ke?” Khatijah kehairanan.
Airina berdecit. “Tak pernahlah bau. Tapi orang sembelit
memang kentut dia berbau sebab najis dia bertakung dalam usus, tak
keluar-keluar,” tutur Airina penuh
emosi.
Khatijah tarik sengih. Perlahan
dia menggeleng. Walaupun baru sahaja mengenali gadis itu. Tetapi sifat ramah
dan mudah mesra Airina membuatkan mereka mudah bergaul dan berkongsi cerita.
No comments:
Post a Comment