Siapa Kata Tak Sudi? 9

              Kedua-dua wajah dihadapannya dipandang dengan bengis secara silih berganti. Hatinya begitu panas saat ini. Bahkan, lebih panas dari melahap dua puluh biji buah durian. Mereka bertiga kini menjadi tontonan seluruh isi kelas itu.
              “Awak berdua ni memang nak kena dengan saya, kan?”
              Man dan Zamri sekadar menunduk akur dengan wajah yang tidak sampai lima puluh sen tatkala dimarahi guru psiko mereka. Siapa lagi kalau bukan si Airina Nisya anak perempuan si Mustafa beristerikan Maimun. Huh!
              “Saya tak teragak-agak untuk berjumpa pengetua, guru kelas awak, mahu pun guru disiplin. Dan bahkan, bapak awak pun saya akan beritahu,”  ugut Airina.
              “Jangan cikgu!”  Serentak Man dan Zamri bertegas.
              “Habis tu kenapa meniru?”  Airina meminta penjelasan yang agak bernas dari pelajarnya itu.
              “Kami tak meniru!  Kami hanya berkongsi jawapan aje.”  Man bersuara seraya menarik muncung comelnya.
              “Betoi tu cikgu. Macam yang sir Airil cakap. Sharing is caring.”
              “Banyaklah awak berdua punya sharing is caring.”  Airina sudah melenting daa... “Tak pernah termaktub lagi dalam peraturan peperiksaan dari mana-mana negara sekali pun yang memberitahu calon dibenarkan berkongsi jawapan atas prinsip sharing is caring,”  tuturnya agak tegas.
              Macamlah dia dulu tidak pernah meniru. Baik sangatlah guru BM kau orang berdua ni!
              “Tapi selalunya cikgu, kita kena banyak berkongsi supaya dimurahkan rezeki.”  Man berseloroh dengan loyar buruknya yang tak berapa nak loyar.
              “Ha!  Kalau macam itu, nanti kalau awak kahwin, awak kongsikanlah isteri awak pada Zamri. Murah sikit rezeki awak nanti.”
              “Huisssyyhh... mana boleh macam itu cikgu. Haram!”  Man berfatwa pula. Tahu juga dia orang tentang hukum haram bagi bab-bab sebegitu. Tapi kalau bab-bab meniru bagi mereka berdua memang kes halalan toyyiba.
              “Tahu pun haram. Meniru lagi haram, tahu tak?”  Airina tetap bertegas.
              “Macam mana pun sebagai hukuman, saya akan beritahu bapak awak berdua. Dan saya akan key-in markah Bahasa Melayu awak dalam laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.”
              “Berapa markahnya cikgu?”
              “Kosong, kosong... oooo...”  Selamba Airina bernyanyi ikut rentak lagu kosong nyanyian Najwa Bt Latif.
              Man dan Zamri melopong dan saling berpandangan.
               “Mana boleh macam itu cikgu. Sekurang-kurangnya bagilah kita orang lulus.”  Man meminta kompromi.
              “Awak berdua main kotor, lepas tu nak lulus pula ye?”  Airina bercekak pinggang pula.
              “Cikgu, rumusan saya yang karang.”
              “Sungguh cikgu!  Karangan bahagian A pula saya yang karang. Sekurang-kurangnya kami dua, ada effort sendiri. Jadi, saya rasa tak adei kalau cikgu bagi teloq ayam pada kami.”
              Krenggg...
              “Ha, tu loceng dah bunyi. Masa BM dah habis.”  Airina bangun dan berkemas untuk keluar dari kelas.
              Man dan Zamri saling berpandangan buat sekian kalinya.
              “Okey, kelas!  Siapkan pembetulan dalam buku karangan bahagian A. Dan tampalkan ia dalam buku yang sama.”  Airina berpesan kepada para pelajar kelas pertama bagi tingkatan empat itu.
              “Baik cikgu!”  Mereka menyahut tanpa bantahan. Terkecuali si Man dan si Zamri!
              Airina setapak melangkah menyebabkan Man dan Zamri mula menggelupur tidak tentu arah. 
              “Terima kasih kelas.”
              “Terima... kasih... cikgu.”
              “Cikgu!”  Man dan Zamri bergegas mendapatkan Airina yang hanya beberapa meter sahaja dari pintu bilik darjah mereka.
              “Cikgu, kami tak mau teloq ayam. Sekurang-kurangnya bagilah kami peluang cikgu.”
              “Peluang apa lagi?”
              “Ulang balik ujian ke?”  Teragak-agak Man mengusulkan cadangan. Takut sahaja kalau-kalau ideanya ditolak mentah-mentah.
              “Hmmm...”  Airina berfikir sejenak.
              “Cikgu Airil dah sampai!”  Sengaja Yana bersuara agak kuat kerana mahu melihat aksi guru Bahasa Melayunya itu.
              Airina yang mendengar nama lelaki itu disebut-sebut terus sahaja pandangannya beralih ke luar bilik darjah. Ya!  Ada lelaki ‘pondan’ itu disebalik pintu. Panas betul hati Airina.
              “Man, Zamri!  Kita bincang dibilik guru.”
              “Kiranya ada toleransilah ni?”  Ma sudah bersuara kegirangan.
              “Toleransi tak toleransi sangat. Kalau-kalau awak berdua ada waktu yang guru tak masuk kelas, datang jumpa saya,”  tutur Airina agak kalut. Dia mahu cepat-cepat berangkat keluar dari kelas itu dengan segera. Tetapi Man dan Zamri suka buat kacau!
              “Terima kasih, cikgu.”
              Zamri melompat kegirangan.
              “Tak payah terima kasih sangat. Nasib baik saya ni ada naluri keibuan dan keperempuanan tahu?”  Airina masih dengan egonya. Sebenarnya dia sayang akan para pelajarnya. Namun, keegoan mengatasi segalanya.
              “Twenty four hours later...”  Airil bersandar pada pintu sambil memeluk tubuhnya. Hari ini dia sekadar lenggang kangkung sahaja. Yang dibawa hanyalah pen marker sebagai alatnya untuk mencoret bahan pengajaran Bahasa Inggeris kepada pelajarnya.
              Airina gigit bibir menahan geram tatkala diperli sebegitu rupa. Tidak pernah dalam seumur hidupnya ketemu dengan orang yang paling menjengkelkan seperti Airil. Tidak dinafikan sebelum ini ramai yang telah menjadi mangsa perdebatan dengan si Airina ini namun lelaki ‘kacukan’ itu terasa terlalu aneh dan asing baginya kerana selalu cuba menyakitkan jiwa raganya.
              Man dan Zamri sudah menonong mencari tempat duduk mereka. Takut gamaknya bila cikgu BM bertemu cikgu BI mereka. Mereka beranggapan bahawa perang akan meletus kembali. Jadi, ada baiknya mereka menonton adegan sentap menyentap itu dari jauh sahaja.
              Airina cuba tenang dan langkah kaki mula dihayun dengan muka menahan sebal.
              Airil tersengih dengan menyengetkan mulutnya (gelak jahat).
              Baammppphhh...
              “Hoi!  What the fishAre you blind or what?”  marah Airil tatkala tubuhnya terasa seakan-akan terlanggar tiang elektrik.
              “NopeI’m not blind at all. Actually I intentionally want to violate you!”  amuk Airina. Begitu jujur dia mengakui kesalahannya hanya semata ingin menyakitkan hati si pemilik tubuh yang dirempuhnya.
              Airil ketawa sinis.  “Oh, lupa pula aku yang perempuan sakit mental macam kau ni memang tak ada kerja jadi, cari kerja. Kerja kau apa?  Cari fasal!”
              Airina terlopong. Kata-kata itu tadi sungguh membarankan gelodak api didalam hatinya.  “Hei, pondan!  Kau jaga mulut kau sikit. Kau jangan sampai aku sumbat mulut kau dengan kulit durian!”  tempelaknya. Dek kerana geram, dia memekup tangannya pada mulut Airil.
              Airil menjulingkan mata saat dilakukan sebegitu. Kedua tangannya bergelut dengan tangan Airina yang sedang memekup mulutnya itu.
              “Kenapa ada bau durian?”  Dia menyoal tatkala Airina melepaskan tangannya.
              Airina berwajah selamba.
              Airil berasa tidak puas hati dan ingin tahu dari mana datangnya bau durian itu. Dia lantas menarik tangan kanan Airina lalu dihidunya. “Masya-Allah!  Kau hantu durian eh?”
              Pelajar 4 Sains1 tertawa berdekah-dekah. Namun, ianya tidak diendahkan Airina kerana saat ini yang difikirkan hanya ayat untuk mengebom teruna kurang asam jawa dihadapannya itu.
              “Ye, aku melantak durian satu lori semalam. Kenapa?  Ada masalah dengan kau ke?”
              “YesIndeed it problem to me, because I need to samak muka aku dengan air zam zam, you know?”
              Airina terlopong kemudian bibirnya diketap erat. Seketika dia terlihat kelibat Badli sedang melintas diluar koridor dengan wajah tenang dan kontrol macho.
              “Eh, Badli!”  Airina terus beriak ceria dan mula melangkah untuk mendapatkan Badli. Airil dihadapannya diabaikan begitu sahaja. Bergaduh dengan mamat poyo itu langsung tidak mendatangkan manfaat pada dirinya. Jadi, ada baiknya dia melayani Badli berbanding si Airil.
              Langkah kaki terhenti. Segera Badli menoleh dan terus senyuman pada wajahnya mekar tatkala mendapati Airina yang memanggilnya.


“Alamak!”  Fairuz tepuk dahi. “Bergaduh lagi!”
              “La... hang ni hingaqlah!  Biyaq pilah. Comel sungguh tengok depa dua berkelei noh?”  Zamri yang baru melabuhkan punggung di tempat duduknya, bersuara. Matanya fokus menonton adegan pertelingkahan guru BM dan BInya itu.
              “Banyaklah kau punya comel. Tapi tak berdosa ke kita ni sebab tengok aje?  Man, Zamri, kau orang pergilah leraikan cikgu Rina dengan sir, karang tak fasal-fasal pengetua datang, dengan kita-kita sekali kena.”
              “Gila kau!  Cikgu Airina dengan sir kalau bergaduh mana boleh kita kacau. Dia orang ni macam kucing bergaduh. Kalau kita kacau dengan kita-kita sekali kena terkam tahu tak?”  Man bersuara bengang. Orang tengah seronok menonton babak menarik dalam siri ini, senang-senang aje si Fairuz hendak menamatkannya. Memang tak mahulah, kan?
              “Apalah masalah dia orang berdua ni, kan?  Macam anjing dengan kucing!”  tingkah Fairuz.
              “Jangan cakap kucing dengan anjing, kucing sama kucing pun bergaduh sebab berebut awek.”  Yana berseloroh. Sempat dia menggigit kulit kuaci yang selalu tersedia di dalam poket baju kurungnya.
              “Tapi aku hairanlah dengan sir, sir selalu nampak cool and steady aje. Dengan cikgu-cikgu lain pun dia layan okey-okey aje. Tapi dengan cikgu Airina ni...”  Fairuz berprasangka. Ayatnya tergantung.
              “Kan?  Aku pun perasan.”
              Tiba-tiba sahaja mereka semua ketawa kecuali Yana dan Fairuz.
              “Patutlah tadi hidung aku asyik terhidu bau durian aje sampai cacing dalam perut aku tak henti-henti bertecktonik. Ingatkan makcik kafetaria tu buat masak lemak tempoyak.”  Tawa Man masih bersisa. Tangan kanan memegang perutnya yang hampir pecah dek buraian tawa yang tak ingat dunia!
              “Wei, wei!  Apa fasal semua orang gelak?”
              “Diamlah hampa!  Tudia la duk menyembang ja. Lepaih tu, kalut tanya pesepa.” Zamri membebel.
              “Tanya pun tak boleh...”


Ye, ada apa?”
              Airina memberi isyarat tangan agar Badli melangkah terlebih dahulu. Kemudian, kedua mereka berjalan beriringan sambil menuruni anak tangga.
              “Awak makan durian tak?”
              Dahi Badli berkerut.  “Durian?”  Dia kehairanan.
              Airina mengangguk.
              “Makan juga.”  Badli mengangguk.  “Kenapa awak tanya?”  Dia menyoal pula.
              “Tak adalah. Kalau awak nak buah durian, datanglah rumah sewa saya. Banyak sangat dekat rumah tu. Sedap buahnya. Berlemak. Yang pastinya ia buah yang baik sebab datang dari dusun opah saya sendiri.”  Airina tersenyum bangga sambil dadanya memeluk erat buku-buku rujukan Bahasa Melayu yang dibawa.
              “La, ye ke?  Kira buah percumalah ni?”  Badli mula teruja.
              “Sememangnya berbaloi-baloi...”  Thumbs up diangkat sambil senyuman bangga yang sejak tadi tidak lekang.
              “Dahlah percuma, sedap pula,”  tambahnya lagi.
              “Macam mana awak bawa balik durian itu?  Bukan awak naik bas ke?”
              “Hari itu, abah dengan ibu saya hantar balik sini. Dia orang nak tengok-tengok sekali tempat saya tinggal. Lagi pun, saya nak bawa balik durian yang berkilo-kilo tu ke mari sekali. Boleh bagi-bagikan pada kenalan di sini. Itu yang dia orang hantar saya naik kereta. Kalau tak ada banyak barang, boleh aje saya naik bas untuk balik ke sini.”
              “Oh, kalau macam itu, petang nanti saya datang sebab mak saya memang hantu durian. Mak saya kan wak, suka sangat tempoyak tau.”
              “La, ye ke?  Saya pun baru aje pandai buat tempoyak.”
              “Ada chancelah aku jadi menantu mak dia...”  bisiknya sendiri.
              “Apa dia wak?”  Badli mengangkat kening tanda tidak faham akan apa yang gadis disebelahnya omelkan.
              Airina tersenyum kelat.  “Tak ada apa-apa.”
              “Tak apalah, Airina. Saya nak ke tandas kejap.”
              Langkah kaki sepasang manusia itu terhenti betul-betul dihadapan tangga bangunan blok C itu.
               “Jumpa lagi petang nanti, okey?”

              Airina mengisyaratkan thumbs up sebagai tanda ya. Langkah kaki Badli yang semakin jauh meninggalkannya sekadar dipandang. Seketika, dia pula mengayun langkah menuju ke bilik guru yang sepuluh kangkang kera dari situ. Huh!  Yelah, tu!

No comments:

Post a Comment

Bacaan Buku Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat

Bacaan Buku Falsafah Buku Falsafah yang telah saya baca di Perpustakaan Sultanah Bahiyah ialah ‘Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan I...